Remaja Islam Dalam Sebuah Negara Merdeka Date: Thursday, March 29 @ 13:08:50 MYT Topic: Kolumnis Hasnah Hussiin Golongan

remaja mewakili peratusan tertinggi penduduk di Malaysia. Peranan dan tanggungjawab remaja sebagai generasi pemimpin pada masa akan datang sesungguhnya memberi impak yang besar kepada pembangunan negara. Golongan remaja di Malaysia biasanya terdiri dari kumpulan umur antara 14-21 tahun. Dalam hal ini, ahli-ahli sains sosial mempunyai pandangan yang berbeza dalam mengkategorikan had umur mereka. Walau bagaimanapun, di peringkat ini, cabaran dari sudut sikap dan perilaku mereka sering kali dianggap negatif dan memudaratkan. Malah pada masa yang sama masyarakat juga telah menghukum mereka sebagai golongan yang mendatangkan masalah kepada negara dan juga telah mencemarkan nama negara Malaysia yang telah merdeka. Apakah maksud kemerdekaan? Menurut Kamus Dewan, merdeka membawa maksud bebas, lepas, berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Dalam hal ini, jika kita menelusuri data-data mengenai penglibatan remaja kita dalam masalah sosial sangat membimbangkan. Adakah ini mencerminkan ciri-ciri remaja dalam sebuah negara merdeka? Remaja Islam sebenarnya mempunyai tempat yang tinggi dalam masyarakat dan negara. Ini berdasarkan hak yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada setiap diri insan sebagaimana disebutkan di dalam al Quran yang bermaksud : ³Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami angkat mereka di dataran dan lautan, dan Kami beri rezeki mereka dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna´. (al Isra: ayat 70) Untuk membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut marilah kita renungkan dan hayati isu-isu yang melibatkan golongan remaja kita pada hari ini terutamanya remaja Islam. Penagihan dadah serta pil Ecstasy Sebanyak 45 peratus golongan penagih dadah didapati mula terlibat secara tidak aktif sewaktu zaman persekolahan.

Perangkaan tahun 1996 menunjukkan 71 peratus remaja di antara usia 13 hingga 18 tahun sudah mula menghisap rokok, 80 peratus penagih bermula dengan merokok dan kemudian menghisap ganja, mengambil pil khayal dan seterusnya menagih dadah yang lebih berbahaya. (Lokman Moidin, ³Prihatin kepada remaja untuk masa depan negara´). Ada sesetengah daripada remaja pada hari ini menghidu gam, minum air daun ketum atau dikenali sebagai `air biak', ganja serta menghisap pit. Pada tahun 1997 sahaja, kementerian mendapati 16.7 peratus remaja kita merokok. ''Kaki minum di kalangan remaja kita pada tahun 1996 sahaja sebanyak 9.0 peratus. (Datuk Dr. Chua Jui Meng, ³Gejala sosial bawa kemudaratan -- Kesihatan remaja berada pada tahap membimbangkan´, 1998). Manakala pengambilan Pil ecstasy di kalangan remaja juga semakin membimbangkan. Ini berdasarkan kepada siri penangkapan remaja-remaja di pusat hiburan mendapati pil-pil ecstasy boleh didapati dengan mudah di sana. Remaja harus menyedari bahawa pil ini sangat merbahaya dan merosakkan kesihatan individu yang mengambilnya. Menurut Dr. Mazlan Mahmud, Pakar Perubatan Penagihan, Jabatan Psikiatri Hospital Muar, Johor (Utusan Malaysia, 2002) mengatakan, Pil ini mengandungi dadah amfetima yang boleh merencat bahagian otak yang mengawal nafsu makan. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu mengalami kurang selera makan. Selain daripada itu, Pil ecstasy juga akan menyebabkan seseorang menjadi lebih aktif pada peringkat awal pengambilan dan ini akan menyebabkan berat badan individu terbabit menurun mendadak. Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya individu tersebut berhenti daripada mengambil pil itu. Dalam masa beberapa minggu selepas itu, individu tersebut akan menjadi letih, banyak tidur, berasa runsing, susah hati dan kuat makan. Pada masa ini pula seseorang individu akan mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan keadaan ini akan mendorong individu itu mengambil pil ecstasy semula sehingga menyebabkannya terjebak dengan penagihan. Untuk pengetahuan umum, Pil ecstasy juga boleh menyebabkan peningkatan perasaan seksual seseorang. Mereka akan berasa lebih seronok dan berahi. Malah nafsu seks mereka boleh menjadi tidak terbatas iaitu mereka tidak berasa takut untuk melakukan seks secara rambang atau mendapat penyakit berjangkit. Seks Bebas

