You are on page 1of 11

AJ10603

FALSAFAH DAN PEMIKIRAN BARAT


SEMESTER 2 SESI 2016/2017
SEKSYEN 1

PENSYARAH : ENCIK. EKO PRAYINTO JOKO

TUTOR : ENCIK JASMI

TAJUK :
SOALAN 8 : BAGAIMANA FAKTOR EKONOMI MEMPENGARUHI
PROSES SEJARAH. BERIKAN CONTOH-CONTOH UNTUK
MENJELASKANNYA

NAMA :

NORAZLIN SHAHILA BINTI SAHARAN BA16110084

DOMILCE DOS SANTOS FREITAS FERREIRA- BA16271087

1
1.0 Pengenalan

Menurut Bottomore (1965)1, Karl Marx merupakan pemikir teori sosial (sosiologi)
yang banyak mempengaruhi pemikir ilmu falsafah sosial yang lain. Beliau juga merupakan
pemikir pertama yang mengkaitkan hubungan antara falsafah dengan perkembangan
ekonomi. Hubungan kait antara falsafah dengan ekonomi ini telah dibahaskan dalam
pemikirannya yang dikenali sebagai Historical Materialisme. Sebelum muncul pandangan
tentang pemikiran Historical Materialisme (Materialisme sejarah) Karl Marx telah mengkritik
teori Hegel iaitu Historical Idealisme dan teori Feurbach iaitu Mechanistic Materialism. Kedua-
dua teori ini telah dikritik hebat oleh Marx atas sebab pandangan yang cuba dibawa oleh
tokoh-tokoh ini tidak sependapat dengan pandangan Marx tentang sesuatu peristiwa
sejarah.

Historical Idealisme merupakan satu pemikiran yang menyatakan bahawa sejarah


adalah sejarah gagasan yang wujud dari akal manusia kemudian diaplikasikan dalam
kehidupan dan didefinisikan dalam makna dialektika iaitu pertentangan seperti Thesis, Anti
Thesis dan Sintesis. Mechanistic Materialis pula merupakan satu pandangan yang menolak
Metafizik iaitu berdasarkan pemikiran ini mereka mengganggap bahawa bagi manusia
perkara yang paling penting ialah usahanya bukan akalnya kerana pengetahuan hanya alat
untuk mencapai sesuatu usaha manusia. Kedua-dua pandangan ini amat bertentangan
dengan pemikiran Marx. Karl Marx, telah mengkritik historical idealisme dengan
menyatakan sejarah yang dianggap adalah dialektika merupakan kebenaran dalam yang
bersifat empirik iaitu hanya dapat diketahui melalui penyelidikan alam dan hubungan sebab
akibat yang diperlihatkan oleh ahli sejarah dan sains. Menurut Karl Marx, machanistic
materialisme adalah tidak historis kerana jauh daripada unsur materialisme dalam kehidupan
masyarakat. Hal ini demikian kerana, Karl Marx berpendapat bahawa manusia tidak terlepas
daripada hubungan-hubungan kemasyarakatan dan pertumbuhan manusia menyibukkan
manusia untuk giat bekerja dan berproduksi2.

Setelah mengkritik hebat ideologi Hegel dan Feurbach, Marx telah memperkenalkan
ideologinya tersendiri yang dikenali sebagai Historical Materialisme. Ideologi ini diwujudkan

1 Bottomore, Karl Marx selected Writing in Sociology and Social Philosophy Capitalism and modern social theory, London
:Cambridge University, 1965, hlm. 29.

2 Munandar Sulaiman, Kritik Pemikiran Islam Atas Marx Tentang Materialisme Sejarah : Historical Materialisme, Aspek
filsafat dan Perkembangan Ekonomi Pemikiran Marx, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009, hlm 33-36.

1
oleh Marx selepas menolak Idealisme tetapi menerima dialektika dengan dinyatakan
sebagai Historis sahaja dan mengambil Materialisme dengan menolak mechanisitc lalu
menggabungkan istilah yang diterima menjadi Historical Materialisme.

