You are on page 1of 25

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309

1.0 PENGENALAN

Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi


pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti
pentaksiran dijalankan secara berterusan dan aktiviti ini bertujuan untuk mendapatkan
pembelajaran yang baik dan berkesan. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor.
Skor mestilah sahih dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta
mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat
(2010), pentaksiran merupakan pendekatan untuk menilai prestasi pelajar berdasarkan
pemerhatian secara langsung ke atas prestasi dan hasil kerja pelajar tanpa bergantung
kepada ujian bertulis.

Justeru, pentaksiran merupakan suatu proses yang merangkumi penyediaan dan


perlaksanaan ujian (Pengujian), penyemakan dan memberi skor (Pengukuran) dan
menterjemah maklumat atau jawapan (Penilaian). Pentaksiran, penilaian, pengukuran dan
penilaian mempunyai definisi dan makna yang tersendiri namun keempat-empat konsep ini
adalah saling berhubungkait antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan.

Pengajaran Sejarah telah menggariskan peraturan khusus untuk membina soalan


bagi penilai prestasi murid. Proses penilaian yang formal tentang sesuatu kemahiran bahasa
biasanya bermula dengan guru membentuk sesuatu alat ujian, menjalankan pengujian,
memeriksa dan memberikan markah maklum balas murid dengan tujuan untuk membuat
pengukuran tentang kemahiran tersebut, akhirnya anda mentafsir atau memberi nilai pada
pencapaian murid. Dalam proses yang tersebut, setiap istilah, iaitu ujian, pengujian,
pengukuran dan penilaian merupakan langkah yang berasingan dan membawa maksud
yang agak berlainan sungguhpun berkaitan. Penilaian hendaklah dianggap sebagai
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), bukannya semata-mata
dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Hal ini merupakan satu proses
pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di
peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan
maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.

Oleh itu, sebuah spesifikasi ujian dibentuk untuk melicinkan proses penyediaan
sesuatu ujian. Dalam pendidikan di Malaysia yang sangat sistematik kerana membina
panduan yng dapat memudahkan penyediaan soalan ujian yang dikenali sebagai Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU). Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) atau juga dikenali sebagai Jadual
Spesifikasi Item (JSI) merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru
di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang.

1
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah
dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item ataupun soalan.

2
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

2.0 PENILAIAN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Penilaian


juga adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat
pertimbangan serta menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian
objektif pelajaran, kaedah mengajar dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Menurut Gay
(1985), beliau berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan
atau membuat keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru,
penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam
bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.

Penilaian membawa maksud satu kaedah yang digunakan dalam usaha menjawab
persoalan sejauh mana ketersampaian maklumat yang telah diberikan oleh seseorang guru
berkesan dan dapat diterapkan dalam diri pelajar. Dalam konteks Pengajaran dan
Pembelajaran bilik darjah (P&P), proses penilaian sememangnya sangat perlu kerana
kejayaan atau kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilihat daripada
pelbagai sudut dengan hanya melihat kepada keputusan penilaian yang dilaksanakan dalam
suatu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian merupakan elemen pengajaran yang amat penting. Penilaian adalah


proses pengumpulan maklumat dan membuat keputusan berkenaan memajukan
perkembangan, penguasaan dan pencapaian pelajar dalam pelajaran. Ujian adalah alat
pengukuran dalam proses penilaian. Beberapa sebab guru menggunakan ujian iaitu untuk
dorongan, diagnosis, menilai, memilih, melapor, membanding dan meramalkan. Selain itu,
tujuan umum ujian pencapaian pendidikan ialah untuk menguji perbezaaan individu, ujian
sebagai peramal dan ujian sebagai alat pembantu pengajaran.