(Rosmah Dain. Oleh itu. Kehidupan anak-anak yang terlalu terkongkong atau tidak rapat dengan ibu bapa atau keluarga. antara sebab-sebab mengapa remaja di negara ini terdorong terlibat dalam hubungan seks bebas ialah akibat permintaan dan `godaan' yang lebih banyak dan kompleks berbanding remaja pada generasi lalu. Halijah berkata.4 juta remaja dunia pernah menggugurkan kandungan. antara kesankesan mengamalkan seks bebas ialah kehamilan. . ³Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini juga menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah´. pengaruh persekitaran yang begitu kondusif turut menggalakkan perlakuan seksual seperti itu. Maryani Md. Dalam pada itu. pengaruh rakan sebaya juga tidak kurang hebatnya. pengaruh daripada rakan sebaya terutamanya di kalangan remaja lelaki juga merupakan faktor penyebab mengapa remaja terdorong melakukan hubungan seks tanpa tahu risikonya. Islam menggalakkan umatnya menggunakan saluran lain seperti berkahwin atau berpuasa. Harus disedari bahawa perlakuan seks bebas merupakan perbuatan yang diharamkan dalam Islam. Statistik yang diperoleh oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati 4. Halijah berkata. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM). serta bahan-bahan bacaan lucah begitu mudah didapati di pasaran. seks bebas boleh diterjemahkan sebagai perhubungan seks tanpa ikatan nikah yang sah kini menjadi isu serius yang melanda remaja masa kini. Di Amerika Syarikat misalnya.´ katanya. Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana negara seluruh dunia. Keadaan ini ada kaitannya dengan penyebaran teknologi maklumat yang begitu berleluasa serta ditambah pula dengan iman yang rapuh dalam diri para remaja islam pada hari ini. di dalam Islam bagi mereka yang tidak dapat menahan keinginan. Nor dari Jabatan Psikologi dan Kaunseling. Akibat kehamilan luar jangkaan ini ramai remaja perempuan bertindak menggugurkan kandungan mereka yang akhirnya menimbulkan komplikasi kesihatan dan kematian. Selain itu kurangnya didikan agama juga menjadi punca utama mengapa mereka tidak dapat menahan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat seperti ini.Menurut Dr. ³Seks Bebas ± Isu Serius Melanda Remaja Malaysia´). Selain itu. Di Amerika Syarikat misalnya dan juga negara-negara Barat lain. boleh menyebabkan anak-anak ingin meneroka sesuatu yang negatif. Di samping itu. kajian menunjukkan satu daripada lima remaja melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum mereka mencapai umur 15 tahun. lebih kurang 40 peratus daripada remajanya hamil luar nikah. Fenomena video lucah.

