You are on page 1of 24

PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

BAB 1 PENDAHULUAN

Di dalam kajian sejarah terdahulu, Melaka diasaskan pada awal abad ke-15. Pada tahun 1391,
kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit (sebuah kerajaan pedalaman di Jawa). Hal
ini menyebabkan putera rajaPalembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya
mengundurkan diri hingga ke Temasik (Singapura). Pada waktu itu, Singapura telah pun mempunyai
politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya, Siam. Pemerintah atau penguasa
tempatannya bernama Sang Aji Singapura, iaitu menantu kepada Raja Siam sendiri.Setelah
menewaskan penguasa pulau tersebut, Parameswara telah bertakhta di Singapura. Namun pada
tahun 1398, Ayudhya telah membuatserangan balas ke atas Singapura. Kemuaidan, Parameswara
dan para pengikutnya mengundurkan diri ke Semenanjung Tamah Melayu. Pada mulanya baginda
bertapak di Muar, seterusnya di Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun
1400.Namun begitu, di dalam kajuan yang mutakhir, terdapat sarjana yang mengemukakan bahawa
Kerajaan Melaka itu diasaskan pada tahun 1262. Tarikh baru ini lahir ekoran kajian yang mendalam
terhadap naskhah Melayu agung, iaitu Sulalatus Salatin (edisi Raffles, MS18).Walau bagaimanapun,
ketika Parameswara sampai di Melaka, di situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan.
Parasmewara menamakan kawasan tersebut Melaka, iaitu bersempena dengan nama sebatang
pohon yang bernama Malaka. Terdapat juga beberapa pandangan lain yang mengatakan bahawa
nama Melaka berasal daripada istilah bahasa Arab, iaitu Malaqat yang bermaksud tempat
perlindungan sebagai simbolik kepada tapak perlindungan Parameswara dan para pengikutnya.
Bermula daripada baginda hingga kepada waris-warisnya, Melaka berkembang dan
kemudiannyamenjadi pusat perdagangan yang termasyhur di dunia terutama pada abad ke-15.

Latar Belakang

Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah
Malaysia. Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-Islam lagi seperti
kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak. Namun, kajian terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak begitu
mendalam berbanding dengan Melaka kerana kekurangan rekod dan bukti.Selain Tanah Melayu,
kepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain
sebekum Melaka seperti kerajaan Funan, Sriwijaya dan Majapahit. Kesultanan Melayu Melaka
merupakan warisan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara. Kerajaan ini
muncul antara abad ke-7 hingga ke-13 Masihi. Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan maritim dan
mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China serta kawasan-kawasan pedalaman
negerinya sendiri. Dari segi agama, kerajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama
Hindu-Buddha serta pengajian bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Bahasa Melayu
Kuno juga berkembang dan dipraktikkan dengan meluas pada zaman ini. Perkembangan politik
Melaka pada Tahap Awal bermula apabila membuka petempatan di Melaka, Parameswara mula
menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka mulcul sebagai
sebuah tapak perdagangan antarabangsa. Namun, Negara China masih merupakan kuasa
perdagangan yang kuat. Justeru, sesebuah kerajaan dianggap beruntung sekiranya mendapat
pengiktirafan daripada Maharaja China. Melaka bernasib baik kerana pada tahun 1403, seorang duta
telah tiba dari Negara China, iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara. Situasi ini
membuktikan pengiktirafan negara China terhadap Melaka. Maharaja Yung Lo, iaitu maharaja
negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada
utusan dan saudagar-saudagar yang dating dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi. Pada tahun
1405, utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China, Kedaulatan Melaka diiktiraf
secara rasmi dan pemerintahnya (Parameswara) ditabalkan sebagai raja. Seterusnya, pada tahun
1409, Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di
samping sebuah prasasti kepada Parameswara. Melaka merupakan kerajaan pertama di Asia yang
menerima penghormantan ini. Hubungan baik dengan negara China dan pengiktirafan yang
diberikan tersebut memberikan peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan
prestijnya. Selain pengiktirafan, Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan
dengan China. Oleh itu, Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit yang menjadi
seteru pada ketika itu ekoran perlindungan daripada kerajaan China.

Masalah kajian

Dalam usaha untuk menyelesaikan kajian ini, kami telah menghadapi beberapa kesulitan. Antaranya
ialah, kami tidak dapat memastikan penulisan pergerakan Parameswara sebelum mengasaskan
Melaka untuk kegunaan penulisan latar belakang. Oleh itu, kami bercadang untuk mencari bahan
rujukan untuk mengenal pasti pergerakan Parameswara sebelum mengasaskan Melaka. Kami telah
mengambil tempoh yang agak lama untuk menyelesaikan masalah ini kerana bahan rujukan yang
agak terhad.

Persoalan Kajian

Dalam menyelesaikan kajian ini, kami juga telah mengenal pasti beberapa persoalan.
Antaranya ialah :

1) Bilakah tahun sebenar berlakunya pengasasan kesultanan Melayu Melaka di tanah melayu?

2) Siapakah pihak yang terlibat dalam pengasasan kesultanan Melayu Melaka?

3) Bagaimanakah pengaruh kesultanan Melayu Melaka di negeri Perak dan Pahang?

Objektif kajian

Melalui kajian ini, kami dapat:

1) Menjelaskan sejarah kesultanan Melayu Melaka

2) Menghuraikan sejauh mana pengaruh kesultanan Melayu Melaka terhadap negeri Perak dan
Pahang

3) Menganalisis perbezaan peranan kesultanan Melayu Melaka dalam mempengaruhi negeri Perak
dan Pahang
Kepentingan kajian

Semasa menjalankan kajian ini, kami telah mendapat banyak pengalaman daripada bahan-bahan
kajian sambil membuat kajian ini kami juga dapat mengetahui sejarah tentang kesultanan Melayu
Melaka. Kami telah mencari banyak maklumat tentang pengasasan kesultanan Melayu Melaka. Di
samping itu, kami juga telah mencari maklumat tentang pengaruh pengasasan kesultanan Melayu
Melaka terhadap negeri Perak dan Pahang. Maklumat yang kami peroleh kami jadikan sebagai bahan
rujukan dalam usaha untuk menyelesaikan kajian ini.

Batasan kajian

Kajian ini dirangkumi dengan semua meklumat tentang pengasasan kesultanan Melayu Melaka.
Kami telah mencari maklumat tentang bilakah berlakunya pengasasan kesultanan Melayu Melaka di
tanah Melayu. Selain itu, kami juga telah kaji tentang kesan serta pengaruh pengasasan kesultanan
Melayu Melaka terhadap negeri-negeri Melayu terutamanya negeri Perak dan Pahang. Kajian kami
hanya mengenai semua perkara tentang pengasasan kesultanan Melayu Melaka dan tidak lebih
daripada itu.

Bab 2: Kaedah Kajian

Dalam usaha untuk menyelesaikan kajian ini kami telah mencari maklumat dalam pelbagai sumber
rujukan antaranya:

1.Buku-buku rujukan

-Kami telah meminjam beberapa buah buku rujukan mengenai kesultanan Melayu Melaka daripada
pusat sumber.

2.Internet

-Kami telah mencari maklumat dari internet dari situ kami dapat mengetahui serba sedikit tentang
Kesultanan Melayu Melaka.

3.Perbincangan

-Kami berbincang dengan ahli kumpulan.Kami saling berkongsi idea dan pendapat untuk
menyelesaikan kajian kami.

Kaedah kajian yang kami gunakan ialah kajian perpustakaan untuk menjalankan penyelidikan
sumber-sumber yang ada di situ.Sumber-sumber yang digunakan oleh kami ialah buku
ilmiah,akhbar,majalah dan sebagainya.Kami juga melayari internet untuk menjalankan kajian kami.
BAB 3: Dapatan Kajian

Hasil daripada kajian kami,kami mendapat beberapa maklumat tentang Kesultanan Melayu Melaka.
Antaranya :

1. Kejatuhan Melaka

2. Pemerintahan kerajaan Melaka

3. Melaka sebagai kerajaan agung

4. Pengaruh kesultanan melayu melaka terhadap negeri Perak dan Pahang

Kejatuhan Melaka

Kegemilangan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah
dan Sultan Alauddin Riayat Syah. Namun, kerajaan Melaka didapati kian merosot pada akhir abad
ke-15,terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Faktor yang menyumbang kepada
kemerosotan kerajaan ini boleh dikelaskan kepada faktor dalaman dan luaran.

Faktor-faktor Dalaman

Kelemahan pemerintahan Melaka Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah , beliau
didapati mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya , Sultan Mansur Syah.
Ayahandanya seorang yang gagah,berani dan tegas,namun baginda bersikap menolak kekerasan.
Oleh itu ,tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman pemerintahan baginda. Hal ini
menyebabkan banyak wilayah jajahan cuba membebaskan diri dan membentuk autonomi masing-
masing. Keadaan bertambah buruk semasa ketakhtaan Sultan Mahmud. Baginda digambarkan
sebagai seorang pemerintah yang sering mengabaikan doktrin keadilan dalam pemerintahannya.
Ketika pemerintahan baginda, berlaku juga kelemahan-kelemahan dalam kalangan
pembesar .Pengganti-Pengganti Bendahara Tun Perak didapati tidak secergas dan sebijaksana
beliau .Misalnya , Tun Perak diganti oleh adiknya Tun Perpatih Putih yang sangat tua dan telah
tepok kakinya .Adik kepada Tun Perpatih Putih yang menggantikan abangnya pula dikatakan seorang
yang boros .

Kekurangan :-

1.) Kelemahan sistem pertahanan Ketiadaan pahlawan terbilang seperti Hang Tuah dan Tun
Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan.

2.) Kurangnya perpaduan rakyat Melaka Semangat perpaduan rakyat yang lemah juga
mengundang kepada kemerosotan Melaka. Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak , misalnya
wujud puak tua(kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak
sefahaman. Demikian juga wujud pertelingkahan Antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.
3.) Sikap pembesar-pembesar bersikap tidak adil seperti mengenakan cukai yang berlebihan
kepada pedagang-pedagang. Hal ini menyebabkan pedagang - pedagang menjadi marah dan mula
mencari pelabuhan-pelabuhan lain seperti Aceh,Bentan,Pattani dan Brunei untuk menjalankan
kegiatan perdagangan mereka.

