You are on page 1of 6

Ceramah PPDa

SALINAN

JABATAN PERDANA MENTERI


KUALA LUMPUR.

Telefon : 201957
Kawat : PERDANA

Ruj. Kami : PPAD(S)133/883/1

Tarikh : 29 Januari 1985

SURAT PEKELILING AM. BIL. 1 TAHUN 1985

Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.

Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan.

Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri.

Ketua-ketua Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Pampasan.

PROGRAM-PROGRAM MENCEGAH DAN MEMBASMI KEGIATAN


PENAGIHAN DADAH DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

PENDAHULUAN

1. Adalah menjadi matlamat Kerajaan bahawa semua Kementerian, Jabatan dan


Badan Berkanun hendaklah bebas dari kegiatan penagihan dadah di kalangan pegawai
dan kakitangan mereka. Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan penagihan
dadah ini khususnya dalam perkhidmatan Kerajaan sendiri. Ketua-ketua Jabatan
dikehendaki mengambil tindakan ke atas pengawal dan kakitangan Kerajaan yang
terlibat dengan penagihan dadah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1994
bertarikh 25 hb. Oktober 1984.

2. Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Kementerian, Jabatan dan Badan


Kerajaan untuk mengujudkan suasana yang bebas dari penagihan dadah dalam agensi
masing-masing. Untuk mencapai matlamat ini tiap-tiap Kementerian, Jabatan dan Badan
Berkanun hendaklah melaksanakan program-program anti dadah masing-masing yang
meliputi perkara-perkara berikut:

(I) Program Pencegahan: yang bertujuan menanam sikap membenci


dadah di kalangan pegawai dan kakitangan Kerajaan.
(II) Program Pembasmian: yang bertujuan untuk membasmi kegiatan-
kegiatan penagihan dadah jika berlaku di kalangan pegawai dan
kakitangan kerajaan.

JAWATANKUASA ANTI DADAH

3. Satu jawatankuasa Anti Dadah hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap Kementerian,


Jabatan dan Badan Kerajaan bagi merangka dan melaksanakan program-program ini.
Jawatankuasa Kecil hendaklah juga ditubuhkan di setiap Cawangan atau Bahagian
yang terletak berasingan termasuklah di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah.
Jawatankuasa ini hendaklah merupakan badan tetap dalam tiap-tiap pejabat.

4. Jawatankuasa ini di peringkat Kementerian,Jabatan dan Badan Berkanun


bolehlah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha atau Timbalan Ketau
Pengarah atau Timbalan Pengurus Besar atau jawatan-jawatan setaraf.

5. Keanggotaannya jawatankuasa-jawatankuasa ini seboleh-bolehnya hendaklah


terdiri daripada pegawai dan kakitangan berikut:

(a) Ketua Bahagian Pentadbiran atau pegawai yang bertanggungjawab


mengenai kakitangan di pejabat berkenaan;

(b) Pegawai Kebajikan, jika jawatan ini wujud, atau seorang pegawai lain
yang dipilih.

(c) Salah seorang daripada jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan atau
Badan Agama dalam agensi.

(d) Kerani Besar.

6. Bidang tugas Jawatankuasa Anti dadah tersebut dicadangkan sepertiberikut:

6.1 Merangka dan melaksanakan program mencegah dadah melalui


ceramah-ceramah, poster-poster, risalah-risalah kecil, pameran-pameran
dan tayangan filem mengenai bahaya penagihan dadah. Program ini
bolahlah diselengarakan dengan kerjasama Kementerian Penerangan di
peringkat Persekutuan dan Jabatan-jabatan Penerangan di peringkat
negeri dan daerah.

6.2 Merangka dan melaksanakan program untuk membasmi kegiatan


penagihan dadah yang berlaku di kalangan kakitangan. Program ini
bolehlah meliputi aktiviti-aktiviti berikut:

6.2.1 Mengadakan satu sistem untuk mengenalpasti kakitangan-


kakitangan yang terlibat dengan penagihan dadah:

6.2.1.1 Menyeru supaya mereka tampil ke hadapan secara


sukarela dalam tempoh yang ditentukan oleh
jawatankuasa. Setelah tamat tempoh ini cara-cara berikut
bolehlah digunakan.

6.2.1.2 Menganjurkan supaya diadakan ujian air kencing secara


mengejut ke atas mereka yang disyaki sahaja dengan
kerjasama Pegawai Pemulihan Dadah, Kementerian
Dalam Negeri.

6.2.1.3 Menjalankan pengawasan ke atas kakitangan-kakitangan


dengan cara mengenalpasti tanda-tanda penagihan.
Tanda-tanda penagihan dadah adalah seperti di Lampiran
A.

6.2.1.3.1 Cara mengesan penagihan dadah melalui


pengawasan bolehlah diasaskan kepada sistem
hirarki yang bermula dari peringkat kakitangan
atasan hingga ke peringkat bawah. Walau
bagaimanapun Ketua-ketua Jabatan dan
Jawatankuasa ini hendaklah menggalakkan
setiap kakitangan melaporkan sesiapa sahaja
yang diketahui terlibat atau disyaki terlibat
dengan penagihan dadah.

