You are on page 1of 27

KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

JALAN BATU ASAH


07000 LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN
NAMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK
PROGRAM

SEMESTER SEMESTER 3

KOD DAN
TAJUK ETN 3043 : ELEKTRONIK DIGITAL DAN APLIKASI 1
KURSUS

K1 MENJALANKAN KONSEP DAN SISTEM NOMBOR.


K2 MEMBINA LITAR GET LOGIK DAN PERANTI YANG BERKAITAN.
NO. DAN
TAJUK K3 MENENTUKAN KOMBINASI GET LOGIK.
KOMPETENSI K4 MENGENDALIKAN DIGITAL ARITMETIK DAN LITAR.
K5 MENTAFSIR PEMBILANG DAN PENDAFTAR.

NO.KOD Muka Surat : 1 Drp / 27


ETN3043 / P (10/10)
KSKV

TAJUK : PERANTI INGATAN.

TUJUAN :
5.3.4 Jelaskan ingatan dan penyimpanan peranti mengikut sistem mikrokomputer..
5.3.5 Lukiskan gambarajah blok komputer umum mengikut standard.

5.4.1 Mengenal pasti ingatan dan peranti penyimpanan mengikut sistem


mikrokomputer.
5.4.2 Lukiskan gambarajah blok komputer, termasuk CPU, bas kawalan, bas
alamat, bas data, RAM dalaman, NVRAM, dan peranti memori penyimpanan
pukal mengikut standard.

KV-PKPPV-05(7)(05.03.2014)
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 2 Drpd : 27

GAMBARAN KESELURUHAN SISTEM KOMPUTER

Gambar Rajah 2.1 Sistem Komputer

2.1.1.1 Definisi Sistem Komputer

Sistem komputer merupakan peranti elektronik yang berupaya menerima data


( input ) menerusi peranti-peranti tertentu seperti papan kekunci oleh pengguna.
Data-data tersebut akan diproses ( proses ) menjadi maklumat yang berguna
oleh CPU menerusi perisian tertentu. Maklumat tersebut akan dipaparkan ( output )
menerusi peranti seperti monitor ataupun pada mesin pencetak. Maklumat tersebut
juga boleh disimpan ( storan ) untuk kegunaan pada masa-masa akan datang.

Gambar Rajah 2.2 Sistem Komputer

2.1.1.2 Maksud input, proses, output dan storan.

i. Input

Input adalah apa jua data atau bahan yang ditaip dan dimasukkan ke dalam
komputer menerusi peranti input tertentu. Peranti Input merujuk kepada perkakasan
yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program
dan data kepada komputer. Peranti input mengkod maklumat kepada data supaya
boleh diproses oleh sistem computer digital.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 3 Drpd : 27

Mikrofon

Kamera Digital

Gambar 2.1: Contoh-contoh Peranti Input

ii. Proses

Komputer mempunyai unit melaksakan arahan yang diberi dengan memproses data-
data. Proses yang dilakukan adalah dengan menerima dan menyimpan data dari
peranti input kemudian diproses mengikut arahan dan dihantar hasilnya kepada
peranti output. Ia dillakukan oleh Unit Pemprosesan Pusat atau CPU ( Central
Processing Unit ) yang berfungsi untuk memproses arahan, malaksanakan
pengiraan dan menguruskan laluan informasi menerusi sistem komputer. Unit atau
peranti pemprosesan juga akan berkomunikasi dengan peranti input, output dan
storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang diperlukan.

Gambar 2.2 : Unit Pemproses Pusat

iii. Output

Output adalah hasil daripada proses manipulasi data ke atas data yang dimasukkan
oleh pengguna menerusi peranti input. Output akan di papar menerusi peranti
output. Peranti output adalah peralatan untuk memaparkan maklumat yang telah
diproses oleh komputer untuk dilihat, didengar atau digunakan oleh pengguna.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 4 Drpd : 27

Pencetak Pembesar Suara

Gambar 2.3 Contoh-contoh Peranti Output

iv. Storan

Storan adalah proses menyimpan data atau maklumat yang belum atau selesai
diproses. Komputer menggunakan maklumat yang disimpan untuk melaksanakan
arahan-arahan lain yang berkaitan. Peranti storan pula adalah medium yang
digunakan oleh komputer untuk menyimpan data dan maklumat secara kekal atau
sementara.

Terdapat dua jenis storan:-


a. Storan Primer ( Primary Storage ) = RAM, Cache Memory, ROM.
b. Storan Sekunder ( Secondary Storage ) = Cakera Keras ( Hard-disk), Disket dan
CD-ROM.

