You are on page 1of 10

1. Apakah yang dimaksudkan dengan makanan?

A. Bahan yang menyelerakan


B. Bahan yang mempunyai pelbagai ciri
C. Bahan yang mempunyai pelbagai tekstur
D. Bahan pepejal atau cecair yang boleh dimakan

2. Pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien dalam kadar yang betul
dikenali sebagai ______________.

A. sajian lengkap
B. diet disarankan
C. diet seimbang
D. pemakanan sihat

3. Penyakit ____________ adalah disebabkan oleh pengambilan lemak yang


berlebihan.

A. kanser C. diabetes
B. obesiti D. kwasiorkor

4. Antara yang berikut yang manakah fungsi protein?

A. memulihkan sel yang rosak


B. memelihara dan mengawal proses tubuh
C. menjadi pelindung bagi organ yang rosak
D. menjadi penebat dan mengawal suhu tubuh

5. Faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan diet ialah

I Kebudayaan kaum
II Kesihatan seseorang
III Keperluan fisiologi
IV Pendapatan keluarga

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

6. Antara berikut yang manakah sumber protein lengkap?

A. Kacang bendi
B. Kacang soya
C. Kacang merah
D. Kacang hijau

1
1

7. Pilih padanan yang betul berkenaan dengan aras dan kumpulan makanan dalam
Piramid Makanan di atas.

Aras Kumpulan Makanan


A 1 Sayur-sayuran dan buah-buahan
B 2 Lemak, mentega, gula, minyak
C 3 Kekacang, ikan, hasil tenusu
D 4 Bijirin, hasil bijiran, ubi-ubian

8. Pernyataan manakah menerangkan tentang kegunaan RDA?

I Menilai kuantiti makanan


II Membuat label makanan
III Merancang kualiti sajian makanan
IV Menjadi garis panduan untuk menggubal polisi makanan

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

9. Antara berikut yang manakah menunjukkan nilai tenaga yang dihasilkan dengan
betul bagi setiap 1 gram nutrien pembekal tenaga di bawah?

Karbohidrat Protein Lemak


A 17 kJ 17 kJ 17 kJ
B 17 kJ 38 kJ 17 kJ
C 38 kJ 17 kJ 17 kJ
D 17 kJ 17 kJ 38 kJ

2
10.
100g roti telur mengandungi :
9.2 g protein
10.0 g lemak
34.2 g karbohidrat

Kirakan nilai tenaga yang dihasilkan oleh lemak dalam 50 g roti telur.

A. 85 kJ C. 190 kJ
B. 170 kJ D. 380 kJ

11. Antara berikut, yang manakah contoh makanan kering?

I kacang merah
II kacang buncis
III kacang hijau
IV kacang tanah

A. I, II, III C. I, III, IV


B. I, II, IV D. II, III, IV

12. Antara berikut yang manakah merupakan kaedah memasak menggunakan haba
kering?

A. menggoreng C. mereneh
B. mengukus D. merendidih

13. Nyatakan kesan haba terhadap ikan yang dikukus.

A. rupa ikan kukus pucat dan tidak menarik


B. ikan kukus kelihatan berkilat
C. warnanya menarik dan tidak perlu hiasan
D. isinya pejal dan keras

Mencincang buah-buahan
Menggaul bahan minuman
Menghancurkan sayur-sayuran

14. Pilih alat penjimat masa yang sesuai dengan pernyataan di atas.

A. Pengadun C. Periuk tekanan


B. Pengisar D. Ketuhar gelombang mikro

3
15. Di antara yang berikut yang manakah tujuan memasak?