6.2.2 Mereka yang menagih dadah yang tampil ke hadapan secara


sukarela perlu dirujukkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan
Dadah, Kementerian Dalam Negeri seperti di LampiranB untuk menjalani
ujian-ujian. (Prosedur bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah yang
menjalaninya dengan sukarela diperuntukkan dalam Akta Penagih Dadah
(Rawatan dan Pemulihan) 1983 Seksyen 8(1)).

6.2.3 Mereka yang dikenalpasti atau disyaki menagih dadah seperti di


para 6.2.1.2 dan 6.2.1.3 tetapi tidak tampil ke hadapan secara sukarela
perlu dilaporkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan Dadah atau
mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah dari Sarjan
atau mana-mana pegawai Penjaga Balai Polis (Akta Penagih Dadah
(Rawatan dan Pemulihan 1983 Seksyen 3(1)).

6.2.4 Mengarah supaya Bahagian Pentadbiran atau pegawai-pegawai


yang bertanggungjawab mengenai kakitangan yang terlibat kepada Ketua
Jabatan atau pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk apa-apa tindakan
yang sewajarnya dari segi perkhidmatan mengikut Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1984.

6.2.5 Merangka dan melaksanakan satu program bimbingan di


kalangan pegawai dan kakitangan untuk memberi khidmat rundingcara
(counselling) kepada kakitangan yang telah tamat tempoh pemulihan di
Pusat Pemulihan atau yang sedang menjalani pemulihan di bawah
pengawasan Pegawai Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri.
Kursus-kursus pendek untuk pegawai dan kakitangan Kerajaan yang
berminat memberi khidmat rundingcara (counselling) mungkin dapat
diadakan dengan kerjasama Kementerian Kebajikan Masyarakat.

MAKLUMBALAS DARI AGENSI-AGENSI

7. Ketua-ketua Jabatan hendaklan melaporkan dalam masa tiga bulan dari


tarikh surat ini tentang penubuhan Jawatankuasa Anti Dadah di dalam pejabat masing-
masing. Ini hendaklah disusuli dengan laporan bulanan mengenai aktiviti-aktiviti
Jawatankuasa Anti Dadah termasuk butir-butir kes-kes penagihan dadah dengan
menggunakan format seperti yang dikembarkan. Laporan-laporan dari pejabat di
peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan hendaklah dihantar kepada Setiausaha
Keselamatan Negeri masing-masing/Setiausaha Keselamatan Wilayah Persekutuan.
Laporan-laporan bagi Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan dan Badan-badan
Kerajaan di peringkat Persekutuan hendaklah dihantar kepada :

PENGARAH,
PASUKAN PETUGAS ANTI DADAH,
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA,
JABATAN PERDANA MENTERI,
BLOK K-1, JALAN DUTA,
KUALA LUMPUR.

Tel. No. : 942533

PEMAKAIAN SURAT PEKELILING AM INI

8. Surat Pekekliling Am ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya


dikeluarkan. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Am ini, maka:

(I) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914 bertarikh 25hb. Julai,


1977;

(II) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914/4 bertarikh 5hb.


Mei,1978 adalah dibatalkan.

t.t.
(TAN SRI DATO SALLEHHUDDIN BIN MOHAMED)
Ketua Setiausaha Negara.
BAHAGIAN SEKOLAH,
JABATAN SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Tel : 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR. Fax: 03-256389

KP(BS)8548/23/C/(5)

27 April 1995

Semua Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri.

Y.Bhg. Datuk/Tuan,

PELAKSANAAN PROGRAM CUMA LIMA MINIT


ANTI DADAH DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk. Surat Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia KP(BS)8786/51/Jld.1/(2) bertarikh 23 Mac 1991 adalah berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu sukacita sekiranya Y. Bhg. Datuk/Tuan dapat


mengarahkan semua sekolah rendah dan menengah melaksanakan program ini
sebanyak dua kali setahun sempena dengan Hari anti dadah Kebangsaan iaitu pada 19
Februari dan Hari Anti Dadah Antarabangsa iaitu pada 26 Jun tiap-tiap tahun. Melalui
program ini diharap mesej Anti dadah dapat disampaikan kepada semua pelajar
khasnya dan guru-guru amnya dengan cepat dan secara menyeluruh.

3. Dengan ini matlamat Pendidikan Pencegahan ddah iaitu Sekolah Bebas Dadah
dari dadah berteraskan konsep Modus Operandi Pelaksanaan Program Cuma Lima
Minit Anti Dadah tersebut.

4. Kerjasama dan budi bicara amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

tt
(ABDUL RAHIM BIN BUSU MAT NOR)
Timbalan Pengarah I
Bahagian Sekolah
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like