You are on page 1of 9

BAHAGIAN A

[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan paling sesuai.

1. Ahli kaji purba itu menemukan tiga __________keris di dalam gua itu.
A. pucuk B. bilah
C. batang D. bentuk

2. Se __________perkataan pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap
meja tulisnya.
A. patah B. potong
C. cebis D. untai

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Cikgu Khairul ______________ Azmi ke bilik rawatan kerana kakinya cedera ketika
bermain bola.
A. mengangkat B. membawa
C. memapah D. menarik

4. Maria mengenali Junita _____________ mereka kecil lagi.


A. seperti B. daripada
C. kepada D. sejak

5. Polis trafik sanggup mengorbankan masa_____________ mengawal lalu lintas pada


musim perayaan ini.
A. dari B. demi
C. dengan D. daripada

7. ________________ dia anak orang berada, dia tidak mahu berkawan dengan kita,
kata Bashir kepada Kelvin.
A. Mentang-mentang B. Harap-harap
C. Kadang-kadang D. Moga-moga
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Sulaiman menebar _________nya untuk menangkap ikan di kolam berhampiran


rumahnya.
A. jaring B. jala
C. kain D. tali

9. Bilik Amirul menjadi_____________ apabila bekalan elektrik di rumahnya terputus.


A. kacau-bilau B. terang-benderang
C. gelap-gelita D. sunyi-sepi

10. _________ , duit yang diletakkan atas meja itu sudah hilang! Jerit Rozana sambil
tercari-cari.
A. Amboi B. Nah
C. Cis D. Eh

11. Murid-murid yang berminat untuk menyertai pertandingan bercerita, __________


beri nama kepada Cikgu Anisa. Kata Aida kepada rakan sekelasnya.
A. sila B. mesti
C. jangan D. jemput

12. Sesetengah haiwan melindungi diri ____________ musuh dengan bertukar warna
mengikut persekitaran.
A. dari B. oleh
C. demi D. daripada

13. Wahai, Tuah! Pada pendapat ____________ eloklah kita berangkat sekarang, kata
Hang Jebat.
A. beta B. patik
C. hamba D. tuan hamba

Soalan 14
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris

14. Rashid mengambil kesempatan melarikan diri ketika penculik itu sedang tidur.
A. peranan B. kehendak
C. peluang D. waktu
Soalan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15. Hannah, jangan ganggu adik kamu yang tidur itu, larang Puan Hamimah.
A. Puan Hamimah menasihati Hannah supaya tidak mengganggu adiknya yang
tidur.
B. Puan Hamimah melarang Hannah mengganggu adiknya yang sedang tidur.
C. Hannah memarahi Puan Hamimah kerana mengganggu adiknya yang tidur.
D. Puan Hamimah memarahi adiknya kerana mengganggu Hannah tidur.

Soalan 16
Pilih ayat yang betul.

16. A. Sila minta masuk, jangan segan-segan, kata pelayan itu.


B. Bolehkah saya masuk ke dalam bilik ini? tanya Hock Kim ke kerani itu.
C. Nasi lemak yang dimasak oleh Khatijah amat sedap sekali.
D. Daging yang tidak disimpan di dalam peti sejuk itu sudah berbau hapak.

Soalan 17 hingga 20
Baca berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

PULAU PINANG, 10 November - Hujan lebat yang berlarutan sepanjang malam tadi telah
menyebabkan bandar raya Georgetown dilanda banjir. Antara kawasan yang paling teruk
dilanda banjir ialah Kampung Jawa, Jalan Perak, Jalan P.Ramlee dan Jalan Rawak.

Mangsa banjir di kawasan berkenaan telah dipindahkan sejak awal pagi lagi
dengan bantuan polis marin, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung
berkenaan. Mereka ditempatkan di masjid dan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan.

Tinjauan yang dibuat hari ini mendapati di sesetengah kawasan, air naik hingga
setengah meter dan hampir menenggelamkan rumah-rumah di kawasan terbabit. Akibat
banjir itu juga, beberapa batang jalan ditutup kepada kenderaan. Ini menimbulkan
masalah kesesakan jalan raya serta menjejaskan kemeriahan perayaan Deepavali yang
sedang berlangsung.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berpendapat banjir itu
tidak seharusnya berlaku jika air dapat mengalir dengan lancar.