Cakera Keras
Pemacu Kilat

Gambar 2.4 Contoh-contoh Peranti Storan


NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 5 Drpd : 27

2.1.1.3 Kitaran Pemprosesan Maklumat Melibatkan Input, Proses, Output dan


Storan

Komputer melaksanakan satu arahan dalam satu masa. Sebelum sesuatu arahan
dilaksanakan, arahan dan data dari peranti input atau stroran kedua akan
dipindahkan ke dalam ingatan utama ( RAM ). Arahan dan data di masukkan ( input )
ke dalam komputer menerusi peranti input tertentu seperti papan kekunci, tetikus
dan sebagainya.

Kemudian arahan dan data tersebut dipindahkan ke dalam Unit Pemprosesan Pusat
(CPU) untuk diproses. CPU berfungsi untuk mengawal semua aktiviti di dalam
sistem komputer menerusi arahan-arahannya. CPU terdiri daripada aritmetik logik
(ALU) yang melaksanakan pengiraan Matematik dan unit kawalan yang mencapai
arahan dari ingatan utama, menerima pengiraan dari ALU dan melaksanakan
arahan.

Untuk setiap arahan yang diberikan , Unit Kawalan dalam CPU akan melakukan
EMPAT operasi asas yang dipanggil kitaran mesin (machine-cycle). Empat kitaran
mesin tersebut ialah

(i) Angkut (Fetching),


(ii) Terjemah (Decode),
(iii) Laksana (Execute) dan
(iv) Simpan (Store).

Berikut adalah kitaran mesin:-

i. Angkut (Fetching)
Unit Kawalan ( Control Unit ) akan mengangkut ( fetch ) arahan program dan data
dari ingatan utama (RAM).

ii. Terjemah (Decode)


Unit Kawalan akan menterjemah ( decode ) arahan dan pindahkan data yang
diperlukan dari memori ke Unit Aritmetik dan Logik (ALU).

iii. Laksana (Execute)


Unit Aritmetik dan Logik ( ALU ) akan melaksanakan ( Execute ) arahan aritmetik
dan logik.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 6 Drpd : 27

iv. Simpan (Storing)

Unit Aritmetik dan Logik ( ALU ) akan menyimpan hasil pemprosesan ke dalam
ingatan utama ( RAM ) atau ke dalam storan sekunder.

Proses kitaran pemprosesan maklumat ini berteusan satu demi satu sehinggalah
arahan terakhir program tersebut dilaksanakan.

Data yang telah diproses akan dipindahkan ke dalam storan. Storan adalah tempat
untuk menyimpan data, arahan serta maklumat untuk kegunaan pada masa
hadapan. Komputer menggunakan storan untuk menyimpan perisian sistem dan
perisian aplikasi. Ia terdiri daripada storan utama dan storan kedua.

Perkakasan Komputer

(i) merupakan komponen fizikal sesuatu sistem komputer.


(ii) merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk sebuah komputer yang
lengkap.
(iii) juga dikenali sebagai peranti (device).
(iv) Komponen-komponen utama di dalam sesebuah system komputer adalah :
- Unit Pemprosesan Pusat
- Komponen Input
- Komponen Output
- Komponen Storan
- Komponen Ingatan

a. UNIT PEMPROSESAN PUSAT ( CPU )

CPU (Central Processing Unit) merupakan bahagian terpenting dalam sesebuah


komputer. Ia juga dikenali sebagai Mikro Processor. Tugas utama CPU adalah untuk
menjalankan kerja-kerja kawalan dalaman bagi keseluruhan sistem komputer. Ia
terbahagi kepada 2 bahagian penting iaitu:

Unit Kawalan (Control Unit)

o Baca dan tejemah arahan-arahan

o Arahan pemprosesan komponen-


komponen di dalam CPU.

o Kawal perjalanan arahan dan data


masuk atau keluar dari ingatan utama.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 7 Drpd : 27

o Di antara tugas-tugasnya ialah memulakan atau menghentikan peranti


input atau output.

Unit Arithmatik Logik (Arithmatik And Logik Unit)

o Melakukan semua operasi pengiraan.

o Ia jua melakukan operasi perbandingan.

