You are on page 1of 3

FAKTOR-FAKTOR PROSES KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pembentukkan Malaysia ditubuhkan di atas faktor faktor tertentu. Antara


faktor faktor tersebut ialah mengelak ancaman dan pengaruh komunis, memberi
kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura, kemajuan ekonomi
bersama, mempercepatkan proses kemerdekaan, dan menjaga kepentingan kaum
bumiputera.

Mengelak ancaman dan pengaruh komunis.

Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis


yang kian bertambah di Singapura dan situasi politik pada tahun 1950an. Ejen ejen
komunis telah meresap masuk ke sekolah cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun
1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok
ini merebak menjadi rusuhan.Selain itu, Parti Tindakan Rakyat ( Peoples Action Party
PAP ) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura waktu itu
sedang mengalami kemerosotan akibat komunis yang merampas pucuk pimpinan
PAP. Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di
kawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura ( United
Peoples Party UPP )pada bulan Mei 1961 dan pilihan raya di kawasan Anson
kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir
golongan berhaluan kiri dari PAP.
Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu
Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Keadaan ini telah
membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu dari segi urusan politik dan ekonomi
sekiranya PAP digulingkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk
ke Tanah Melayu. Diharapkan dengan gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai
Singapura gagal dan seterusnya dapat menyekat pengaruh mereka.

Memberi kemerdakaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri negeri seperti Sabah,


Sarawak, Brunei, dan Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal
daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara- negara berkenaan masih lagi
berada di bawah penjajahan British sewaktu cadagan ini ditimbulkan. Dalam hal ini,
Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status cadagan negeri jajahan, manakala
Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis
ditubuhkan tetapi dibubakan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhab
komunis sulit iaitu Persatuan Belia maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan
sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menengtang British.
Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP ) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu,
kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis
dalam SUPP tetapi gagal. Diharapkan melalui gagasan ini, kestabilan politik yang
diperolehi dapat menentang ancaman komunis.
Tunku Abdul Rahman percaya dengan menbawa masuk Sabah, Sarawak ke dalam
Malaysia akan lebih memudahkan dan menpercepatkan kenerdekaan dua wilayah ini.
Di samping itu, kaum buniputera boleh menikmati layanan yang lebih baik apabila
menyertai Persekutuan sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di
Persekutuan Tanah Melayu.
Selain itu, Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku
Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak, dan Brunei kalau digabungkan
dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah
Melayu denagn Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini
disebabkan daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukkan Sabah,
Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum kaum kerana 70% daripada
Borneo Utara ialah bumiputera.

Kemajuan ekonomi bersama.

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat


mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara
tidak lansung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh
membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi.
Menurut Tunku, apa yang penting melalui Persekutuan Malaysia ialah ia dapat
membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah dan
Sarawak ialah negeri yang masih mundur manakal Tanah Melayu, Singapura dan
Brunei ialah negeri-negeri yang kaya. Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri yang
kaya akan dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur untuk membiayai projek
pembangunan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti
bijih timah, manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Pelabuhan
Singapura pula akan lebih selamat sekiranya menyartai Persekutuan Malaysia.

Mempercepatkan proses kemerdekaan.

Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses


kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan
memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan
Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia.
Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan
menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa
luar.
Pemberian kemerdekaan yang lebih cepat dapat mengelakkan hasrat komunis untuk
bertapak di Tanah Melayu dan di negeri-negeri yang terlibat . Sekiranya negeri
tersebut tidak diberi kemerdekaan , British bimbang gagasan malaysia akan
dipengaruhi oleh komunis dan kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan
datang akan hilang . Selain itu , british juga bimbang tentang keselamatan pelabuhan
british di asia tenggara . British juga bimbang akan kuasa luar yang ingin menakluki
Brunei , Sabah , Sarawak dan Singapura .

Menjaga kepentingan kaum bumiputera.

Pembentukkan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah,


Sarawak, Brunei dan Singapura juga dalah untuk menjaga kepentingan dan
kedudukan kaum bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan
pembentukkan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti
Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan
Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan
menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80%
pendudduk bukan Melayu dan apabila bercantum dengan penduduk Persekutuan
Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.
Percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menjadikan
peratusan masyarakat Cina menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%.
Ini kerana anggaran peratusan penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, adalah
kira-kira 50% dan 36.9% orang Cina. Justeru , apabila penduduk Sabah dan Sarawak
diambil kira, bilangan kaum bumiputera termasuk orang Melayu akan menjadi 46.3%,
sementara orang Cina menjadi 42.4%. ini bermaksud, kemasukan Sabah dan
Sarawak membolehkan kumpulan orang Melayu dan bumuputera kekal sebagai
kumpulan terbesar.

http://harinah14.blogspot.my/2015/09/faktor-faktor-pembentukan-malaysia_30.html

You might also like