Maklumat yang diperolehi daripada keputusan-keputusan ujian boleh digunakan bagi


menilai pelbagai aspek dalam proses pengajaran. Ia boleh menentukan sejauh mana
objektif pengajaran tercapai ataupun tidak dan sama ada kaedah pengajaran sesuai
ataupun tidak. Keputusan-keputusan ujian bukan sahaja mendedahkan kelemahan
pembelajaran individu pelajar, tetapi juga, jika keputusan ujian kumpulan diambil, ia boleh
mendedahkan kelemahan pengajaran guru. Jika keputusan ujian yang sama diperolehi oleh
pelajar adalah rendah, maka terdapat kesulitan pelajar untuk memahami pengajaran guru

3
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

tersebut. Selain itu, penilaian juga boleh memberi maklum balas kepada guru sama ada
semasa proses pengajaran berkesan ataupun tidak. Berdasarkan kekuatan dan kelemahan
pembelajaran pelajar, guru dapat membaiki setiap kelemahannya dari aspek kaedah
pengajaran dan penyampaian maklumat kepada pelajar.

Sesuatu ujian diagnosis memberi kesan secara langsung kepada pembelajaran


pelajar. Hal ini disebabkan, ujian tersebut bukan sahaja meningkatkan lagi dorongan kepada
pelajar, malahan meningkatkan daya ingatan dan transformasi pembelajaran. Di samping
itu, guru juga mampu memahami diri sendiri. Dua elemen utama diagnosis adalah diagnosis
keperluan dan kemajuan individu serta diagnosis kurikulum dan pengajaran. Diagnosis bagi
keperluan dan kemajuan pelajar ialah bermaksud mengenal pasti atau menentukan
kelemahan dan kekuatan pelajar dalam sesuatu topik atau sesuatu isi pelajaran. Diagnosis
kurikulum dan pengajaran adalah bertujuan mengenal pasti atau menilai cara dan
pendekatan pengajaran guru yang berkaitan dengan kelemahan.

Contohnya, pelajar yang mendapat keputusan yang rendah akan menggunakan


diagnosis ini untuk mengatasi kelemahan mereka. Guru Sejarah boleh membimbing pelajar-
pelajar tersebut dalam meningkatkan pencapaian mereka. Maka, diagnosis boleh dijadikan
asas kepada pembelajaran pelajar.

Penilaian mata pelajaran Sejarah penting bagi tujuan mengekalkan mutu mata
pelajaran tersebut. Tujuan ini juga berkaitan dengan mengekalkan mutu akademik dan mutu
pendidikan. Peningkatan mutu akademik bergantung kepada kualiti pengetahuan,
kemahiran, sikap dan nilai. Justeru guru Sejarah perlu mengambil langkah positif untuk
mengurangkan jumlah kegagalan pelajar dalam ujian-ujian yang telah diadakan. Ini tidak
bermakna ujian-ujian yang diberikan tidak memenuhi kriteria atau prinsip penilaian. Oleh itu
keputusan ujian atau penilaian haruslah digunakan bagi tujuan meningkatkan lagi prestasi
akademik pelajar. Guru Sejarah juga perlu berusaha meningkatkan lagi kecemerlangan
akademik mata pelajaran Sejarah dengan meramaikan lagi jumlah pelajar yang
memperolehi keputusan yang cermerlang dalam ujian yang telah diadakan.

Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan
secara ringkas seperti rajah 2 berikut.

4
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

peringkat
interpretasi dan
peringkat tindakan
analisis
peringkat
pemeriksaan dan
pengukuran
peringkat
pentadbiran
pengujian

peringkat
persediaan
pengujian

Rajah 1: Prosedur Penilaian

Berdasarkan kepada rajah 1 di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-


aktiviti utama dalam penilaian. Untuk menjalankan penilaian, seseorang guru perlulah
terlebih dahulu melaksanakan pengujian dan kemudiannya memeriksa dan mengukur tahap
pencapaian muridnya. Setelah data pencapaian murid didapati barulah guru tersebut boleh
menjalankan penilaian terhadap pencapaian muridnya sama ada murid tersebut lemah,
sederhana, baik ataupun cemerlang. Kemudian, guru akan merancang tindakan susulan
untuk membantu murid-muridnya meningkat prestasi mereka.

