You are on page 1of 5

3.

2 Cadangan cadangan Alternatif Bagi Menangani Tingkah Laku Disruptif


Berdasarkan Pemerhatian

Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk


memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah
ditetapkan dengan teknik yang sesuai. (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder
Singh (2005). Setiap guru mesti membentuk sistem pengurusan tingkah
laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif, seterusnya
membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif
dan bebas daripada sebarang gangguan.

Lee dan Marlene Center (1976) telah mencipta Model Disiplin


Asertif Canter. Menerusi model ini, Canter telah menegaskan tentang hak
guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid ialah untuk
belajar dalam persekitaran yang kondusif dan hak guru ialah untuk
mengajar tanpa gangguan. Model ini adalah sistem peraturan tingkah laku
di adalam kelas yang di buat oleh guru. Apabila kanak-kanak melanggar
peraturan, namanya akan dipaparkan pada papan kenyataan dan guru
memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga mencadangkan
supaya guru merekod nama berkenaan dan dihantar kepada pengetua.
Selain itu, model ini membantu guru mengajar dengan lebih berkesan
tanpa sebarang gangguan. Sistem ini kebanyakannya dilaksanakan di
sekolah rendah memandangkan sistem ini sesuai untuk bagi membantu
guru mengurus tingkah laku disruptif kanak-kanak.

Tingkah laku juga boleh diuruskan dengan mengaplikasikan


beberapa teknik. Antara teknik-teknik tersebut adalah dengan
menggunakan alat pengukuran personal (personal tools), teknik
pencegahan (preventives technique), dan tindakan pembetulan
(correction measure).

11
Teknik pertama iaitu alat pengukuran personal yang boleh
dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kedekatan fizikal (physical
proximity). Kaedah ini dilaksanakan dengan guru mendekati sendiri murid
yang mempunyai masalah tingkah laku. Kaedah seterusnya adalah
dengan menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu guru berjalan
ke hadapan, ke belakang, ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat
pengawasan. Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan,
menarik, marah, kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik pertama
ini. Kesimpulannya, guru perlu mahir dalam menggunakan teknik ini.

Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini


dapat mengurangkan ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran
supaya menjadi lancar. Selain itu, melalui teknik ini iklim yang positif dan
persekitaran yang terurus dapat diwujudkan. Maka bagi mewujudkan
suasana seperti ini, antara kaedah yang boleh digunakan adalah dengan
meminta murid supaya mematuhi rutin bilik darjah, membuat sistem
mengutip buku serta murid menerima bentuk peraturan yang digubal.
Guru juga boleh memberitahu tentang perlakuan yang diterima atau tidak.

Teknik yang terakhir adalah dengan melaksanakan tindakan


pembetulan. Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan menangani masalah
secara spontan dan menghentikan dengan baik tanpa merosakkan apa-
apa. Selain itu, pengubahsuaian tingkah laku positif dan menghentikan
tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik darjah juga dapat
membantu dalam melaksanakan teknik tindakan pembetulan ini. Guru
juga boleh menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid dan relevan
seperti ketuk-ketampi. Di samping itu, jika murid masih melakukan tingkah
laku bermasalah itu, guru boleh menukar tempat dan berjumpa
dengannya selepas pengajaran. Melalui perjumpaan ini, guru boleh
membimbing perlakuannya supaya menjadi lebih baik. Maka, guru
haruslah sentiasa memperjelaskan atau mengingatkan mereka berkaitan
dengan tingkah laku tersebut.

12
Selain itu, time-out juga merupakan salah satu daripada teknik-
teknik untuk mengurangkan atau menghapuskan tingkah laku
bermasalah. Ia bermaksud mengeluarkan murid daripada sesuatu situasi.
Haris dalam Walker, Shea dan Bauer, 2004 menyenaraikan lima jenis
time-out seperti pemulauan, pengenepian, pemerhatian kontingen.
Pemindahan keadaan rangsangan yang bersifat pengukuhan dan
ketidakendahan atau penghapusan.