Ini kerana remaja Melayu seakan menjadi jaguh dalam kebanyakan kategori jenayah yang berlaku di ibu negara sama ada yang dilapor atau tidak oleh media massa negara ini. namun timbul persoalan adakah negara kita sudah bebas sepenuhnya daripada kegiatan jenayah yang sememangnya tidak wujud lagi dalam sebuah negara yang merdeka. pecah rumah. seorang daripada 20 remaja di dunia dijangkiti penyakit kelamin yang mana daripada sejumlah 333 juta kes baru penyakit kelamin. Ini menunjukkan bahawa betapa rapuhnya iman remaja pada hari ini sehingga sanggup melakukan sesuatu di luar batasan kemanusiaan. Hasil kajian yang dibuat oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengenai pembabitan remaja Melayu di ibu kota dalam kejadian jenayah sungguh mengejutkan. setiap tahun. rogol dan sebagainya. Remaja dan Black Metal . Pembunuhan kejam berlaku di sana sini. "Jumlah yang paling tinggi adalah di kalangan pelajar perempuan iaitu 2. 111 juta kes berlaku di kalangan mereka yang berusia di bawah 25 tahun. Penglibatan para remaja dalam kegiatan jenayah juga sangat membimbangkan. Hubungan seks bebas yang tiada perlindungan boleh menyebabkan peningkatan kepada risiko keguguran di kalangan remaja yang masih mentah yang bukan sahaja membahayakan nyawanya juga paling tidak selamat ialah akan meningkatnya kes penyakit kelamin dan berjangkit seperti gonorea. sifilis dan lebih berbahaya iaitu AIDS.8 peratus pada tahun 1996. Antara punca yang dikenal pasti berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya ilmu pengetahuan tentang penjagaan kesihatan berhubung tentang seks di kalangan remaja dan juga pengamal perubatan yang tidak mahir.Hubungan seks bebas juga membawa risiko penyakit kelamin.2 peratus sahaja´.5 peratus berbanding dengan pelajar lelaki hanya 1. Berdasarkan Kaji Selidik Penyakit dan Kesihatan Negara (bawah Kementerian Kesihatan) memperlihatkan bahawa penglibatan remaja dalam hubungan seks di luar perkahwinan di Malaysia adalah 1. Menurut anggaran WHO. Kajian itu merumuskan bahawa remaja Melayu begitu lemah dan mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk keseronokan. samun. Jenayah Walaupun Malaysia pada hari ini telah pun menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-50. Malahan kejadian jenayah di Malaysia pada hari ini semakin menjadi-jadi.

Realitinya dalam masyarakat kita pada hari ini. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat ini bukan sahaja mendatangkan impak yang bermanfaat. Kejadian di Persiaran Gurney. meminum darah kambing hitam. malahan ada murid-murid sekolah rendah juga dilaporkan terlibat dengan gejala yang tidak sihat ini. Keluarga mangsa menjadi trauma akibat kejadian tersebut sehingga tidak akan memaafkan mereka yang menyebabkan kematian Allahyarham Asrin Mohsin. Lihat sahajalah beberapa kejadian yang telah berlaku sebelum ini. Pulau Pinang bukan sahaja memilukan malah telah menyebabkan seluruh masyarakat marah. punk. Di manakah erti kemerdekaan kepada muda-mudi Islam ini jika mereka masih terpengaruh dengan budaya karut marut tersebut. hippies. fenomena buli membuli dalam masyarakat Malaysia tidak seharusnya berlaku. skin head dan banyak lagi yang kesemuanya diimport dari barat. budaya negatif ini bukan sahaja berlaku di sekolah menengah sahaja. . tidak sedarkan diri.Dalam kesibukan negara hendak menjadikan negara ini sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia. Perbuatan seperti membakar Al-Quran. khususnya para remaja begitu sinonim dengan kejadian buli khususnya remaja sekolah. mendengar muzik dan lagu yang tiada mesej dan bermacam-macam lagi. menengah dan ada diantaranya adalah daripada golongan professional. Tidak keterlaluan jika dikatakan pengaruh Black Metal lebih dahsyat dari pengaruh budaya rock. Dalam era globalisasi. Apa yang lebih memeranjatkan banyak pihak. malahan turut sama menyebar luaskan unsur-unsur yang tidak sihat seperti pengaruh Black Metal ini. Malaysia sekali lagi dikejutkan oleh pendedahan wujudnya pengaruh Black Metal di kalangan pelajar sekolah. Remaja dan Masalah Buli Dalam sebuah negara merdeka. Apakah ini bentuk kehidupan remaja Islam kini? Sehingga sanggup memperlekehkan kemuliaan Al-Quran. kencing atas Al-Quran. Justeru itu. setiap rakyat tidak kira tua atau muda perlu mempunyai rasa kekitaan dan sayang menyayangi di antara satu sama lain. teknologi maklumat merupakan satu komponen globalisasi itu sendiri yang sangat dominan dan paling berpengaruh. Setiap warganegara perlu ada kesedaran terhadap hak-hak orang lain.