Menurut Munandar Sulaiman (2009),3 Historical Materialisme adalah sesuatu hukum


yang berkaitan dengan perkembangan masyarakat. Ideologi ini menyatakan secara tegas
bahawa keseluruhan kehidupan masyarakat dikuasai dan ditentukan oleh hubungan-
hubungan yang terjalin dalam proses ekonomi. Dalam erti kata lain, ideologi ini menyatakan
bahawa masyarakat terdiri dari kelas-kelas sosial yang dibezakan antara satu sama lain
berdasarkan kedudukan dan fungsi masing-masing dalam proses produksi iaitu kelas-kelas
pemilik dan kelas-kelas pekerja seperti golongan bawahan. Lantaran itu, golongan bawahan
ini dikategorikan sebagai golongan yang ditindas. Malahan keperluan materialistik dan
perjuangan kelas sebagai punca dari usaha-usaha keinginan untuk memenuhi keperluan
hidup. Selain itu, ideologi ini turut menyatakan bahawa sejarah dipengaruhi secara
materialistik dimana ia berpusat pada perubahan-perubahan cara atau teknik-teknik produksi
material sebagai sumber utama dalam perubahan sosial dan budaya. Secara umumnya ia
mencakupi perkembangan teknologi baru, penemuan sumber-sumber baru, atau
perkembangan lain dalam bidang kegiatan produksi.

Di samping itu, pemikiran Mark berkaitan ekonomi ini juga dibahas secara
menyeluruh dalam ideologi yang dikenali sebagai Ideologi Marxisme. 4 Teori yang dihasilkan
ini adalah berasal dari idea Marx dan Engels yang dimanifestokan hasil daripada penulisan
mereka. Menurut teori ini terdapat 4 perkara atau ciri-ciri asas yang perlu dikuasai. Menurut
asas ini, kita diperlihatkan oleh Marx tentang bagaimana pengeksploitasian antara
masyarakat atau kelas yang berbeza berlaku. Hal ini dilihat oleh Marx sebagai bibit utama
bagi kapitalisme dan perdagangan bebas. Dalam kapitalisme, keuntungan para kapitalis
dapat dikecapi dengan perbezaan antara hasil pengeluaran dengan kos pengeluaran yang
merangkumi kos tenaga buruh. Dalam konteks ini dapat diperlihatkan bahawa semakin
rendah kos pengeluaran, semakin rendahlah kos tenaga buruh. Hal ini kerana, kapitalisme
adalah berasaskan pembayaran yang diberi kepada pekerja yang mana nilainya adalah lebih
rendah dari nilai barang yang dihasilkan. Perkara ini menunjukkan betapa rendahnya nilai
manusia yang dikawal oleh segolongan yang berkepentingan dalam ekonomi dan kaya atau
berkuasa.

3 Munandar Sulaiman, Kritik Pemikiran Islam Atas Marx Tentang Materialisme Sejarah : Historical Materialisme, Aspek filsafat
dan Perkembangan Ekonomi Pemikiran Marx, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009, hlm 67-69.

4 Bottomore T. Harris, A Dictionary of Marxist Thought, London : Harvard University, 1983, hlm 101-103.

2
Ciri yang seterusnya pula ialah berkenaan base dan superstructure. Base dan
superstructure ini adalah istilah yang digunakan untuk memahami suatu konsep kehidupan
dalam masyarakat yang cuba digambarkan oleh Marx. Idea Marx ini juga cuba memberi
gambaran bahawa terdapat kaitan antara dua entiti yang berbeza ini. Base menurut Marx
adalah kesedaran masyarakat sosial terhadap sesuatu isu yang meliputi semua aspek
kemanusian. Superstructure pula menakrifkan suatu institusi yang wujud sama ada institusi
politik mahupun perundangan. Teori Marxism ini memperlihatkan bagaimana kesedaran ini
akan mewujudkan sebuah intitusi yang bergerak. Hal ini demikian kerana, mereka melihat
bahawa base hanya sekadar organisasi sosial yang hanya mampu berfikir dan perubahan
itu hanya akan dapat berlaku melalui sebuah badan yang berorganisasi iaitu superstructure
atau institusi.5

Berdasarkan perkara ini, kita dapat mengetahui bahawa base dan


superstructure ini saling bergantungan dalam aspek kehidupan seharian. Marx juga sering
menggunakan contoh pengeluaran sesebuah produk dalam penghasilan sesebuah barangan
asas. Namun begitu, perkara ini tetap sama iaitu saling bergantung antara satu sama lain
dalam mempelopori kehidupan.6

PEMIKIRAN EKONOMI KARL MARX

5 Muttahari Murthada, Masyarakat dan Sejarah serta Perkembangannya Atas Pemikiran Karl Marx, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 1985, hlm 67-70.