Daftar (Register) ialah peranti yang boleh menerima maklumat, memindahkan dan
menyimpan sebarang arahan oleh unit kawalan. Daftar alamat menyimpan alamat
tempat storan atau peranti input/output; daftar arahan mengandungi arahan yang
sedang dilaksanakan; penumpuk menyimpan nilai terumpuk; daftar storan
mengandungi data yang diterima daripada storan atau yang dihantar ke storan.

Perkembangan Dan Keupayaan Teknologi CPU

CPU kini di bangunkan berdasarkan konsep RISC (Reduced Instruction


Set Computer) dan Pipe line. Konsep RISC ialah membuang arahan yang kompleks
(non-essentials) supaya set arahan hanya terdiri daripada arahan yang mudah.
Melalui konsep Pipe line, arahan kompleks di susun dalam siri yang terdiri daripada
beberapa unit di mana ia dapat diproses serentak dan mendapat output yang lebih
cepat.

Keupayaan CPU diukur dalam beberapa cara iaitu:

Bilangan bit yang boleh diproses dalam satu-satu masa oleh mesin. Semakin
besar lebar perkataan (Word Length) semakin laju komputer tersebut.
Contoh: Chip 8 bit boleh proses 1 bytes maklumat pada satu-satu masa.

Kelajuan Kitaran (Cycle speed). Setiap perlaksanaan (event) haruslah


berterusan supaya setiap tugas diikuti tugas yang lain. Ia diukur dengan
Megaherts (Mhz).Contoh: Intel 8088 mempunyai kelajuan 4.47 Mhz manakala
Intel 80386 diantara16 hingga 40 Mhz.

Data Bus Width bertugas seperti laluan di antara CPU, storan skunder dan
peranti lain, iaitu beberapa banyak data boleh dibawa pada satu-satu masa.
Contoh: 80386 chip (IBM personel system/2) dan Motorola 68030 dan 68040
(Macintosh) mempunyai 32 bit word length dan 32 bit data bus width.

Pengeluar utama pemproses mikro atau CPU ialah Intel untuk komputer IBM atau
yang serasi dan Motorola untuk Macintochs.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 8 Drpd : 27

Teknologi terkini CPU ialah Pentium II daripada Intel dan Power PC daripada
Motorola.

b. UNIT INPUT

Unit Input bertugas untuk mengelola kemasukan data ke dalam komputer.

Data atau arahan yang diberikan adalah dalam bentuk penulisan, bunyi, gambar,
suara, isyarat dan sebagainya.

Unit Input akan menukar arahan dan data yang diterima ke bentuk binari. Contoh
peranti Input ialah papan kekunci, tetikus (mouse), pembaca OCR, pengimbas
(scanner), voice data entry dan sebagainya. Sebagai contoh, papan kekunci
membenarkan aksara ditaip dan dimasukkan kedalam komputer (serupa macam
mesin taip). Setiap aksara akan ditukar kepada kod binari tertentu (iaitu kombinasi 0
dan 1) yang difahami oleh komputer.

Papan kekunci.
cara memasukkan data yang paling biasa digunakan.
Tetikus (mouse)
Tangan akan mengawal pergerakan kursor pada monitor dengan kaedah
"point and click". Semakin popular dalam penggunaan tetingkap (windows).
Mudah dan tidak memerlukan arahan yang kompleks.
Digital Scanner
menukarkan imej seperti gambar kepada digital form.
Voice input device.
mengenali atau mengecam bahasa tabii yang dituturkan oleh manusia
kemudian menukarkan bahasa tabii kepada digital form yang difahami oleh
komputer. Penggunaannya masih terhad dan dalam kajian.

c. UNIT INGATAN UTAMA

Unit Ingatan Utama bertugas memegang arahan dan data yang akan diproses oleh
unit pemprosesan pusat. Data dan arahan yang tersimpan boleh dicapai terus oleh
Unit Pemprosesan Pusat. Unit Ingatan Utama terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

ROM (Read Only Memory)

RAM (Random Access Memory)

ROM adalah ingatan untuk menyimpan arahan dan data yang di tulis atau di
sediakan oleh pembuat komputer. Ia adalah ingatan baca sahaja dan merupakan
ingatan kekal, isi kandungannya hanya boleh dicapai oleh CPU tetapi tidak boleh
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 9 Drpd : 27

diubahsuai atau ditambah dan tidak akan hilang apabila suiz dipadam. Jenis-jenis
ROM :

ROM

PROM-ROM untuk baca sahaja yang boleh diaturcara oleh pengguna.Setelah


dimuatkan dengan aturcara ia tidak boleh di ubahsuai lagi.

