You are on page 1of 18

Takrif Pendidikan al-Quran

Istilah pendidikan al-Quran bukanlah membawa maksud unsur-unsur pendidikan yang


terdapat di dalam al-Quran atau pendidikan menurut pandangan al-Quran. Istilah ini
bermaksud pengetahuan, penghayatan dan kemahiran yang perlu diajar kepada para pelajar
berkaitan al-Quran, atau pengajaran pengetahuan, penghayatan dan kemahiran yang
berkaitan dengan al-Quran. Para guru perlu mendidik pelajar-pelajar mereka untuk
menguasai pengetahuan dan kemahiran tersebut, supaya ia boleh dihayati dan diamalkan
dalam kehidupan mereka.

Istilah ini dekat dari segi maknanya dengan istilah-istilah lain seperti pendidikan bahasa Arab,
pendidikan sains dan matematik serta bidang-bidang lain. Ia lebih merujuk kepada makna
pengajaran, iaitu pengajaran bahasa Arab, pengajaran sains dan matematik, dan begitulah
seterusnya

- -

:
: ! :
..
.

: - -








:
1- : : -

:-

:
.
:


:

.

:

.

:


.

:


.


. - -

:

.

: 2-
. :

: 3-
:
- " :- " - - :-
)) ((

. - -
- - 4- :
- - - -
- -(( : )) (( :



.))



- - -

-
.

. : 5-

: - - - - : - 6-
- - - -
-
-
-. -

:
: :
-
. : :

. : 7-

: - - 8-
.

9- - -
:
- -
. - -


:
. :

- : -
- -
.


- -

- :-
[ ]122 :
.

- : - :
- -

- - -
.


:
- -

- -
- :-

: - -
: 1-

: - -

- :-
[ ]4 :
- - " :
:-
. " -


- -
- -
- .

:
.

[]121 :
: - :-

-
" - " :
.
* [ ]18 17 :
- :-
- - - - - -
- - - -
.

. - :-
[ ]20 :

. - :-
[ ]6 :

[ ]44 : . - :-

. - :-

[ ]9 :


[ ]1 : . - :-

. - :-
[ ]46 :

[ ]19 :
. - :-

- - - -
- -

. -

http://www.alukah.net/sharia/0/64844/#ixzz4jPzQPCzy :

Pendidikan al-Quran dalam Kurikulum Kebangsaan di Sekolah Menengah


Pendidikan al-Quran berdasarkan takrif yang telah diterangkan di atas telah diterapkan dalam
kurikulum kebangsaan di peringkat sekolah menengah oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Ia merangkumi mata pelajaran mata pelajaran berikut:

Pendidikan Islam dari tingkatan 1 hingga 5


Ia melibatkan bidang al-Quran, sama ada tilawah, hafazan dan kefahaman ayat.

Pendidikan al-Quran dan Sunnah tingkatan 4 dan 5


Ia melibatkan bidang pengajian al-Quran sama ada tilawah, tafsir, hafazan dan Ulum al-Quran.

Pendidikan Syariah Islamiyah tingkatan 4 dan 5


Ia melibatkan pelajaran ayat-ayat hukum.

Pendidikan al-Quran juga mendapat tempat dalam Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan
Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah agama negeri (SAN),
sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

Bagi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) pendidikan al-Quran diterapkan dalam mata pelajaran
mata pelajaran berikut:

Usul al-Din
Ia melibatkan pelajaran al-Tafsir

al-Syariah
Ia melibatkan pelajaran al-Quran wa al-Hifz.

Manakala bagi Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) pula, pendidikan al-Quran diterapkan dalam
mata pelajaran mata pelajara berikut:

Hifz al-Quran
Ia melibatkan pelajaran Tasmik dan Fiqh Ayat

Maharat al-Quran
Ia melibatkan pelajaran Tilawah, Tajwid, Adab al-Quran untuk tingkatan 1 hingga 3, dan
pelajaran Tilawah, Tajwid, Manhaj al-Qiraat, Amali Qiraat, Rasm Uthmani untuk tingkatan 4
dan 5.

Dalam kegiatan kokurikulum di sekolah menengah aliran agama atau Kelas Aliran Agama
(KAA) yang terdapat di sekolah-sekolah menengah kebangsaan, pendidikan al-Quran
diterapkan secara langsung dalam Kelas Khas Kemahiran al-Quran KKQ yang diajar di luar
waktu PdP. Ia melibatkan pelajaran tajwid, hafazan, ulum al-Quran, qiraat tujuh dan
tarannum. Namun, bagi sekolah-sekolah yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz
(KBT), KKQ tidak ditawarkan kepada para pelajar.