Beliau berkata, sistem perparitan yang tidak sempurna serta tabiat orang ramai
yang suka membuang sampah-sarap di merata tempat menyebabkan banjir mudah
berlaku setiap kali hujan turun.

Beliau berharap orang ramai tidak menuding jari kepada MPPP dalam hal ini.
Walau bagaimanapun pihaknya akan menjalankan kajian untuk memastikan punca banjir
selain daripada masalah sampah.
17. Bilakah banjir kilat berlaku di Bandar raya Georgetown?
A. 10 malam tadi B. 10 November
C. 10 pagi semalam D. 10 Disember

18. Berikut adalah pihak yang telibat dalam misi bantuan memindahkan mangsa banjir
KECUALI
A. Yang Dipertua Majlis Perbandaran
B. Jabatan Pertahanan Awam
C. Penduduk Kampung
D. Polis Marin

19. Apakah punca utama banjir mudah berlaku setiap kali hujan turun?
A. Tabiat orang ramai membuang sampah
B. Perayaan Deepavali
C. Penutupan jalan
D. Kesesakan jalan raya

20. Rangkai kata menuding jari dalam berita di atas bermaksud


A. bersetuju B. merujuk
C. menyalahkan D. mengharap

BAHAGIAN B
[ 30 markah ]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada temapat kosong dalam petikan yang
diberikan.

untuk dalam atau yang

dengan pada kerana di

Membaca banyak faedahnya. Dengan membaca kita banyak memperoleh maklumat. Secara
tidak lansung kita dapat membezakan antara perkara yang baik ______________ perkara
yang buruk. Namun begitu, keadaan pada masa kini semakin membimbangkan. Anak-anak
kurang minat ______________membaca. Apakah alas an mereka? Mereka menyatakan
bahawa menonton televisyen ________________ bermain permainan video lebih
menyeronokkan. Kita tidak boleh mengambil mudah tehadap perkara ini. Semua pihak perlu
bekerjasama mencari jalan penyelesaian. Ibu bapa perlu membawa anak-anak ke kedai
buku dan memberi peluang kepada mereka untuk memilih buku _____________ disukai.

[ 4 markah ]
Soalan 22

a) Bina ayat perintah menggunakan kata perintah yang diberikan.

Sila

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[ 2 markah ]

b) Tuliskan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar-gambar yang diberi.

i) __________________________________________________________________

ii) __________________________________________________________________
[ 2 markah ]

c) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Jawapan :
___________________________________________________________

___________________________________________________________
[ 2 markah ]
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

No. 123, Jalan Lobak 2,


Taman Serumpun Indah,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang

24 Mac 2016.

Menemui sepupuku Faizal yang berada di Taiping. Semoga ceria selalu di samping
keluarga tersayang.

Faizal,

Apa khabar? Saya berharap agar Faizal berada dalam keadaan sihat. Tujuan saya
menulis surat ini adalah untuk mempelawa Faizal mengikuti Program Kecemerlangan Murid,
di Pendang pada cuti persekolahan nanti. En. Latif bin Yassir mengetuai para peserta dalam
program tersebut.
Program ini dianjurkan oleh Unit Kaunseling sekolah saya dengan kerjasama
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah saya. Program ini bakal diadakan di Pendang
Lake Resort, Kedah selama dua hari. Program tersebut akan dirasmikan oleh Tn. Haji
Ahmad Hakim bin Zakaria, Yang Dipertua PIBG.
Objektif kem ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri murid semasa menduduki
peperiksaan. Semasa kem ini juga, murid-murid akan didedahkan kepada persediaan dan
strategi menjawab soalan yang berkesan. Selain itu, program ini juga diadakan bagi
menyemai semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan murid.
Antara aktiviti yang bakal dijalankan semasa program ini berlangsung ialah ceramah
oleh pakar motivasi terkenal, iaitu Datuk Dr. Ahmad Fadhilah Kamsah dan Dr. HM. Tuah
Iskandar, perbincangan sesi soal jawab, latih tubi soalan peperiksaan dan aktiviti berjalan
pada waktu malam.
Saya berharap agar Faizal sudi mengikuti kem ini. Sekiranya Faizal bersetuju untuk
mengikuti program ini, hubungilah saya dengan segera. Nampaknya setakat ini sahaja
coretan saya untuk kali ini. Sampaikan salam untuk Pak Long dan Mak Long. Sekian.