4.) Pegangan agama yang lemah-Walaupun agama Islam menjadi anutan dan penyebaran utama di
Melaka , namun pegangan dan penghayatan agama boleh sesetengah pembesar dan rakyat masih
nipis dan tidak dihayati sepenuhnya.Berlaku perkara seperti kezaliman , ketidakadilan dan
penindasan terhadap masyarakat kegiatan rasuah dalam kalangan pembesar juga berlelusa.

Faktor-faktor Luaran

Pertamanya ialah penemuan Tanjung Pengharapan . Aktiviti penjelajahan oleh masyarakat Eropah ke
Timur dengan penemuan Tanjung Pengharapan pada tahun 1488 menyebebkan kuasa-kuasa Barat
mula berminat dengan tapak-tapak perdagangan di Timur. Pelayar-pelayar Portugis juga mendapat
galakan daripada Raja Portugal,Putera Henry. Keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan
Melaka atas faktor memonopoli dagangan rempah , menyekat penguasaan dagangan pedagang-
pedagang Islam dan menyebarkan agama Kristian.Selain itu,terdapat pengkhianatan dalam kalangan
pembesar seperti Utimutiraja, seorang pemimpin jawa yang membelot dengan membawa askarnya
bagi pihak Portugis. Perisikan dan intipan yang dilakukan oleh pihak Portugis sehingga pelan
pertahanan kota Melaka dapat disalur keluar.Portugis menyerang Melaka pada tahun 1509 dan
1511. Walaupun Melaka menang pada serangan pertama , namun gagal mempertahankan kotanya
pada serangan kedua. Serangan Portugis pada 24 Julai 1511 diketuai oleh Alfonso de Albuquerque
bersama angkatannya (yang terdiri daripada 19 buah kapal perang dan 1400 orang tentera) telah
berjaya menundukkan Melaka.

2. Pemerintahan Kerajaan Melaka

Melalui pemahaman terhadap bentuk pemerintahan awal di Melaka, kitra dapat menggambarkan
system pemerintahan pada hari ini yang masih diamalkan dalam system beraja negara. Kedudukan
paling tinggi dalam system pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau Yang di-Pertuan. Apabila
pemerintah kerajaan Melaka mula memeluk Islam, pemerintahnya digelar Sultan dan Syah. Ramai
sarjana sejarah bersetuju bahawa Sultan Iskanda Syah merupakan pemerintah Melaka pertama yang
memeluk Islam. Sistem pemerintahan ini disebut raja mutlak yang bermaksud kedudukan dan hak
raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.Kuasa dan hak raja berkait rapat dengan beberapa
konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakan pada waktu itu, iaitu konsep taat setia,
derhaka, daulat, tulah dan nobat. Konsep-konsep ini juga berkait rapat dengan protocol diraja
yang melibatkan alat kebesaran dan bahasa dalam atau bahasa istana. Antara bahasa istana yang
digunakan seperti titah, patik, murka, kurnia dan anugerah/ Istilah-istilah lain pula seperti
bersiram, gering, berangkat dan mangkat. Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang
mempunyai pentadbiran yang tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya. Sultan mempunyai
perkenan melantik para pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang dan
peraturan, menghakimi perbicaraan, mengawal keselamatan, mentadbir hal ehwal pelabuhan,
merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protocol dan adat istiadat istana. Raja
dibantu oleh sebuah organisasi yang tersusun dengan hierarki dan fungsi masing-masing. Sistem ini
dipanggil Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem pentadbiran kerajaan Melaka amat berkait rapat
dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama, iaitu Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Sistem empat orang menteri utama ini, wujud golongan
pentadbir lain yang tidak kurang pentingnya seperti syahbandar sebagai pegawai pelabuhan,
hulubalang besar sebagai panglima perang, ulama, mandulika, tentera, mantra, Seri Bija Diraja,
bentara chetria, orang kaya dan bangsawan yang lain mewakili pembesar 8, 16dan 32 tadi. Corak
pentadbiran sebigini membentuk Sistem Kebangsawanan di Melaka. Selain kerabat diraja, system
ini melahirkan dua golongan masyarakat, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.
Secara keseluruhannya, system pentadbiran kerajaan Melaka adalah berdasarkan wilayah. Wilayah
pemerintahan empayar Melaka terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu:

(a) Kota Melaka

(b) Wilayah-wilayah pegangan/pemakanan

(c) Wilayah-wilayah taklukan

(d) Jajahan-jajahan takluk

Kota Melaka ditadbir di bawah pusat pentadbiran utama. Wilayah-wilayah pegangan pula merujuk
kepada kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada para pembesar tertentu untuk mentadbirnya
sekali gus memperoleh nafkah dari wilayah-wilayah tersebut.Pentadbiran di wilayah-wilayah kecil
pula dipertanggungjawankan kepada penghulu-penghulu yang dilantik. Mereka ini digelar
Mandulika. Wilayah-wilayah yang dimaksudkan ialah Klang, Jeram, Selangor dan lain-lain.
Sementara itu, jajahan-jajahan takluk Melaka pula meliputi kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu
sendiri seperti Selangor, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan dan lain-lain. Selain itu, jajahan meliputi
juga Inderagiri, Bengkalis, Rokan, Rupat, Bentan, Lingga dan lain-lain di Sumatera dan Kepulauan
Riau Lingga. Wilayah-wilayah ini diberi autonami untuk mengekalkan pentadbiran tempatan tetapi
dengan pengawasan daripada kerajaan Melaka. Wilayah-wilayah jajahan ini juga perlu membayar
sejumlah cukai yang ditentukan.

3. Melaka sebagai Sebuah Kerajaan Agung

Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan
kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang. Empayar Melaka
dikatakan meliputi hamper keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera
dan Kepulauan Riau Lingga. Melaka pernah menjadi pusat perdangan dunia. Hal ini kerana,
kedudukannya yang strategic dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari timur dan
Barat, misalnya dari negara China, India, Timur Tengah,Asia Timur dan Kepulauan Melayu. Selain itu,
kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakan penyebaran agama Islam di Melaka dan
akhirnya Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam. Justeru, Melaka menjadi tumpuan
pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan
serta rakyatnya. Melaka juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana
mendapat galakan daripada pihak Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa,
perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.
4. Pengaruh kesultanan melayu melaka terhadap negeri Perak dan Pahang Perak

Negeri Perak

Petempatan di Perak telah terbukti wujud seawal zaman prasejarah dengan penemuan pelbagai
artifak daripada kajian arkeologi di kawasan-kawasan seperti Kota Tampan dan Gua Badak di
Lenggong,Gua Kerbau di Sungai Siput dan Gunung Churau di Ipoh. Terdapat juga catatan dalam
sulalatus salatin tentang kewujudan kerajaan tua di Perak seperti Beruas dan Dinding. Perak juga
pernah disebut sebagai sebuah negeri bernama Gangga Negarayang dipercayai wujud pada abad
ke-5 atau ke-6 di kawasan Beruas atau Manjung , Perak. Pengasas kesultanan Perak adalah dari
kesultanan Melaka. Apabila Melaka diserang Portugis pada tahun 1511, Sultan Ahmad telah
berundur ke Johor dan bergerak ke beberapa buah tapak dalam usaha untuk merampas semula kota
Melaka di samping mengelakkan diri daripada serangan balas oleh Portugis. Ketika di Bentan dan
bersemayam di Kopak, Sultan Ahmad mangkat.Kemangkatan baginda menyebabkan Sultan Mahmud
melantik puteranya, iaitu Raja Muzaffar dengan puteri Kelantan, iaitu Puteri Onang Kening sebagai
Raja Muda. Biarpun begitu,apabila isterinya Raja Fatimah pula melahirkan putera, kedudukan Raja
Muzaffar ditarik balik dan Sultan Mahmud melantik pula putera baharunya Raja Ali sebagai Sultan
Muda.Justeru ,apabila Sultan Mahmud mangkat pada tahun 1528 di Kampar, Raja Ali telah
ditabalkan sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah. Raja Muzaffar yang berkecil
hati dengan peristiwa ini, kemudiannya membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak
yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah. Naskhah Sulalatus salatin edisi Raffles MS18
mencatatkan bahawa selepas kemangkatan Sultan Mahmud di Kampar , Raja Muzaffar telah keluar
dari negeri tersebut bersama-sama isterinya Tun Trang dan puteranya Raja Mansur ke Siak. Dari Siak
mereka belayar pula ke Klang. Di Klang , mereka bertemu dengan seorang pedagang yang berasal
Manjung bernama Situmi yang berdagang di Klang. Beliaulah yang membawa Raja Muzaffar ke Perak
lalu ditabalkan sebagai Sultan Perak. Hal ini bermakna pada abad ke -16 keluarga pemerintah Perak
berketurunan Sultan Mahmud Syah Melaka. Keluarga ini bertahan dalam kerajaan Perak sehinggalah
abad ke -17 apabila keluarga baru muncul dari Pahangdan memerintah Perak. Peralihan tampuk
pemerintahan ini berlaku kerana campur tangan pemerintah Aceh , iaitu Sultan Iskandar Muda
Thani. Pada zaman pemerintahan baginda di Aceh , Perak menjadi salah sebuah negeri yang tunduk
di bawah kekuasaannya. Oleh itu , baginda telah melantik saudara sepupunya daripada keturunan
Kesultanan Melaka-Pahang bernama Raja Sulong sebagai Sultan Perak yang baharu. Beliau digelar
Sultan Muzaffar Syah 2. Walaupun Raja Sulong dan keluarganya menjadi keluarga pemerintah
baharu di Perak , sebenarnya keluarga ini turut mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan
Melaka.