Tabiat dan Bentuk Kandungan Pendidikan al-Quran


Secara umumnya, kandungan pelajaran pendidikan al-Quran dalam kurikulum sekolah
menengah, terbahagi kepada dua bentuk:

Kandungan yang berasaskan pengetahuan dan penghayatan


Kefahaman ayat (tafsir dan feqh ayat)
Ulum al-Quran
Tajwid ilmi
Ilmu Qiraat
Kaedah hafazan
Ilmu Tarannun
Kandungan yang berasaskan kemahiran
Tilawah dan tajwid amali
Hafazan
Qiraat
Tarannum
Pembahagian ini adalah untuk memudahkan kefahaman dan memilih kaedah pengajaran
yang sesuai ketika pengajaran yang sebenar berlangsung. Dari segi pelaksanaannya, guru
terpaksa juga mencampurkan di antara pengetahuan dan kemahiran ketika waktu
pengajaran, dalam keadaan tertentu. Sebagai contoh, ketika mengajar ilmu tajwid berkaitan
hukum nun mati dan tanwin, walaupun guru akan menerangkan konsep nun mati dan tanwin
serta pembahagian-pembahagiannya, namun ia tetap perlu menunjukkan cara bacaan
hukum-hukum tertentu dengan betul, sama ada dengung yang lebih atau sebaliknya. Adalah
mustahil untuk mengajar ilmu tajwid tanpa mengajar kemahiran menyebut.

Takrif Kaedah Pengajaran


Kaedah pengajaran ialah siri tindakan guru yang sistematik, bertujuan mencapai objektif
pengajaran yang telah ditetapkan. Ia lebih bercorak jangka pendek. Ia juga merupakan usaha
keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih, dan
mendokong pendekatan tersebut (Hashim, Yaakub, & Ahmad, 2006). Kaedah pengajaran juga
boleh membawa maksud cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang
tersusun dan teratur (Ee, 2002).

Justeru, guru pendidikan Islam perlu bijak memilih kaedah yang sesuai untuk mendekati
objektif-objektif pengajaran pendidikan al-Quran, agar ia boleh dicapai dengan baik.
Sungguhpun begitu, tiada sesiapa pun boleh mendakwa bahawa kaedah pengajaran tertentu
adalah yang terbaik bagi semua keadaan dan situasi pembelajaran. Tambahan pula secara
praktiknya, guru mungkin sukar mengelaskan pengajarannya hanya menggunakan suatu
kaedah sahaja, melainkan menggabungkan dua atau tiga serentak. Hal ini kerana adalah
menjadi hakikat bahawa tiada dua individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Bagi
menyesuaikan pengajaran dengan kehendak, keperluan dan kesediaan pelajar, guru tidak
boleh terlalu terikat dengan hanya satu kaedah sahaja (Hashim, Yaakub, & Ahmad, 2006).

Pelajaran al-Quran yang berasaskan pengetahuan dan penghayatan


Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, ada antara pelajaran-pelajaran dalam Pendidikan
al-Quran hanya tertumpu kepada pengetahuan atau penghayatan, tanpa melibatkan unsur
kemahiran. Ada pula pelajaran yang lebih tertumpu kepada kemahiran. Justeru, pemilihan
kaedah pengajaran perlu sesuai dengan tabiat pelajaran yang bakal diajar.

Antara kaedah pengajaran yang sesuai dan boleh digunakan dalam pengajaran pelajaran yang
tertumpu kepada pengetahuan dan penghayatan, adalah seperti berikut:
Kuliah atau syarahan
Kaedah kuliah atau syarahan ialah kaedah pengajaran dengan guru lebih banyak melibatkan
diri dalam memberi huraian, penjelasan serta penerangan kepada pelajar. Tujuan kuliah
adalah untuk menyampaikan sesuatu pengajaran kepada pelajar supaya dengan itu dapat
merangsang mereka, menjelas dan membuat rumusan pelajaran, membuat penelitian dan
ulang kaji, mengembangkan isi pengajaran dan menyampaikan maklumat yang telah
dirancang (Jasmi & Tamuri, 2007). Dalam kaedah ini, tumpuan yang diberikan adalah kepada
kefahaman pendengar terhadap apa yang disampaikan dan bukannya tempoh syarahan atau
kuliah yang diberikan (Tamuri & Nik Yusoff, 2010).

