You are on page 1of 6

PENDIDIKAN AGAMA

Pada awalnya, Kemasukan Islam ke Tanah Melayu telah mengwujudkan Pendidikan


Agama.Pendidikan Agama ini adalah berpandukan Al-Quran. pencapai matlamatnya,
pendidikan Agama hendaklah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pendidikan
individu dan pendidikan sosial.

Para ulama turut menjadikan rumah mereka sebagai tempat untuk masyarakat
menghantar anak-anak mereka mempelajari agama dan juga sebagai tempat untuk
menyampaikan pengajaran agama. Hal ini dapt dibuktikan dalam sejarah Melayu
apabila Sultan Mahmud Syah telah mendatangi rumah Maulana Yusof untuk
mempelajari agama. Namun kemudiannya, pendidkan agama telah mempunyai
institusi seperti sekolah pondok.

Pengajaran di sekolah pondok adalah pelajar telah diajar dengan ilmu agama secara
aktif dan menghafal Al-Quran secara insentif. Di Tanah Melayu sekolah pondok
dikenali sebagai Pondok Tokku Manis di Terengganu.

KURIKULUM : Kurikulum yang terdapat di sekolah pondok adalah kurikulum


menghafaz Al-quran, ilmu agama seperti tafsir Al-Quran, hadith, tasawuf dan
mantiq.

Pelajar yang lepasan sekolah pondok ini boleh berlajar di sekolah pondok yang lain.
Selain itu mereka juga boleh menlanjutan pelajran ke Mekah dan Madinah. Namun
demikian orang Melayu yang mendapat pendidikan sekolah pondok ini tidak
mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah meneNgah

SEKOLAH ALIRAN MELAYU

.1 ianya bermula bila Gabenor Jeneral British di India telah mengarahkan Gabenor
NNS untuk membuat satu laporan mengenai sistem pendidikan di negeri tersebut
dan sekali gus mengemukakan cadangan-cadangan untuk memberikan pendidikan
kepada rakyat di bawah pemerintahan British.

Antara sekolah yang wujud ialah :

Penang Free School membuka cawangannya di Gelugor, Pulau Pinang pada tahun
1821. Melalui bantuan mubaligh-mubaligh Kristian, sekolah-sekolah vernakular
Melayu telah dibuka Penaga, Permatang Pauh dan Seberang Prai.

Tambahan lagi, menjelang menjelang tahun 1856, dua buah sekolah Melayu telah
dibuka di Teluk Belanga dan di Kampung Gelam, Singapura. Sekolah ini dibiayai oleh

1 Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia. 2010. Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan untuk Peperiksaan
Kerajaan. Selangor. International Law Book Services. Hal. 340.
Temenggung Johor. Setelah itu, tiga buah sekolah vernakular Melayu lagi telah
ditubuhkan di Seberang Prai, Pulau Pinang, dan kemudiannya Melaka pada tahun
1963. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah ini akhirnya ditutup oleh kerajaan
British pada tahun 1968 lantaran tidak mendapat sambutan dalam kalangan orang
Melayu.

Melalui Kurikulum pula :

Tahun 1872, A.M Skinner iaitu seorang Timbalan Majistret Province Wellesley telah
mengemukakan rancangan persekolahan dua sesi pada yakni pagi dan petang.
Ianya telah mendapat sambutan dan empat buah negeri yakni Negeri Sembilan
(1900), Pahang (1908), Perak (1916), dan Selangor (1923) telah membuat undang-
undang yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Sekolah aliran ini menyediakan pendidikan asas selama 4 tahun yang mendapat
bantuan penuh Kerajaan. Namun begitu, bagi kelas agama pada sesi petang,
bantuan sama sekali tidak disediakan. Sistem tulisan dan ujian hanya diperkenalkan
menjelang tahun 1903 oleh R.J. Wilkinson. Melalui kurikulum tersebut, masyarakat
Melayu hanya berinteraksi dengan masyrakatnya dalam menjalani kehidupan harian.

Golongan sasaran:

Sekolah aliran Melayu ditubuhkan untuk orang Melayu. Pendidikan yang diberikan
hanyalah sekadar membasmi buta huruf pada tahap minimum dimana bersesuaian
dengan kehendak British yang memang menginginkan orang Melayu hidup dalam
keadaan tradisional ala kekampungan dengan serba sedikit pelajaran agama Islam
serta pelajaran vokasional pertanian dan perikanan.

