You are on page 1of 1

Minggu Pertama

Entri Catatan Mingguan (3M)

Tarikh: 15 September hingga 21 September

Tajuk Entri: Pembelajaran kesantunan bahasa dalam pelbagai bahasa di Malaysia

Cetusan Rasa Hati:

Menceritakan kembali

Minggu ini saya berkesempatan belajar penggunaan kesantunan bahasa dalam pelbagai bahasa.
Terutamanya bahasa Melayu, bahasa Iban, bahasa Cina dan juga bahasa Tamil. Setiap bahasa
mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kesemua bahasa mengutamakan kesantunan dalam
pertuturan mahupun penulisan. Masyarakat ditekankan supaya menghormati orang yang lebih tua
dengan menggunakan bahasa yang sopan dan santun. Contohnya, dalam bahasa Tamil amma(ibu),
appa(bapa), annan(abang) dan akka(kakak) digunakan dalam pertuturan seharian untuk
menghormati orang yang lebih tua.

Menghubungkaitkan:

Saya berasa gembira apabila kesantunan bahasa dipraktikkan dalam kalangan pelbagai bangsa di
Malaysia. Contohnya, sewaktu saya di Pusat Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia saya disambut
dengan senyuman yang manis oleh staf di kaunter tersebut.

Menggambarkan:

Secara peribadi saya merasakan penggunaan bahasa yang sopan dan santun di kaunter-kanuter
perkhidmatan adalah penting bagi memaparkan budi bahasa masyarakat kita. Hal ini boleh
mengembirakan hati pengguna-pengguna yang ingin memerlukan perhidmatan di kaunter-kaunter
seperti Pos Malaysia, bank-bank dan juga pusat perkhidmatan pelanggan.

You might also like