EPROM-ROM baca sahaja yang boleh diaturcara oleh pengguna beberapa


kali.

RAM adalah ingatan yang menyimpan data dan arahan yang ditulis oleh pengguna.
Ia adalah ingatan untuk untuk baca dan tulis. Arahan dan data boleh dimuat dalam
ingatan serta boleh diambil oleh CPU.

RAM adalah ingatan tidak kekal. Kandungan didalamnya akan terhapus apabila suiz
dipadamkan.

Peranti Ingatan (Memory Devices)

Bil Peranti Ciri-ciri


ingatan yang menyimpan maklumat
Ingatan Utama yag boleh dicapai secara langsung
oleh CPU
menyimpan secara sementara
Cepat tetapi Kapasiti terhad
1 Unit asas: 0, 1 (bit)
Data disimpan dalam sel / lokasi
Setiap lokasi mempunyai alamat

Cip RAM menyimpan atur cara dan


data yang sedang di proses oleh
pemproses.
RAM (Random Access Memory)
Bersifat sementara iaitu data akan
hilang bila punca kuasa dimatikan
atau bila berlakunya gangguan
punca kuasa
2
Ingatan pengguna boleh dibaca dan
data ditulis pada ingatan dengan
menggunakan aturcara tertentu
dua jenis : statik (SRAM) & dinamik
(DRAM)
SRAM menyimpan data secara
statik (walaupun kuasa dimatikan)
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 10 Drpd : 27

DRAM mudah ternyahcas, maka


perlu dicaskan semula setiap
beberapa juta nanosaat untuk
mengelakkan kehilangan data
Jenis-jenis DRAM: EDO RAM
3 ROM (Read Only Memory) Cip ROM dikenali sebagai firmware
Cip ingatan yang dimuat dengan
arahan tertentu semasa
pengilangan (Data dalam ROM
dimasukkan ketika proses dikilang)
Ingatannya kekal
kandungan Ingatan sistem, tidak
boleh diubah oleh pengguna
Mengandungi aturcara khas untuk
satu operasi komputer
Terdapat banyak jenis ROM iaitu
PROM, EEROM, EPROM, dan
EAROM
Kebanyakkannya digunakan untuk
menyimpan aturcara pemula atau
pemuat bootstrap.
Fungsi pemuat bootstrap untuk
menghidupkan sistem
pengoperasian.

4 PROM (Programmable Read Satu bentuk ingatan digital dimana


Only Memory) setting setiap bit dikunci oleh fuse
atau antifuse
boleh dimuatkan aturcara oleh
pengguna secara pengaturcaraan
medan

5 EPROM (Erasable Programmable satu bentuk cip


Read Only Memory) ingatan computer yang mengekalkan
data apabila suiz dipadamkan - non
volatile
boleh diaturcarakan dan dipadam
dipadamkan dengan cahaya ultra-
ungu
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 11 Drpd : 27

6 EEPROM (Electronically Erasable non volatile cip storan yang


Programmable Read-Only-memory) digunakan dalam computer untuk
menyimpan data konfigurasi dalam
bilangan yang sedikit
sejenis EPROM
Dikenali sebagai EAROM yang dapat
dipadamkan dengan denyutan
elektrik

7 EAROMs (Electrically Alterable boleh mengubahsuai satu bit dalam


Read Only-Memory) satu masa
boleh diguna untuk menyimpan
critical system setup maklumat
dalam non-volatile way

8 Unit kawalan menerima arahan dari ingatan


computer
menterjemahkan serta
menggerakkan perkakasan computer
untuk melaksanakan arahan tersebut
mengawal system bas iaitu bas data,
bas alamat, dan bas kawalan

9 Storan merujuk kepada mass


storage, optical disks, dan storan
megnetik seperti hard disks
Kapasiti besar
Menyimpan secara kekal
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 12 Drpd : 27

10 Bas data bertugas dalam 2 hala (menghantar


dan menerima)
data berupa kandungan ingatan /
masukkan dari unit masukkan dan
unit keluaran
Diguna untuk memindahkan data.

d. UNIT OUTPUT

Unit output bertugas untuk mengeluarkan data yang telah di proses oleh komputer
ke bentuk yang dikehendaki oleh manusia.

Arahan atau data yang diproses oleh komputer adalah dalam bentuk binari yang
mana ianya amat sukar difahami oleh manusia. Oleh itu, unit ini diperlukan untuk
menukar arahan atau data yang diproses dalam kod binari kepada bentuk teks,
gambar, bunyi dan video.

