You are on page 1of 5

980320045416

1.0 PENGENALAN

Pada zaman globalisasi ini, dunia sering dikaitkan dengan penggunaan sains dan
teknologi. Ekoran daripada itu, maka terciptalah pelbagai alatan ataupun mesin yang
memudahkan segala urusan harian manusia. Pelbagai ciptaan sains yang telah direka,
diselidiki dan digunapakai dalam kehidupan seharian kita. Salah satunya adalah
penciptaan kenderaan canggih yang membolehkan sesiapa sahaja untuk bergerak ke sana
sini dalam masa yang singkat. Seterusnya penemuan kaedah rawatan moden dan
berkualiti pula turut membantu pihak perubatan bagi mengesan dan merawat sesuatu
penyakit dengan lebih efektif. Menurut Tan Sri Muhyiddin dari laman web
http://www.bharian.com.my/gov/57242, sains dan teknologi haruslah memenuhi
keperluan serta aspirasi setiap negara bagi menghadapi cabaran pembangunan global pada
hari ini. Sehubungan dengan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, sains mesti dikuasai
memandangkan ia sangat penting dalam memacu ekonomi setiap negara termasuk
Malaysia. Misalnya, dalam bidang perniagaan juga tidak ketinggalan mengambil tempat
dalam menggunakan sains dan teknologi bagi menghasilkan sesuatu produk tertentu.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa penggunaan sains dan teknologi banyak membantu
memajukan negara.

Seterusnya, mengikut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat (2010:489 ) definisi
penggunaan mempunyai dua maksud yang berbeza iaitu yang pertama ialah perihal
(perbuatan, kegiatan, dan lain-lain) menggunakan sesuatu. Maksud yang seterusnya pula
ialah pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dan lain-lain).
Manakala definisi bagi sains mengikut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat
(2010:1367) juga mempunyai dua makna yang berlainan iaitu ilmu pengetahuan yang
teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya dan juga cabang ilmu
pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia,
biologi dan lain-lain). Perkataan teknologi mengikut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi
Keempat (2010:1630) ialah aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains
untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dan lain-lain, sains
gunaan. Teknologi juga beerti kaedah atau proses dalam menangani sesuatu masalah
teknikal.
980320045416

Mengikut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat (2010:1672), penternakan dapat
didefinisikan sebagai perihal memelihara dan membiakkan binatang, pemeliharaan dan
pembiakan binatang. Perkataan ayam mengikut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi
Keempat (2010:94) bermaksud sejenis unggas yang biasanya diternak.

Mengikut Wikipedia, https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi, teknologi merupakan


satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang
pertama adalah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk
menyelesaikan masalah manusia. Perkataan teknologi berasal dari perkataan Greek
technologa dari tchn, yang membawa maksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -loga,
yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara
umum atau dalam bidang tertentu: contohnya teknologi pembinaan, teknologi perubatan,
dan teknologi maklumat. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang
mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber
bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila
pengetahuan teknikal kita berubah. Menurut Amirul Naim bin Hashim dan Muhammad
Shafiq bin Md Ithnan, istilah teknologi yang digunapakai di sekolah-sekolah dan institusi-
insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh
memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan
seharian.

Seterusnya, mengikut Wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Penternakan


penternakan merupakan satu kegiatan pertanian yang membiak haiwan-haiwan ternakan. Ia
telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu apabila anjing, kambing dan biri-biri berjaya
dijinakkan. Pada zaman Neolitik, oleh kerana manusia mula tinggal menetap di satu-satu
tempat, kegunaan haiwan ternakan itu diperluaskan kepada kulit dan bulunya, berbanding
zaman sebelumnya yang tertumpu hanya kepada daging untuk makanan. Setelah itu, manusia
mula memternak lembu dan kerbau untuk mendapatkan susu dan kulitnya selain digunakan
untuk membajak tanah bagi membantu kegiatan bercucuk tanam. Seterusnya kegiatan ini
diperluaskan sehingga meliputi hampir kesemua haiwan dan mempunyai tujuan yang
berbeza-beza. Pada zaman moden ini, ilmu penternakan boleh dipelajari di pusat-pusat
pengajian di seluruh dunia. Para siswazah boleh mempelajari selok-belok penternakan di
dalam pelbagai bidang pengkhususan seperti perubatan veterinar, ilmu pemakanan, baka
980320045416

dan genetik, selain pembiakan. Mereka kemudiannya boleh mendapat pekerjaan di pelbagai
sektor ekonomi seperti industri farmaseutikal, veterinar, industri makanan, selain pertanian
dan penternakan.