Sebagai contoh, dalam standard pembelajaran bagi pelajaran kefahaman surah al-Fatihah,
para pelajar diharapkan mampu untuk (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2015):

Menerangkan tentang pujian hanyalah kepada Allah s.w.t.


Menerangkan tentang beriman kepada hari Akhirat.
Menerangkan tentang menyembah Allah dan meminta pertolongan daripadanya.
Menerangkan tentang jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Menghuraikan pengajaran kesemua ayat dalam surah al-Fatihah dan menghubungkaitkannya
dengan kehidupan.
Mengamalkan surah al-Fatihah dalam kehidupan harian dengan beradab dan istiqamah.
Jika diperhatikan hasil-hasil pembelajaran yang telah disenaraikan di atas, terdapat unsur-
unsur pengetahuan dan penghayatan yang perlu dicapai oleh pelajar. Para guru pendidikan
Islam boleh menggunakan kaedah kuliah atau syarahan untuk mencapai hasil-hasil
pembelajaran tersebut. Namun, mereka perlu memastikan syarahan yang dibuat tidak
membosankan para pelajar dengan melaksanakan teknik-teknik tertentu.

Antara teknik yang boleh digunakan dalam kaedah syarahan adalah teknik pengolahan suara
yang bersesuaian dengan isi yang sedang disampaikan. Nada suara perlu dipelbagaikan sama
ada tinggi, sederhana dan rendah. Sekiranya menerangkan berkaitan dengan pujian kepada
Allah s.w.t., nada suara yang sederhana dan rendah digunakan. Namun apabila menerangkan
tentang azab kepada golongan kafir di akhirat atau jalan sesat golongan Yahudi yang dimurkai
oleh Allah s.w.t., maka nada suara yang tinggi perlu digunakan. Begitu jugalah, dalam
melaksanakan kaedah syarahan, para guru pendidikan Islam perlu menguasai teknik memek
muka yang bersesuaian dengan kandungan yang sedang diajar, agar perhatian para pelajar
terhadap pelajaran dapat dikekalkan.

Sungguhpun kaedah kuliah atau syarahan termasuk dalam strategi pengajaran yang
berpusatkan guru (Ee, 2002), namun ia tidak bermakna guru tidak boleh melibatkan langsung
para pelajar ketika syarahan sedang berlangsung. Bahkan, mereka boleh melontarkan
beberapa soalan kepada para pelajar sama ada untuk mengekalkan perhatian atau menilai
kefahaman mereka.

Soal jawab
Kaedah ini adalah berbentuk dua hala, di antara guru dan pelajar. Guru melontarkan
persoalan kepada pelajar untuk menilai sejauh mana kefahaman pelajar di samping
memerhatikan proses mereka berfikir dan memberikan jawapan. Sementara pelajar pula
bertanya kepada guru untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau mengetahui maklumat
yang berkaitan dengan isi pengajaran (Tamuri & Nik Yusoff, 2010).

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, setiap pendidik digalakkan mempraktikkan


kaedah interaksi dua hala di antara guru dengan pelajar, kerana kaedah ini memberi kesan
yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada para pelajar, berbanding
kaedah satu hala semata-mata. Guru seharusnya menggunakan kaedah ini sehingga para
pelajar boleh memahami kandungan pelajaran dan boleh mengemukakan persoalan-
persoalan yang menambahkan lagi keyakinan ilmu dalam kalangan pelajar. Sehubungan itu,
kaedah soal jawab yang dilakukan memerlukan kedua-dua belah pihak sama ada guru atau
pelajar bertukar-tukar soalan dan jawapan bagi memastikan kefahaman pelajar (Tamuri & Nik
Yusoff, 2010).

Justeru, untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan mampu
mencapai hasil pembelajaran pendidikan al-Quran yang telah digariskan, kedua-dua belah
pihak, sama ada guru mahupun pelajar, perlulah membuat persediaan yang secukupnya
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Menurut Darusalam (2001), guru
perlu merangka terlebih dahulu soalan-soalan yang hendak dikemukakan sebelum masuk ke
dalam bilik darjah, sama ada di atas kertas mahupun dalam rancangan pengajaran guru. Guru
juga perlu terlebih dahulu meminta murid-murid bersedia dengan tajuk berkaitan sekurang-
kurangnya sehari sebelum pelajaran dimulakan. Jika perlu kepada rujukan, guru hendaklah
memberi panduan dan bimbingan.

