You are on page 1of 2

CHIUNG HUEI YEE Tarikh PdP dijalankan: 30/9/2016

Refleksi

Mata pelajaran: Sains Tahun 4 Oren

Topik yang saya ajar pada hari ini adalah mengenai susunan planet-planet dalam
Sistem Suria. Setelah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya telah
melakukan refleksi agar saya dapat menyedari kekuatan dan kelemahan saya. Dengan
ini, saya dapat membaiki kelemahan saya agar dapat meningkatkan kemahiran saya
untuk merancang dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya juga telah
mendapat pandangan daripada guru pembimbing tentang rancangan pengajaran saya.

Pada langkah pencetusan idea, kekuatan saya ialah saya telah menggunakan
kaedah yang unik untuk membantu murid-murid mengingati susunan planet-planet dalam
Sistem Suria. Pertama sekali saya telah menggunakan slogan-slogan yang mudah
diingati oleh murid-murid supaya mereka dapat menghafal susunan planet dengan
mudah. Di samping itu, saya telah menggunakan gambar sebagai langkah alternatif untuk
membantu murid-muird mengingati susunan planet-planet dalam Sistem Suria.

Kekuatan yang seterusnya ialah pada langkah aplikasi idea di mana saya telah
menjalankan aktiviti membuat penanda buku yang bertemakan susunan dan ciri-ciri
planet-planet dalam Sistem Suria. Murid-murid semua berasa amat seronok semasa
menjalankan aktiviti ini. Gambar yang telah saya gunakan adalah gambar kartun maka
ini dapat menarik perhatian dan minat murid untuk membaca maklumat yang ingin
disampaikan daripada penanda buku ini.

Kelemahan yang saya sedari ialah aktiviti berkumpulan kurang sesuai dijalankan
dalam kelas kerana ruang dalam kelas adalah terhad. Murid-murid tidak dapat susun
dengan baik dan keadaan menjadi sedikit kelam kabut kerana murid-murid yang
menunggu giliran mula membuat bising. Aktiviti ini juga mengambil masa yang panjang
untuk dijalankan kerana terdapat murid yang masih tidak boleh ingat susunan planet-
planet dalam Sistem Suria.

Saya telah memikirkan cara penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan ini iaitu
saya boleh menukarkan aktiviti ini kepada aktiviti bertulis. Saya boleh memberi kertas
mahjong, pen marker dan gambar-gambar planet supaya murid-murid boleh menyusun

1
CHIUNG HUEI YEE Tarikh PdP dijalankan: 30/9/2016

dan melekatkan gambar-gambar planet mengikut susunan mereka dalam Sistem Suria.
Aktiviti ini boleh dijalankan secara berkumpulan dan murid-murid yang lemah boleh
dibantu oleh murid-murid yang pandai. Murid-murid seterusnya dikehendaki untuk
membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Semasa pembentangan
dijalankan, murid yang lain juga boleh menyemak jawapan mereka dan membandingkan
jawapan mereka.

Dari segi kawalan kelas pula, proses pengajaran dan pembelajaran ini boleh dikira
tidak mempunyai masalah yang besar iaitu hanya semasa aktiviti berkumpulan dijalankan.
Pada langkah-langkah yang lain, murid-murid telah memberi kerjasama yang baik
kepada saya.

Secara keseluruhannya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada kali ini adalah
amat Berjaya dan objektif pembelajaran yang ditetapkan boleh tercapai. Nasihat daripada
guru pembimbing akan saya mengambil kira dan memperbaiki kelemahan saya supaya
tidak mengulangi kesalahan pada proses pengajaran dan pembelajaran yang akan
datang.

You might also like