Negeri Pahang

Petempatan awal di Pahang juga terbukti dengan penemuan arkeologi yang merujuk pada zaman
Mesolitik, Noelitik dan Gangsa. Antara kawasan tersebut ialah Sungai Lembing , Tembeling dan
Tresang.Nama Pahang juga turut tercatat dalam catatan pengembara-pengembara terdahulu
dengan pelbagai nama. Mengikut catatan pengembara Arab, Eropah dan China ,Pahang ditulis
sebagaiPam,`Pan,`Paam,`Paon,`Phaan,`Phang,`Pahan,`Pan-Pan dan `Pan-Hang. Hikayat Hang
Tuah menyebut Pahang sebagai Inderapura. Pengasasan Kesultanan Pahang pada abad ke-15 juga
dari Kesultanan Melaka.Sulalatus Salatin menyebut semasa pemerintahan Melaka oleh Sultan
Mansur Syah, putera baginda, iaitu Raja Muhammad telah membunuh putera Bendahara, iaitu Tun
Besar kerana bermain sepak raga dan bolanya telah terkena destar baginda. Oleh itu , untuk
membalas perbuatannya yang zalim, Sultan Mansur telah menitahkan Raja Muhammad dibuang dari
Melaka dan dirajakan di Pahang. Maka, baginda menjadi Sultan Pahang yang pertama bergelar
Sultan Muhammad Syah. Baginda kemudiannya mengahwini puteri Raja Kelantan bernama
Mengindera Puteri dan memperoleh tiga orang putera, iaitu Raja Jamil, Raja Ahmad dan Raja
Mahmud. Sehingga awal abad ke-17, keturunan baginda (Sultan Muhammad) yang menjadi
pemerintah Pahang. Keturunan baginda yang memerintah Pahang berakhir pada tahun 1614 apabila
Raja Muda Abdullah putera kepada Sultan Abdul Ghafur mangkat pada tahun tersebut .
Implikasinya , takhta Pahang diambil alih oleh Keluarga Kesultanan Melaka- Johor , iaitu Raja Bujang.
Pelantikan Raja Bujang telah memulakan dinasti baharu di Pahang, iaitu daripada jurai keturunan
Kesultanan Melaka- Johor dan menamatkan pemerintahan keluarga keturunan Sultan Muhammad.
Rombakan dan konflik berlaku sekali lagi apabila kerajaan Aceh menyerang Pahang pada tahun 1615
dan 1617 hingga menyebabkan wilayah Pekan musnah. Hal ini kerana, Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam tidak bersetuju dengan pelantikan Raja Bujang di Pahang (ketidakpuasan hati ini
berlaku kerana Aceh sebenarnya tidak bersetuju dengan kerajaan Johor yang mengadakan pakatan
dengan Belanda). Oleh itu , Pahang duduk di bawah naungan Aceh dan Raja Bujang berundur ke
Johor. Aceh pula menyerang Johor pada tahun 1623. Namun kali ini, Sultan Iskandar Muda telah
menabalkan Raja Bujang sebagai Sultan Johor yang digelar Sultan Abdul Jalil Syah 3 sekali gus
sebagai Sultan Pahang . Pelantikan Raja Bujang telah menamatkan kewujudan pemerintah sendiri
bagi negeri Pahang kerana Raja Bujang kini menjadi raja bagi dua buah negeri sekali gus, iaitu Johor
dan Pahang. Pahang Aceh mulai merosot pada tahun 1641, apabila Sultan Iskandar Muda Thani
mangkat dan takhta Aceh diambil alih oleh balunya Puteri Seri Alam yang bergelar Sultanah Tajul
Alam Safiatuddin Syah. Kerajaan Aceh didapati mulai lemah lalu membolehkan Johor Mengukuhkan
kekuasaan mereka termasuklah ke atas Pahang. Sebelum itu, ketika Johor masih di bawah
pemerintahan Raja Bujang (Sultan Abdul Jalil Syah 3), Pahang sebenarnyya diberikan kepada
anakandanya , Raja Bajau yang juga merupakan bakal sultan bagi menggantikan baginda bergelar
Yamtuan Muda. Namun,sebelum sempat menduduki takhta , baginda mangkat pada tahun 1676 dan
kedudukanya diganti oleh putera baginda bernama Raja Ibrahim telah ditabalkan sebagai sultan
Johor-Pahang dan bersemayam di Pahang. Pada tahun 1679, baginda telah berpindah ke Riau dan
kekal bersemayam di sana. Keluarga kesultanan yang memerintah Johor-Pahang ini kekal sehingga
tahun 1699, iaitu sehingga kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di Kota Tinggi Melaka.
Selepas ini, didapati bahawa Pahang tidak lai mempunyai kesultanan sendiri (sekalipun berkongsi).
Pada tahun 1699, dinasti Bendahara pula mengambil alih pemerintahan Johor. Justeru, Sultan Abdul
Jalil 4 telah melantik adindannya, Tun Abdul Jamal sebagai Bendahara dan diberikan wilayah
pegangannya di Pahang. Keturunan Bendahara kemudian muncul sebagai pemerintah di Pahang.
Keturunan Bendahara kemudian muncul sebagai pemerintah di Pahang. Dinasti Bendahara Johor di
Pahang yang mengasaskan Kesultanan Pahang ialah Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad. Beliau
menggunakan gelaran sultan mulai tahun 1882. Biarpun begitu, baginda hanya ditabalkan sebagai
Sultan Pahang pada 12 Disember 1884 dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah dan
kemudiannya diiktiraf oleh British pada tahun 1887. Dengan pengistiharan rasmi penggunaan
gelaran sultan ini , muncullah sebuah keluarga kesultanan baharu di Pahang yang kekal sehingga ke
hari ini.
BAB 4 PERBINCANGAN DAN PENUTUP

Kesultanan melayu melaka jelas telah membawa pengaruh yang cukup besar kepada pengasasan
kesultanan kesultanan melayu lain, iaitu perak dan pahang. Kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh
kerajaan Majapahit menyebabkan parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke
temasik Singapura telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan
Ayudhya,Siam.Setelah menewaskan peguasa parameswara bertakhta di Singapura.Pada tahun
1398,Ayudhya telah membuat serangan balas ke atas Singapura dan Parameswara dan para
pengikutnya mengundurkan diri ke Semenanjung Tanah Melayu.Pada mulanya baginda bertapak di
Muar,seterusnya di Sening Hujung,Bertam dan akhirnya di Melaka pada tahun 1400.Ketika
Parameswara di Melaka.Parameswara menamakan kawasan tersebut Melaka,iaitu bersempena
dengan nama sebatang pohon yang bernamaMalaka.Pada pandangan yang lain Melaka berasal
daripada istilah bahasa Arab,iaitu Malaqat yang bermaksud tempat perlindungan sebagai simbolik
kepada tapak perlindungan Parameswara dan para pengikutnya.Bermula daripada baginda hingga
kepada waris-warisnya,Melaka berkembang dan kemudiannya menjadi pusat perdagangan yang
termasyhur di dunia terutama.Pengaruh kesultanan melayu melaka dalam pengasasan Perak dan
Pahang terdapat beberapa kebuktian seperti penemuan pelbagai artifak daripada kajian
arkeologi,terdapat juga catatan tentang kewujudan kerajaan tua dan penemuan arkeologi dan
mewujudkan carta organisasi. Pengasasan Kesultanan Perak adalah dari Kesultanan Melaka,apabila
Melaka diserang oleh portugis.Pengasas Kesultanan Perak ialah,Sultan Muzaffar Shah,putera
pemerintah terakhir Melaka,Sultan Mahmud Syah pada tahun 1528.Pengasas Kesultanan Pahang
berlaku dalam dua era iaitu Sultan Muhammad Syah ibni Sultan Mansor Syah(Dinasti baginda
memerintah Pahang dari abad ke-15 hingga 1641) dan Sultan Ahmad Al-Muazzzam Syah ibni Wan
Ali(Dinasti baginda bertakhta dari tahun 1884 hingga kini).Pengaruh kesultanan melayu melaka ini
terus berkembang dengan baik dalam tempoh yang agak lama.Kami dipengaruhi oleh pengasasan
perak dan pahang dalam setiap dasar dan segala tindakan.

Kesultanan melayu melaka adalah penting untuk memehami dan menghayati tentang
kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di tanah melayu suatu ketika dahulu. Pemahaman ini dapat
melahirkan kesedaran tantang wujudnya satu ketamadunan melayu yang tinggi pada zaman dahulu.
Misalnya, kerajaan Melaka setanding dengan tamadun dunia yang lain. Selain itu, kemunculan dan
kelahiran kerajaan negeri-negeri Melayu yang lainmembuktikan bahawa setiap negeri ini
mempunyai kedaulatan yang tersendiri.

Dengan pemahan itu, maka dapatlah generasi menghayati dan menghargai sejarah segaraa
dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Naun, kekeyaan ekonomi serta kemajuan
dan ketertinggian tamadun adalah antara faktor yang mempengaruhi kuasa asing untuk menjelajah
dan menduduki negara ini . Fenomena ini menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan
gabungan, asimilasi dan sinkritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk rakyat Malaysia yang
unggul.
1. SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA

Sejarah kesultanan Melakabermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari
Palembang, yang memerintah pada tahun1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama
pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara anehberlaku di mana seekor
kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadianitu Parameswara berasa kagum
dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dandinamakan sebagai Negeri Melaka.
Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahunsehingga ditewas oleh pihak Portugispada
tahun1511.Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahanSultan Mansur
Shah,dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kiniSemenanjung Malaysia),Singapura, dan
sebahagianbesar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialahSiamdi utara danMajapahitdi selatan
(pulauJawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar sepertiTun
Perak ,Hang Tuahlima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.Sultan Mahmud Shah,
sultan terakhir Kesultanan Melaka, merupakan mangsa keadaandisebabkan Portugal pada awal abad
ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagimerealisasikan impiannya iaitu 3K
(Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).Kerajaan Melayu Melaka mempunya wilayah lingkungan
pengaruh yang luas. Sempadannyatidak ditetapkan seperti sempadan moden. Kedaulatan
merupakan kuasa tertinggi terhadaprakyat sesebuah wilayah. Kedaulatan merujuk kekuasaan yang
dimiliki oleh pemerintah atauraja1

Rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah.Bukti ketaatan kepada raja,


rakyatmempertahankan negara. Sultan merupakan pemerintah tertinggi dibantu oleh
Bendahara,Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana yang menjadi tonggak institusi kerajaan

2. KEDUDUKAN GEOPOLITIK MEMPENGARUHI SOSIO-EKONOMIRAKYAT PADA ERA KESULTANAN


MELAYU MELAKA.