Bagi perkataan sains mengikut Wikipedia ( https://ms.wikipedia.org/wiki/Sains )


merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan
sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau
maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan
pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadaya.

Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya,
membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka
yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains.

Justeru, kajian ini akan mengupas mengenai faktor yang mempengaruhi penggunaan
sains dan teknologi dalam penternakan ayam serama dan ayam siam di Kampung Tedong
Pantai yang dijalankan oleh pengusaha tersebut. Mengikut satu kajian yang telah dijalankan
oleh Ahmad Jailani bin yang dibuat pada Disember 2013 di Fakulti Pertanian Universiti
Kalimantan Muhammad Arsyad Al-Banjary yang bertajuk Jurnal Ilmu Tentang Penternakan,
yang menyatakan bahawa tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor penggunaan
sains dan teknologi dalam penternakan ayam. Antara faktor-faktornya adalah kerana
meningkatnya pertambahan penduduk yang menyebabkan kebutuhan akan pemakanan.
Masalah pemakanan dalam hal pemenuhan zat sampai waktu ini masih lagi menjadi isu atau
masalah yang sering dipertikaikan oleh masyarakat terutamanya penduduk yang tinggal di
luar bandar. Maka, untuk mengatasi masalah ini, usaha penternakan ayam merupakan salah
satu alternatif untuk mengatasi kekurangan zat dalam pemakanan, terutama kekurangan
protein haiwan (ayam). Hal ini disokong kerana pertumbuhan ayam serama dan ayam siam
dengan penggunaan sains dan teknologi akan mampu untuk meningkatkan hasil penternakan
ayam tersebut.
980320045416

Di samping itu, kajian ini juga turut mengupas tentang kesan yang diperolehi daripada
penggunaan sains dan teknologi dalam penternakan ayam. Perkara ini disokong oleh Abd
Rahman Mohd Yasin dan S. Shanmugavelu dalam karya mereka yang bertajuk Penternakan
Ayam Penelur (1999) yang menerangkan bahawa kemajuan sains dan teknolgi dalam industri
penternakan ayam boleh membantu menambah kecekapan pengendalian yang boleh
meningkatkan keuntungan dan produktiviti. Mengikut catatan dalam buku tersebut, Malaysia
menjadi negara pengeksport telur pada tahun 1984. Dalam Dasar Pertanian Negara 1991
hingga 2010, telah menegaskan bahawa pengeluaran hasil pertanian termasuk telur ayam
akan diperkembang untuk menampung penambahan permintaan tempatan dan juga untuk
eksport.

Isu yang akan dibahaskan dalam kajian ini adalah tentang faktor dan kesan
penggunaan sains dan teknologi dalam penternakan ayam di Kampung Tedong Pantai,
Merlimau Melaka. Kemajuan sains dan teknologi ini telah mendorong kepada peningkatan
hasil penternakan ayam yang akan membantu memenuhi keperluan masyarakat dan
meningkatkan ekonomi negara.

Rasional kajian dijalankan adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang
bagaimana penggunaan sains dan teknologi dalam penternakan ayam tersebut di Kampung
Tedong Pantai, Merlimau Melaka. Hal ini demikian kerana sekiranya dikaji dengan lebih
terperinci, terdapat banyak yang mempengaruhi penggunaan sains dan teknologi dalam
penternakan ayam serama dan ayam siam tersebut. Rasional yang kedua pula adalah untuk
mengenal pasti apakah kesan daripada penggunaan sains dan teknologi dalam penternakan
ayam tersebut terhadap pengusaha tersebut.

Kesimpulannya, penggunaan sains dan teknologi dalam penternakan ayam


sememangnya dapat menambahkan hasil penternakan tersebut. Hal ini ini kerana pengusaha
tidak akan dapat menjalankan penternakan dengan baik sekiranya tidak wujud penggunaan
teknologi pada zaman moden ini. Oleh itu, pengkaji berminat untuk menjalankan kajian
terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan sains dan teknologi dalam
penternakan ayam.
980320045416

You might also like