You are on page 1of 11

Isi Kandungan:

Bil. Isi Kandungan Muka


Surat
1. Pengenalan
2

2. Nilai dan Etika Pensyarah


2

3. Syarat Lantikan
3-4

4. Institusi Yang Menawarkan Khusus Pensyarah


5

5. Skala Gaji
6

6. Ciri-ciri seorang Pensyarah


7-8

7. Tatasusila Profesion Perguruan


9-10

1
Pengenalan:

Mengikut Kamus Dewan Bahasa (1996) pensyarah adalah orang yang memberi syarahan (ceramah)
/penceramah/ guru di universiti /orang yang memberi kuliah @ pelajaran yang disampaikan secara
bersyarah. Ia merupakan profesion yang sama dengan guru iaitu profesion perguruan yang mana
individu yang terlibat dalam bidang ini dipandang mulia oleh masyarakat.

Terdapat juga sebahagian individu yang memulakan kerjaya pensyarah bekerja sebagai guru di
sekolah. Selain itu, ada yang berkhidmat sebagai tutor di pusat pengajian tinggi awam atau swasta
sebelum dilantik menjadi pensyarah. Pangkat tertinggi seseorang dalam kerjaya pensyarah ini adalah
Profesor. Untuk mendapat gelaran ini, seseorang itu perlu bermula dari pensyarah dan kemudian
Pensyarah Kanan, Professor Madya dan seterusnya Profesor. Klasifikasi pekerjaan ini adalah
perkhidmatan pendidikan. Manakala kumpulan perkhidmatan pula, ia berada di dalam kumpulan
pengurusan dan professional.

NILAI DAN ETIKA PENSYARAH

Integriti

Integriti ialah melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab tanpa penyelewengan dan
pengabaian.

Akauntabiliti

Akauntabiliti ialah bertanggungjawab terhadap perlaksanaan tugas yang diamanahkan


mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa serta bersedia dipersoalkan akan
tindak-tanduknya.

Tawadhuk(humility)

Tawadhuk ialah sifat tiday membanggakan diri, tidak angkuh, menghormati dan tidak
merendahkan kebolehan dan maruah orang lain.

Penambahbaikan berterusan (kaizen)

Penambaikan berterusan ialah sentiasa memperbaiki dan memperkemaskan lagi sesuatu


proses kerja dengan tujuan mempertingkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan.

Berdisiplin

Berdisiplin ialah kemampuan dalaman untuk mengawal diri dan tingkah laku mengikut nilai-
nilai murni yang disepakati serta tidak melanggar peraturan walaupun dirinya tidak diawasi.

Kesarjanaan

Kesarjanaan ialah berdaya saing dan menggunakan sepenuhnya potensi serta kepakaran
dalam menghasilkan produk yang terbaik untuk sesebuah institusi.

Dedikasi

Dedikasi ialah kesungguhan melaksanakan tugas dengan cekap, cepat, berkesan dan
sempurna tanpa mengira masa dan tenaga.

2
SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:

a. Warganegara Malaysia
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun
c. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

*(Gaji permulaan ialah pada Gred DS41 : P1T1)

Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

*(Gaji permulaan ialah pada Gred DS41 : P1T6) DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN:

Syarat-syarat tambahan yang wajib dipatuhi ialah:

a. Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.0 atau kelas kedua atas dan kelayakan lain yang
setaraf dengannya
b. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

2. PENSYARAH

SYARAT LANTIKAN:

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DS45

Ijazah Sarjana/*Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

*(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45 : P1T4); DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DS51

a.(i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred DS53 : P1T1); ATAU

(ii)Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN

(iii)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

b. (i) mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang istiwewa mutunya

(ii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.

3
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DS53 (Profesor Madya)

a. (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred DS53 : P1T1); ATAU

(ii) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(i) mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya

(ii)mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor)

a.(i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ATAU

Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

a) mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya


b) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan

4
INSTITUSI YANG MENAWARKAN KURSUS PENSYARAH

Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur


Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor
Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor
Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu (dulu KUSZA)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka (dulu KUTKM)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis (dulu KUKUM)
Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang (dulu KUKTEM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor (dulu KUiTTHO)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu (dulu KUSTEM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan (dulu KUIM)
Universiti Pertahanan Kebangsaan Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur (dulu ATMA)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan

5
SKALA GAJI

1. TUTOR

GRED SKALA GAJI

GRED DS41 P1T1 RM 1624.69 - P1T13 RM 2568.49

P2T1 RM 1706.97 - P2T13 RM 2694.33

P3T1 RM 1792.88 - P3T13 RM 2823.80

2. PENSYARAH

GRED SKALA GAJI

Gred DS45 P1T1 RM 2213.96 - P1T21 RM 4769.48

P2T1 RM 2297.45 - P2T21 RM 5033.26

P3T1 RM 2384.57 - P3T21 RM 5316.40

Gred DS51 P1T1 RM 3976.93 - P1T10 RM 5599.54

P2T1 RM 4164.48 - P2T10 RM 5852.43

P3T1 RM 4359.29 - P3T10 RM 6112.58

Gred DS53 P1T1 RM 4210.46 - P1T10 RM 5910.51

P2T1 RM 4164.48 - P2T10 RM 5852.43

P3T1 RM 4359.29 - P3T10 RM 6112.58

Gred Khas Gred Khas C - RM 6135.80 - RM 7672.50

Gred Khas B - RM 6135.80 - RM 7672.50

Gred Khas A - RM 6135.80 - RM 7672.50

KEMUDAHAN GAJI DAN ELAUN-ELAUN LAIN

GRED JAWATAN IMBUHAN TETAP IMBUHAN TETAP IMBUHAN TETAP


PERUMAHAN (RM) KERAIAN KHIDMAT AWAM
(RM)
(RM)

Khas (VK 7) 1300.00 2150.00 -

DS53 900.00 800.00 -

DS45 700.00 - 300.00

6
DISKRIPSI TUGAS

Memberi syarahan dan menjalankan kursus pengajaran tentang pelbagai perkara di universiti atau
kolej

Menyediakan kertas peperiksaan


Menyemak latihan-latihan bertulis
Menilai kertas-kertas pepriksaan
Menjalankan penyelidikan serta pengembangan.