Faktor-faktor kemajuan perdagangan di Melaka

Dari segi geografi, Melaka terletak di kawasan strategik di muara sungai di Selat Melaka yangmenjadi
tempat pertemuan semula jadi kapal-kapal perdagangan antara Arab-India dan China-Jepun. Melaka
menjadi tempat persinggahan utama pertukaran monsun Timur Laut yangbertiup pada bulan
November hingga April dan angin monsun Barat Daya bertiup pada bulanMei hingga Oktober.
Melaka yang dilindungi oleh Banjaran Titiwangsa dan Pulau Sumatera2

Menjadikan laut Selat Melaka tidak bergelora. Pesisiran pantai ditumbuhi pokok bakau api-
apimengelak hakisan dan perairan yang dalam sesuai dijadikan pelabuhan.Melaka terletak
berhampiran pusat pengeluaran rempah, bijih timah, emas dan pelbagai hasilhutan di kawasan
pedalaman. Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Pulau Jawa danKepulauan Melayu yang lain
mempunyai pelbagai hasil yang telah lama diperdagangkan.Barang-barang ini amat diperlukan
sebagai barang dagangan Arab, Parsi, India dan Chinauntuk dijual kepada pedagang-pedagang asing
di tempat lain.Pemerintah Melaka menyusun Sistem Syahbandar atau Pegawai Pelabuhan untuk
menjagakebajikan, keselamatan dan pengurusan perdagangan. Empat orang Syahbandar dilantik
untuk urusan perdagangan yang berlainan, iaitu setiap seorang mengendalikan saudagar
Gujerat,saudagar Benggala, Pegu dan Sumatera Utara, saudagar Kepulauan Melayu dan saudagar
negeri China, Indo-China dan Luzon. Kerajaan Melaka menyediakan kemudahan membaikikapal,
tempat penginapan para pedagang, bekalan makanan dan air bersih serta gudangpenyimpanan
barang yang selamat.Sistem cukai yang teratur dan adil memberi faedah besar kepada pedagang
asing dantempatan. Kemudahan lain turut digunakan seperti piawai timbangan. Pegawai
penguatkuasadilantik oleh kerajaan Melaka bagi pemantauan undang-undang pelabuhan dijalankan
secaraadil dan saksama bagi mengelakkan penipuan, penindasan serta diskrimansi. Pedagang-
pedagang dengan rela hati datang ke Melaka tanpa perlu dipaksa seperti berlaku
semasapemerintahan Srivijaya.Kestabilan politik, pengurusan pelabuhan sistematik dan jaminan
keselamatan menyebabkansaudagar-saudagar asing optimis dengan keuntungan perdagangan yang
mereka perolehidengan membuat pelaburan di Melaka. Saudagar-saudagar yang kaya dari Arab,
Parsi, Indiadan China telah mendirikan pusat perdagangan mereka di Melaka dan
menjalankanperdagangan pemborong. The Suma Oriental menyebut, pada tiap-tiap tahun,
berpuluh-puluhbuah jong pedagang Cina berniaga di pelabuhan Melaka.

e. Dalam memajukan pertanian sawah padi, kerajaan telah membina projek pengairan besar-
besaran seperti Projek Pengairan Sungai Muda di Kedah, Projek Kemubu di Kelantan dan Projek
Krian Sungai Manik di Perak. Pengairan yangcukup ini membolehkan petani menanam padi dua kali
setahun. Petani mendapatharga yang berpatutan melalui penubuhan Lembaga Padi dan Beras
Negara (LPN).f. Negara mengubah strategi lebih drastik dalam pembangunan mula tahun1980-an di
bawah kepimpinan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Pembangunannegara lebih
berorientasikan perindustrian termasuk sektor pertanian. Pada tahun1982, dilancarkan Dasar
Pertanian Negara bertujuan meningkatkan kepentingansektor pertanian dari segi sumbangannya
kepada ekonomi negara. Dasar inidiharapkan dapat meningkatkan pendapatan daripada kegiatan
pertanian, perikanandan ternakan.g. Pihak kerajaan melancarkan projek Mini Estet iaitu
penggabungan kawasankecil di bawah satu penyeleggaraan dan pemantauan seseorang pegawai
sebagaipenasihat di bawah agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, RISDA, dan MARDI.Tumpuan
adalah di kawasan luar bandar dan pekebun kecil terutam tanaman getah,kelapa, koko dan kelapa
sawit.h. Kerajaan menubuhkan kawasan perindustrian moden bertaraf antarabangsatermasuk
Kawasan Perdagangan Bebas seperti Bayan Lepas Pulau Pinang. Barang-barang yang keluarkan di
kawasan ini tidak dikenakan cukai. Tetapi barangkeluarannya hanya dipasarkan di luar negara
sahaja.i. Bagi menjayakan rancangan industri berat, pada tahun 1980, kerajaan telahmenubuhkan
Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM). Di antaraprojek HICOM ialah industri
membuat simen dikendalikan oleh Kedah CementSendirian Berhad.j. Kerajaan menubuhkan Syarikat
Perusahaan Otomobil Nasional Berhad(PROTON) untuk mengeluarkan kereta nasional pertama yang
terletak di kawasanperindustrian Batu Tiga, Selangor. Pelbagai model dikeluarkan dan
mendapatpasaran yang amat menggalakkan dalam dan luar negara. Kejayaan pertama ini
telahmerintis kepada penubuhan Kilang Kereta Kedua, iaitu PERODUA terletak diRawang Selangor.

k. Bagi mengagihkan modal yang seimbang antara sektor perniagaan danperindustrian, kerajaan
telah menubuhkan Yayasan Pelaburan Bumiputera yangkemudiannya dikenali sebagai Permodalan
Nasional Berhad (PNB). Demimempercepatkan pencapaian kerajaaan menubuhkan Amanah Saham
Nasional(ASN) pada tahun 1981. Skim saham ini bertujuan untuk memberi peluang
kepadabumiputera mendapatkan pemilikan sebahagian daripada saham terkemuka dalammencapai
pengagihan yang adil tanpa mengambil hak kaum bukan bumiputera.l. Kesungguhan kerajaan dalam
melibatkan perancangan pembangunanekonomi negara bertaraf antarabangsa ialah dengan
penubuhan PerbadananPetroleum Nasional (PETRONAS). Perbadanan ini mendapat hak asas untuk
mencarigali petroleum di Malaysia bersama syarikat minyak antarabangsa lain didalam dan luar
negara. Pada masa ini PETRONAS telah terlibat denganperancangan dan kegiatan carigali minyak di
Afrika, Timur Tenga, China dannegara-negara Balkan berhampiran Russia.m. Dasar Persyarikatan
Malaysia atau Malaysia Incorporated ditubuhkan untuk mewujudkan kerjasama antara kerajaan dan
swasta terutama dalam pembangunansektor perindustrian dan perkhidmatan mega. Dalam dasar
ini, negara Malaysiadianggap sebagai sebuah syarikat. Kerajaan dan swasta menjadi pemilik
bersama.Rakyat sebagai kakitangan kerajaan dan swasta merupakan pemilik dan pekerjadalam
Syarikat Malaysia. Perkembangan ekonomi yang dibangunkan bersama akanmemberi keuntungan
kepada semua pihak iaitu kerajaan, swasta dan rakyat.n. Dasar Penswastaan Negara dilancarkan
bertujuan untuk memindahkanperkhidmatan dan perusahaan kerajaan kepada pihak swasta. Di
antaranya ialahpenswastaan Telekom Malaysia kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad STMB,
Lembaga Letrik Negara (LLN) kepada Tenaga Elektrik Negara MalaysiaBerhad (TNB), Penyiaran TV3,
Kontena Pelabuhan Klang, dan JabatanPerkhidmatan Pos.o. Di samping itu, agensi kerajaan negeri-
negeri mempelbagaikan perancangandan kegiatan ekonomi seperti membangunkan kawasan
perindustrian di setiapnegeri, pembinaan bandar baru, membina semula bandar lama, dan
memajukansektor pembinaan. Kerajaan negeri juga melaksanakan pelbagai projek

Pembangunan ekonomi kecil dan sederhana termasuk yang berpotensi pasaran luar negara.p. Pihak
kerajaan menggiatkan pembangunan infrstruktur seperti lebuhraya UtaraSelatan menghubungkan
Bukit Kayu Hitam di Kedah dengan Johor Bharu,lebuhraya Timur Barat menghubungkan Grik di Perak
dengan Jeli di Kelantan,lebuhraya Pantai Timur menghubungkan Gombak dengan Kuantan, dan
lebuhrayadi Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Dibina juga lebuhraya jarak sederhanadan
jarak dekat terutama di kawasan bandar utama, laluan perdagangan dan kawasanperindustrian. Ini
temasuklah Lebuhraya Persekutuan menghubungkan KualaLumpur dan Klang, Lebuhraya Shapadu
menghubungkan Kuala Lumpur-Shah Alamdan Pelabuhan Klang Utara, dan Lebuhraya KLIA
menghubungkan Kuala Lumpur dan KLIA Sepang.q. Demi memastikan kepesatan negara berterusan,
perkhidmatan cekap danrangkaian komunikasi menyeluruh, pihak kerajaan turut mengistiharkan
budayaTeknologi Maklumat. Pelabagai usaha dilaksanakan terutama penubuhan

Multimedia Super Corridor

(MSC) bertujuan menghubung dan mengaitkan negaradan rakyat negara ini dengan rangkaian era
globalisasi negara maju dan negaramembangun.

5. KESIMPULAN

Negara Malaysia telah melalui pelbagai proses untuk berada pada tahap sekarang. Bermuladengan
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan Inggeris dan Jepun dan kinikemerdekaan. Justeru
itu, banyak kesan dan perubahan yang berlaku kepada Malaysiaterutamanya daripada aspek
ekonomi dan sosial rakyatnya. Menjadi harapan seluruh rakyatMalaysia supaya beroleh pencapaian
yang lebih gemilang pada masa akan datang.
1.0 PENDAHULUAN

Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal
dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit.
Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah
gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum
keluarga dan pengikutnya.

Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh
Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi
Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya
sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur
rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana
merasakan dirinya tidak selamat. Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara
melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan
nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.

Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan
gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil
itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut
kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan
suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan. Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri
dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang
berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.

2.0 ISI UTAMA / HURAIAN ISI

2.1 Perkembangan Melaka

Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya,Sultan
Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri
Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444).
Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua
baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri
Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan
dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".

Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445
dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam
sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh
Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara
pada ketika itu beragama Hindu.

Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama
diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan
Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan
kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya
menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam
tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara
dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan
tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
Gugusan Kepulauan Melayu seperti yang kita sedia maklum sangat terkenal kerana ia dikatakan
sebagai jalan perdagangan yang utama dunia. Kegiatan perdagangan bukanlah perkara baru bagi
penduduk di Melaka. Kegiatan perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kegiatan
ekonomi orang pribumi yang telah berjalan sejak zaman awal Kerajaan Melayu Langkasasuka dan
Srivijaya, iaitu dari abad ke-7 hingga abad ke-13. Gugusan Kepulauan Melayu telah menjadi
tumpuan pedagang-pedagang dari India, Arab dan China sejak dari abad pertama lagi.[1] Sumber-
sumber bertulis china, India, Arab dan Yunani membuktikan bahawa kegiatan perdagangan di rantau
ini berkembang dengan pesat sebelum kebangkitan Kerajaan Melayu Melaka. Di antara pusat-pusat
perdagangan yang muncul di Kepulauan Melayu berdasarkan sumber-sumber berikut iaitu sumber
dari China Tun Sun, Tan Chu-Li, Pan-Pan, sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria, sumber
India-Takola, Kataha, Kalagam, Tambaralinga dan sumber Arab-Kalah, Qalqullah dan Tiyumah.

