You are on page 1of 2

UNTUK MAKLUMAN KEPADA PENERIMA HADIAH KEPUJIAN DAN SIJIL DEKAN

BAGI SIDANG AKADEMIK 2014/2015


(NAMA SEPERTI DI LAMPIRAN A TAHUN 1,2,3 & 4)

JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPUJIAN DAN SIJIL DEKAN


SIDANG AKADEMIK 2014/2015

Pihak Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) mengucapkan tahniah atas kejayaan
tuan/puan dianugerahkan Hadiah Kepujian/Sijil Dekan setelah memenuhi kriteria umum dan
khusus bagi Rancangan Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia (USM).

Sehubungan itu, bagi meraikan kejayaan tuan/puan dijemput hadir ke Majlis Penyampaian
Hadiah Kepujian dan Sijil Dekan yang akan diadakan semasa Kursus Intensif nanti. Maklumat
majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 19 JANUARI 2016 (SELASA)


Masa : 2.00 petang 3.30 petang
Tempat : Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) Universiti Sains Malaysia

Tuan/puan perlu mendaftar kehadiran sebelum majlis bermula iaitu pada jam 1.30 tengahari di
Foyer DTSP. Nama tuan/puan tidak akan dipanggil ke atas pentas sekiranya tuan/puan
lewat atau tidak hadir mendaftar diri pada masa tersebut.

Surat jemputan dan borang jawapan telah dihantar kepada tuan/puan. Borang jawapan
kehadiran tersebut perlu difaks 04-6576000 atau emel kepada Puan Nurul Alwani
(nurulalwani@usm.my) selewat-lewatnya hari Selasa, 12 Januari 2016.

Kepada Penerima Sijil Dekan (tahun akhir) yang telah bergraduan pada Konvokesyen
November 2015, sijil akan diposkan kepada pelajar (senarai nama di Lampiran B).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:


Puan Nurul Alwani Abd Hamid : 04-6535174
Puan Suriya Abd Rahman : 04-6533286

____________________
Timbalan Pendaftar
PPPJJ
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPUJIAN DAN SIJIL DEKAN

KURSUS INTENSIF SIDANG AKADEMIK 2015/2016


PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

BORANG JAWAPAN KEHADIRAN

Timbalan Pendaftar
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
No. Faks: 04-6576000

[u.p: PUAN NURUL ALWANI]

Tuan

Sukacita dimaklumkan saya ____________________________ No. Matrik: _______________


AKAN HADIR / TIDAK HADIR* ke Majlis Penyampaian Hadiah Kepujian dan Sijil Dekan yang
dijadualkan seperti berikut:

Tarikh : 19 JANUARI 2016 (SELASA)


Masa : 2.00 petang 3.30 petang
Tempat : Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP)

Sekian, terima kasih.

_________________
Tandatangan
Nama :
Tarikh :

Nota:
1. Sila berpakaian formal dan kemas semasa menghadiri majlis ini.
2. Sila kembalikan borang jawapan ini melalui faks di talian 04-6576000
atau e-mel: nurulalwani@usm.my
3. Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Puan Nurul Alwani Abd Hamid : 04-6535174
Puan Suriya Abd Rahman : 04-6533286

*Sila potong yang tidak berkenaan.

You might also like