You are on page 1of 4

PASK 0032 AKAL BUDI DAN SENI

TUGASAN: Baba Aziz


NAMA: FAIEZUDIN BIN ISMAIL
NO PELAJAR: ASK 0163
PENSYARAH: Prof Dato Dr. Baharudin Ahmad
Encik Mohd Adika Zainal
ULASAN BABA AZIZ

Baru-baru ini saya telah menonton satu filem yang bertajuk Baba Aziz. Filem
yang berasal dari Iran ini mengisahkan perjalanan seorang datuk dan cucunya yang
mengembara menerusi padang pasir. Sepanjang pengembaraan itu beliau bercerita
kepada cucunya akan sebuah kisah tentang seorang putera yang suka tengok
pantulan dirinya dalam sebuah kolam sehingga sanggup meninggalkan tugasnya
sebagai seorang putera. Sepanjang perjalanan mereka juga menempuhi pelbagai
rintangan dan kesusahan.

Filem ini mempunyai beberapa nilai akal budi dan seni yang dapat saya
perhatikan. Antara nilai akal budi dan seni tersebut ialah tidak berputus asa dalam
melakukan sesuatu perkara. Ketika dalam pengembaraan Baba Aziz tidak berputus
asa meneruskan perjalanan walaupun menghadapi kesusahan bersama cucunya,
Ishtar. Namun sikap Baba Aziz yang tidak suka berputus asa berjaya membawanya
ke destinasi. Beliau juga memberi semangat kepada Ishtar dengan memberitahunya
bahawa sesiapa yang ditakdirkan untuk pergi ke majlis persidangan Sufi itu pasti
akan menemui jalannya.

Untuk memastikan Ishtar terus terhibur Baba Aziz bercerita kepadanya kisah
seorang putera yang pada suatu hari beliau mengikuti seekor rusa merentasi
padang pasir dan meninggalkan segala kemewahannya. Kemudian hari, beliau
dijumpai ketika beliau sedang merenung ke dalam kolam. Orang di sekeliling
menyatakan bahawa beliau sedang merenungi nasib dan jiwanya. Setelah lama
bercerita Baba Aziz dan Ishtar meneruskan perjalanan mereka. Setelah mereka
sampai di sebuah perkampungan, Baba Aziz menyuruh Ishtar mengambil makanan.
Kemudian mereka makan makanan tersebut walaupun serba kekurangan.

1
Nilai yang seterusnya ialah percaya kepada ketentuan dan takdir Tuhan. Walaupun
Baba Aziz merupakan seorang yang buta, namun beliau menerima keadaanya
dengan redha dan percaya bahawa setiap perkara yang terjadi itu telah ditetapkan
oleh Tuhan. Kepercayaan kepada Tuhan membuatkan semangat Baba Aziz untuk
mencari ilmu tidak pernah pudar. Kita sebagai manusia sememangnya memiliki sifat
takut dan memerlukan pertolongan apabila ditimpa sesuatu kesusahan. Filem Baba
Aziz ini banyak mengajar saya bahawa pegangan agama itu sangat penting dalam
kehidupan kita. Hal ini kerana, hanya dengan pegangan agama yang kuat sahajalah
dapat menjadikan kita seorang yang berjiwa kental dan berdisiplin.

Malah, Baba Aziz juga tidak pernah melupakan menunaikan tanggungjawabnya


sebagai seorang Muslim dengan melakukan solat. Fikiran yang terbuka dan
kehadapan merupakan satu prinsip yang kita semua harus amalkan. Hal ini kerana,
kesedaran tentang adanya hari pengadilan itu amatlah penting supaya kita tidak
lupa dan lalai dengan hasutan duniawi ini. Kepercayaan kepada ketentuan Tuhan
juga membawa maksud percaya kepada qada dan qadar sebagaimana yang telah
dijelaskan dalam agama. Kita harus sedar bahawa setiap perkara yang berlaku
terhadap kita sama ada baik atau buruk pasti ada hikmah dan sebab-sebab yang
tertentu di sebaliknya.

Setiap musibah yang menimpa kita adalah merupakan ujian untuk melihat
sejauh mana pegangan agama kita. Kita juga harus ingat bahawa bukan setiap
perkara yang kita rasa baik untuk kita adalah baik sebaliknya kita tidak mengetahui
mungkin ia akan memudaratkan kita kelak. Sehubungan itu perbuatan dan tingkah
laku yang baik bermula dari hati seseorang itu. Jika baik hati maka baiklah
perangai dan sifat seseorang itu. Manakala hati yang kotor pula akan menyebabkan
seseorang itu bersifat jahat dan tidak ikhlas. Oleh itu, kita seharusnya sentiasa
menjaga perbuatan kita dan adat antara satu sama lain.

2
Seterusnya nilai mengambil berat dan menjaga hati orang lain. Sebagaimana
dapat dilihat dalam filem Baba Aziz, beliau sangat mengambil berat akan cucunya
Ishtar. Baba Aziz menjaga makan minum dan tidur cucunya walaupun beliau buta.
Pengorbanan Baba Aziz terhadap cucunya itu menunjukkan bahawa beliau seorang
yang sangat berjiwa mulia dan baik hati. Sehubungan itu, apa yang dapat kita lihat
di sini adalah sifat baik hati dan mulia Baba Aziz yang harus kita ambil iktibar.

Selain itu, sikap menjaga hati orang lain juga amat penting kerana ia
mencerminkan diri kita. Dengan melayan orang lain dengan baik kita akan dihormati
dan disegani atas budi baik kita. Budi yang baik juga penting dalam hubungan kita
dengan orang ramai. Seseorang yang berbudi tinggi akan sentiasa dipandang tinggi
dan dihormati.

Seterusnya nilai persaudaraan. Nilai persaudaraan dapat dilihat dalam filem Baba
Aziz ini apabila beliau berjumpa dengan seorang pemuda. Beliau membantu pemuda
itu untuk ke majlis Sufi. Sifat bantu membantu adalah amat digalakkan kerana ia
bukan sahaja dapat menguatkan hubungan antara satu sama lain malah mendidik
kita supaya sedar bahawa hidup ini adalah saling bergantungan. Oleh itu kita harus
sentiasa saling ingat mengingati agar hubungan yang baik terjaga.

Akhir sekali, nilai mengenal diri. Dalam filem ini seorang putera sanggup
meninggalkan segala tugas dan kemewahannya untuk mencari nilai dirinya yang
sebenar. Apa yang dapat saya huraikan dari adegan ini ialah kita sebagai manusia
yang lemah tidak boleh merasakan diri kita ini sempurna. Sesungguhnya kita perlu
sentiasa muhasabah diri agar kita tidak leka dengan kesenangan yang kita kecapi.

Konklusinya, filem Baba Aziz ini banyak mengajar saya tentang kehidupan dan
bagaimana cara untuk menghadapinya. Moral dan mesej dalam filem ini adalah
bersifat positif dan mudah untuk difahami. Sememangnya filem Baba Aziz ini
mempunyai banyak nilai-nilai yang dapat kita terapkan dalam kehidupan seharian.

You might also like