Selepas Kerajaan Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan
Srivijaya pada abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada
faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Kedudukan Melaka yang strategik
menjadikannya sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.[2] Melaka yang pada mulanya
merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat
perdagangan yang dulunya dipegang oleh srivijaya. Kejayaannya menarik tumpuan perdagangan dari
srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman
dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang
cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. Melaka sebenarnya telah
mula berkembang dengan pesat di bawah pemerintahan Parameswara.

Di bawah pemerintahan Parameswara, Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan yang


terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan awal abad ke-16. Tambahan pula, Melaka
merupakan tempat perdagangan rempah-ratus di mana ia berfungsi sebagai pintu kepada negeri-
negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duerte Barbosa
yang berkata, sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai dunia(He who is lord of
Malacca has his hand on the throat of venice).[3]

Tindakan Parameswara mengawal Selat Melaka yang menjadi faktor terpenting bagi survival
ekonomi dan keutuhan Melaka. Pasukan laut terbabit terdiri daripada orang Laut di sekitar selat
Melaka yang menjadi tulang belakang kekuatan tentera laut Melaka. Kedudukan dan peranan
"kelautan' dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan kian menonjol di beberapa tahap awal abad
ke-15. Senario Perkembangan Perdagangan di Melaka.[4]

Setelah 3 tahun Melaka dibuka oleh Parameswara, penduduk Melaka yang berasaskan
perikanan hanya berjumlah kira-kira seribu orang dan telah meningkat berkali ganda kepada hampir
6000 orang. Ini ditambah pula dengan kepesatan Melaka sebagai pusat perdagangan yang
menjalankan pelbagai perdagangan barangan enterport seperti buah Pala, kain, batik, hamparan,
bulu burung, cengkih, kayu dan cendana. Melihat kepada kepesatan ini, pihak pentadbir Melaka
telah menyediakan pelbagai kemudahan dengan tujuan untuk menarik minat lebih banyak lagi kapal-
kapal dagang berdagang di Melaka. Kapal-kapal dagangan ini akan dikenakan cukai sebanyak 6
peratus dan perahu orang peribumi pula hanya 3 peratus. Melaka juga terkenal dengan pusat
pelabuhan yang mementingkan keselamatan, pentadbiran yang teratur, dan cekap dalam
mengendalikan pasaran kosmopolitan. [5]
2.2 Kedudukan Geografi Yang Strategik Di Perairan Selat Melaka.

Melaka menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan kerana faktor kedudukan geografinya
yang strategik. Melaka terletak ditengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat yang
menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China, India, Arab dan Kepulauan Melayu
sendiri.[6] Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu pedagang-pedagang China dan
India untuk pergi ke Melaka. Kedudukan Melaka yang strategik membolehkannya berfungsi sebagai
pelabuhan dan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagangan yang berulang alik melalui Selat
Melaka.[7] Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari
China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor,
buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari
Tanah Melayu.

Pelabuhan Melaka terlindung dari tiupan angin dan jauh dari hutan paya bakau. Pintu
pelabuhannya sangat dalam dan luas untuk membolehkan kapal-kapal besar masuk berlabuh.[8]
Selain itu, terdapat rangkaian hubungan dengan daerah pedalaman kerana sungai Melaka membuka
jalan kepada jalan dagang seberang Semenanjung iaitu kawasan pengangkutan iaitu penarikan yang
bersambung ke Jalan Muar-Pahang sehingga membawa ke kawasan yang kaya dengan emas di Ulu
Pahang. Melaka merupakan sebuah tempat yang strategik kerana kedudukannya yang terletak di
Selat Melaka menjadikannya sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli. Melaka kaya dengan
hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus dan rotan. Kekayaan hasil pertanian seperti rempah
ratus, teh, beras dan lain-lain. Hasil-hasil laut seperti Kowri (matawang), kerang dwi katup, tiram
dan lain-lain.

Selain itu, Melaka juga kaya dengan hasil perlombongan seperti emas, bijih timah, bijih besi,
antimoni dan lain-lain. Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka menjadikannya pusat
tumpuan pedagang-pedagang asing dari negara lain. Kelangsungan kepesatan sesuatu perdagangan
amat memerlukan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil.[9]
Kebanyakan kerajaan di gugusan kepulauan Melayu mempunyai sistem pentadbiran dan
pemerintahan yang tersusun. Melaka contohnya mempunyai sistem pentadbiran yang cekap iaitu
dengan wujudnya sistem pembesar empat lipatan dan sistem perundangan seperti undang-undang
laut Melaka. Sistem ini dapat melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan
perdagangan di pelabuhan Melaka.

Iklim juga berperanan dalam perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting
di Nusantara. Kedudukan Melaka yang strategik membolehkannya menerima tiupan dua jenis angin
iaitu angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Kedua-dua angin ini bertiup selama 6
bulan mengikut giliran tahunan.[10] Oleh yang demikian, pedagang-pedagang dari Barat dan Timur
tidak pernah bertembung dengan tiupan angin yang berlainan musim tadi. Keadaan inilah yang
dapat mengelakan agar tidak berlakunya masalah lalulintas kerana perjalanan sesebuah kapal dari
Timur mahupun Barat adalah ditentukan oleh kedua-dua angin tersebut. Keistimewaan tiupan angin
di Selat Melaka menyebabkan para pedagang menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan dan
tempat untuk meletak barang dagangan di gudang untuk diniagakan apabila pedagang lain tiba di
Melaka pada musim monsun yang satu lagi. Sultan (Raja Iskandar Shah) juga telah menyediakan
segala kemudahan sama ada berbentuk fizikal atau material di pelabuhan entrepot.[11]

Kepesatan perdagangan di Melaka terbukti melalui catatan pedagang berbangsa portugis,


Tom Pires mengatakan bahawa setiap tahun terdapat sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar dan
kira-kira 30 hingga 40 buah kapal kecil yang tiba di pelabuhan Melaka. Dikatakan juga pelabuhan
Melaka begitu besar sehingga boleh menampung hampir dua ribu buah kapal dalam satu-satu masa.
Tempoh masa yang sibuk di Melaka adalah di antara bulan Mac dan Disember.[12] Hal ini kerana,
Selat Melaka akan menerima perubahan tiupan angin monsun yang membolehkan kapal-kapal
dagangan belayar. Dalam tempoh ini, Melaka akan menerima ketibaan kapal-kapal dagangan dari
Asia Timur dan Timur; manakala dari bulan Mei hingga September pula merupakan giliran pedagang-
pedagang dari Jawa dan Timur Nusantara berdagang di Melaka.

2.3 Hubungan luar Kerajaan Melaka yang telah menjamin keselamatanya.

Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka juga telah mewujudkan hubungan
diplomatik dengan China dan Jawa. Melaka juga telah mengambil inisiatif dengan menjalankan
hubungan diplomatik dengan kuasa luar dan besar dan salah satunya adalah China (1403-1433). [13]

Dalam aspek keselamatan, Melaka bernasib baik kerana telah mendapat perlindungan
daripada negeri China. Keadaan ini wujud berikutan daripada kerajaan Melaka yang terpaksa
mempersembahkan 40 tahil emas kepada Siam, jika tidak keselamatan Melaka akan terancam. Pada
masa itu, kerajaan Melaka belum lagi mempunyai kekuatan yang setaraf dengan Siam. Tindakan
Siam tersebut juga adalah berikutan pembunuhan Temagi iaitu wakil pemerintah Siam di Singapura
yang mana beliau telah dibunuh oleh Parameswara. Berita mengenai perkembangan pelabuhan
Melaka tersebut akhirnya samapai juga ke negara China.[14] Oleh yang demikian, Maharaja Yung-Lo
yang merupakan Maharaja China pada ketika itu telah menitahkan Laksamana Yin Cheng pergi ke
Melaka. Pada tahun 1405, utusan dari China iaitu Laksamana Yin Cheng telah datang ke Melaka dan
ini memberi peluang kepada Parameswara untuk menangani masalah dengan Siam. Melaka melalui
Parameswara berharap dapat menfaatkan pengaruh China yang merupakan negara terkuat di Asia
pada masa itu untuk membela kedaulatannya.[15]

Perhubungan di antara Melaka dan China semakin utuh pada tahun 1405 iaitu selepas utusan
rombongan kerajaan Melaka tiba di ibu Negara China, di mana Maharaja Ming telah memberi
pengiktirafan kepada Parameswara sebagai raja Melaka dan juga dianugerahi Cap Kempal, sepasang
kain sutera berkerajaan dan payung berkerajaan. Apabila Siam telah bertindak menyerang Melaka
dan merebut Cap Kempanya, Maharaja Ming telah menghantar Zheng He Ke ke Siam untuk
menghalang persengketaan Siam dan Melaka. Pada akhir tahun 1407, kerajaan Melaka sekali lagi
menghantar utusan dari Melaka pergi ke negara China iaitu dengan mengikut kapal Laksamana
Cheng Ho yang singgah di Melaka dalam perjalanan balik ke negara China. Dalam utusan tersebut,
Parameswara telah menyatakan mengenai pencerobohan Melaka oleh Siam. Oleh yang demikian,
Maharaja China telah memberi amaran kepada kerajaan Siam supaya tidak mengganggu dan
menceroboh Melaka lagi.

Pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho tiba di Melaka dengan membawa dikri Maharaja
China sebagai lambang menaikkan taraf Melaka menjadi sebuah kerajaan. Di samping itu juga,
Melaka turut mengadakan hubungan diplomatik dengan pihak kerajaan Jawa bagi mengatasi
masalah kekurangan bahan makanan. Pertambahan bilangan penduduk yang ramai mendorong
Sultan Mahkota Iskandar Syah untuk menghantar duta ke Jawa untuk berbaik-baik dengan
pemerintah Jawa yang baru iaitu Vikramarvaddhana (1389-1429). Melaka juga mengadakan
hubungan diplomatik dengan kerajaan Pasai iaitu melalui kegiatan perdagangan.[16] Salah satu
daripada sebab Parameswara membuat hubungan ini adalah untuk memperkenalkan Melaka kepada
dunia luar bagi mengukuhkan kedudukan mereka di samping itu juga untuk mendapatkan barangan
dagangan.
2.4 Kepentingan Pelabuhan Melaka Sebagai Sebuah Pelabuhan Penting Pada Abad Ke-15 dan Awal
Abad Ke-16.