Dari segi keboleh gunaan kaedah ini dalam pendidikan al-Quran, secara umumnya semua
bidang yang melibatkan unsur pengetahuan dan penghayatan sesuai digunakan padanya
kaedah soal jawab ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

Perbincangan
Perbincangan adalah satu bentuk interaksi kumpulan yang ahli-ahlinya saling berbincang
antara satu sama lain. Perkara yang diperkatakan ialah isu dan tajuk yang menjadi persoalan
yang hendak diselesaikan. Perbincangan mereka mengandungi cadangan, fakta, pendapat,
pengalaman dan lain-lain yang disumbang untuk menyelesaikan masalah yang diberikan
(Sulaiman, 2004).

Perbincangan juga adalah satu kaedah pengajaran yang berbentuk perbualan dalam kalangan
pelajar di bawah penyeliaan guru. Sewaktu perbincangan, pelajar diberikan peranan aktif
untuk menyatakan pandangan atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik sambil guru
memberikan pandangan ke arah satu prinsip atau pendapat yang menyeluruh. Dalam
melaksanakan kaedah ini, individu yang terlibat perlu mempunyai suatu kesedaran dan
kefahaman mengenai tajuk yang dibincangkan. Mereka juga mengalami suatu kesefahaman
dalam mencari suatu persamaan makna berasaskan dua prinsip utama, iaitu: kebebasan
bersuara dan mencari makna (Tamuri & Nik Yusoff, 2010).
Dalam konteks pengajaran dalam kelas, kaedah perbincangan adalah salah satu pendekatan
pengajaran yang berorientasikan pelajar. Kaedah ini sekurang-kurangnya ada dua bentuk,
iaitu perbincangan kumpulan besar dan perbincangan kumpulan kecil atau sesi buzz.
Perbincangan kumpulan besar ini dilaksanakan dengan cara guru atau pensyarah sebagai
pemudah cara dan mengendalikan perbincangan bagi seluruh kelas sebagai satu kumpulan
besar. Pelajar berpeluang memberi pendapat tentang tajuk yang dibincangkan, manakala
pemudah cara pula menggalakkan pelajar memberi pendapat, memantau perbincangan dan
merumuskan hasil perbincangan (Sulaiman, 2004).

Sebagai contoh, dalam pelajaran pemahaman ayat 1-5 daripada surah al-Baqarah yang
bertajuk Al-Quran Menjana Kecemerlangan Hidup, guru boleh membahagikan kelas kepada
beberapa kumpulan dan memberikan tajuk-tajuk kecil yang berkaitan dengan ayat-ayat
tersebut kepada setiap kumpulan untuk dibincangkan. Begitu juga kaedah perbincangan
boleh digunakan dalam pengajaran Ulum al-Quran. Bahkan kaedah ini juga boleh digunakan
dalam pengajaran ilmu tajwid, qiraat, kaedah hafazan dan tarannum yang bebentuk teori.

Peta konsep
Kaedah pengajaran peta konsep menggambarkan hubungan yang bermakna antara satu
konsep dengan konsep yang lain dalam bentuk proposisi antara dua atau lebih konsep yang
dihubungkan oleh garisan atau anak panah, bersama perkataan penghubung yang
menjelaskan perkaitan sesuatu konsep (Tamuri, Abdul Razak, & Awaluddin, 2010).

Ciri-ciri pemetaan peta konsep (Tamuri, Abdul Razak, & Awaluddin, 2010) adalah seperti
berikut:

Struktur hierarki yang mengandungi konsep umum kepada konsep yang lebih spesifik
Pernyataan yang menerangkan kaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain
(propopisi). Pernyataan ini digunakan bersama dengan penghubung (link) yang berbentuk
garisan.
Terdapat penghubung antara konsep. Crosslink adalah penghubung antara konsep dengan
konsep yang berlainan hierarki.
Terdapat contoh. Kebiasaannya contoh berada dalam konsep yang lebih khusus.
Dalam pendidikan al-Quran, kaedah peta konsep sesuai digunakan untuk mengajar tajwid dan
qiraat. Hal ini kerana terdapat banyak konsep dalam kedua-dua pelajaran tersebut yang agak
mengelirukan para pelajar sekiranya tidak diketahui dengan teliti hubungan antara satu
konsep dengan konsep yang lain. Sebagai contoh, pelajar mungkin keliru dengan konsep
riwayat dan tariq dalam ilmu Qiraat. Mereka juga mungkin keliru dengan konsep makhraj dan
sifat dalam ilmu tajwid.