6 Karl Marx, Capitalism and Modern social theory, London : Cambridge University, 1989, hlm 90.

3
Menurut Ahmad Suhelmi (2001)7, pemikiran Marx tidak hanya menyentuh isu
mengenai kelas, tetapi ia juga fokus kepada pemikiran ekonomi, seperti determinisme
ekonomi. Konsep determinisme ekonomi Marx adalah salah satu konsep dari Marx yang
terdapat dari konsep materialisme sejarah Marx dan konsep ini bertujuan untuk bersama-
sama membangun satu grand theory iaitu negara kelas.

Menurut pemikiran ekonomi Marx ini, sistem ekonomi dunia terbahagi kepada dua
iaitu sistem ekonomi liberal atau kapitalis dan sistem ekonomi sosial atau komunis. Pemikiran
Marx atas konsep ekonomi pada dasarnya merupakan satu serangan balas ke atas
perekonomian Eropah yang dikuasai ole kaum kapitalis. Berdasarkan pemikran ini, Marx
beranggapan bahawa ekonomi yang dikatakan berhasil ialah ekonomi yang didasarkan atas
kesamarataan dan kesejateraan yang sama secara keseluruhan. Jesteru itu, Karl Marx sering
melakukan kritik yang tajam terhadap para kaum kapitalis yang dianggap telah melakukan
perbudakan terhadap kaum buruh untuk mendapatkan keuntungan yang lebih banyak. Hai
ini demikian kerana, Karl Marx merupakan individu yang memiliki faham komunis maka
konsep ekonomi sosialis kerap dieratkan dengan faham tersebut. 8

Marx dalam perspektif ekonominya menyatakan bukan cita-cita kebebasan yang


9

menjadi kekuatan dalam sejarah modern tetapi berkaitan keperluan kelas kapitalis untuk
memiliki buruh bagi memperoleh keuntungan dalam ekonomi. Selain itu, determinisme
ekonomi Marx wujud berdasarkanan The German Ideology seperti yang telah dikemukakan
pada awal perkembangan pemikiran Marx, iaitu ketika Marx menjadi seorang anti-humanis
yang bersandarkan rasional dalam bidang ilmiahnya. Pada masa ini, Marx menemukan
hukum yang mengatur perkembangan masyarakat dan sejarah adalah ekonomi. Ekonomi
adalah hal yang mendasari pandangan sejarah materialistik. Keadaan ini telah
menjadikannya sebagai pemikir sosialisme ilmiah. Sosialisme Marx tidak berdasarkan
harapan atau keingan akan tetapi semuanya serba benda dan berdasarkan kepada analisis
ilmiah terhadap perkembangan kehidupan hukum masyarakat. Malahan Marx merumuskan
bidang ekonomi adalah penentu aspek politik dan pemikiran manusia, meski faktor ekonomi

7 Ahmad Suhelmi, Pemikiran Politik Barat: Kajian Sejarah Perkembangan Pemikiran Negara, Masyarakat dan Kekuasaan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm 66.

8 Muttahari Murthada, Masyarakat dan Sejarah serta Perkembangannya Atas Pemikiran Karl Marx, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 1898, hlm 102-104.

9 Ibid, hlm 109

4
sendiri ditentukan oleh konflik antara golongan pekerja dan pemilik modal yang konflik
tersebut dihasilkan melalui inovasi dalam bidang teknik produksi.

Pemikiran determisime ekonomi Marx adalah sebuah pemikiran Marx yang


memandang secara kritis, bahawa faktor utama yang menyumbang kepada terjadinya
sesuatu peristiwa sejarah adalah ekonomi. Marx melihat unsur-usur seperti politik, agama,
pendidikan, dan lain sebagainya dipengaruhi oleh ekonomi dalam menjalankan kehidupan
bernegara. Marx turut menyatakan dua faktor yang mempengaruhi peristiwa sesuatu sejarah
iaitu infrastruktur dan suprastruktur. Suprastruktur adalah penentu sejarah dimana
suprastruktur dipengaruhi oleh infrastruktur iaitu ekonomi. Marx memandang segala
fenomena berlandaskan asas kebendaan atau materialisme.

