You are on page 1of 4

SJK ( T ) LADANG BATU KAWAN

14100 SIMPANG AMPAT , SPS, PULAU PINANG

______________________________________________________________________

Guru Bahasa Malaysia & Guru Matematik


SJK(T) LADANG BATU KAWAN.

Tuan/Puan

MESYUARAT PEMULIHAN KHAS KALI KE-1/2016

Dimaklumkan bahawa mesyuarat Pemulihan Khas akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 3.2.2017
Masa : 2.30 pm -4.00 pm
Tempat : Bilik Guru
Agenda : 1) UCAPAN ALUAN
2) UCAPAN ALUAN GURU BESAR
3) CARTA ORGANISASI
4) LAPORAN AKHIR PEMULIHAN KHAS TAHUN 2016
5) PENCALONAN MURID PEMULIHAN
6) PROGRAM SINAR PAGI MUTIARA
7) HAL-HAL LAIN

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

Yang Menjalankan Tugas.

...........................
(PN.K.TIBAKARSI)
(GURU PEMULIHAN KHAS)
SJK ( T ) LADANG BATU KAWAN
14100 SIMPANG AMPAT , SPS, PULAU PINANG

______________________________________________________________________

MESYUARAT PEMULIHAN KHAS KALI KE-1/2017

Tarikh : 3.2.2017
Masa : 2.30pm -4.00pm
Tempat : Blik Guru

Kehadiran :
1. Pn.K.Vanidamani (Guru Besar)
2. Pn.Sarada Devy (PK 1)
3. Pn.Kaliamal (PK HEM)
4. En.Mazelan (PK KOKU)
5. Pn.Nagavalli
6. Pn.Sulocini
7. Pn.Roslin
8. Pn.Mogana
9. Pn.Vijayalethchumi
10.Pn. Tamilselvi

Agenda : 1) UCAPAN ALUAN


2) UCAPAN ALUAN GURU BESAR
3) CARTA ORGANISASI
4) LAPORAN AKHIR PEMULIHAN KHAS TAHUN 2016
5) PENCALONAN MURID PEMULIHAN
6) PROGRAM SINAR PAGI MUTIARA
7) HAL-HAL LAIN

1.0 UCAPAN ALUAN


Pn.K.Tibakarsi selaku Guru Pemulihan khas telah mengalu-alukan kedatangan
para guru ke mesyuarat Pemulihan Khas bagi kali pertama sesi 2017.
Beliau menerangkan tentang agenda hari ini.
Seterusnya beliau telah menjemput Guru Besar untuk menyampaikan
ucapan.

2.0 UCAPAN ALUAN GURU BESAR


Guru Besar mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih kepada
semua guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik tahun 1, tahun 2
dan tahun 3 kerana sudi datang.
Beliau memberi penjelasan kepentingan kelas pemulihan khas dan program
LINUS yang dijalankan di sekolah.
Beliau juga menegaskan agar semua guru harus memberi fokus kepada murid
pemulihan semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk
meningkatkan prestasi murid.
Tindakan : Semua guru

3.0 TOPIK PERBINCANGAN

3.1 CARTA ORGANISASI


Membentuk ahli jawatankuasa bagi tahun 2017.
Tindakan : Guru Pemulihan

3.2 LAPORAN AKHIR PEMULIHAN KHAS TAHUN 2016


Guru Pemulihan menerangkan laporan akhir tahun.
Dalam laporan tersebut terdapat pencapaian murid pemulihan pada saringan 1
dan saringan 2.
Tindakan : Guru Pemulihan

3.3 PENCALONAN MURID PEMULIHAN


Murid yang tidak mencapai konstrak 1 dan 2 pada saringan kedua menjadi
murid kelas pemulihan.
Selain itu, guru-guru matapelajaran juga diberi peluang mencalonkan murid
yang lemah di dalam kelas masing-masing.
Tindakan : Semua Guru

3.4 PROGRAM SINAR PAGI MUTIARA


Guru Pemulihan mengedarkan jadual program ini dan menjelaskan cara
perlaksanaannya.
Tindakan : Semua Guru

4.0 HAL-HAL LAIN

Semua kelas akan diedar jadual waktu pemulihan khas dan senarai nama
murid pemulihan khas.
Guru mata pelajaran harus hantar murid ke kelas pemulihan mengikut
jadual waktu yang ditetapkan.

Tindakan : Semua Guru

5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Pn.K.Tibakarsi selaku Guru Pemulihan telah menanggguhkan mesyuarat


pada pukul 4.00pm dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

..................................
(Pn.K.Tibakarsi)
Guru Pemulihan

You might also like