Antara contoh penggunaan peta konsep dalam pengajaran ilmu tajwid yang berbentuk teori,
seperti yang ditunjukkan oleh Hammad (2016) dalam rajah berikut:

Rajah 1: Contoh peta konsep hukum Izhar

Antara kelebihan menggunakan peta konsep dalam pengajaran ialah ia dapat


membantu pelajar membuat gambaran umum tentang perkara yang akan dipelajari apabila
ditayangkan pada awal waktu pengajaran. Ia juga akan menjadikan kegiatan pengajaran dan
pembelajaran lebih berstruktur dan berkesan. Terdapat dua sebab pembelajaran berstruktur
lebih baik dibandingkan dengan pembelajaran tidak berstruktur, iaitu ia membolehkan proses
pengolahan maklumat berlaku dan ia memudahkan susunan dalaman pada otak pembaca. Ini
memudahkan imbasan dan mempercepatkan ingatan terhadap maklumat yang dibaca
(Tamuri, Abdul Razak, & Awaluddin, 2010).

Terdapat beberapa teknik yang boleh dilakukan oleh guru pendidikan Islam dalam
menggunakan peta konsep dalam pengajaran pendidikan al-Quran, antaranya:

Menulis beberapa perkataan yang membentuk konsep dan meminta pelajar menyusun
semula perkataan-perkataan tersebut untuk membina konsep yang betul dan melakarkan
peta konsep.
Melakarkan peta konsep dengan mengosongkan bahagian-bahagian tertentu dan meminta
para pelajar mengisi bahagian-bahagian yang kosong tersebut dengan konsep-konsep atau
perkataan-perkataan yang sesuai.

Pelajaran al-Quran yang berasaskan kemahiran


Kemahiran yang dimaksudkan di sini adalah kemahiran menyebut, membaca, mengingat dan
melagukan bacaan. Kesemua kemahiran tersebut ada kaitan dengan suara dan sebutan, yang
termasuk dalam kemahiran-kemahiran bahasa yang empat. Menurut Aydogan & Akbarov
(2014) terdapat empat kemahiran bahasa makro, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Manakala kemahiran bahasa mikro pula adalah tatabahasa, perbendaharaan kata,
sebutan dan ejaan. Jika merujuk kepada pembahagian ini, kemahiran-kemahiran al-Quran
yang dimaksudkan di sini secara umumnya termasuk dalam kemahiran membaca dan
menyebut.

Sungguhpun kemahiran-kemahiran al-Quran tersebut boleh dikira sebagai salah satu


daripada kemahiran-kemahiran bahasa, namun al-Quran bukanlah sekadar teks biasa seperti
puisi dan rencana karangan manusia, bahkan ia adalah Kalam Allah s.w.t. dan membacanya
adalah satu ibadat (Daraz, 1997). Sesiapa yang membacanya akan dikurniakan pahala untuk
setiap huruf yang disebut (al-Tirmizi, 1975). Ulama Islam sama ada dari kalangan Salaf
mahupun Khalaf juga telah bersepakat bahawa mencantikkan suara ketika membaca al-
Quran adalah digalakkan dalam Islam (al-Nawawi, 1994).

Oleh itu, pengajaran kemahiran-kemahiran al-Quran perlulah dilaksanakan dengan teliti dan
kaedah yang digunakan perlu bersesuaian, agar para pelajar dapat membaca al-Quran dengan
betul dan wajar diberikan pahala oleh Allah s.w.t.

Talaqqi dan mushafahah


Kaedah ini merupakan kaedah terpenting yang menjadi tradisi turun temurun dalam
pengajaran dan pembelajaran al-Quran, terutamanya yang berkaitan dengan kemahiran
menyebut dan membaca al-Quran. Ia bermula dengan pembelajaran Nabi Muhammad s.a.w.
al-Quran daripada malaikat Jibril a.s. Tradisi ini diteruskan oleh para sahabat, para tabiin dan
umat Islam seterusnya hinggalah ke hari ini (Suwaid, 2011).

