You are on page 1of 1

KESAVARRTINY A/P SINNASAMY

Laporan Analisis Kesilapan Newman

Nama Murid: Khavinesh A/L Thivakaran

Umur: 10 Tahun

Soalan: Ibu Lisa membat 4 262 keping biskut. Setelah menyimpam biskut-biskut itu ke
dalam balang, dia masih mempunyai 12 keping biskut. Dia meletakkan 50 keping biskut ke
dalam setiap balang. Berapakah bilangan biskut yang perlu dibuat lagi jika ibu Lisa hendak
menghasilkan 100 balang biskut?

i) Aras Membaca: Boleh baca soalan?


Ini untuk mengenalpasti samada pelajar boleh mengenal perkataan mudah dan syang
menunjukkan operasi Matematik yang dikehendaki dalam soalan. Khavinesh dapat
membaca dengan baik dan tiada masalah pada tahap ini.
ii) Aras Kefahaman: Apa yang dikehendaki daripada soalan itu?
Ini untuk menguji samada pelajar faham kehendak soalan. Khavinesh tiada masalah
pada tahap ini kerana dia telah memilih operasi bahagi.
iii) Aras Transformasi: Jadi, bagaimana kita akan selesaikan soalan ini?
Pelajar dapat memindahkan dari bentuk ayat kepada maksud matematik. Khavinesh
tiada masalah kerana dapat transformasi soalan.
iv) Aras Kemahiran Proses: Boleh tunjukkan saya pengiraan kamu atau tulis atas kertas.
Menunjukkan kefahaman dan melaksanakan proses Matematik. Kesilapan
dikenalpasti telah berlaku di aras ini. Khavinesh telah melakukan operasi bahagi, tolak
dan darab dengan betul dan tiada sebarang masalah dan menunjukkan hasil kerja
yang baik tetapi saya hanya dapat mengenali dia tidak memahami soalan itu
sepenuhnya kerana dia tidak mengambil kira jumlah biskut tertinggal yang perlu
ditolak itu.

Pada masa yang sama, saya juga mendapati ini boleh dikatakan aspek kecuaian kerana dia tidak
mengambil kira 12 biskut yang terlebih. Saya juga mendapati dia adalah murid yang mempunyai
keyakinan yang melampau overconfidence yang telah menjurus kepada kesalahan tersebut.

You might also like