Yang benar,

Azman
a) Program Kecemerlangan Murid ini akan dirasmikan oleh _____________________

__________________________________________________________________
[ 1 markah ]
b) Apakah objektif utama kem diadakan ?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[ 2 markah ]

c) Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan petikan tersebut.

Program ini diadakan di Pendang Home Resort

Ceramah akan disampaikan oleh seorang pakar motivasi yang terkenal.

Faizal tinggal di Perak.

Azman dan Faizal adalah adik beradik

[ 2 markah ]

Soalan 24
Baca petikan dibawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hari ini hari minggu. Aku tidak bercadang untuk pergi ke mana-mana. Tambahan pula
rancangan televisyen kegemaranku akan bermula tidak lama lagi. Amin, emak nak
menziarahi Mak Cik Kiah kamu, dia sakit. Kamu jangan ke mana-mana, adik kamu sedang
tidur. Aku hanya mengangguk-angguk kepala apabila ibuku meminta menjaga adikku.

Sedang aku asyik menonton, Samat, Ah Chong dan Khairil datang. Mereka
mengajak aku bermain sembunyi-sembunyi di pekarangan rumah. Sedang asyik aku
bermain, adikku terjaga daripada tidur dan merangkak keluar rumah. Aku dan rakan-
rakanku masih asyik bermain tanpa menyedari adikku sudah terjaga daripada tidur.

Tiba-tiba aku terdengar suara Samat mengerang kesakitan. Kakinya terpijak kaca.
Banyak darah yang keluar. Aku dan Ah Chong cuba memberi pertolongan dengan
membasuh luka dan membubuh ubat di kakinya. Pada masa itu aku tersedar adikku tidak
ada di dalam bilik. Aku segera mencari di sekitar rumah tetapi tidak berjumpa. Puan Aminah
yang ketika itu sedang menjemur pakaian menjerit memanggil aku, kerana adikku sedang
merangkak keluar. Aku segera ke depan. Pada masa itu ibuku telahpun mendukung adikku.
Aku amat takut. Tentu ibuku akan marah kerana lalai. Aku meminta maaf dan berjanji tidak
akan mengulangi perbuatanku lagi. Ibu yang pada mulanya marah tetapi menasihatiku agar
tidak mengulangi perbuatan ini lagi.

a) Perkataan menziarahi dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan


___________________________________________________________________.
[ 1 markah ]

b) Apakah yang dipesan oleh ibu kepada Amin ?

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
[ 2 markah ]

c) Apakah yang dilakukan oleh Amin dan rakannya di pekarangan rumah?

___________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[ 2 markah ]

d) Pada pendapat kamu, wajarkah Amin meninggalkan adiknya? Mengapa?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[ 3 markah ]

Soalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Buah duku di atas para, Hati sedih hingga bernanah,


Ambil sebiji tinggal Sembilan , Hilang saudara hilang keluarga,
Kami baru belajar mengira, Hancur badan dikandung tanah,
Jika salah tolong betulkan. Budi yang baik dikenang juga.

Berjalan-jalan di kampong Ara, Anak ikan berenang-renang,


Singgah di kedai membeli roti, Anak tikus makan kuaci,
Jika berhutang langsaikan segera, Biar mati dikenang-kenang,
Agar tidak dibawa mati. Jangan mati dihina dicaci.

a) Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[ 2 markah ]
b) Apakah yang harus kita lakukan agar hutang tidak dibawa mati?
____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

c) Padankan pernyataan berikut dengan betul

Kita hendaklah bersikap sombong. BETUL

Kita hendaklah berbudi kepada semua orang. SALAH

[ 1 markah ]

d)
Hancur badan dikandung badan,
Budi yang baik dikenang juga.

Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like