Bagaimana Faktor Ekonomi Mempengaruhi Proses Sejarah

5
Menurut Karl Marx (1989), falsafah sejarah menyatakan proses dan peristiwa sesuatu
sejarah dimana ia adalah isu yang berbeza tatapi saling berhubung kait secara causal iaitu
sebab dan akibat. Sejarah itu adalah fakta iaitu keadaan sosial masa kini menceritakan
keadaan masa mini. Namun begitu, menurut Marx sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku
itu disebabkan oleh perkembangan ekonomi. Ekonomi menjadi punca utama yang
mempengaruhi sejarah dalam masyarakat. Malahan proses sejarah itu sendiri telah
dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Hal ini demikian kerana, Marx mengganggap bahawa
masyarakat lebih mengutamakan material untuk menjalani kehidupan yang lebih baik
sehingga wujud satu sistem yang dikenali sistem atasan dan sistem bawahan. Menurut Lutfhi
Yansyah (1889)10, fenomena ekonomi memainkan peranan penting dalam perkembangan
kebudayaan dan memberi dampak terpenting dalam pergerakan sejarah.

Faktor ekonomi sememangnya telah mempengaruhi proses sejarah. Hal ini dapat
dibuktikan melalui satu sistem kelas yang dikenali sebagai kelas sosial. Kelas sosial ini
merupakan satu struktur masyarakat yang disusun mengikut kepentingan atau jawatan
tertinggi. Dalam sistem ini terdapat dua golongan iaitu golongan atas dan golongan bawah.
Golongan atas terdiri daripada tuan-tuan tanah atau pemilik-pemilik tanah dalam bidang
ekonomi. Golongan ini berkuasa dalam bidang produksi dan mereka berkuasa penuh ke atas
golongan bawahan. Sebagai contohnya, golongan atas akan mengerah tenaga pekerja buruh
secara paksa dengan mengambil seluruh hasil yang diperoleh oleh buruh tersebut. 11

Golongan bawahan pula terdiri daripada kaum buruh dan hamba. Mereka merupakan
golongan yang sangat miskin dan bekerja sebagai kuli untuk golongan atasan. Mereka
dibayar upah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh golongan atasan. Golongan bawahan
ini harus tunduk, patuh dan taat kepada kelas atas. Dalam bidang ekonomi, mereka
dikehendaki menyerahkan seluruh hasil ekonominya kepada kelas atas. Dalam sejarah,
terdapatnya sistem struktur masyarakat yang disusun mengikut kuasa dan kekayaan. Namun
sistem ini telah dipengaruhi oleh ekonomi dimana perkembangan sejarah itu berpunca
daripada pergerakan ekonomi yang berkembang dari masa ke masa mengikut perjalanan
sesuatu peristiwa sejarah. Semakin berkembang ekonomi di sesebuah kawasan, masyarakat
akan mengalami proses-proses sejarah ke arah yang lebih maju dan berdaya saing.
Materialisme menjadi punca perkembangan sesuatu peristiwa sejarah.

10 Luthfi Yansyah El Sanusy, Pemikiran sosiologi Ibn Khaldun dan Karl Marx, Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia,
2001,hlm 98-101.

11 Karl Marx, Capitalism and Modern social theory, London : Cambridge University, 1989, hlm 116.

6
Faktor ekonomi juga turut mempengaruhi proses sejarah melalui perkembangan
masyarakat. Dalam peristiwa sesuatu sejarah, Marx beranggapan bahawa ekonomi
merupakan elemen utama yang menyumbang kepada perkembangan sesebuah masyarakat
dalam sejarah.

Masyarakat Masyarakat Masyarakat Masyarakat Masyarakat

Primitif Purba Feudal Moden Kapitalis

Rajah 1 : Proses Perkembangan Masyarakat

Menurut Marx, Perkembangan ekonomi akan membawa kepada perkembangan


masyarakat daripada masyarakat kuno iaitu primitif yang bersifat kesukuan kepada
masyarakat yang lebih maju iaitu masyarakat kapitalis. Faktor ekonomi menjadi punca
perubahan dalam sesebuah masyarakat. Konsep Materialistik yang menjadi pegangan Marx
mengakibatkan masyarakat khususnya golongan kelas atasan saling berlumba untuk
mendapatkan keuntungan dengan menindas golongan atasan12.

Karl Marx telah menyatakan bahawa terdapat lima tahap dalam perkembangan
masyarakat apabila ditinjau dari segi sejarah. Lima tahap tersebut seperti yang tertera pada
rajah 1 di atas. Masyarakat primitif ialah yang agak kuno dimana masih melakukan aktiviti
harian dengan menggunakan alat-alat yang sifatnya masih sangat sederhana dan bukan
milik persendirian tetapi dikongsi bersama. Masyarakat ini mengalami perkembangan sebagai
masyarakat purba. Perubahan ini berlaku disebabkan adanya hubungan antara orang-orang
primitif dengan dengan orang-orang yang bekerja. Masyarakat purba telah mengalami
pembahagian kerja yang dapat meningkatkan produksi ekonomi. Malahan bermula dari
masyarakat ini telah wujudnya pertentangan antara pemilik alat-alat produksi dengan
pekerja (buruh). Daripada masyarakat ini pula berkembang kepada masyarakat feudal.
Masyarakat ini wujud bertitik tolak daripada pertentangan antara pemilik dan pekerja dimana
situai ini telah menghapuskan sistem purba menjadi masyarakat feudal. Masyarakat feudal
merupakan masyarakat yang terdiri daripada golongan bangsawan yang memiliki dan