5
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

3.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM MATA PELAJARAN


SEJARAH

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara berperingkat


bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi
memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkesan.
Sistem PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal insan secara holistik
dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap
progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. Sistem pentaksiran yang baru
ini telah dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga peperiksaan Kementerian
Pelajaran Malaysia yang mana terdapat buku panduan pengurusan dan pengendalian
pentaksiran berasaskan sekolah yang boleh dijadikan panduan untuk mengoperasikan PBS
di sekolah rendah dan menengah.
Ianya merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif
(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Komponen-
komponen PBS terbahagi kepada dua bidang iaitu mentaksir bidang akademik dan bukan
akademik yang mana bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan
Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran
Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.
Di dalam bidang akademik murid-murid, Pentaksiran pusat (PS) dan Pentaksiran
Sekolah (PS) yang memainkan peranan. Pentaksiran pusat (PS) adalah pentaksiran yang
ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan
yang dikeluarkan oleh Lembaga peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata
pelajaran. Pentaksiran Sekolah (PS) pula adalah pentaksiran yang menjurus kepada bidang
akademik yang mana berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for
learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Terdapat dua
jenis pentaksiran sekolah iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.
Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid
menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama
ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak
dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan
mereka seperti digunakan sebelum ini. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah
lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan

6
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

ujian. Manakala Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat
pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu
dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Contoh
instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal. Pembaharuan lain
ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian
dan peperiksaan disimpan dalam portfolio.
Dokumen portfolio itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi
persekolahannya untuk rujukan guru Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang
dilaksanakan secara berperingkat bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi
dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat
melahirkan modal insan yang berkesan. Sistem PBS juga adalah salah satu usaha
membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu
pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika
dan moral yang tinggi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan penambahbaikan
bagi sistem peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR. Sistem pentaksiran yang
baru ini telah dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana terdapat buku panduan pengurusan dan
pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah yang boleh dijadikan panduan untuk
mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan menengah.

7
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

4.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.
Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian
sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen
pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi
memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan
pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan
kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU).

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san
pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set
soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan
tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan
yang mempunyai kesahan dan keutuhan.

Jadual Spesifikasi Ujian mempunyai langkah-langkah yang tertenntu untuk


membinanya. Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh
maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan
pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik kandungannya.
Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk.
Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan
bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga di ambil kira. Sukatan pelajaran
perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa
pengajaran yang diperuntukkan masa bagi sesuatu tajuk bermain tersebut.

Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran


ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji.
Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu
diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang
dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas
adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk
menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan
inilah JSU dibina. Lazimnya, JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang
biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang

8
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang
mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.

Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah
menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur,
kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk,
peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi
pengajaran dan tahap kecedasan murid.

Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan.
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah
penting kerana mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.
Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama,
sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan
sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada
kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira
masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran,
panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.

JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas
ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti
dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik.
Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara tidak sistematik. JSU akan menjamin
kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan
sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras
kesukaran ujian dari semasa ke semasawalaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza.
Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan
meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu
ujian dengan ujian yang lain.

9
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

4.1 PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Jenis Konstruk Aras

Jumlah Item Soalan


Soalan Kesukaran

Jam Pembelajaran

Sederhana (%)
Menganalisis
Mengapkasi
Memahami

Mudah (%)
Mengingat

Sukar (%)
Mencipta
Struktur
Objektif

Menilai
Esei
Bil Tajuk

1 Mari Belajar 13 4 100


Sejarah
Pengertian sejarah 1,3 / /
dan kemahiran
sejarah
Pengertian diri dan 2 /
keluarga.
Sejarah sekolah
Kawasan tempat 11 /
tinggal murid
2 Zaman Air Batu 3 1 100
Zaman air batu 4 /
3 Zaman Prasejarah 6 4 50 25 25
Kehidupan manusia 7 /
prasejarah
10 /

1 /
2 /

4 Kerajaan Melayu 3 2 50 50
Awal
Kedudukan 5,1 / /
kerajaan-kerajaan 2
Melayu awal
5 Tokoh-Tokoh 7 4 25 25 50
Terbilang
Kesultanan Melayu
Melaka
Tokoh-tokoh
terbilang Melayu

