You are on page 1of 2

2.

0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

2.1 Nama gerai kami ialah Fredel Sdn. Bhd. Kami menamakan gerai kami dengan

nama ini kerana merujuk kepada menu yang terdapat di gerai kami yang berasaskan

kemanisan dan kelazatan roti cupcake yang disertai dengan warna-warna yang

menarik, juga disediakan dengan ketulan-ketulan ais dicampurkan dengan air mango

yang lazat dan enak. Selain itu, kami menggunakan nama ini kerana senang dan mudah

untuk diingati dan difahami oleh pengunjung yang datang ke gerai kami. Di samping

itu, perkataan Fredel sering digunakan dan didengari oleh pengunjung yang datang.

Gerai kami akan mula beroperasi pada tahun 2016. Tarikh bagi memulakan

pernigaan kami adalah 3 hingga 4 May 2016 dan kami akan memulakan jualan cupcake

dan air mango kami pada jam 9.00 pagi sehingga jam 9.00 malam.

2.2 Saiz pasaran dalam menjalankan perniagaan kami ialah sekitar Padang Kawad

UMS sekitar waktu pagi sehingga petang dan kami turut menyediakan perkhidmatan

minuman percuma apabila menempah makanan kami lebih awal dari tarikh yang

ditetapkan. Sasaran kami bukan sahaja ditumpukan kepada pelajar UMS sahaja, malah

kami juga tumpukan pada kakitangan kerajaan yang berkerja dalam kawasan UMS ini.

Kepada mereka yang berminat untuk merasakan keenakan cupcake kami bolehlah

datang ke gerai yang bernumber A46 dan beli dengan harga 4.50 satu set cupcake.
2.3 Antara maklumat yang terdapat dalam carta organisasi kami ialah organisasi kami

terdiri daripada sepuluh orang pelajar yang akan mengendalikan satu perniagaan

menjual cupcake di padang kawad UMS. Kami terdiri daripada Ketua pegawai eksekutif,

Timb. Ketua Pegawai Eksekutif, Setiausaha dan juga badan-badan kecil yang terdiri

daripada Bahagian Kewangan, Bahagian Pemasaran, Bahagian Operasi, Bahagian

Rekaan dan Bahagian Sumber Manusia. Dengan adanya organisasi ini kami dapat

mengendalikan jualan kami dengan sempurna tanpa ada sebarang masalah besar

seperti masalah kewangan.

You might also like