12 Luthfi Yansyah El Sanusy, Pemikiran sosiologi Ibn Khaldun dan Karl Marx, Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia, 2001,
hlm 98-101

7
berkuasa penuh ke atas buruh. Golongan buruh akan bekerja untuk mereka terlebih dahulu
kemudian barulah bekerja untuk diri mereka sendiri13.

Perkembangan masyarakat terus berlaku menjadi masyarakat kapitalis dan akhir


sekali masyarakat sosialis. Masyarakat kapitalis adalah masyarakat yang membezakan
kepentingan pemilik dan buruh sehingga berlakunya pertentangan kelas. Manakala
masyarakat sosialis pula ialah masyarakat yang mempunyai hubungan produksi iaitu
hubungan kerjasama dan sling membantu antara buruh yang tidak dieksploitasi.

Ringkasnya, proses sesuatu sejarah yang melibatkan perkembangan masyarakat


berkait rapat dengan faktor ekonomi. Faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam
menggerakkan masyarakat untuk berkembang ka arah yang lebih maju. Bertepatan dengan
ideologi Marx bahawa sejarah yang berlaku adalah sejarah yang banyak dipengaruhi oleh
ekonomi. Masyarakat lebih mementingkan kebendaan dan materialisme untuk mencapai
kehidupan yang lebih baik meskipun terpaksa menindas golongan bawahan.

Kesimpulan

13 Ibid, hlm 105.

8
Pemikiran determisime ekonomi Marx adalah sebuah pemikiran Marx yang
memandang secara menyeluruh, bahawa faktor utama terjadinya peristiwa sejarah adalah
hal ekonomi. Marx melihat unsur-unsur seperti politik, agama, pendidikan, dan lain
sebagainya dipengaruhi oleh motif ekonomi dalam menjalankan kehidupan bernegara.

Marx memandang segala fenomena berlandaskan asas kebendaan atau materialisme.


Materialisme Marx dan penekanannya dalam sektor ekonomi menyebabkan pemikirannya
sejalan dengan pemikiran ekonomi lainnya seperti Adam Smith, dan David Ricardo, dimana
ideologi ini memuji dasar mereka yang menyatakan bahawa tenaga kerja merupakan sumber
seluruh kekayaan, dan atas dasar inilah Marx merumuskan teori nilai tenaga kerja, dimana ia
mengatakan bahwa Keuntungan kapitalis menjadi keutamaan eksploitasi tenaga kerja .
Kapitalis melakukan muslihat sederhana dengan membayar upah tenaga kerja kurang dari
yang sepatutnya mereka terima. Sebagai contohnya, mereka menerima upah kurang dari
nilai barang yang sebenarnya mereka hasilkan dalam suatu pekerjaan. Pendek kata, Faktor
ekonomi sememangnya mempengaruhi proses sesuatu sejarah.

Rujukan

9
Ahmad, 2004, Pemikiran Politik Hegel tentang Negara: Fasisme atau Demokrasi, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Bottomore Rubel, 1965, Karl Marx selected Writing in Sociology and Social Philosophy,
London : Harvard Universiti.

Ernest Mandel, 1989, Pengantar Teori Ekonomi Marxist, Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Karl Marx, 1989, Capitalism and Modern social theory, London : Cambridge University

Munandar Sulaiman, 2009, Kritik Pemikiran Islam Atas Marx Tentang Materialisme
Sejarah : Historical Materialisme, Aspek filsafat dan Perkembangan Ekonomi Pemikiran
Marx, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muttahari Murthada, 1985, Masyarakat dan Sejarah serta Perkembangannya Atas Pemikiran
Karl Marx, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mohamed Salleh Lamry, 2006, Perjuangan Penentangan Kelas Sosial Karl Marx. Selangor:
Universiti kebangsaan Malaysia.

Mazlan Abdullah, 1978, Sejarah Malaysia Timur: Perbandingan Ideologi Ekonomi Karl Marx
Dan Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

10

You might also like