PENDIDIKAN CINA

sekolah vernakular Cina banyak didirikan di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan


perlombongan dan di bandar-bandar besar sejajar dengan kegiatan ekonomi yang
dijalankan oleh masyarakat Cina2. 3. Sekolah vernakular Cina telah ditubuhkan pada tahun
1815. Sekolah vernakular Cina ini ditubuhkan di Melaka dan penubuhan sekolah ini telah
dilakukan oleh sekumpulan pendakwah baru daripada Persatuan Pendakwah London4.

Malah, Sekolah-sekolah Cina yang didirikan dibiayai sepenuhnya oleh masyarakat Cina yang
terdiri daripada peniaga-peniaga Cina. Pada mulanya, sekolah Cina mendapat bantuan
daripada Negara China iaitu daripada Kerajaan Manchu di China.

2 Sufean Hussin. Op.cit., hal.14.


3 Sufean Hussin. Op.cit., hal.14.
4 Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia. Op.cit., hal. 343.
Sistem pendidikan ini juga terbahagi kepada empat bahagian iaitu peringkat rendah (enam
tahun), peringkat menengah (tiga tahun) dan peringkat atas (tiga tahun)5. Sekolah Cina
merupakan salah sebuah sekolah yang mempunyai peringkat yang lebih tinggi berbanding
dengan sekolah vernakular Tamil dan Melayu. Didapati Seramai 12175 orang murid-murid
Cina belajar di sekolah vernacular Cina di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu6.

Sekolah ini juga diselaraskan dan disesuaikan dengan kurikulum yang diajar di negara
China iaitu melibatkan buku- buku teks juga daripada negra china dan termasuklah tenga
pengajar diimport dari China. Malah, polis dari china di bawa masuk ketanah melayu untuk
mengawasi perjalanan sekolah cina. Ianya sangat terpengaruh dengn negara China apabila
dibuktikan semasa pergolakan politik di negara China iaitu Reformasi budaya yang berlaku
pada Mei 1919 di China7 dan setelah itu semua sekolah vernakular Cina diselaraskan dengan
menggunakan bahasa Kuo-Yu sebagai bahasa pengantar di setiap sekolah Cina.

Namun demikian, pihak menyedari semangt revolusi dan politik dlm klgn msyrkt cina
sehinggakan pihak British telah memperkenalkan satu peraturan yang wajib diikuti oleh
masyarakat Cina iaitu setiap sekolah Cina di Tanah Melayu seharusnya didaftarkan.

Nmun demikian, selepas Perang Dunia Kedua, sekolah-sekolah Cina masih lagi menikmati
kebebasan dan autonomi sendiri. Hal ini demikian di mana mereka bebas membawa masuk
tenaga pengajar, buku-buku teks dan kurikulum daripada negara China. Secara tidak
langsung, pada tahun 1952, bilangan murid-murid Cina di sekolah vernacular Cina berjumlah
247103 orang dan bilangan ini meningkat dua kali ganda menjelang kemerdekaan Tanah
Melayu8.

PENDIDIKAN TAMIL

Rentetan daripada dasar British yang tidak menggalakkan golongan imigran mendapatkan
pendidikan maka badan-badan sukarela muncul sebagai pelopor sekolah Pendidikan
Vernakular Tamil dan dalam masa yang sama juga orang perseorangan iaitu mubaligh K
peubuhan sekolah-sekolah Tamil yang semakin giat dijalankan ristian juga merupakan
pelopor bagi sekolah Tamil.

5 Sufean Hussin. Op.cit., hal.16.


6 Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia. Op.cit., hal. 344.
7 Joginder Singh Jessy. 1975. Malaysia Singapura dan Brunai (1400-1965). Kuala Lumpur. Longman Malaysia
Sdn. Berhad. Hal. 392.
8 Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia. Op.cit., hal. 345.
penubuhan Sekolah Tamil di Kuala Lumpur pada tahun 1906 iaitu Thambusamy Pillai School.
Seterusnya, pembukaan sekolah Tamil pada tahun 1910 iaitu Vivekananda School juga
didirikan di Kuala Lumpur9.

Menjelang tahun 1912, Kerajaan British telah memperkenalkan Ordinan Buruh


Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tindakan British yang memperkenalkan Ordinan ini telah
mendorong sekolah-sekolah Vernakular Tamil tumbuh dengan pesat di Tanah Melayu10.

Sekolah Vernakular Tamil pada tahun 1925 mencatatkan sebanyak 235 buah sekolah Tamil
yang berada di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan mempunyai murid seramai 8135
orang. Sekolah Vernakular Tamil dengan mempunyai empat sistem Pendidikan Tamil iaitu
sekolah Persendirian yang ditadbir oleh mubaligh-mubaligh Kristian, sekolah bantuan
kerajaan, sekolah panitia dan sekolah-sekolah di bawah pengurusan estet.