Contoh peranti output adalah pameran grafik (CRT) atau skrin komputer, pencetak,
pemelot, microfilem dan sebagainya.

Monitor (skrin komputer)

Berfungsi seperti tiub gambar televisyen dengan senapang (gun) elektronic


menembak sinar elektron untuk dipaparkan pada skrin. Ia diukur dengan Pixel
(Picture Elemant). Lebih tinggi bilangan pixer per screen lebih baik kadar
paparannya. Ia boleh di kelaskan kepada 2 jenis iaitu monochrome atau warna dan
keupayaan paparannya. Sesetengahnya hanya boleh memaparkan hanya teks dan
ada yang teks dan grafik.

Pencetak (Printer)

Pencetak bertugas untuk mencetak maklumat yang diperlukan.


Pencetak boleh dikelaskan kepada 2 iaitu :

Impact Printer (setaraf dengan mesin taip atau dot matrik). Ia berkeupayaan
mencetak selaju 60 hingga 400 aksara sesaat.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 13 Drpd : 27

Non-Impact Printer (Laser, Ink Jet dan transfer printer). Ia berkeupayaan


mencetak 8 hingga 10 muka surat per minit.Mutu cetakan lebih baik dan
berkualiti daripada Inpact Printer.

Peranti Bunyi

Menukar data output digital kepada bentuk bunyi atau suara. Bunyi direkod, dikod
dan disimpan dalam disk akan ditukar ke bahasa percakapan.

e. UNIT STORAN

Rajah 2.31: Contoh Peranti Storan

Komputer merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan


data, arahan, maklumat dan dokumen. Ia boleh dipanggil untuk digunakan
pada bila-bila masa. Komputer menyimpannya di dalam bentuk elektromagnet
dan ianya boleh dicapai oleh komputer sahaja.
Storan adalah ruang ingatan pada sesebuah komputer. Storan terbahagi
kepada dua iaitu
o Storan primer
o Storan sekunder
Storan primer juga dikenali sebagai ingatan utama, ia merangkumi RAM
(Random-Access Memory) dan ROM (Read-Only Memory)
Sementara itu, storan sekunder adalah storan alternatif yang terdapat
pelbagai jenis. Ia digunakan untuk menyimpan program komputer dan
dokumen.
Storan primer pada sesebuah komputer bersifat 'volatile' atau meruap
manakala storan sekunder adalah 'non-volatile' atau tidak akan terjejas
walaupaunn arus tidak lagi melaluinya.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 14 Drpd : 27

Muatan data di dalam peranti storan, utama atau sekunder, disukat dengan
menggunakan sukatan bait iaitu KB(kilobait, MB(megabait), GB(gigabait) dan
TB(terabait).

Pengukuran Data Dalam Sistem Komputer.

BIT = A BINARY DIGIT SET TO EITHER A '1' OR '0'


BYTE = 8 BITS
KB KILOBYTES = 1,000 BYTES
MB MEGABYTES = 1,000,000 BYTES
GB GIGABYTES = 1,000,000,000 BYTES
TB TERABYTES = 1,000,000,000,000 BYTES
PB PETABYTE = 1,000,000,000,000,000 BYTES
EB EXABYTE = 1,000,000,000,000,000,000 BYTES
ZB ZETTABYTE = 1,000,000,000,000,000,000,000 BYTES
YB YOTTABYTE = 1,000,000,000,000,000,000,000,000 BYTES

i - Storan Primer (RAM, ROM)

Storan primer berada berasingan dengan CPU tetapi ia selalu berinteraksi


atau dicapai oleh CPU. Data dan suruhan perlu ada di dalam storan primer
sebelum boleh dicapai oleh CPU. Storan primer terbahagi kepada dua iaitu :
o Ingatan Capaian Rawak (RAM)
o Ingatan Baca Sahaja (ROM)

Ingatan Capaian Rawak (RAM)

RAM merupakan cip yang menyimpan aturcara dan data yang sedang
diproses oleh CPU. Ia merupakan storan sementara kerana sebaik sahaja
suiz elektrik dimatikan, semua data yang disimpan dalam RAM akan hilang.