10
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

Melaka
Parameswara 6,8 / /
sebagai pengasas
Kesultanan Melayu 3 /
Melaka
Tun Perak sebagai 9 /
Bendahari Melaka
Hang Tuah sebagai
Laksamana Melaka
Jumlah 32 10 3 2 15

4.2 HURAIAN ANALISIS JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) DAN KONSTRUK


SOALAN

Berdasarkan jadual spesifikasi ujian diatas, dapat dilihat gaya penyusunan item-item
soalan bagi mata pelajaran Sejarah tahun 4 telah dirangka dan disusun dengan lengkap
bagi memudahkan guru membuat penilaian terhadap pencapaian atau prestasi pelajar. Oleh
itu, dapat dinyatakan bahawa jadual spesifikasi ujian merujuk kepada pembahagian soalan
yang akan dirangka bagi membuat penilaian kepada pelajar berdasarkan pembahagian topik
atau tajuk pembelajaran mengikut aras dan kemampuan pelajar. Malahan ianya adalah lebih
kepada untuk mengukur dan membuat penilaian tentang pemahaman pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.

Dapat dilihat pada jadual spesifikasi ujian ini, pembinaan item soalan dirangka
meliputi keseluruhan tajuk matapelajaran bagi subjek Sejarah tahun 4. Ini bermakna
penilaian yang akan dilaksanakan adalah penilaian secara menyeluruh semua tajuk yang
telah diajarkan. Malahan boleh dikatakan penilaian ini lebih menitikberatkan kepada
pemahaman pelajar terhadap matapelajaran Sejarah yang mana telah melalui proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Format jadual spesifikasi ujian (JSU) terbahagi kepada beberapa pecahan lajur iaitu
ruangan tajuk, jam pembelajaran bagi setiap tajuk yang diajar, jenis soalan samada soalan
objektif, subjektif dan esei, jumlah item soalan yang dibina bagi setiap tajuk serta item
soalan yang dibuat secara keseluruhan. Selain itu, jadual spesifikasi ujian ini juga
mengandungi konstruk soalan yang terbahagi kepada 6 aras dan juga mengandungi aras
kesukaran bagi item soalan yang dibina. Oleh itu, bilangan soalan perlu sejajar dengan
jumlah pembelajaran untuk menentukan jumlah item soalan yang dibina.

11
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

Dapat dilihat pada jadual spesifikasi ujian diatas, pada jumlah jam pembelajaran bagi
tajuk 1 iaitu Mari Belajar Sejarah adalah selama 13 jam dan terdapat 2 soalan objektif dibina
dari topik Pengertian sejarah dan kemahiran sejarah, 1 soalan yang dibina pada topik
Pengertian diri dan keluarga dan 1 soalan pada topik Kawasan tempat tinggal murid.
Kesemua item soalan dibina pada tajuk ini adalah sebanyak 4 item.

Seterusnya, jumlah jam pembelajaran bagi tajuk 2 iaitu Zaman Air Batu adalah 3 jam.
Bilangan item yang dibina pada tajuk ini hanya 1 soalan objektif. Manakala bagi tajuk 3 iaitu
Zaman Prasejarah, jumlah jam pembelajaran adalah 6 jam dengan item soalan sebanyak 4
item yang mana 2 item soalan terbahagi kepada soalan objektif manakala 2 item lagi soalan
subjektif. Seterusnya bagi tajuk 4, terdapat 2 item soalan objektif manakala jumlah jam
pembelajaran bagi tajuk ini ialah 3 jam. Akhir sekali iaitu Tokoh-Tokoh Terbilang Kesultanan
Melayu Melaka bagi tajuk 5, jumlah jam pembelajaran adalah 7 jam dan bilangan item
soalan yang dibina adalah 4 iaitu 3 item soalan objektif dan 1 item soalan subjektif.
Konklusinya jumlah keseluruham jam pembelajaran sejarah bagi tahun 4 berdasarkan jadual
spesifikasi ini adalah sebanyak 32 jam yang mengandungi lima tajuk.