I. Memudahkan pencernaan
II. Mempelbagaikan masakan
III. Membaiki rasa dan bentuk makanan
IV. Membaiki rupa dan tekstur makanan

A. I, II dan III C. I, II dan IV


B. I, III dan IV D. II, III dan IV

16. Susun urutan kerja bagi menu berikut.

I. Air kopi
II. Pisang goreng
III. Bubur kacang merah
IV. Kuih keladi kukus

A. I, II, III dan IV C. III, IV, II dan I


B. II, IV, III dan I D. IV, III, I dan II

Hidangan perlu seimbang


Mempunyai lebih garam mineral seperti kalsium
Mengandungi tambahan asid folik

17. Ciri-ciri pemilihan di atas, merujuk kepada sajian kumpulan ......................

A. pesakit C. si pulih
B. ibu mengandung D. kanak-kanak

4
18. Pernyataan berikut merupakan makanan semasa perayaan sesuatu kaum

Makanan Perayaan
Ketupat Hari Raya
Loh Sang Tahun Baru Cina
Tose Deepavali
Pogang Gawai Dayak

Mengapakah hidangan tersebut penting pada musim perayaan

A. Melambangkan status sosial


B. Makanan kegemaran mereka
C. Melambangkan kebudayaan kaum mereka
D. Mengikut perkembangan teknologi

19. Apakah yang dimaksudkan dengan sajian?

A. Makanan yang disajikan pada masa tertentu


B. Sajian makanan istimewa
C. Makanan yang dihidangkan untuk sesuatu sajian
D. Sajian makanan yang lengkap

20. Apakah maksud sanitasi makanan?

A.Pengawalan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan dan


penyimpanan makanan supaya makanan tidak tercemar.
B. Pengurusan sajian dari peringkat penyediaan, memasak, menghidang dan
menyimpan
C. kebersihan dalam penyajian dan penyediaan makanan
D. pengendalian makanan dan penyediaan sajian mengikut peraturan

21. Bagaimana daging dan ikan segar boleh menyebabkan pencemaran silang di
dalam peti sejuk?

A. jika dibiarkan nyah beku di dalam peti sejuk


B. jika memasak daging dan ikan yang masih separuh beku
C. jika daging dan ikan tidak ditutup dan diletakkan bersebelahan dengan
makanan yang telah dimasak
D. jika daging tidak dicuci bersih sebelum disimpan di dalam peti sejuk

5
22.
Gentian Buatan Manusia

Selulosa terjana semula Sintetik

Viskos X

Berdasarkan Rajah, X ialah ......................

A. Benang sayat C. Triasetat


B. Poliamida D. Asetat

Menyerap lembapan
paling baik sehingga 30%
Rosak pada suhu tinggi
Teguh apabila kering
Penebat haba yang baik

23. Penyataan di atas menunjukka ciri-ciri bagi fabrik. Fabrik manakah yang
berkaitan dengan ciri tersebut?

A. Linen C. Kapas
B. Sutera D. Benang sayat

24. Fabrik ....................... mudah rosak oleh asid dan alkali

A. Kapas C. Rayon
B. Nilon D. Benang sayat

25. Antara berikut, yang manakah BUKAN prinsip menjaga pita ukur?

A. Gulung dengan nombor besar di dalam


B. Gantung di dinding
C. Simpan di dalam kotak
D. Gulung dengan nombor kecil di luar

6
26. Alatan menggunting perlu diberi penjagaan yang sempurna. Pilih cara penjagaan
yang betul.

I Elakkan dari terjatuh


II Simpan di dalam sarung
III Minyakkan sendi gunting jika perlu
IV Basuh dengan air suam selepas menggunakannya

A. I dan II C. I, II dan III


B. II dan III D. I, III dan IV

27. Apakah tujuan menekan?

A. Memberi berbagai bentuk kepada pakaian setelah ditekan.


B. Memastikan fabrik berkenaan licin dan rata.
C. Menjadikan tukang jahit cekap
D. Menambah proses jahitan

28. Antara stail skirt di bawah, yamg manakah akan memberi kesan tinggi dan
langsing kepada pemakai?

A. C.

B. D.

29. Antara berikut, pasangan yang manakah betul mengenai bentuk badan dan ciri
stail pakaian?

Bentuk badan Stail pakaian

A. Tinggi dan gempal Garis leher bentuk V, garis puteri


B. Tinggi dan langsing Garis leher bentuk U, garis menegak
C. Rendah dan gempal Garis leher berkolar, garisan melintang
D. Rendah dan kurus Garis leher bentuk bulat, Bahu mendatang

7
30. Seorang remaja perempuan yang berbadan rendah dan gempal ingin memilih
pakaian. Apakah corak fabrik yang sesuai untuk pakaiannya?

