You are on page 1of 2

Udang Masak Lemak

Sumber : Jeni

Bahan-bahan
1 kilo udang besar
2 kotak santan kara
1 batang lobak merah, dihiris panjang-panjang
4 batang mini corn, dipotong serong
1 helai daun kunyit
1/2 sudu kecil belacan
Garam secukup rasa

Bahan-bahan Tumbuk
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
3 biji cili padi

Cara-caranya
1. Tumbukkan semua bahan-bahan tumbuk.
2. Masukkan santan ke dalam periuk, daun kunyit, bahan-bahan tumbuk tadi dan belacan.
3. Masukkan air, agak-agak mengikut kepekatan yang diingini.
4. Apabila sudah menggelegak, masukkan lobak merah dan mini corn.
5. Apabila sayuran sudah agak lembut, masukkan udang.
6. Perasakan dengan garam.
7. Tutup api apabila udang sudah cukup masak.
Paprik Ayam

ekor ayam - dipotong kecil2


Sotong
Udang
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram
bahan2 perasa

CARA
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). Masukkan bawang
merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram.
Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan
sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang,
perahkan limau kasturi.

You might also like