Manakala Lweellen dalam Walker, Shea dan Bauer, 2004 pula


mengkategorikan time-out kepada tiga jenis iaitu time-out berbentuk
pemerhatian, pengenepian dan juga pengasingan. Time-out berbentuk
pemerhatian ialah murid dikehendaki untuk membuat pemerhatian
terhadap aktiviti yang dilakukan di dalam kelas tetapi dilarang untuk
mengambil bahagian. Pengenepian pula ialah murid yang berkenaan tidak
dibenarkan memerhatikan rakan sekelas yang sedang melakukan aktiviti.
Pengasingan pula bermaksud murid yang berkenaan keluar dari bilik
darjah dan pergi ke satu bilik yang terpencil. Guru-guru boleh
menggunakan teknik time-out ini bagi mengurangkan masalah tingkah
laku disruptif murid di dalam kelas.

William Glasser (1984) telah memperkenalkan Teori Kawalan


(Control Theory) yang membincangkan proses-proses tingkah laku
dalaman secara psikologi dan fisiologi berkenaan dengan keperluan
manusia. Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah
berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan atau tidak puas hati
dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah. Teori ini menekankan tingkah
laku manusia didorong oleh keperluan untuk memenuhi empat keperluan
psikologi asas. Keperluan asas tersebut termasuklah rasa dipunyai dan
disayangi, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keperluan
untuk bersuka ria.

Menurut Glasser (1993), guru juga boleh meningkatkan mutu


pengajaran sekaligus mengurangkan tingkah laku disruptif melalui
13
beberapa cara. Antaranya ialah mewujudkan persekitaran bilik darjah
yang tenang dan kondusif. Bagi mewujudkan perasaan disayangi dalam
diri murid, guru boleh memenuhi keperluan ini dengan mengambil berat
dan menunjukkan sikap prihatin terhadap murid. Seterusnya, bagi
mewujudkan suasana bilik darjah yang seronok, guru perlu memikirkan
dan merancang aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan murid-murid. Apabila
murid seronok untuk belajar, tingkah laku disruptif dapat dikurangkan.

Jacob Kounin (1971), seorang pakar Psikologi Pendidikan dari


Wayne State University yang memfokuskan kajiannya terhadap cara
pengurusan bilik darjah dan pengurusan P&P yang mempengaruhi
tingkah laku murid. Menurut beliau, faktor utama dalam menguruskan
tingkah laku di dalam bilik darjah menurut Kounin adalah berkaitan
dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di
dalam bilik darjahnya pada setiap masa dan cara untuk menangani
masalah tingkahlaku dalam bilik darjah.

Jacob menegaskan bahawa kesedaran dan kepekaan guru dalam


mengawasi pergerakan di dalam bilik darjah dikenali sebagai withitness.
Sebagai contoh, dalam aktiviti berkumpulan, guru berjaya mengawasi dan
berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia
sedang mengajar satu kumpulan lain. Dengan kepekaan ini, seorang guru
berjaya menangani tingkah laku disruptif murid di dalam bilik darjah.
Menurut kajian Kounin, teguran atau tindakan guru terhadap seseorang
murid yang melakukan salah laku akan turut memberikan kesan kepada
murid-murid lain di dalam bilik darjah.

Apabila memberikan teguran , guru perlu menyatakan dengan


spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan. Elakkan daripada
memberikan teguran secara umum. Contohnya, Adam,buat kerja awak.
Nyatakan teguran dengan spesifik iaitu, Adam, berhenti bermain
pemadam, buka muka surat 45 dan buat latihan 1. Dalam memberikan
arahan, guru perlu bernada tegas dan serius. Mimik muka guru juga perlu
14
serius. Perlakuan nonverbal ini akan membantu kejayaan guru mengubah
tingkah laku disruptif murid di dalam kelas seperti bermain pemadam.

15

You might also like