You are on page 1of 2

NAMA: CANALIUS JOLUMIN

NO MATRIK: BA14110087

SEKSYEN 6

1) Apakah kesilapan yang dilakukan oleh Sanlu Group?

Sanlu Gropu telah melakukan beberapa kesilapan dalam menjayakan syarikat


mereka. Dalam proses pengeluaran didapati bahawa tepung tenusu (susu tepung
untuk bayi) mengandungi melamin iaitu sejenis bahan kimia yang tidak boleh
dimakan dan biasa digunakan untuk menghasilkan produk dapur, penapis, papan
putih dan sebagainya. Bahan-bahan ini adalah amat berbahaya kerana bayi yang
meminum produk tersebut akan mendapat penyakit ginjal. Selain itu, Sanlu Group
juga tidak menjalankan kajian terhadap produk yang dibeli daripada orang tengah
sebelum dipasarkan. Tambahan itu, syarikat ini sendiri telah menyakinkan pihak
pengguna yang mana produk tenusu keluaran mereka telah melalui kawalan kualiti
yang ketat serta lebih 1,000 jenis ujian telah dilakukan. Namun, setelah siasatan
dilakukan mendapati melamin telah dimasukkan oleh orang tengah dalam produk
mereka.

2) Mengapakah pemilik syarikat ini dihukum oleh mahkamah sedangkan


melamin dimasukkkan oleh orang tengah.

Pada pendapat saya, pemilik Sanlu Gropu ini perlu dihukum kerana telah membuat
keputusan yang tidak beretika apabila mengabaikan laporan tentang kesakitan yang
dialami oleh bayi sehingga membawa kepada kematian akibat meminum produk
susu tercemar keluaran syarikatnya. Sebagai pemilik syarikat, beliau sepatutnya
mengambil langkah drastik dengan melakukan penyiasatan terhadap isi kandungan
susu tersebut. Tambahan itu lagi, pemilik syarikat juga perlu dihukum kerana
bertindak kejam dengan memberikan kepercayaan yang palsu, yang mana mereka
telah menyatakan kepada pengguna dengan dakwaan produk tenusu keluarannya
telah melalui kawalan kualiti yang ketat dengan melaksanakan 1,000 jenis ujian
keselamatan bagi menjamin keselamatan produk mereka. Oleh itu, adalah wajar
bahawa pemilik syarikat ini dikenakan hukuman mahkamah kerana berlaku
kecurangan dan memberikan kenyataan yang salah.

3) Apakah kesan ketiadaan etika perniagaan pada sesebuah syarikat seperti


Sanlu Group.

Ketiadaan etika dalam sesebuah syarikat, akan menjejaskan reputasi syarikat itu
sendiri. Umumnya, syarikat yang mengabaikan etika perniagaan akan menyebabkan
syarikat itu tidak bertapak lama dalam industri perniagaan. Ini adalah kerana,
terdapat kesan-kesan sampingan yang menyumbang kepada kegagalan tersebut.
Antaranya ialah, ketiadaan etika akan menjejaskan keyakinan dan kepercayaan
pelanggan. Keyakinan pengguna terhadap sesuatu produk itu akan merosot ekoran
mendapati kualiti produk didapati tercemar. Selain itu, ia juga akan menjejaskan
hubungan baik dengan pembekal, yang mana pembekal tidak lagi bermiat untuk
menjadi pembekal kepada syarikat yang bermasalah. Seterusnya, ketiadaan etika
juga akan menyebabkan pemilik syarikat akan berhadapan dengan tindakan undang-
undang di Mahkamah. Hal ini kerana syarikat ini tidak mematuhi piawaian
keselamatan yang sepatutnya dan melibatkan ancaman kepada masyarakat.

You might also like