You are on page 1of 3

KERTAS 3:

BAB 3 KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA.


Soalan Umum:
Negara dan bangsa Malaysia telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Soalan Khusus:
Bincangkan tanggungjawab generasi kini dalam memastikan proses pembinaan negara
dan bangsa Malaysia yang lebih bersatu padu.

1. Pengenalan (5 markah)
Jelaskan latar belakang pembinaan negara dan bangsa.
Pelajar perlu menerangkan konsep negara dan bangsa.
Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (muka surat 65-67)

2. Memahami(30 markah)
Jelaskan pembentukan negara Eropah dan Malaysia
Pelajar mengemukakan jawapan tentang latar belakang pembentukan negara dan bangsa
moden di Eropah(10 markah),Itali(10 markah),Jerman( 5 markah) dan Malaysia(5
markah)
Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (Muka Surat 67-71)

3. Menganalisis(15 markah)
Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia
Pelajar mengemukan jawapan dengan menjelaskan tentang sistem politik masyarakat
Melayu tradisional dan proses pembentukan negara dan bangsa Malaysia.
Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5(Muka Surat 65-71)

4. Mengaplikasi(15 markah)
Perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara.Nyatakan usaha yang dilakukan untuk
mengeratkan perpaduan bangsa
Mengamalkan prinsip Rukun Negara Malaysia
Menghormati bendera Malaysia
Taat setia kepada raja dan negara
Mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Menghormati adat dan budaya setiap kaum
Menghormati kebebasan beragama
Menghormati prinsip demokrasi
Mengamalkan konsep satu Malaysia
Bersemangat menyanyikan Lagu Negaraku
Menyahut cabaran Malaysia Boleh
Menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
Menghormati suara ramai
Mewujudkan hubungan harmoni antara kaum contoh mengunjungi rumah terbuka
sewaktu perayaan.
Membudayakan aktiviti gotong-royong contoh di kawasan tempat tinggal( taman
perumahan)
Semangat kejiranan contoh menziarahi dan menolong jiran sewaktu sakit
Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
Melibatkan diri dalam program perpaduan

5. Menilai ( 10 markah)
Nyatakan kejayaan negara dan bangsa Malaysia yang membanggakan kita?

Kejayaan Malaysia menghasilkan jenama buatan sendiri seperti terciptanya kereta


nasional(PROTON),kini kita ada proton Saga,Wira,Iswara dan sebagainya.
Rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai
Kejayaan Malaysia membina Menara Berkembar Petronas
Malaysia berjaya membina sebuah Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Malaysia berjaya membina Menara Kuala Lumpur yang merupakan bangunan
komunikasi ketujuh tertinggi di dunia(421 meter)
Malaysia berjaya membina KLIA yang diiktiraf antara sepuluh lapangan terbang terbaik
di dunia.
Malaysia berjaya melahirkan dua orang angkasawan negara yang amat membanggakan
iaitu datuk Sheik Muszaphar Shukor dan Mejar Dr Faiz Khaleed.
Malaysia berjaya membina Litar Antarabangsa Sepang untuk Formula Satu, Grand Prix
A1, Grand Prix Motosikal dan sukan permotoran yang lain.
Malaysia mampu melahirkan tokoh sukan yang bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong
Wei, Nicol Ann David, Azizul Hasni Awang dan lain lagi.
Membina lebih banyak Pusat pengajian tinggi dan melahirkan lebih ramai intelektual
bijak pandai

6. Menjana Idea(10 markah)


Berikan beberapa cadangan anda untuk menjadikan bangsa Malaysia bangsa yang maju.

Melahirkan insan yang seimbang dalam pendidikan


Melahirkan pemimpin yang berwawasan seperti Dato Seri Dr Mahadir Mohammad
Melahirkan pemimpin yang cemerlang
Bangsa malaysia haruslah sentiasa bersedia untuk bekerjasama
Menambah bilangan penuntut PHD
Menghargai sistem pendidikan negara
Membudayakan pendidikan sepanjang hayat
Menghargai para ilmuan
Meluaskan capaian internet
Meningkatkan perpaduan kaum
Bersemangat kekitaan
Menyokong dasar-dasar negara

7. Ikhtibar ( 10 markah)
Apakah cara untuk melahirkan generasi yang patriotik?

Cintakan negara
Setia kepada negara
Berani berjuang
Bersemangat kental
Menghormati keluhuran perlembagaan
Menghormati raja dan pemimpin negara
Menghormati lambang-lambang negara
Menyanjung warisan bangsa
Bersyukur dengan kemerdekaan negara
Mengibarkan bendera Malaysia sempena kemerdekaan negara
Sangup mempertahankan maruah negara
Mempertahankan hak bangsa
Menghargai pejuangan tokoh tanah air

8. Merumus( 5 markah)
Merumus isi yang telah dibincangkan.
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada bangsa,diri dan negara
Harapan untuk masa hadapan Malaysia yang lebih cemerlang
Pembinaan negara dan bangsa Malaysia adalah hasil daripada kebijaksanaan pemimpin
kita dan dibentuk melalui prinsip rukun negara, penggunaan satu bahasa kebangsaan dan
pengamalan dasar kebudayaan kebangsaan.
Menjadi tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia untuk cintakan
negara, mempertahankan negara serta menjaga kedaulatan negara.
Harapan untuk masa hadapan malaysia yang lebih gemilang adalah dengan
melahirkan warga negara yang setia kepada negara dan berkorban apa sahaja untuk
negara.

You might also like