You are on page 1of 3

Skrip Pengacara Majlis : Izzat Nasir 2015

SKRIP PENGACARA MAJLIS


SAMBUTAN HARI GURU
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
SM. SAINS MUZAFFAR SYAH

ATURCARA TEKS
1. PERARAKAN MASUK Hadirin sekalian, Sambutan Hari Guru Peringkat SM. Sains Muzaffar Syah
GURU - GURU bertemakan 'Vogue Teacher Inside, Vogue Teacher Outside' akan
dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru sm. Sains muzaffar syah.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru kerana dapat


meluangkan masa menyambut Majlis Hi-Tea bersempena Hari Guru di
Philea Resort ini.

2. UCAPAN ALUAN Bismillahhirrahmanirrahim....


PENGERUSI MAJLIS Assalamualaikum wbt. , Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA; SALAM MELAKA MAJU
NEGERIKU SAYANG; NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU; MELAKA
754 TAHUN, MELAKA MAJU FASA KE-2.

Alhamdulillahirabbilalamin, wassalatuwassalamuala ashrafil


anbiyaiwalmursalin, waala alihi wasahbihi ajmain.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal BismilLah pembuka bicara.

Dari Raub pergi ke Pontian,


Terus pula ke Tanjung Bidara,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan acara.

Yang berbahagia Tuan Haji Mohd Ghazali bin Ahmad, Pengetua SMSMS,
Yang Berusaha, Tn Hj Johan bin Othman GPK Pentadbiran,
Yang Berusaha, Pn Kamariah GPK HEM,
Yang Berusaha, Pn. Amesah GPK KOKO,
Yang Berusaha, Guru-guru GKMP,
Serta guru-guru smsms yang dikasihi sekalian,

1
Skrip Pengacara Majlis : Izzat Nasir 2015

Menyemat butang kami siapkan,


Akhirnya tangan memecah jari,
Selamat Hari Guru diucapkan,
Buat guru yang sentiasa diingati.

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang istimewa yang


didedikasikan khas untuk warga pendidik di bumi Malaysia. Hari inilah
yang dipanggil Hari Guru iaitu hari yang dipilih untuk meraikan guru-guru
yang bekerja dengan seikhlas hati, berkorban tenaga dan masa untuk
memastikan kecemerlangan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan spiritual
generasi demi generasi pelapis anak bangsa.

Seterusnya, pihak jawatankuasa pengelola majlis juga mengharapkan dan


berdoa agar majlis ini berjalan dengan lancar di bawah lindungan barakah
Allah S.W.T. InsyaAllah.

3. BACAAN DOA Sirih hijau puaka rimba,


Bayu berpuput meniup kalbu,
Doa dipohon rahmat dipinta,
Selayang doa pada Yang Satu

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Al-
Fadhil Ustaz Hafiz bin Jusoh untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

************************************************************************************
Aamiin, ya robbal aalamin...
Majlis merakamkan ribuan terima kasih Al-Fadhil Ustaz Hafiz bin Jusoh
atas bacaan doa itu tadi.

4. UCAPAN PENGETUA Emas sutera penghias diri,


Untuk wanita bukan lelaki,
Ucapan pengetua penuh inspirasi,
Jadikan pedoman di dalam diri.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Aturcara majlis kita pada petang ini diteruskan lagi dengan menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Mohd Ghazali bin Ahmad, Pengetua
smsms untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan.

>>>> Jutaaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Yang
berusaha Tn Hj Mohd Ghazali bin Ahmad, pengetua smsms atas ucapan
beliau sebentar tadi.

2
Skrip Pengacara Majlis : Izzat Nasir 2015

5. PERSEMBAHAN Hadirin sekalian, majlis seterusnya menjemput semua guru-guru SKSR


GURU untuk naik ke atas pentas untuk bersama-sama menyanyikan lagu Guru
Malaysia dan lagu Warisan

>>>> Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru-
guru SKSR atas nyanyian yang begitu bersemangat itu tadi.
6. PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat sekalian,
CENDERAHATI Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati.
bagi menyempurnakannya, saya dengan ini menyerahkan majlis kepada
En. Rizal dan En. Azaman. Dipersilakan.

7. PENUTUP Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,


Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili pihak pengelola majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa


syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam
menjayakan majlis kita pada hari ini sama ada secara langsung mahupun
tidak langsung.

Semoga guru-guru terus sukses dalam apa jua yang dilakukan dan
sentiasa dipelihara kesihatannya serta dilindungi oleh Allah S.W.T.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada khilaf
dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih
kaffarah dan surah al Asr.

You might also like