Dalam jadual spesifikasi ujian ini konstruk item dapat dipecahkan kepada beberapa
aras iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Secara
keseluruhan ini, soalan yang dibina adalah pada tahap atau aras kesukaran mudah dan
sederhana. Dalam kontstruk item soalan mengingat terdapat 4 soalan iaitu 2 soalan objektif
dan 2 soalan subjektif, manakala pada konstruk memahami terdapat 2 soalan objektif dan
bagi konstruk mengaplikasi terdapat 3 soalan yang mana 2 daripadanya soalan objektif dan
1 soalan subjektif. Seterusnya pada konstruk menganalisis terdapat 3 soalan objektif dan
pada konstruk menilai terdapat 2 soalan objektif dan akhir sekali bagi konstruk mencipta,
terdapat 1 soalan objektif.

Konklusinya jadual spesifikasi ujian ini menunjukkan aras kesukaran item soalan
yang mana dapat dilihat soalan terdiri dari pelbagai aras kesukaran akan tetapi aras
konstruk yang rendah iaitu mengingat dan memahami mendominasi soalan yang dibina.

5.0 PEMBINAAN SOALAN

12
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

Dalam sistem pendidikan penilaian atau pengujian amat penting kerana ia menilai
proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy Of
Educational Objectives: Handbook I: Cognitive Domain (New York: David McKay) telah
memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi
iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Taksonomi
ini terkenal dengan nama Taksonomi Bloom.

Mencipta
Susah

Menilai Mudah

Menganalisis

Mengaplikasi

Memahami

Mengingat

Rajah : Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

i. Mengingat

Aras kognitif yang terendah yang melibatkan proses kembali maklumat, fakta, definisi
dan sebagainya.

ii. Memahami

13
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

Aras kognitif yang melibatkan proses pengembangan pemikiran. Pada aras ini
pelajar menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.

iii. Mengaplikasi

Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori, prinsip, hukuman


atau prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka
tentang pengetahuan dan maklumat itu dan kemudian diaplikasikan dalam situasi
baru.

iv. Menganalisis
Aras kognitif yang menunjukkan bahawa pelajar boleh mengasingkan idea-idea ke
dalam komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan
yang mereka memahami hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses
analisis, pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi
mendapatkan satu kesimpulan. Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-
hujah.

v. Menilai

Aras kognitif yang menghendaki pelajar menggunakan imaginasi dan pemikiran


dengan mencantumkan unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk
menghasilkan sesuatu yang baru.

vi. Mencipta

Aras kognitif yang mengkehendaki pelajar melakukan penilaian,diskriminasi,


memberi rasional dan menyatakan pendapat dengan alas an-alasan tertentu.

14
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

1. Sejarah adalah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-hal yang telah dilakukan
oleh manusia pada masa lampau.

Siapakah tokoh yang memberikan definisi sejarah di atas:

A. Herodotus

B. Leopold von Ranke

C. R.G. Collingwood

D. E. H. Carr

2. __________ merupakan insan yang berperanan sebagai ketua dalam keluarga.

A. Ayah

15
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

B. Ibu
C. Kakak
D. Abang

3. Maksud sejarah yang paling tepat ialah


A. Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau
B. Sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku
C. Sejarah ialah cerita dongeng yang berlaku pada waktu lampau
D. Sejarah ialah cerita yang menarik untuk dibaca

4. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu?


A Zaman ketika bumi ditimpa hujan berterusan
B Zaman ketika permukaan bumi dilitupi oleh air batu
C Zaman ketika bumi dilanda kemarau yang panjang
D Zaman gelap di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi

5. Manakah antara berikut merupakan kepulauan Melayu?


I Tanah Melayu III Afrika
II Sumatera IV London

A. I dan II C. II dan III


B. I dan III D. III dan IV

6. Apakah yang menyebabkan Parameswara memberikan nama negeri Melaka?


A. Disebabkan oleh negeri Melaka mempunyai banyak gula Melaka.
B. Disebabkan oleh Paramaeswara suka nama Melaka
C. Kerana Melaka adalah nama anjing Parameswara.
D. Kerana terdapat dua ekor anjing yang bergaduh di bawah sebuah pokok Melaka.