Kaedah ini penting kerana pembacaan al-Quran merupakan sunnah yang perlu diikut. Tidak
ada seorang pun boleh membaca satu huruf daripada al-Quran melainkan dengan riwayat
yang sahih daripada Rasulullah s.a.w., bertepatan dengan tulisan mushaf dan dia mempelajari
sebutannya dengan berguru (al-Baghawi, 1983). Bahkan al-Majidi (2009) berpendapat
bahawa talaqqi dan mushafahah merupakan kaedah yang wajib digunakan untuk
mempelajari lafaz al-Quran. Jadi, tidak hairanlah apabila terdapat peribahasa yang menyebut:
Janganlah kamu mempelajari ilmu dari golongan yang hanya membaca buku dan jangan
mempelajari al-Quran dari golongan yang hanya membaca mushaf. Peribahasa ini
menunjukkan kepentingan berguru dalam menuntut ilmu, lebih-lebih lagi kemahiran
membaca al-Quran.

Talaqqi dan mushafahah dalam pengajaran al-Quran membawa maksud pelajar mendengar
lafaz al-Quran daripada mulut guru atau ia memperdengarkan bacaannya kepada guru (al-
Majidi, 2009). Al-Sama`a dan al-`Ard ini merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
terpenting untuk mengajar dan mempelajari lafaz al-Quran dalam kalangan golongan al-
Qurra` dan al-Muqriin (Rustum, 2011). Pada zaman Sahabat r.a., mereka menerima al-Quran
daripada mulut Rasulullah s.a.w. Kemudian mereka akan mengulang semula bacaan yang
telah dipelajari di hadapan Rasulullah s.a.w. hinggalah baginda memperakukan kesahihan
bacaan tersebut (Suwaid, 2011).

Berdasarkan penerangan tersebut, dapatlah difahami bahawa kaedah ini lebih berpusat
kepada guru. Justeru, guru mempunyai peranan yang besar sebagai sumber sebutan dan
bacaan al-Quran yang betul. Begitu juga guru sangat penting sebagai penilai kepada bacaan
pelajar.

Dalam hal ini, Tu`aimah (2004, hlm. 261) menyatakan bahawa Sesungguhnya guru sepanjang
proses pengajaran, menyebut bunyi atau melatih pelajar untuk menyebutnya. Justeru, ia
menjadi contoh dan model yang diikuti. Oleh yang demikian, seseorang guru perlu lebih
beriltizam untuk menyebut bunyi dengan sebutan yang betul, tanpa dipengaruhi oleh dialek
peribadinya.

Sekiranya guru menghadapi masalah untuk menyebut bunyi tertentu, ia perlu menjelaskan
kepada para pelajar masalah tersebut dan memohon maaf kepada mereka atas kesalahan
sebutan yang dilakukannya. Ia juga boleh menggunakan rakaman suara untuk
memperdengarkan sebutan yang betul kepada para pelajar. Sebenarnya, hal ini tidaklah
mendatangkan apa-apa masalah kepadanya (Tu`aimah, 2004).

Secara umumnya, kaedah ini sesuai digunakan untuk mengajar semua kemahiran al-Quran,
sama ada tilawah, qiraat, hafazan dan tarannum, bahkan ia merupakan asas kepada
pengajaran dan pembelajaran al-Quran secara amnya. Menurut Jasmi & Tamuri (Jasmi &
Tamuri, 2007), pendekatan hafazan yang berasaskan talaqqi dan musyafahah adalah prinsip
pengajaran dan pembelajaran yang tidak boleh diabaikan sama sekali, kerana pendekatan ini
merupakan prinsip dalam ilmu al-Quran.

Tasmek dan muraja`ah


Menurut Al Huwaimil (1421H) kaedah tasmek adalah pelajar memperdengarkan apa yang
baru dihafaz kepada guru. Dalam kaedah ini, guru perlu menentukan terlebih dahulu ayat-
ayat atau surah yang perlu dihafaz oleh pelajar dan meminta mereka menghafaznya di rumah.
Kemudian guru akan mendengar bacaan pelajar terhadap apa yang telah dihafaz pada
keesokan harinya, atau pada waktu yang lain.