Bahasa pengantar yang digunakan juga merupakan bahasa Tamil. Namun, terdapat
sebilangan kecil sekolah yang menggunakan bahasa Telugu, Hindi, Gujerati, Malayalam,
Punjabi, Singhalese dan bahasa Gurkha sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah
tersebut. Sekolah Vernakular ini juga bukan hanya setakat mengajar murid-murid untuk
membaca dan menulis, malah turut mengajar ilmu hisab, ilmu alam, kerja tangan,
pengetahuan am dan latihan jasmani dalam sukatan pelajaran di sekolah Tamil. Buku-buku
yang digunakan dan tenaga pengajar serta kurikulum sekolah Tamil dibawa masuk dari
negara India.

SEKOLAH INGGERIS

Keadaan ini telah menyebabkan pihak mubaligh Kristian mengambil ruang dan
peluang ini untuk menubuhkan sekolah Inggeris namun berteraskan keagamaan.
Oleh itu, telah wujudlah sekolah-sekolah yang menggunakan nama Methodist, La
Salle, Katolik, dan Anglican. Tujuannya adalah untuk menyebarkan agama Kristian
dan juga untuk mendidik anak-anak kuli Cina, India dan golongan peribumi.11

iaitu sekolah Roman Katolik di Melaka pada tahun 1548 dan kemudiannya diikuti
oleh sekolah Inggeris di Singapura pada tahun 1815 dan pada tahun 1816 di Pulau

9 Ibid.
10 Ibid.
11 Ibid. Hal. 129.
Pinang. Pada tahun 1893 pula di Selangor, telah wujudnya sekolah Inggeris yang
pertama, iaitu Victoria Institution dan kemudiannya Methodist Boys School pada
tahun 1897 dan St John Institution pula ditubuhkan pada tahun 189312. Sekolah-
sekolah ini adalah dibawah kelolaan pihak gereja dan mubaligh Kristian untuk
mengendalikannya.

KURIKULUM:

diselitkan tentang Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah Eropah dan Geografi.
Kurikulum di sekolah-sekolah Inggeris juga sebenarnya menitikberatkan akademik
dan persediaan untuk peperiksaan Cambride Overseas School Certificate13. Bagi
mana-mana pelajar yang lulus dengan baik boleh melanjutkan pelajaran ke
peringkat diploma di Maktab Perubatan King Edward VII di Singapura dan Maktab
Raffles ataupun ke peringkat ijazah di universiti di England14.

GOL.SASARAN

Golongan sasaran bagi sekolah Inggeris pada mulanya adalah bersifat menyeluruh
DAN sekolah-sekolah dibina atas dasar untuk menyebarkan agama Kristian dan juga
untuk memberi pendidikan awal kepada anak kuli-kuli cina yang datang ke Tanah
Melayu. Namun demikian, keadaan ini berubah sedikit demi sedikit atas dasar
mentaliti pihak penjajah. Hal ini kerana, pihak penjajah merasakan bahawa
sekiranya penduduk peribumi diberikan pendidikan yang tinggi, maka mereka akan
lebih mudah untuk bangkit dan menentang semula15. Keadaan ini yang ditakuti oleh
pihak penjajah kerana sekiranya mentaliti masyarakat peribumi semakin maju, maka
sukar bagi mereka untuk menjalankan dasar eksploitasi atas hasil bumi yang ada.

AKHIRNYA, masyarakat peribumi diberikan pendidikan setakat pendidikan awal dan


untuk mengenal huruf sahaja. Hanya golongan yang bekemampuan sahaja yang
mendapat pendidikan yang tinggi.

12 Ibid. Hal. 8.
13 Shahril@Charil Marzuki & Habib Mat Som. 2001. Isu Pendidikan Di Malaysia: Sorotan dan Cabaran. Kuala
Lumpur. Utusan Publication. Hal. 8.
14 Sufean Hussin. Op.cit., hal. 20.
15 Ibid. Hal. 132.
MENGAPA KEWUJUDAN SEKOLAH- SEKOLAH TERSEBUT MEMBAWA KEPADA
MASALAH PERPADUAN KAUM

1. BERDASARKAN KEPADA DASAR BRITISH ITU SENDIRI


2. KEDUDUKAN MASYARAKAT KETIKA ITU ( BERBEZA TEMPAT)
3. LEBIH MENGUTAMAKAN BAHASA NEGARA MASING2
4. PARA PELAJAR HANYA BERINTERAKSI DAN MENGAPLIKASIKAN BUDAYA MEREKA
SENDIRI TANPA MELIBATKAN BANGSA LAIN

KESIMPULAN

You might also like