7. Berikan kesan penggunaan sistem Barter pada zaman dahulu?


A. Manusia berfikir untuk berniaga
B. Mengelakkan pembaziran makanan
C. Memenuhi keperluan manusia
D. Dapat menikmati makanan yang sedap

16
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

8. Dalam sistem pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan merupakan ketua pemerintah.


Baginda dibantu oleh Pembesar yang berikut, iaitu :
i. Orang Laut
ii. Temenggung
iii. Bendahari
iv. Bendahara

A. i, ii, iii
B. ii, iii, iv
C. i, iii,, iv
D. i, ii, iv

9. Temenggung bertanggungjawab sebagai


A. Pemungut Cukai
B. Ketua pemerintah
C. Ketua keselamatan negara
D. Tentera

10. Susunkan zaman prasejarah mengikut susunan yang betul


i. Zaman paleolitik
ii. Zaman mesolitik
iii. Zaman neolitik
iv. Zaman logam
A. iv, iii, ii, i
B. ii, iii, i, iv,
C. ii, iii, iv, i
D. i, ii, iii, iv

11. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga kemudahan awam di tempat
kita?
A. Kerana saya tidak menggunakan kemudahan awam.
B. Kerana kita perlu membayar jika hendak menggunakannya.
C. Supaya dapat berfungsi dengan baik.
D. Kerana saya tidak suka menggunkan kemudahan yang berada di rumah saya

12. Mengapakah tempat bersejarah perlu dikekalkan?

17
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

A. Untuk mendapat duit dari tempat- tempat tersebut..


B. Bukti kukuh tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku kepada generasi akan
datang.
C. Untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.
D. Supaya tanah-tanah di Malaysia digunakan sepenuhnya

Soalan Subjektif

1. Nyatakan empat zaman prasejarah ? (5markah)


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

2. Jelaskan zaman prasejarah yang pertama. (10 markah)

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

3. Bilakah Parameswara memeluk agama Islam? (5markah)


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________

5.1 JADUAL INDEKS KESUKARAN DAN PENGKELASAN ITEM SOALAN

NILAI(P) PENGKELASAN ITEMS


0.00-0.20 Terlalu Sukar
0.21-0.40 Sukar
0.41-0.60 Sederhana Sukar
0.61-0.80 Mudah
0.81-1.00 Terlalu Mudah

5.2 DATA JAWAPAN UJIAN

18
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

Nama Soalan Objektif Soalan Subjekif


Pelajar
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3
Hakimah X X X X X X 3 2 2
Jusoh X X X X X X 4 3 3
Fatimah X X X X X 3 3 3
Rokiah X X X X X 4 4 4
Mat Nor X X X X X X 3 3 3
Mat Zin X X X X X X 4 2 2
JUMLAH
BETUL () 5 5 4 3 5 4 3 2 1 1 2 3 21 17 17
SALAH (X) 1 1 2 3 1 2 3 4 5 5 4 3

5.3 ANALISIS ARAS KESUKARAN ITEM SOALAN OBJEKTIF

Berikut merupakan formula untuk membuat pengiraan pagi mendapatkan nilai(p) untuk
menetukan aras kesukaran item.

Rumus, P = Bilangan Jawapan Yang Betul

Bilangan Murid

Contoh pengiraan :

P = 0.83

(5 mewakili jumlah jawapan yang betul bagi soalan 1)

19
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

(6 mewakili jumlah pelajar yang menduduki ujian)

NO. JUMLAH JUMLAH NILAI(p) ARAS


SOALAN JAWAPAN BETUL PELAJAR KESUKARAN
1 5 6 0.83 Terlalu mudah
2 5 6 0.83 Terlalu mudah
3 4 6 0.66 Mudah
4 3 6 0.5 Sederhana
sukar
5 5 6 0.83 Terlalu mudah
6 4 6 0.7 Mudah
7 3 6 0.5 Sederhana
sukar
8 2 6 0.3 Sukar
9 1 6 0.16 Terlalu sukar
10 1 6 0.16 Terlalu sukar
11 2 6 0.3 Sukar
12 3 6 0.5 Sederhana
sukar
Analisis aras kesukaran item bagi soalan objektif.

