You are on page 1of 2

Laporan aktiviti My Green Hero

Pada 25 Mac 2017, Sabtu petang kami sebagai kumpulan sesi kedua bertugas
untuk menjalankan tugasan yang diberikan oleh pihak WWF (World Wide Fund
For Nature). Sebelum bertolak dari UNITEN, kumpulan kami telah berkumpul di
hadapan hostel murni pada pukul 3.00 petang supaya dapat bertolak bersama-sama
dengan ahli kumpulan ke tempat bertugas iaitu Starling Mall yang terletak di
Damansara Utama, Petaling Jaya.
Tepat pada pukul 3.45 petang, semua ahli kumpulan kami telah sampai ke
destinasi serta bersedia untuk menjalankan tugas sebagai sukarelawan dalam
program My Green Hero yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO).
Selepas itu, kami diarahkan berkumpul di tempat bertugas untuk mendengar sedikit
penerangan tentang tugasan yang perlu dilaksanakan oleh setiap ahli dalam
kumpulan kami daripada pihak bertugas WWF. Pihak WWF juga telah mengajar
kami cara-cara untuk betugas sebagai sukarelawan. Sebelum mendengar
penerangan yang diberikan oleh pihak WWF, kami juga telah jumpa ahli-ahli dari
kumpulan sesi pertama yang sedia untuk bertolak ke UNITEN. Mereka juga telah
memberi sedikit tips untuk menjalankan tugasan tersebut.
Selepas itu, semua ahli kumpulan kami telah menjalankan tugasan yang
diarahkan oleh pihak WWF dengan cara menerangkan tentang tujuan program ini
dianjurkan kepada setiap orang awam yang berada dalam pusat beli-belah itu.
Penerangan yang diberikan oleh ahli kumpulan kami telah berjaya menarik minat
setiap orang awam untuk menderma dan menyokong pihak WWF untuk
memelihara dan memulihara hidupan liar dengan menyelamatkan spesies terancam
seperti harimau dan penyu. Sokongan yang diberikan oleh setiap orang awam
dapat menstabilkan ekosistem di hutan. Di samping itu, kami diberikan masa untuk
makan malam pada pukul 7.00 pm hingga 8.00 pm.
Kemudian itu, kami sekumpulan telah meninggalkan kedai makanan tersebut
dan terus menuju ke tempat bertugas kami. Pihak WWF telah melanjutkan program
Earth Hour 2017 Night Walk yang bermula pada pukul 8.30 malam. Setiap orang
dikehendaki berjalan sejauh 3 kilometer. Kumpulan kami juga telah menyertai
program tersebut. Program itu telah tamat pada pukul 9.30 malam dan tanpa
membuang masa, sesi menyampaikan hadiah dijalankan. Tambahan pula, hadiah-
hadiah tersebut diberikan hanya kepada 50 peserta yang berjaya melepasi garisan
penamat.
Akhirnya, setiap ahli kumpulan kami juga telah mendapat pingat sebagai
penghargaan sukarelawan bagi menjalankan tugasan yang diberi dengan lancar.
Pihak bertugas WWF juga telah memberi pelekat kereta WWF kepada semua ahli
kumpulan termasuk kumpulan sesi pertama juga kerana pihak WWF tidak sempat
untuk memberi kepada kumpulan sesi pertama. Kumpulan sesi kedua bertolak dari
Starling mall dan sampai ke UNITEN pada pukul 10.00 malam. Sesungguhnya,
banyak pengetahuan dan pengalaman yang kami timba ketika menyertai program
ini sebagai sukarelawan. Kami berharap agar dapat menyertai program seperti ini
pada masa yang akan datang.

You might also like