Adapun muraja`ah pula bermaksud pelajar memperdengarkan sebahagian daripada apa yang
telah dihafaz kepada guru (Al Huwaimil, 1421H). Berdasarkan takrif ini, beza di antara tasmek
dan muraja`ah adalah tasmek untuk hafazan yang baru, manakala muraja`ah untuk hafazan
yang lama. Kedua-duanya adalah memperdengarkan hafazan kepada guru.

Dengan makna yang lebih luas, iaitu memperdengarkan bacaan, tasmek juga boleh diguna
pakai dalam pengajaran al-Quran yang tidak melibatkan kemahiran hafazan. Guru boleh
meminta pelajar untuk memperdengarkan bacaannya dengan melihat halaman mushaf,
untuk menilai bacaan pelajar tersebut dan membetulkan kesalahan-kesalahan yang
dilakukannya sekiranya ada. Justeru, kaedah tasmek ini juga boleh digunakan oleh guru dalam
pengajaran tilawah al-Quran, qiraat dan tarannum, di samping pengajaran dan pembelajaran
hafazan.

Halaqah
Kaedah ini adalah antara kaedah yang dilaksanakan oleh pendidik-pendidik Islam sejak zaman
permulaan Islam lagi. Biasanya, dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
halaqah, para pelajar duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau setengah bulatan
untuk mendengar syarahannya. Pada kebiasaannya, guru duduk bersandar pada dinding atau
tiang masjid dengan menghadap ke arah kiblat. Para pelajar yang duduk dalam bulatan pula
akan memberikan tumpuan kepada penerangan yang diberikan oleh guru (Tamuri & Nik
Yusoff, 2010).

Kaedah halaqah ini biasanya digunakan oleh umat Islam di Malaysia dalam kegiatan tadarus
al-Quran pada bulan Ramadhan. Mereka yang terlibat dalam kegiatan ini akan dibahagikan
kepada beberapa kumpulan kecil. Biasanya seorang yang berkemahiran dalam membaca al-
Quran akan dipilih untuk mengetuai kumpulan-kumpulan kecil tersebut. Dari segi
pelaksanaannya, setiap kumpulan akan menentukan kadar bacaan setiap ahli, sama ada
setengah halaman mushaf, satu halaman atau lebih daripada itu. Ketua kumpulan akan
memulakan bacaan dengan diperhatikan oleh ahli-ahli kumpulan yang lain. Kemudian setiap
ahli akan membaca bahagian masing-masing hinggalah selesai semua ahli kumpulan
memperdengarkan membaca. Antara keutamaan yang perlu diberikan dalam kegiatan
tadarus al-Quran yang menggunakan kaedah halaqah ini ialah saling betul membetulkan
kesalahan dalam kalangan ahli. Di samping itu, ahli yang lemah boleh mengambil manfaat
daripada bacaan ahli yang mahir.

Memandangkan pada dasarkan kaedah halaqah ini dilaksanakan dalam bentuk bulatan, maka
setiap ahli boleh memberikan perhatian yang sama kepada bacaan ahli-ahli yang lain. Begitu
jugalah setiap ahli boleh mendengar bacaan ahli yang lain dengan baik. Hal ini kerana tidak
terdapat halangan di antara ahli dengan ahli yang lain dari segi kedudukan, hingga
membolehkan suara didengar dengan baik. Bahkan setiap ahli boleh melihat mulut ahli yang
sedang membaca al-Quran. Oleh itu, kaedah ini sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran tilawah al-Quran dan qiraat. Ia juga sesuai digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran hafazan dan tarannum.

Sungguhpun begitu, kaedah halaqah ini perlu disokong oleh ruang pembelajaran yang sesuai.
Guru di bilik darjah mungkin sukar untuk mengarahkan pelajar membentuk kumpulan-
kumpulan kecil dan duduk dalam bulatan disebabkan oleh keadaan serta susunan meja dan
kerusi yang kurang sesuai. Walau bagaimana pun, sekiranya sekolah mempunyai surau, guru
boleh memanfaatkannya untuk pengajaran al-Quran menggunakan kaedah halaqah ini.
Begitu jugalah sekiranya kerusi dan meja yang terdapat di bilik darjah dilengkapi dengan
kemampuan mudah ahli.