Fungsi Melaka sebagai sebuah pelabuhan enterport (pusat pengumpulan barang-barang


dagangan dan menguruskan penyebaran bahan-bahan ke pelbagai tempat dan dijadikan sebagai
perantaraan pedagang dari Timur dan Barat) telah menjadikan Melaka sangat terkenal. Peranan
Melaka sebagai pelabuhan entreport ini juga telah merangsang pemerintah Melaka untuk
menyediakan kemudahan-kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan.[17] Pemerintah
(Sultan) telah menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat
perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan
lain-lain kemudahan yang diperlukan oleh para pedagang yang singgah berdagang di Melaka. Di
Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi (saudagar yang menghantar dan menyebarkan barangan
dagangan) menguruskan hal-hal perdagangan. Matawang logam digunakan dalam semua urusniaga.

Sebagai sebuah pelabuhan yang terkenal di perairan Selat Melaka di mana kawasan tersebut
terdapat banyak kegiatan perlanunan, adalah penting bagi kerajaan Melaka untuk menjaga
keselamatan para pedagang. Oleh yang demikian, bagi menjaga keselamatan para pedagang luar di
Selat Melaka Orang Laut telah direkrut untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kawasan
perairan untuk membanteras kegiatan perlanunan.[18] Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya
selamat daripada ancaman dan serangan lanun. Kedudukan Selat Melaka yang strategik
memudahkan usaha untuk menjaga perairan di Selat Melaka. Orang Laut sentiasa memberikan taat
setia dan sokongan ketenteraan kepada pemerintah Melaka. Kerjasama yang erat di antara pihak
pemerintah Melaka dan Orang Laut telah berjaya mengatasi kegiatan lanun yang mengganas di
sepanjang perairan Selat Melaka.[19] Apabila keselamatan terjamin, para pedagang bebas
melakukan aktiviti perdagangan dengan Melaka. Parameswara menjadikan Orang Laut sebagai
sebahagian daripada institusi dan sistem kerajaan Melaka. Orang Laut mengakui kedaulatan
Parameswara dan akan melindungi keselamatannya. Manakala, Parameswara pula melindungi
kehormatan dan kebajikan mereka. Orang Laut dijadikan sebagai sebahagian besar daripada
angkatan Laut Melaka dan merupakan sumber tenaga yang paling penting untuk menjaga keamanan
di samping menggalakkan pedagang-pedagang asing ke pelabuhannya.[20]

2.5 Kepentingan Melaka sebagai sebuah pusat penyebaran Islam.

Sebelum kedatangan agama Islam ke Melaka, masyarakat Melaka menganut fahaman


animisme dan Hinduisme. Islam mula muncul di Melaka pada tahun 1414 apabila Parameswara
memeluk Islam setelah berkahwin dengan puteri dari Pasai. Pengislamannya diikuti oleh
pengislaman penduduk Melaka secara beramai-ramai. Proses pengislaman ini mencapai ke
puncaknya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sekitar pertengahan abad ke-15.[21] Kedatangan
Islam telah meletakkan Kesultanan Melayu Melaka menerajui sebuah empayar Melayu Islam yang
berjaya membina sebuah tamadun. Akhirnya, Melaka muncul sebagai sebuah pusat penyebaran
Islam yang terpenting di gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15. Tinjauan jelas menunjukkan
bahawa kedatangan Islam ke Melaka telah membawa pengaruh dan sumbangan yang meluas dalam
perkembangan Kesultanan Melayu Melaka, meliputi setiap aspek budaya masyarakatnya. Justru,
perkembangan agama Islam di Melaka telah mempengaruhi sistem pentadbiran, perundangan,
ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, pendidikan dan lain-lain lagi.
Dari segi sistem pentadbiran, sumbangan Islam yang paling nyata ialah tertubuhnya sebuah
Kerajaan Melayu-Islam di Nusantara pada abad ke-15. Melaka muncul sebagai sebuah negara
Melayu yang berpandukan akidah Islam dengan menjadikan Raja Sultan sebagai pemerintah
tertinggi negara. Agama Islam dijadikan agama rasmi Melaka pada tahun 1446, iaitu semasa
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.[22] Ini menjadikan Islam sebagai agama utama yang dilindungi
dan dikembangkan di Melaka. Sebagai sebuah kerajaan Melayu-Islam, penekanan pentadbiran
adalah pada unsur-unsur kemelayuan, keislaman dan kesultanan. Dalam konteks ini, sultan selaku
pemimpin dan penaung kepada rakyat, baginda memegang amanah Allah SWT. bagi menjalankan
kuasa tertinggi memerintah negara secara adil dan saksama demi kesejahteraan rakyat dan
keharmonian negara. Teks Melayu lama yang memperkatakan tatanegara seperti kitab Bustanus-
Salatin ,

Tajus-Salatin ,... Hukum Kanun Melaka jelas memperkatakan bahawa pemerintahan raja-raja
hendaklah berdasarkan lunas-lunas ajaran Islam,bukan sahaja syariah atau hukumnya, tetapi juga
dari segi tatasusilanya.

Hasil daripada pengaruh agama Islam, nasab raja-raja Melaka dihubungkan pula dengan
Iskandar Zulkarnain, dan daripada perkahwinan mereka ini lahirnya nasab keturunan raja-raja
Melayu. Dengan itu, golongan raja bukan sahaja terus dipertuankan seperti dahulu, bahkan menjadi
lebih dihormati kerana keturunannya yang mulia itu. Pemerintah mulai dianggap sebagai pemimpin
rakyat mengikut konsep sultan dalam tradisi Islam. Pentadbiran Melaka dalam aspek-aspek
tertentu turut dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Islam. Menurut catatan dalam Sejarah Melayu,
memandangkan Melaka di bawah pimpinan tokoh Islam, maka beberapa amalan dalam institusi
pentadbirannya juga berlunaskan Islam. Ini terbukti apabila amalan musyawarah dan bermuafakat
telah diamalkan antara raja yang memerintah dengan para pegawai dan pembesar Melaka.[24] Raja
tidak memerintah secara bersendirian dan keputusan raja adalah secara kolektif.Dalam pentadbiran
Melaka, Bendahara, Temenggung, Syahbandar, Laksamana, Tun Bija Sura, dan Tun Utama
memainkan peranan sebagai penasihat kepada Sultan Melaka.

Hukum Islam juga terpancar melalui sistem perundangan Melaka. Undang-undang Melaka
atau Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak berlandaskan undang-undang
Islam.[25] Selepas pemerintahan Sultan Megat Iskandar Syah, proses rasionalisasi telah berlaku
terhadap undang-undang tradisi menyebabkan perhukuman Islam menjadi sebahagian besar intipati
Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Malah, peranan kadi dalam sejarah
perundangan Melaka juga amat dipentingkan, yakni dalam memelihara undang-undang tersebut.
Raja atau sultan bertindak sebagai penaung undang-undang.

Dengan penerimaan agama Islam, Melaka semakin menjadi tumpuan saudagar Islam. Melaka
menjadi sebuah pelabuhan perdagangan yang sungguh terkenal, sehingga mengatasi kerajaan di
pantai timur Sumatera seperti Haru, Jambi, Pedir dan Samudera-Pasai. Menjelang pertengahan
kurun ke-15, Melaka berkembang menjadi kuasa dan empayar kelautan yang agung dan gagah.
Sesungguhnya agama Islam telah menjadi suatu tenaga yang kuat yang mendorong kemunculan
serta perkembangan Melaka sebagai sebuah empayar kelautan yang agung. Dalam melaksanakan
urusan perniagaan, undangundang berjual beli yang diamalkan di Melaka adalah juga berlandaskan
undang-undang Islam. Umpamanya, Islam melarang amalan riba atau keuntungan berlipat kali ganda
daripada pusingan modal yang sebenarnya. Hukum ini adalah untuk membataskan sifat tamak atau
kecenderungan mengambil keuntungan berlebihan dan pembeli pula dapat dilindungi. Muamalat
Islam berhubung dengan soal tersebut ada terkandung dalam Fasal 30 Hukum Kanun Melaka.
Seterusnya, hukum Islam ada mensyaratkan supaya semua maklumat atau butir hutang dicatatkan
dengan disaksikan oleh dua orang lelaki. Ini bertujuan untuk mengelakkan kesulitan dan perbalahan
pada masa depan. Barang-barang yang diperniagakan mestilah barang-barang yang suci, berguna
dan bukan barangan haram. Fasal 30 Hukum Kanun Melaka ada menentukan barang-barang yang
boleh diperniagakan serta yang dilarang oleh Islam seperti arak, babi, anjing dan tuak.48 Amalan
membayar zakat turut diperkenalkan di Melaka. Amalan ini mewujudkan hubungan yang erat
sesama umat Islam dalam kalangan rakyat. Semua ciri tersebut merupakan ciri-ciri ekonomi Islam
seperti yang disarankan dalam al-Quran.

Kedatangan agama Islam telah memperkenalkan abjad Arab (tulisan Jawi) sebagai bahasa persuratan
di Melaka. Di samping digunakan dalam penulisan kitab agama, seperti kitab Duril-Mazlum, tulisan
Jawi juga digunakan bagi penulisan yang lain, seperti surat menyurat diraja, watikah, hukum kanun,
surat peribadi dan karya sastera. Malah boleh dikatakan bahawa semua penulisan yang dilakukan
dalam kerajaan Melaka adalah dalam tulisan Jawi.

Oleh sebab itu, naskhah asal yang ada kaitan dengan empayar Melaka seperti Sejarah Melayu,
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Melaka ditulis dalam tulisan Jawi. Sesungguhnya, Islam
telah menyumbangkan perkembangan minda serta intelektual terhadap golongan elit dalam
masyarakat, apabila tulisan Jawi diperkenalkan di Melaka. Seterusnya, bidang lain yang menerima
pengaruh besar seiring dengan pengenalan tulisan Jawi ialah bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Sumbangan agama Islam dalam pembentukan dan perkembangan bahasa sangat ketara, iaitu
meningkatkan tarafnya sebagai alat pengucapan intelektual dan sekali gus sebagai bahasa
perantaraan di Nusantara. Sebelum kedatangan agama Islam, belum ada sebarang bahasa yang
layak memainkan peranan yang penting ini. Kedatangan agama Islam memberi ruang untuk bahasa
Melayu muncul sebagai bahasa pengantar, bahkan sebagai bahasa sarjana dan para cendekiawan
yang terkemuka.

Bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar dalam bidang kesusasteraan tetapi
juga dalam bidang perbincangan falsafah. Tegasnya, bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan
Jawi yang dibawa oleh Islam telah menjadi bahasa ilmu di kalangan orang Melayu. Justeru itu, jelas
agama Islam telah memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai wadah perkembangan ilmu
di Melaka. Sejajar pengangkatan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, kedatangan agama Islam
turut memperkenalkan banyak istilah baharu yang diambil daripada bahasa Arab atau Parsi bagi
memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa Melayu. Bahasa Melayu banyak meminjam daripada
perkataan Arab, misalnya, pondok, maaf, batin, nafas, syukur, zalim, nikmat, salam dan kafir.
Pemerintah Melaka selepas kedatangan agama Islam mula memakai gelaran yang melambangkan
ciri-ciri Islam sama ada daripada pengaruh budaya Parsi, Mesir atau Arab. Gelaran Syah yang
dipakai oleh raja-raja Melaka bermakna Raja dalam bahasa Parsi, manakala istilah Sultan adalah
daripada bahasa Arab.[30] Aspek perkembangan ini juga dapat dilihat secara jelas apabila merujuk
kitab serta karya sastera zaman Melaka, iaitu Sejarah Melayu yang mempunyai tajuk asalnya dalam
bahasa Arab, iaitu Sulalatus Salatin. Begitulah juga buku-buku seperti Bustanul Salatin, Tajus Salatin
dan Tuhfat-an-Nafis.

Keterbukaan perdagangan di Selat Melaka juga telah menyebabkan Melaka secara tidak
langsung menjadi pusat penyebaran agama Hindu-Buddha dan agama Islam. Tambahan lagi dengan
kedudukannya yang sangat strategik di perairan Selat Melaka yang mana dapat memudahkan
kemasukan banyak bangsa yang menganut pelbagai agama. Melaka juga telah memainkan peranan
dalam proses penyebaran agama-agama ini. Pengaruh ketiga-tiga agama yang kuat ini menyebabkan
tarikan lebih banyak pedagang-pedagang asing yang masuk ke Melaka untuk memperdagangkan
barangan mereka.
Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di Nusantara. Kedua-
dua negeri ini merupakan pusat perkembangan agama Buddha membantu mengembangkan
kegiatan perdagangan dengan India dan China. Melaka merupakan empayar Islam, secara tidak
langsung ianya dapat menarik pedagang-pedagang Islam. Kejayaan Melaka dalam memainkan
peranannya sebagai sebuah pelabuhan enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu
bertindak sebagai penerima atau pembeli barang dagangan, mejadi pusat pengantaraan dimana
Melaka menjadi tempat pertemuan di antara para pedagang asing dari Timur dan Barat termasuk
juga pedagang dari Nusantara dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa
dari Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun begitu
pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya. Hal ini kerana, Melaka merupakan tempat
yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi yang mana dapat menggerakkan seluruh
kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

2.6 Pengaruh Nilai & Budaya Zaman Kesultanan Melayu Melaka Terhadap Perkembangan Politik
Kontemporari

Perkembangan politik sesebuah negara tidak mungkin terlepas daripada sejarah yang pernah terlukis
di bumi tersebut. Sejarah merupakan pustaka rujukan, gedung kajian bagi memperoleh panduan dan
pedoman dalam mendepani cabaran masa mendatang. Sejarah yang tidak dirujuk dan dibiarkan
terus tenggelam dalam dimensi masa boleh mengundang musibah. Sesebuah negara itu mungkin
kembali menghadapi masalah yang sama seperti apa yang pernah dihadapi oleh rakyatnya yang
terdahulu. Lebih malang lagi sekiranya masalah itulah yang dahulunya pernah membawa titik noktah
kepada kegemilangan tamadun bangsa tersebut. Begitu juga dengan Malaysia, negara kita. Sekiranya
sejarah penjajahan selama 446 tahun itu tidak cukup untuk membangunkan bangsa ini daripada lena
yang panjang, mungkin kesedihan penduduk Melaka saat jatuh ke tangan Portugis pada 1511
melarat hingga ke beberapa generasi lagi.

Sulalat al-Salatin(Perteturun Segala Raja-Raja) atau Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang
membentangkan sejarah masyarakat Melayu era Kesultanan Melayu Melaka. Seawal penemuan
Melaka oleh Parameswara hingga ke saat kepincangan pemerintahan Sultan Mahmud Syah, sultan
terakhir negeri Melaka. Gaya penyampaiannya yang lebih berbentuk naratif membolehkan aspek
nilai dan budaya masyarakat zaman itu diamati.

Pada pandangan saya, beberapa permasalahan timbul apabila kita cuba mengaitkan nilai-nilai yang
pernah diamalkan sepanjang zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan perkembangan politik
kontemporari. Nilai yang wujud dalam budaya, politik dan ekonomi pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka wujud atas beberapa faktor yang tidak lagi ada pada Malaysia di era sesudah merdeka.
Contohnya kedudukan Melaka sebagai salah sebuah pusat peradaban (centre of civilization) di
Nusantara, status bahasa Melayu sebagai Lingua Franca, keterbatasan perhubungan oleh faktor
geografi dan masa, serta nilai Islam dalam politik. Malaysia berdiri di atas runtuhan kota Melaka
dengan sejarah hitam penjajahan selama beberapa kurun yang telah meninggalkan impak signifikan
terhadap perubahan nilai dan paradigma masyarakatnya. Perkembangan politik hari ini adalah hasil
respons terhadap cabaran Malaysia sebagai negara multi-bangsa yang sedang membangun di bawah
bayang-bayang Barat dan pelbagai ancaman seperti neokolonialisme (globalisasi, hedonisme dll.)
serta asimilasi budaya.
Semua sedia maklum tentang kedudukan Melaka yang strategik telah mengangkatnya menjadi pusat
peradaban terkenal di seluruh Nusantara hatta dunia pada ketika itu. Kedudukan istimewa dan
struktur pentadbiran empayar kesultanannya telah menjadikan Melaka dipandang tinggi oleh lain-
lain negara yang singgah berdagang. Kedudukannya di atas hierarki peradaban tamadun ini
menjadikan Melaka lebih selamat daripada ancaman pengaruh asing. Nilai budaya, politik, ekonomi
dan sosial adalah nilai Melayu Islam Melaka. Banyak yang belajar daripada Melaka akan gaya
pengurusan dan pentadbiran jajahannya yang meski luas namun teratur dan stabil. Mengagumi dan
mencontohi yang lebih maju dan berjaya adalah fitrah manusia. Sebaliknya, Malaysia pasca era
kolonialisme banyak terkesan dengan Barat. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, raja
berperlembagaan juga terkesan dengan Barat. Suruhanjaya Perlembagaan Reid yang diketuai oleh
Lord Reid mengambil modul dan model yang ada di Barat lalu disesuaikan dengan realiti tempatan.
Great Britain antara negara demokrasi yang diambil menjadi contoh pembentukan Malaysia. Melaka
dahulu banyak dipandang, Malaysia banyak memandang. Standard pembangunan dan kemajuan
yang dikejar oleh Malaysia juga banyak ditetapkan oleh badan-badan dunia yang kebanyakannya
berpusat di Barat. Baik kelayakan untuk bergelar negara maju mahupun kualiti dalam sistem
perkhidmatan. Bukanlah saya ini seorang yang anti-Barat. Tetapi ingin saya memperlihatkan betapa
kiblat dunia sudah beralih arah sebanyak 180 darjah! Dahulu Melaka di timur jadi pujaan, kini
negara-negara di Barat dijadikan kayu ukuran. Masakan nilai-nilai budaya, politik, ekonomi dan sosial
dahulu dapat banyak mempengaruhi kancah politik negara semasa? Budaya Melaka dahulunya
banyak dieksport, budaya Malaysia kini banyak diimport.

Malaysia cuba bangkit dan membangunkan negara dengan adunannya sendiri(sungguhpun acuannya
ada pengaruh luar). Tetapi keterikatan Malaysia dengan dunia luar tidak boleh tidak telah memberi
kesan kepada perangkaan polisi dan perjalanan sistem pentadbiran dalam negara. Sebagai contoh,
kita boleh membanding bezakan sistem ekonomi zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan
Malaysia pasca merdeka. Perubahan ketara kepada struktur sistem ekonomi dunia dapat dilihat
dengan pertukaran sistem mata wang. Daripada perdagangan yang menggunakan sistem barter,
Melaka melangkah ke hadapan apabila memperkenalkan syiling emas bermula di era pemerintahan
Sultan Muzaffar Syah. Lain-lain sistem mata wang turut diguna pakai seperti jongkong timah, manik,
dan cangkerang cowrie untuk melancarkan urusan perniagaan. Perdagangan juga dibatasi oleh
faktor geografi. Pedagang hanya dapat menggunakan laluan darat, seperti denai penarikan, dan
laluan air seperti sungai dan laut untuk tujuan perniagaan. Masa yang diambil untuk bergerak dari
satu kawasan ke kawasan yang lain juga amat panjang. Keadaan ini punya perbezaan yang sangat
signifikan dengan sistem ekonomi kontemporari yang telah punya penyelarasan sistem mata wang
kertas, transaksi ekonomi daripada pelbagai sumber; darat, laut, udara mahupun ruang
maya(internet) dengan kepantasan berhubung yang disingkatkan masanya hingga kurang daripada
10-9 saat! Batasan geografi dan masa bukan lagi penghalang. Kerajaan dahulu cukup dengan hanya
menugaskan Syahbandar untuk menguruskan hal-hal berkaitan urusan ekonomi, tidak lagi mungkin
bagi zaman ini. Beberapa kementerian berportfolio besar seperti Kementerian Ekonomi,
Kementerian Asas Tani dan Perniagaan, Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan serta
Kementerian Perdagangan dan Perindustrian punyai perkaitan secara langsung dan tidak langsung
dalam urusan ekonomi negara.