A. Melintang, bertabur, saiz besar


B. Tegak, saiz sederhana
C. Tegak dan serong, saiz kecil
D. Serong dan melintang

31. Bagi individu tinggi yang inginkan ilusi tampak rendah sedikit, mereka hendaklah
memakai pakaian yang berwarna :

I warna lembut
II warna cerah
III warna gelap
IV warna terang

A. I dan II C. II dan III


B. I dan III D. II dan IV

32. Apakah kebaikan sekiranya anda menjahit pakaian sendiri?

A. Mudah mendapat stail yang baru.


B. Bebas mencipta stail yang digemari.
C. Tidak memerlukan peralatan yang cukup.
D. Memerlukan masa yang lama untuk menjahit.

33. Antara berikut, ukuran manakah yang diperlukan untuk melakar pola skirt?

I. Ukuran pinggang III. Ukuran labuh skirt


II. Ukuran punggung IV. Ukuran keliling skirt

A. I, II dan III C. II, III dan IV


B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV

34. Peraturan menyusun atur pola di atas fabrik yang betuk adalah seperti berikut :

I. Pastikan ira pada pola selari dengan ira fabrik.


II. Sematkan jarum peniti dengan hujungnya menghala ke luar
III. Sematkan jarum peniti pada jarak yang sesuai lebih kurang 9cm.
IV. Susun aturkan kepingan pola yang besar dahulu diikuti dengan kepingan
yang kecil.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. I dan IV sahaja
D. II dan III sahaja

8
35. Antara susun atur pola di atas fabrik dalam Rajah, yang manakah perlu digunting
dahulu?

A. I C. III
B. II D. IV

36.
Muka kelihatan berkilat.
Liang muka terbuka dan dapat dilihat.
Permukaan muka berminyak
Mudah mendapat jerawat

Pernyataan di atas menerangkan ciri kulit jenis...........................

A. normal C. Kombinasi
B. berminyak D. kering

37. Antara berikut yang manakah pernyataan benar tentang deodoran?

A. Mengandungi bahan pembunuh bakteria.


B. Mengandungi bahan pencegah peluh.
C. Mengurangkan pengeluaran peluh.
D. Mengelakkan daripada bau peluh meresap ke dalam pakaian.

9
38. Rita merasa kecewa setelah mendapat keputusan yang kurang memuaskan
dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun lalu.
Bagi membina imej kendiri yang positif, dia perlu...

I selalu bersedih dan takut


II tenang mengatasi masalah
III menyendiri dan termenung
IV mempunyai keyakinan diri yang tinggi

A. I , II , III C. I , III , IV
B. I , II , IV D. II , III , IV

39. . Keluarga ialah ............................................................................

A. Sekumpulan manusia yang terdiri dari ibu, bapa dan anak-anak.


B. Sekumpulan manusia yang mempunyai pertalian persaudaraan yang
tinggal sebumbung.
C. Sekumpulan manusia yang terdiri dari ibu, bapa, anak-anak dan saudara
mara yang tinggal sebumbung.
D. Sekumpulan manusia yang tinggal bersama di bawah satu bumbung yang
mempunyai pertalian darah dan keluarga angkat.

40. Keperluan psikologi, rohani, mental-emosi, rohani dan sosial merupakan


keperluan ...................................

A. Sekunder C. Keselamatan
B. Primer D. Kesempurnaan

*************** Kertas soalan tamat **************

10

You might also like