You are on page 1of 9

ISL 2

KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIA

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga


boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan
menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion
perguruan.

2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh


membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah
berhubung dengan kewangan.

3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah


menjalankannya dengan jujur.

4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan


murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan
masyarakat, persatuan atau persendirian.

5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap


muridnya.

6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua


murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.

7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha


membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh
masyarakat.

8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil


terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina,
bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya
intelek dan lain-lain.

9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di


kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan
potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.
ISL 2

10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat


sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi
yang tidak berkenaan.

11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa
yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan


kepentingan murid, masyarakat atau negara.

13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua


muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara
yang taat dan berguna.

14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.

15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh


baik atau 'role model' kepada muridnya.

16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya


untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa
waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.

17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.

18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik


persendirian terhadap muridnya.

19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada


ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas
profesionalnya.

20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.

21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan


kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat
ISL 2

pekerjaan.

22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-


besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam
profesion perguruan.
ISL 2

KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

Dapatkan kod etika perguruan Malaysia dan buat interpretasi mengenainya.

Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan


ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru
juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan
tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan
kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai
kemajuan.

Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan
pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan
membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari
landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah.

Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi,


tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas
guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru
lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar
untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian
dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan
berhati-hati. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau
kod etika perguruan di Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta tidak
melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika perguruan adalah satu set tingkah laku
atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat
dan ibu bapa.

Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :-


ISL 2

1) Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh


mencemarkan sifat profesionalnya danyang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

Pernyataan diatas telah membawa maksud bahawa setiap tindak tanduk dan
sikap guru lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar dan
ibu bapa. Adalah amat penting bagi seorang guru agar menjaga perlakuan agar
tidak menccemarkan kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan
kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang membawa
tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dan berakhlak
mulia. Jika guru gagal, seluruh masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam
membantu ibu bapa mendidik anak-anak mereka.

2) Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa


kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan
kewangan : Etika ini adalah melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru
apabila memegang sesuatu amanah terutamanya yang melibatkan kewangan.
Seorang guru selain daripada mengajar dan mendidik, ada kalanya guru juga akan
melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan sebagainya. Dalam memegang
amanah melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur, berhati-hati dan tidak lalai.
Ini adalah kerana kesilapan yang kecil akibat kecuaian juga boleh membuang
kepercayaan pelajar dan ibu bapa berhubung kewangan terhadap guru tersebut.
Sukar bagi mereka untuk mengamanahkan anak mereka kepada seorang guru yang
tidak jujur dan lalai.

3) Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya


dengan jujur : Ini bermakna ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul
dengan pelajar, guru hendaklah berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan
niat untuk mendapat ganjaran, nama mahupun populariti dikalangan pelajar. Jujur
dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak pernah sekali cuba untuk
mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan peribadinya.

4) Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya.


Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan
masyarakat, persatuan atau persendirian.
ISL 2

Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat


keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak
persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu
guru dahulukan. Ini adalah kerana sudah menjadi tanggungjawab seorag guru itu
untuk melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika disekolah.
Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat
sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar.

5) Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran


kepada setiap muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya.

Guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama
mengikut keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu
dan beragama Islam, maka Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada
pelajar Melayu sahaja kerana berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa
sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain yang dirasakan lebih pandai berbanding
pelajar Melayu. Sikap yang ditonjolkan ini boleh menimbulkan konflik dan perasaan
tidak puas hati di kalangan pelajar-pelajar bangsa Cina dan India.

6) Guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha


membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh
masyarakat : sebaik sahaja pelajar melangkah kaki ke sekolah, guru adalah
merupakan orang paling tua dan orang yang paling diharapkan untuk menjaga,
mengasuh dan mendidik pelajar kerana pada waktu persekolahan, ibu bapa sebenar
keluar bekerja dan tidak dapat menumpukan perhatian pada anak mereka. Seorang
guru yang baik adalah seorang yang melayan pelajarnya seperti anak sendiri agar
pelajar tidak merasa tersisih dan dapat menikmati kasih sayang yang mungkin tidak
diperolehi ketika di rumah.

7) Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap


semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama,
kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain : guru
mesti melayan dan menyempurnakan tugasnya sama rata. Dalam mengajar juga,
ilmu pengetahuan dicurahkan sama rata tanpa mengira status pelajar dihadapannya.
Semua pelajar memerlukan ilmu pengetahuan yang sama sama ada dari mana dan
ISL 2

siapa pelajar tersebut kerana mereka datang ke sekolah dengan tujuan yang sama
iaitu menuntut ilmu.

8) Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan


muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari
segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain : semasa mengajar guru harus peka
bahawa pelajar adalah individu yang berbeza antara satu sama lain dari segi
pembelajaran dan pemahamannya. Guru harus peka dan sentiasa prihatin dengan
setiap pelajar agar tiada yang tertinggal dalam membantu mereka menonjolkan
potensinya.

9) Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit


mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak
berkenaan : guru sebagai seorang pemegang amanah dan seorang yang boleh
dipercayai selepas ibu bapa bagi pelajar itu. Maka apa sahaja maklumat mengenai
pelajar tidak boleh didedahkan sama sekali terutama jika maklumat itu boleh
memalukan dan mengaibkan pelajarnya.

10) Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan


kepentingan murid, masyarakat atau negara : guru tidak boleh bersikap tidak
mempedulikan pelajarnya dan seterusnya tidak mementingkan kehendak
masyarakat dan mencapai matlamat negara.

11) Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan
berguna : melengkapkan pelajar dengan membimbing mereka ke arah dan tujuan
yang baik sekaligus dapat melahirkan warganegara yang baik dan sedia memberi
sumbangan kepada masyarakat dan negara.

12) Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya : guru harus
menjaga dan menyusun katanya dengan baik agar apa sahaja perkataan yang
keluar dari guru tidak disalah erti dan menimbulkan rasa curiga kepada pelajar-
pelajar mahupun ibu bapa. Ini boleh menjatuhkan maruah dan merendahkan
martabat guru itu sendiri.
ISL 2

13) Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik
atau 'role model' kepada muridnya : guru sentiasa harus menunjukkan tingkah
laku yang baik dan bernilai murni agar dapat memberi contoh atau model yang baik
kepada pelajarnya. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik guru dan
professionnya.

14) Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah
atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan : tuisyen atau kelas
tambahan persendirian yang mahu guru lakukan adalah mesti bertujuan untuk
membantu pelajar meningkatkan prestasi dan mengatasi kelemahannya bukan
untuk guru menambah pendapatan luar waktu sekolah. Apa sahaja pendapatan
yang diperolehi daripada pengajaran adalah dilarang. Ini adalah bagi menjaga
kredibiliti seorang guru yang berpekerti mulia.

15) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian : menerima bayaran untuk kelas tambahan adalah
dilarang, apatah lagi mengiklankan dirinya untuk apa-apa kelas tuisyen anjurannya.
Dengan erti kata lain guru dilarang meletakkan namanya dalam apa-apa iklan
berkaitan agar guru tidak menimbulkan syak wasangka masyarakat sekeliling.

16) Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik


persendirian terhadap muridnya :sudah tertakluk dalam perlembagaan negara
bahawa rakyatnya adalah bebas menganut mana-mana agama. Oleh sebab itu guru
tidak harus memaksa mahupun mempengaruhi pelajarnya agar mempercayai apa
yang guru percaya. Guru harus berada di pihak yang neutral agar beri peluang
pelajar agar mereka menilai dan memilih kepercayaan sendiri apakah yang terbaik
untuk diri mereka sendiri. Guru hanya boleh memberi panduan selebihnya murid
perlu membuat keputusan sendiri.

17) Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa
atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya : setiap tugas
dan tanggungjawab yang dijalankan hendaklah ikhlas tanpa mengharapkan atau
meminta balasan daripada ibu bapa mahupun masyarakat.
ISL 2

18) Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain : ini bermaksud
bahawa dalam pergaulan juga guru harus menjaga nama baik sesama rakan
setugas agar nama baik dan maruah guru tidak tercalar di kalangan pelajar.

19) Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan


kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan
: guru sentiasa mengemaskini kecekapan dan cara bekerja agar dapat peluang yang
sama unutk meningkatkan diri dan taraf pekerjaannya. Menggunakan kemahiran
untuk naik pangkat bukan dengan cara mengampu pentadbir sekolah.

20) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-


besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion
perguruan : tugas guru yang utama adalah mengajar dan mendidik pelajar. Guru
harus mengutamakan pelajar berbanding dirinya. Adalah dilarang sama sekali guru
melampaui pelajarnya dengan berlumba-lumba menempa nama. Seharusnya guru
membantu menaikkan nama pelajar bukan untuk kebaikan dirinya.

You might also like