5.4 ANALISIS ARAS KESUKARAN ITEM SOALAN SUBJEKTIF

Berikut merupakan formula untuk membuat pengiraan pagi mendapatkan markah purata
dan nilai(p) untuk menetukan aras kesukaran item bagi soalan subjektif.

Markah Purata = Jumlah Markah Pelajar

Bilangan Pelajar

Nilai(P) = Markah Purata

Julat Markah

Contoh pengiraan :

21

20
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

Marakah purata = 3.5

3.5

Nilali(p) = 0.8

No. JUMLAH MARKAH JULAT NILAI(P) ARAS


SOALAN PEROLEHAN PURATA MARKAH KESUKARA
MARKAH N
1 21 3.5 5 0.7 Mudah
2 17 2.8 10 0.28 Sukar
3 23 3.6 5 0.7 Mudah
Analisis aras kesukaran item bagi soalan subjektif.

6.0 CADANGAN

Berdasarkan hasil dapatan kajian melalui penilaian yang telah dijalankan untuk
pelajar yang gagal dalam pelajaran seramai 10 orang mendapati bahawa peratusan pelajar
yang dapat menjawab dengan jayanya bagi setiap item soalan yang diuji adalah sederhana
rendah. Hal ini dapat dilihat pada skor markah pelajar yang menunjukkan sebahagian besar
pelajar masih lagi tidak boleh menjawab soalan dengan betul kerana terdapat beberapa
soalan berada pada aras sederhana sukar dan terlalu sukar. contohnya dapat dilihat pada
soalan 8,9,10 dan 11 yang mana aras kesukaran soalan menunjukkan soalan ini berada
pada kategori tidak sesuai untuk pelajar yang tidak minat sejarah. Oleh itu, untuk
memastikan pelajar terus minat terhadap mata pelajaran sejarah dan dapat menjawab
soalan dengan betul, soalan ini perlu dimurnikan pada aras kesukaran yang sesuai dengan
tahap pelajar.

Sehubungan dengan itu, soalan-soalan yang berada pada aras kesukaran yang
tinggi perlu diubahsuai dan dibuat penambahbaikan dalam aspek keterangan soalan yang
jauh lebih mudah untuk difahami. Daripada analisis yang dibuat, didapati bahawa sebab dan
punca pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul adalah kerana kesukaran
memahami kehendak soalan yang mana kebanyakan soalan berada pada konstruk
menganalisis, menilai dan mencipta.

21
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

Konklusi bagi soalan objektif, sebahagiaannya sesuai untuk dikekalkan dan


sebahagian lagi perlu ditambahbaik kerana tidak menepati tahap penguasaan murid yang
dikaji iaitu murid yang tidak minat mata pelajaran Sejarah. Konstruk soalan perlu diubah dari
sediakala kepada baru iaitu mengurangkan atau meminimalkan aras kesukaran soalan
kerana murid akan lebih tertarik dan seronok apabila dapat menjawab soalan yang mudah.
Begitu juga dengan soalan subjektif nombor 2, soalan ini perlu ditukar kerana tidak sesuai
dengan tahap penguasaan pelajar kerana berada pada konstruk soalan yang sukar yang
mana akan mengakibatkan pelajar bertambah tidak minat terhadap mata pelajaran sejarah

Antara cara untuk mengatasi masalah ini ialah bentuk pengajaran dengan
menggunakan buku teks semata-mata boleh diatasi dengan cara guru menggunakan
sumber-sumber sejarah seperti dokumen iaitu akhbar, majalah, berbagai jenis surat, laporan
buku catatan dan lain-lain, rekod-rekod iaitu sumber-sumber kesusasteraan sejarah dan
biografi serta tinggalan-tinggalan berunsurkan sejarah. Selain itu, guru juga boleh
menggabungkan media dengan bahan-bahan pengajarannya. Hal yang demikian kerana
penggunaan media mampu menjadikn proses pengajaran dan pembelajaran sejarah lebih
teratur dan berkesan. Jenis-jenis media atau alat yang sesuai digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran sejarah ialah bahan berbentuk visual, bahan audio visual, bahan audio,
jadual, peta dan glob serta alat bergambar dan grafik. Guru juga boleh membuat aktiviti tang
diberi nama galeri walk di dalam kelas atau tempat-tempat yang dirasakan sesuai di sekitar
sekolah agar murid boleh berkongsi idea dengan murid-murid lain.