Fungsi RAM adalah seperti berikut :


NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 15 Drpd : 27

Rajah 2.32 : RAM

o Menyimpan aturcara sistem pengendalian dan perisian sistem yang


bertindak sebagai antara muka di antara perkakasan dan aturcara
aplikasi dan juga mengawal sumber komputer.
o Menyimpan aturcara perisian aplikasi seperti pemproses kata,
hamparan dan pangkalan data semasa perisian tersebut digunakan.
o Menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima untuk
peranti input atau storan sekunder untuk diproses atauuntuk dihantar
ke peranti output atau storan sekunder selepas pemprosesan.
o meyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan.
o Menyediakan ruang storan tambahan kepada aturcara atau data jika
diperlukan. iniberlaku jika komputer mempunyai ruang storan ingatan
yang berlebihan.

Ingatan Baca Sahaja (ROM)

Rajah 2.33: Cip ROM


NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 16 Drpd : 27

Cip ingatan baca sahaja (ROM) mempunyai aturcara yang dimuatkan semasa
pengilangan. Ciip ROM tidak meruap dan tidak boleh diubah oleh pengguna.
Ia telah ditetapkan semasa diperingkat kilang lagi.
"Baca sahaja" bermaksud CPU boleh membaca atau mencapai aturcara yang
ditulis dalam cip ROM. Di antaramaklumat yang dimasukkan ke dalam ROM
ialah konfigurasi-konfigurasi sistem komputer, kod mikro dan BIOS (Basic
Input or Output System) iaitu set aturcara rutin asas dalam komputer.

Rajah 2.34: Konfigurasi BIOS

BIOS boleh dilihat semasa komputer mula-mula dihidupkan. Ia memaparkan


maklumat perkakasan komputer dalam beberapa saat sahaja. Untuk
mencapai atau mengkonfigurasi BIOS, anda boleh menekan beberapa kunci
seperti DEL atau F2 atau F10 pada papan kekunci.
Fungsi ROM adalah untuk menyimpan arahan yang rumit dan penting seperti
arahan menghidupkan komputer, bahasa penterjemah aras tinggi dan sistem
pengoperasian.

ii - Storan Sekunder

Storan sekunder adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk


menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh
sebarang bekalan kuasa.
Ia akan kekal sehinggalah fail demikian dihapuskan. Storan ini tidak meruap
kerana data disimpan dalam bentuk magnetik, optik atau magneto-optik yang
tidak memerlukan bekalan tenaga.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 17 Drpd : 27

Saiz storan sekunder lazimnya adalah seperti 512MB, 4GB, 320GB atau
10TB.

Fungsi Storan sekunder adalah seperti berikut :

Menyimpan data dan maklumat seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen
secara kekal walaupun tiada bekalan kuasa.
Menyimpan program sistem pengoperasian untuk menghidupkan sesebuah
komputer.
Menyimpan pelbagai program aplikasi dan program utiliti seperti Microsoft
Office, Winrar, Kaspersky , Antivirus dan sebagainya.

Antara jenis-jenis storan sekunder ialah :


NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 18 Drpd : 27
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 19 Drpd : 27
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 20 Drpd : 27

Jadual 2.5: Storan Primer dan Storan Sekunder

Rajah 2.38 : Pergerakan Data di antara Storan


NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 21 Drpd : 27

GAMBARAJAH BLOK SISTEM KOMPUTER ASAS


Setiap komputer mengandungi lima elemen atau unit yang utama: the aritmetic logic
unit (ALU), the memory unit, the control unit, the input unit, and the output unit.

Rajah 2.1-1a menunjukkan hubungan antara kesemua unit utama ini, di mana ALU
menjadi pusat pemprosesan data menerima data dari Unit Masukan dan setelah
memprosesnya akan dikeluarkan melalui Unit Keluaran. Unit Ingatan pula menjadi
storan semetara semasa proses ALU dilaksanakan. Unit Kawalan menjadi pusat
kawalan yang berhubung kepada kesemua Unit. Gabungan ALU dan Unit Kawalan
akan membentuk CPU.

Namun demikian, sistem komputer selalunya dirujuk kepada CPU (ALU+Unit


Kawalan) sebagai jantung dan dihubungkan kepada unit-unit lain melalui sistem bas
sebagai laluan yang berkongsi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1-1b.
Dengan kata lain, Rajah 2.1-1b lebih teknikal sebagai rajah blok sistem komputer
(menyeluruh), manakala Rajah 2.1-1a lebih memfokus kepada aliran data dan Unit
kawalan memberi isyarat kepada semua unit.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 22 Drpd : 27

FUNGSI BAGI SETIAP KOMPONEN/UNIT SISTEM KOMPUTER ASAS :

Unit Aritmetik dan Logik (ALU):

Unit yang melaksanakan operasi komputer.