Latih tubi
Kaedah latih tubi adalah satu aktiviti pengulangan fakta atau ayat atau kecekapan yang
dipelajari (Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah al-Quran, 2010). Ia juga boleh
ditakrifkan sebagai pengulangan dengar atau pengulangan guna terhadap perkara tertentu.
Ia sangat berguna dalam pembelajaran bahasa. Sebagai satu bentuk pengulangan, latih tubi
membolehkan seseorang membuat penumpuan yang mendalam terhadap perkara tertentu
yang melibatkan tatabahasa, perbendaharaan kata, sebutan dan ejaan (Malawi Institute of
Education, 2004). Riswanto & Haryanto (2012) menukilkan daripada Senel, bahawa latih tubi
adalah sangat penting dalam pengajaran kemahiran menyebut kerana ia mampu membentuk
sebutan yang betul dan tepat.

Dalam pendidikan al-Quran, kaedah ini digunakan supaya pelajar mencapai taraf penguasaan
bacaan dan hafazan di samping menjamin kekekalannya dalam ingatan pelajar. Pelajar dapat
menyebut dengan fasih dan seterusnya dapat melancarkan bacaan al-Quran mereka. (Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah al-Quran, 2010). Secara logiknya, latih tubi juga boleh
mempertingkatkan penguasaan pelajar terhadap kemahiran qiraat dan tarannum, kerana
kedua-dua kemahiran tersebut berkaitan dengan kemahiran membaca dan menyebut.

Hakikat ini telah diperjelaskan oleh Imam Ibn al-Jazari dalam kitab beliau, al-Muqaddimah.
Beliau menyebut (Ibn al-Jazari, 2001, hlm. 11):


Maksudnya: Tidak ada yang membezakan di antara penguasaan ilmu tajwid dan sebaliknya,
kecuali seseorang itu membuat latihan dengan mulutnya.

Berdasarkan kata-kata Imam Ibn al-Jazari tersebut, dapatlah difahami bahawa latih tubi
merupakan kaedah yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kesemua
kemahiran yang terdapat dalam pendidikan al-Quran. Hal ini kerana tilawah, qiraat, hafazan
dan tarannum, kesemuanya tidak akan sempurna kecuali dengan wujudnya penguasaan ilmu
tajwid. Justeru, setiap guru yang mengajar kemahiran tersebut, perlulah melaksanakan
kaedah latih tubi.

Ketika waktu pengajaran di dalam kelas, guru boleh meminta pelajar untuk mengulang
beberapa kali ayat-ayat hafazan yang telah ditetapkan. Pengulangan tersebut sama ada
secara bersendirian, mahupun secara beramai-ramai. Begitu juga ketika pengajaran ilmu
tajwid, guru boleh meminta pelajar membaca contoh-contoh yang berkaitan dengan hukum
yang dipelajari beberapa kali, sehingga mereka dapat menyebutnya dengan betul.

Kaedah pembayang lagu


Kaedah pembayang lagu atau maqam ini adalah khas untuk pengajaran kemahiran tarannum
al-Quran. Melalui kaedah ini, para pelajar akan diberikan beberapa bait syair atau teks-teks
lain yang sesuai, untuk digunakan dalam memperdengarkan lagu-lagu tarannum,
menggantikan ayat-ayat al-Quran. Dengan cara ini, para pelajar dapat berlatih untuk
menghayati lagu-lagu tertentu dari segi irama, rentak dan nada, seterusnya menguasainya
serta boleh menerapkannya dalam persembahan tarannum yang sebenar (Pemantapan
Tarannum Al-Quran, 2010).

Kaedah ini berkemungkinan bertujuan untuk memberi kebebasan yang lebih kepada para
pelajar dalam membiasakan diri dengan lagu-lagu tertentu tanpa terikat dengan hukum-
hukum tajwid, pada peringkat awal. Justeru mereka boleh berlatih bertarannum tanpa takut
melakukan kesalahan-kesalahan tajwid, sehingga dapat menguasai irama, rentak dan nada
lagu-lagu tertentu. Apabila telah menguasainya, mereka boleh menerapkan lagu tersebut
dalam bacaan al-Quran dengan mengambil kira hukum tajwid.

Antara contoh bait syair atau teks yang boleh dijadikan pembayang lagu, adalah seperti
berikut (Pemantapan Tarannum Al-Quran, 2010):

Maqam tarannum Hijaz



Maqam tarannum Rast

Contoh lain pembayang lagu:

You might also like