Masalah sikap kurang positif atau kurang meminati terhadap mata pelajaran sejarah
dan kaedah pengajaran boleh diatasi sekiranya guru-guru lebih kreatif dengan
menggunakan pelbagai kaedah dalam sesi pengajarannya. Kaedah pengajaran sejarah
yang dipilh mestilah tidak hanya berhenti pada tingkat fakta, tetapi harus sampai kepada
penganalisisan. Bagi mencapai tujuan ini, penambahbaikan terhadap kaedah pembelajaran
sejarah haruslah dilakukan. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah permainan,
kaedah bercerita, lakonan, inkuiri, penyoalan, perbincangan dan kaedah projek-projek
sejarah seperti lawatan dan pameran sejarah. Kaedah-kaedah ini pastinya mampu menarik
minat murid dan mencabar daya pemikiran mereka untuk terus menganalisis, mengkaji dan
mendalami ilmu sejarah.

22
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

7.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, pentaksiran merupakan suatu proses yang merangkumi penyediaan


dan perlaksanaan ujian (Pengujian), penyemakan dan memberi skor (Pengukuran) dan
menterjemah maklumat atau jawapan (Penilaian). Pentaksiran, penilaian, pengukuran dan
penilaian mempunyai definisi dan makna yang tersendiri namun keempat-empat konsep ini
adalah saling berhubungkait antara satu sama lain dan tidak boleh
dipisahkan.Sementelahan pula, pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan
berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan
pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam
memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

Maka, dalam pengujian taksonomi diperlukan untuk membina soalan. Dalam bidang
pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-
bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-
bidang seperti kognitif, afektif dan psikomotor.

Justifikasinya, melalui soalan yang dibina perlulah berdasarkan Jadual Spesifikasi


Jadual untuk membina soalan yang menepati piawai. Dalam penilaian, JSU memainkan
peranan yang penting. Individu-individu yang terkaitan dengan ujian seperti calon, pendidik
yang mengajar dan ibu bapa mepunyai hak dalam maksud kata sebenarnya menolak

23
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

sesuatu ujian tersebut jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang terhasil daripada
ujian sedemikian tidak layak digunapakai untuk tujuan pemilihan, pengkelasan atau
bimbingan. Konklusinya, penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajaran dan
prosedur penilaian perlu dititikberatkan.

8.0 RUJUKAN

Buku

1. Dr. Ismail bin Said, M. M. (2014). Pentaksiran dalam Pembelajaran Sejarah. Pusat Bandar
Puchong: Penerbitan Multimedia Snd. Bhd.

2. Lee Shock Mee, M. S. (1989). Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Snd. Bhd.

Internet

1. Konsep Penilaian. (2010). http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=61


2. Pentaksiran Bahasa Melayu: Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian.
Diperolehi daripada Url : http://www.scribd.com/doc/51807095/6/Kepentingan-
Penilaian-dalam-Proses-Pengajaran-dan-Pembelajaran-. Diakses pada 10 Mac
2015.

24
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SJH309
3

3. Pentaksiran, Pengujian & Penilaian. (2010). Diperolehi daripada URL :


http://www.joedavian.files.wordpress.com/2010/12/pentaksiran-penilaian-1-pdf-.
Diakses pada 10 Mac 2015.
4. Konsep Domain. ( 2010). Diperolehi daripada URL :
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k =domain. DIakses pada 10 Mac 2015.
5. Taksonomi Bloom. (2009). http://wartawarga.gunadarma.ac.id/2009/12/taksonomi-
bloom. Diakses pada 10 Mac 2015.

25

You might also like