Dengan perubahan yang begitu drastik dan ketara daripada pelbagai aspek, perkembangan politik
Malaysia pasca merdeka dalam melakar polisi ekonomi negara tidak boleh rigid dan pasif. Semua
polisi kini adalah respons kepada cabaran yang tidak wujud di era Kesultanan Melayu Melaka.
Namun, jika kita mengambil sudut pandang berbeza, pengaruh itu tetap ada. Melaka punya sistem
ekonomi dan matawangnya sendiri. Sistem itu tetap ada hari ini, cuma kandungannya sudah
berubah.
Status bahasa dunia atau Lingua Franca yang kini dimiliki oleh Bahasa Inggeris juga merupakan
cabaran yang tidak wujud di masa dahulu. Bahasa jiwa bangsa. Maka, dengan keberadaan status ini
pada bahasa Inggeris(bahasa Inggeris adalah bahasa utama dunia hari ini) yang juga bahasa milik
Barat, budaya dan nilai-nilai Barat turut diimport masuk ke dalam negara secara tidak langsung.
Melaka dahulu gah dengan kegemilangan bahasa Melayu. Maka aspek nilai dan budaya masih kuat
terikat dengan nilai dan budaya Melayu-Muslim. Dek kerana bahasa Inggeris sudah mengambil alih
kedudukan bahasa Melayu, ikatan itu menjadi semakin longgar. Lingua Franca hari ini tidak hanya
menguasai bahasa hubungan diplomatik, perdagangan atau urusan-urusan rasmi di peringkat
antarabangsa sahaja, ia juga digunakan dalam media massa, baik elektronik mahupun yang bercetak.
Lambakan bahan bacaan, filem dan muzik dalam Bahasa Inggeris contohnya telah banyak memberi
kesan dan perubahan kepada pola pemikiran dan aksi masyarakat Malaysia pasca merdeka.
Hinggakan isu bahasa dalam dasar pendidikan negara masih menjadi perdebatan hingga ke saat ini.
Persoalan tentang nilai dan kedudukan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat juga menimbulkan
banyak tanda tanya.

Keadaan ini tidak pernah dialami oleh kerajaan Melaka suatu ketika dahulu tetapi dihadapi oleh
kerajaan negara hari ini. Namun, respons terhadap isu ini merupakan respons terhadap cabaran
semasa yang banyak dipengaruhi nilai masa lampau. Nilai untuk mempertahankan keagungan nilai,
budaya dan bahasa Melayu bagi sesetengah pihak yang dapat melihat dan menjangkakan implikasi
penggunaan bahasa asing dalam pengajaran subjek-subjek teras. Tidak dinafikan, sungguhpun ada
golongan yang cuba mempertahankan bahasa Melayu, golongan ini seakan terpencil dan kecil
bilangannya. Persepsi masyarakat sudah berubah. Bahasa Inggeris menjadi prasyarat kemasukan ke
kebanyakan pusat pengajian tinggi dan punyai nilai kompetitif yang tinggi dalam pasaran pekerjaan
semasa. Tidak pula sebanding dengan bahasa Melayu. Walaupun kedudukannya tinggi dalam
perlembagaan, sebagai bahasa Kebangsaan, dan diangkat menjadi bahasa rasmi dalam setiap agensi
kerajaan, realiti penggunaannya masih terbatas. Keindahan bahasa Melayu juga semakin pudar
kerana rata-rata masyarakat hari ini selesa menggunakan bahasa rojak apabila berbicara. Bagaimana
mahu generasi mendatang mempelajari nilai dan budaya yang diwarisi sedari zaman gemilang
kesultanan Melayu Melaka? Apatah lagi pula mahu membawa pengaruhnya kepada perkembangan
politik semasa?

Tanggungjawab institusi Raja-Raja Melayu yang dahulunya mentadbir negara kini dipegang oleh
kuasa legislatif kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya. Nilai ketaatan kepada sultan yang tidak
berbelah bagi pernah dianuti dan dipuji oleh masyarakat Melayu dahulu hingga wujud sultan yang
megah dengan konsep daulat dan tulah. Sewenang-wenangnya melakukan apa yang disukai nafsu
serakah. Dalam buku Sejarah Melayu, cerita tentang Tun Fatimah yang kehilangan ayahnya kerana
dibunuh sultan (sungguhpun tanpa kesalahan) cukup untuk kita renungkan. Sudahlah begitu, diri Tun
Fatimah pula terpaksa menerima sultan si pembunuh sebagai suami (lantaran sultan yang tertarik
kepada kecantikannya). Apa yang lebih menyedihkan tiada yang bangkit memperjuangkan keadilan,
menegakkan kebenaran pada ketika itu. Sultanlah pemerintah, sultanlah undang-undang, sultanlah
kebenaran. Isu ini dibangkitkan hanya setelah lama sultan Melaka kehilangan takhta. Setelah dunia
berubah memandang kekuasaan semata-mata bukanlah kekuatan, harta dan kedudukan. Minda
sekarang ini menjadi aset utama.

Isu tentang kekebalan institusi beraja daripada undang-undang pernah seketika mengheret Tun Dr.
Mahathir keluar daripada parti UMNO. Namun nilai sudah berubah. Sejarah panjang telah
melahirkan manusia yang mahukan keadilan sejagat. Salah perlu dinafikan. Benar perlu
dipertahankan. Kesannya, hari ini sukar untuk kita dapati golongan yang boleh bertindak sesuka hati.
Biarlah namanya sultan atau perdana menteri, jika berada di tempat yang salah, kebenaran akan
datang mengadili.

Tidak dinafikan terdapat juga coretan cerita tentang pemimpin yang adil di sepanjang rentetan
sejarah Melaka. Pemimpin dan pegawai yang saksama ditaati dan disanjungi. Namun nilai ini nilai
manusiawi. Tidak bermakna disebabkan oleh wujudnya golongan terdahulu yang menghormati
pemerintah adil maka apa yang berlaku pada hari ini adalah pengaruh daripada peristiwa tersebut.
Hal ini tidak berkait secara langsung kepada perkembangan politik semasa. Mana-mana manusia
normal daripada mana-mana bangsa di mana-mana penjuru dunia sekalipun akan punya perasaan
yang sama. Menghormati yang adil dan saksama. Kecuali bagi mereka yang egois sentiasa, gila kuasa
serta tamak haloba.

Nilai yang diamalkan dalam urusan pentadbiran negara zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan
Malaysia juga berbeza kesan daripada kewujudan kontrak sosial antara kaum ini. Selain daripada
kedudukan sultan yang berlainan dalam hierarki pemerintahan, konsep perkongsian kuasa juga baru
diimplementasikan. Menteri-menteri kabinet terdiri daripada pelbagai bangsa dan hal ini
memerlukan nilai toleransi yang tinggi antara semua pihak agar kerjasama terbaik dapat
menghasilkan kerja terbaik dalam urus-tadbir negara. Kementerian-kementerian yang wujud
mengikut keperluan semasa juga membezakan antara dahulu dengan sekarang. Nilai masyarakat
yang telah berubah, seperti status kaum wanita membawa kepada kewujudan Kementerian
Pembangunan Wanita, Komuniti dan Keluarga. Semua ini adalah perkembangan politik semasa
dalam mendepani cabaran semasa.

Nilai Islam dalam politik juga berbeza antara kedua-dua zaman yang diperbandingkan. Undang-
Undang Laut & Undang-Undang Melaka yang pernah diguna pakai oleh kerajaan Melaka berdiri atas
peruntukan undang-undang Islam; hukum had, qisas, dan takzir. Contohnya dalam fasal 48 dan 30
kedua-dua undang-undang ini ada menyebut tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pesalah
zina seperti yang digariskan dalam peruntukan hukum had Islam. Fasal 5 Undang-Undang Melaka
mengambil hukum qisas; kesalahan bunuh dibalas bunuh dan hukum takzir pula terdapat pada fasal
5 Undang-Undang Laut dengan peruntukan takzir kepada orang yang terlibat dengan hutang.
Pengamalan hukum Islam ini menyeluruh. Namun, Malaysia tidak lagi menggunakan undang-undang
berdasarkan peruntukan hukum-hakam Islam sepenuhnya. Malaysia sebaliknya punya peruntukan 2
undang-undang berasingan; sivil dan syariah. Banyak kes jenayah diadili dengan hukuman sivil.
Hukum syariah hanya terbatas dalam hal-hal perkahwinan dan perceraian. Perbandingan ini jelas
memperlihatkan akan perbezaan yang wujud dalam pengamalan Islam dalam politik dahulu dan
sekarang.
3.0 PENUTUP / RUMUSAN

Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya selepas kejatuhan Majapahit iaitu kira-kira pada
tahun 1414 masihi. Pada ketika itu, Melaka telah diperintah oleh Sultan Muzaffar Syah. Baginda
telah berjaya meluaskan kuasanya di negeri sekitar Melaka. Ekspedisi peluasan kuasa ini telah
membantu menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang terpenting di gugusan
Kepulauan Melayu pada abad ke 15 dan awal abad ke 16. Sejak pengasasannya, Melaka telah
mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun. Faktor ini menyebabkan Melaka muncul sebagai
sebuah empayar yang terkenal. Kedudukan Melaka yang strategik iaitu di Selat Melaka telah
mendorong kepada perkembangan perdagangan di gugusan Kepulauan Melayu.

Kepesatan perdagangannya telah menarik minat kuasa Barat iaitu Portugis di bawah pimpinan
Alfonso De Alburqueque untuk menakluki Melaka pada tahun 1511. Keagungan dan kemasyhuran
Melaka sebagai pusat perdagangan pada awal abad ke-15 dan awal abad ke-16 memang tidak dapat
dinafikan. Keagungan empayar perdagangan Melaka mulai merosot setelah Melaka jatuh ke tangan
Portugis pada tahun 1511. Setelah itu, Acheh telah menggantikan peranan Melaka sebagai pusat
perdagangan yang maju di gugusan Kepulauan Melayu.

Secara ringkasnya, perbincangan ini telah menunjukkan bahawa nilai dalam budaya, ekonomi, politik
mahupun sosial dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pengaruh terhadap
perkembangan politik kontemporari tetapi tidak secara langsung. Nilai-nilai dalam masyarakat
berubah dengan berubahnya beberapa faktor yang disebutkan sepanjang perbincangan ini. Nilai
yang diamalkan Malaysia adalah respons pemerintah kepada stimulus semasa. Nilai yang terbentuk
di kalangan masyarakat hari ini banyak terkesan dengan penjajahan yang begitu lama. Hasilnya, ada
nilai-nilai yang pernah hidup dalam masyarakat dahulu kini telah berkubur tanpa nisan.

You might also like