Ia menerima suruhan-suruhan dan data untuk melaksanakan proses
arithmetik dan logik. Proses arithmetik ialah seperti campur, tolak, darab dan
bahagi (+, -, x, /).
Manakala proses logik ialah menentukan samada sama atau tidak sama
melalui operasi logik AND, OR, NOT, EXOR dan sebagainya.
Dalam sistem industri perkilangan, Unit ALU seperti Bahagian pembuatan
(manufacuring).

Unit Kawalan:

Unit ini mengarah operasi kesemua unit dengan menyediakan isyarat


pemasaan dan kawalan (timing and control signal).
Unit ALU hanya melaksanakan sesuatu tugas hanya dengan arahan daripada
unit kawalan dalam bentuk: Apakah? Dari manakah? Ke manakah? Bilakah?
Berapa lamakah?
Unit ini mengandungi litar logik dan pemasaan yang menjana isyarat yang
sesuai untuk memantau perlaksanakan setiap arahan dalam aturcara.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 23 Drpd : 27

Unit ini melaksanakan dua kitar utama iaitu kitar capai (fetch) dan kitar
laksana (execute), dan dua proses ini sahaja sebenarnya akan diulang-ulang
sepanjang perlaksaan sistem komputer.
Dalam sistem industri perkilangan,
Unit keluaran seperti Bahagian pentadbiran (administartive).

Central Processing Unit (CPU):

Gabungan kedua-dua unit ALU dan Kawalan akan membentuk CPU, dan
menjadi elemen utama sistem komputer seperti jantung untuk manusia.
CPU selalu dibina dalam satu chip tunggal untuk mengasingkan lain-lain unit
dalam satu sistem komputer.
Chip CPU ini selalunya dipanggil mikroprocessor atau microprocessor chip.

Unit masukan:

Unit ini memperolehi/menerima maklumat (data dan aturcara komputer) dari


pelbagai peranti masukan seperti keyboard, scanner, joystick dan lain-lain.
Unit ini juga menyediakan maklumat ini untuk dicapai oleh unit-unit yang lain
contohnya ALU, ingatan.
Dalam sistem industri perkilangan, unit masukan seperi Bahagian
penerimaan.

Unit Keluaran:

Unit ini memindah data dan maklumat yang telah diproses oleh komputer
(ALU) atau maklumat dalam ingatan ke persekitaran luar komputer melalui
peranti-peranti keluaran, seperti monitor, pencetak dll.
Dalam sistem industri perkilangan, Unit keluaran seperti Bahagian
penghantaran.

Unit I/O:

Unit ini sebenarnya ialah gabungan kedua-dua unit masukan dan keluaran
(Input/Output).
I/O interface menjadi perantara (antaramuka) antara Unit Masukan/ Unit
Keluaran dengan sistem komputer.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 24 Drpd : 27

Bentuk isyarat/maklumat di luar dan dalam komputer mungkin berbeza oleh


itu I/O interface diperlukan mengubah bentuk isyarat supaya setara dengan
peringkat yang digandingkan.

Unit ingatan:

Unit ini menyimpan maklumat yang telah dimasukkan melalui unit masukan
supaya maklumat ini sedia dicapai terus untuk diproses apabila diperlukan.
Unit ini juga menyimpan maklumat yang telah diproses oleh unit keluaran.
Unit ini mengandungi RAM dan ROM yang selalu dipanggil ingatan
utama/primer.
Dalam sistem industri perkilangan, Unit ingatan seperti Bahagian gudang/
warehouse.
Selain ingatan utama (dalaman) sistem komputer biasanya disokong oleh
ingatan tambahan yang biasanya dikenali sebagai ingatan sekunder (luaran)
seperti floppy disk, CD-ROM dan lain-lain.

Sistem Bas (Bus system)

Dawai biasanya digunakan untuk memindahkan suatu isyarat dari satu titik ke
titik yang lain.
Satu kumpulan dawai-dawai dinamakan bas.
Dalam sistem mikrokomputer, terdapat 3 bas iaitu data (data), alamat
(address), and kawalan (control) untuk menghubungkan mikropemproses
(CPU) kepada setiap peranti dalam sistem mikrokomputer seperti ingatan dan
peranti I/O.
Bas-bas ini akan membawa (hantar atau terima) kesemua maklumat dan
isyarat yang terlibat dalam operasi sistem dari satu peranti ke peranti yang
lain.