CIRI-CIRI PENSYARAH YANG BAIK

Menjadi pendidik atau pensyarah yang baik adalah kemahuan setiap individu yang menceburi bidang
perguruan. Terdapat bebarapa ciri yang harus ada pada individu ini. Ciri-ciri tersebut adalah seperti
sense of humor, sikap yang positif, tahap penilaian yang tinggi, konsisten, adil, fleksibel dan lain-lain
lagi. Kejayaan seseorang pendidik atau pensyarah yang berjaya adalah sangat bergantung kepada
sikapnya dan pendekatan yang

digunakannya.

1. Sense of Humor

Individu yang mempunyai sense of humor di dalam dirinya di anggap bertuah. Ini kerana, ia dapat
membantu seseorang itu berjaya dalam kerjayanya. Sense of humor dapat membantu mengurangkan
situasi ketegangan di dalam kelas. Sense of humor juga akan membuatkan kelas lebih menyeronokkan
bagi pelajar dan akan membuatkan pelajar lebih memberi perhatian serta yang paling penting sense
of humor dapat menceriakan hidup dan membuatkan seseorang itu gembira dalam meneruskan
kerjaya yang agak mencabar dan kadang-kadang dibebani dengan tekanan.

2. Sikap yang Positif

Sikap yang positif merupakan aset penting dalam kehidupan. Sikap yang positif ini akan memberi
banyak kebaikan kepada diri sekiranya ia mengikut cara yang betul. Sebagai contoh, seseorang
pensyarah tidak seharusnya melihat pelajarnya dari sudut yang negatif tapi perlu sebaliknya.

3. Harapan yang tinggi

Pensyarah yang efektif mesti mempunyai harapan yang tinggi terhadap pelajarnya. Sekiranya
pensyarah itu meletakkan harapan yang rendah terhadap pelajarnya maka dia juga akan menerima
hasil yang kurang baik daripada pelajar-pelajarnya begitulah sebaliknya. Harapan yang tinggi kepada
pelajar juga secara tidak lansung akan memberi keyakinan kepada mereka dan ia juga merupakan satu
faktor yang dapat membantu pelajar untuk belajar dan mencapai apa yang diharapkan oleh
pensyarahnya.

7
4. Konsisten

Seorang pensyarah haruslah konsisten. Individu yang mempunyai sikap ini akan lebih berjaya di dalam
hidupnya. Pensyarah harus konsisten terhadap tugas-tugas yang telah diberi dan diamanahkan
kepada dirinya.

5. Adil

Sikap adil juga merupakan satu sikap yang harus ada dalam diri seorang pensyarah. Dia perlu adil
terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira agama, bangsa, jantina dan sebagainya.

6. Fleksibel

Sikap fleksibel adalah sikap yang perlu dimiliki oleh setiap pensyarah. Ia sangat perlu dalam mengawal
pelbagai situasi di dalam kelas. Sekiranya tiada sikap ini, ia akan menyebabkan seseorang itu akan
mengalami tekanan.

7. Berpengetahuan

Sebagai seorang pensyarah, dia seharusnya mempunyai pengetahuan yang banyak dalam pelbagai
bidang. Bukan sahaja tertumpu kepada bidang yang diceburinya sahaja malah meliputi dalam bidang-
bidang yang lain yang berkait rapat dengan bidangnya. Dia juga perlu menunjukkan yang dirinya
berpengetahuan luas dan mahir dalam bidangnya

8. Demokrasi

Pensyarah yang baik adalah pensyarah yang mengamalkan sikap demokrasi di dalam kelas semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya cara kepimpinan sebegini, dia akan lebih dihormati dan
disukai oleh pelajar. Ini kerana, mereka boleh saling bertukar-tukar pendapat dan sebagainya.

9. Kuat dalam pegangan agama

10. Minat dan Iltizam terhadap tugasnya sebagai pendidik

11. Berani dan tegas dalam menegakkan kebenaran

12. Sentiasa cekal dan tabah

12. Mesra dengan pelajar

13. Pengajaran yang ringkas dan padat.

14. Menghargai pencapaian pelajar

15. Bersedia untuk menerima pandangan pelajar

16. dan lain-lain lagi.

8
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

a) Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.


b) Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor mental, emosi, politik,
ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
c) Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada yang berhak
mengetahuinya.
d) Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam bilik kuliah sendiri dalam mata pelajaran-
mata pelajaran yang diajar di bilik kuliah tanpa sebarang bayaran.
e) Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat menjadi contoh yang
baik kepada pelajar.
f) Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri
kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang
setinggi-tingginya.

2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA

a) Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

b) Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumahtangga.
c) Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga
atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
d) Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana
e) Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu
bapa pelajar.
f) Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

9
3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

a) Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
b) Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing
mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati perbezaan kebudayaan,keturunan dan agama.
c) Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab
sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan masyarakat.
d) Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara staf akademik dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.
e) Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawanan masyarakat.
f) Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan sehari-hari dengan baik.

4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN

a) Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang mencemarkan
nama baik seseorang rakan sejawat di hadapan pelajar atau ibu boleh bapa, atau berbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang rakan sejawat.
b) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
c) Berusaha dengan sepenuh-penuhnya, menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
d) Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menceburkan
diri dalam profesion perguruan.
e) Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
f) Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

10
11

You might also like