Data bus:

Membawa isyarat yang mewakili data dari satu peranti ke pertanti yang
lain:
o Dari CPU ke ingatan, dan sebaliknya.
o Dari CPU ke Unit Keluaran.
o Dari Ingatan ke Unit Keluaran
o Dari Unit Masukan ke CPU/Ingatan.
Bas dua hala (Bidirectional bus), kerana data boleh mengalir ke atau dari
CPU.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 25 Drpd : 27

Saiz bas data ditentukan oleh bilangan talian (bit) data yang juga dipanggil
saiz data.
Saiz data:
o Saiz sel individu dalam ingatan
o Bilangan bit yang boleh dikendalikan oleh CPU pada satu-satu ketika.
Mikropemproses MC68000 mempunyai bas data 32 bit, oleh itu:
o Saiz Data, n = 32 bits,
o Talian Data dilabel, Dn : D0, D1, .. D30, D31
Dengan kata lain, CPU boleh mengendalikan, atau bas data boleh
memindahkan, data 8 bit secara selari/serentak, seterusnya menjadi
penentu kelajuan pemindahan data.
Bas (Bit) data yang sama boleh diset menjadi samada masukan atau
keluaran bergantung kepada proses CPU melaksanakan operasi samada
membaca (read) atau menulis (write) masing-masing.

Bas alamat (Address bus):

Membawa isyarat yang mewakili alamat sesuatu lokasi ingatan.


Bas satu hala (Unidirectional bus), ini disebabkan maklumat dipindahkan
dari CPU ke ingatan atau peranti I/O.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 26 Drpd : 27

Bilangan talian alamat (saiz bas alamat) menentukan bilangan sel ingatan
yang boleh dikendalikan oleh CPU.
Sebagai contoh, Intel 8085 mempunyai bas dengan alamat 16 bit:

n = 16 bits (Size of address bus):

Address bus is labelled An : A0, A1, .. A14, A15

2n = 216 = 65536:

Oleh itu, 16 talian/bit alamat mewakili 65536 lokasi ingatan. Dengan kata
lain, CPU boleh mengendalikan atau mengalamatkan sebanyak 0 hingga
65535 (0000h to FFFFh) sel individu (setiap satu sel mempunyai saiz data
8 bit) dalam unit ingatan.

Bas kawalan (Control bus):

Talian-talian yang membawa isyarat kawalan dari satu peranti ke peranti


yang lain.
Isyarat kawalan berfungsi menyegerakkan aktiviti-aktiviti bagi elemen-
elemen mikropemproses supaya komputer berfungsi dengan sempurna.
Bas kawalan adalah dua hala (Bidirectional).
Namun demikian, tidak seperti bas data yang menggunakan talian-talian
yang sama untuk hantar dan terima data, Bas kawalan mengandungi
beberapa talian-talian individu untuk menghantar, manakala sebahagian
lagi menerima isyarat dari CPU.
Oleh itu dalam Rajah 2.1-1, dua anak panah satu hala dalam arah
berlawanan menunjukkan bas kawalan adalah bas dua hala. (Manakala
bas data menggunakan anak panah 2 hala).
Sebagai contoh, CPU menghantar isyarat kawalan (Read/Write) ke
ingatan atau peranti I/O untuk memberitahu samada ianya diset untuk
terima atau hantar data.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 10 Muka : 27 Drpd : 27

Sebaliknya, CPU menerima isyarat dari peranti lain; sebagai contoh,


isyarat RESET untuk memberitahu CPU supaya memberhentikan operasi
yang sedang dilaksanakan; atau isyarat INTR menyebabkan CPU
menyampuk satu operasi yang sedang berlaku.

Rajah 2.1-2 menerangkan sistem komputer asas secara lebih teknikal atau
terperinci. Anak panah dalam rajah ini menunjukkan arah aliran isyarat data,
maklumat, dan kawalan. Dua jenis saiz anak panah digunakan; di mana anak panah
lebar mengandungi banyak talian selari yang membawa data atau maklumat,
manakala anak panah sempit mengandungi bilangan talian yang sedikit berfungsi
membawa isyarat kawalan. Penomboran pada anak panah membolehkan rujukan
yang lebih mudah semasa penerangan. Rajah ini menunjukkan bagaimana Blok
Kawalan sebagai pusat kawalan yang menghantar (atau menerima) isyarat kepada
kesemua elemen yang membentuk sistem komputer; dan bagaimana blok-blok lain
berinteraksi antara satu dengan yang lain.

You might also like