guru atau ibu bapa? Remaja dan Lari dari Rumah Sejak tahun 2003. Remaja dan Idola Popular Masyarakat Islam selalunya merujuk kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s. 1.020 orang remaja bawah umu 17 tahun lari dari rumah. . Tanpa disedari mereka sebenarnya telah menjadikan junjungan mulia sebagai idola.540 lari bersama teman lelaki. 1. Bagi remaja Melayu faktor utama yang menyebabkan remaja lari dari rumah disebabkan oleh pengaruh rakan manakala remaja Cina disebabkan oleh masalah keluarga. Keadaan ini menyukarkan lagi usaha pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah buli dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan pembuli semakin berleluasa.a. tidak ramai yang menjadikan tokoh-tokoh pejuang negara sebagai idola.371 lari kerana mahukan kebebasan. Mengapakah kita tidak berminat untuk menjadi seperti mereka yang telah berjuang bermatimatian mempertahankan negara sehingga kita dapat melepaskan diri dari belenggu penjajahan. Apakah nilai-nilai murni artis tersebut yang boleh dijadikan tauladan.415 orang telah dijumpai semula.857 terpengaruh dengan rakan. dilaporkan sebanyak 16. kelakuan atau dikatakan sebagai cara hidup.Apa yang menjadi masalah ialah kebanyakan mangsa buli ini pula tidak berani tampil untuk mendedahkan kejadian buli yang berlaku sama ada kepada ibu bapa atau pihak sekolah.w sebagai rujukan sama ada dari segi amalan.592 lari kerana masalah keluarga dan 1. Daripada jumlah tersebut sebanyak 9. Daripada jumlah tersebut. Apa yang mereka tahu sekadar meminati nyanyian atau lakonan artis sahaja.489 kes berbanding dengan bangsa lain. Apakah yang menyebabkan remaja sekolah ini menjadi semakin liar. Kebanyakan gadis-gadis bawah umur ini lari dari rumah atas factor mengikut teman lelaki dan juga tidak mahu dikongkong oleh ibu bapa mereka. ganas sehingga sanggup membunuh rakan sendiri? Siapakah yang perlu dipersalahkan masyarakat. Apa yang berlaku dalam masyarakat kita khususnya remaja Islam masa kini meminati artis pujaan mereka dan sekaligus menjadikan artis tersebut sebagai idola mereka tanpa mengambil kira apakah sumbangan artis tersebut kepada negara dan agama. Manakala kita sebagai masyarakat Islam Malaysia yang hidup dalam sebuah negara merdeka. Statistik polis mendedahkan sebanyak 2. remaja Melayu paling ramai terlibat iaitu sebanyak 10.

percikan bunga api pun dinyalakan. pengisian malam kemerdekaan mesti disertakan dengan acara hiburan. dan sebagainya. . berpeleseran. sasterawan atau golongan ahli korporat kurang didedahkan. Golongan remaja Islam misalnya merupakan golongan yang paling ramai menunjukkan sokongannya terhadap program-program pengisian sambutan kemerdekaan seperti tadi. berkaraoke sampai pagi. acara hiburan yang berbentuk konsert serta parti-parti anjuran individu atau kafe-kafe di ibukota mula beroperasi bagi memeriahkan lagi malam sambutan kemerdekaan. sasterawan. negarawan. Siapa yang paling ramai terlibat? Sudah tentulah golongan remaja Islam. negarawan. kita tidak boleh menyalahkan remaja Islam seratus peratus kerana jika diperhatikan sama ada di media cetak atau media elektronik. Remaja dan Sambutan Kemerdekaan Kuala Lumpur sememangnya menjadi tumpuan warga kota yang ingin menyambut detik-detik bersejarah menjelangnya 31 Ogos. rempit. Apa yang mendominasi media cetak dan elektronik masa kini adalah kehidupan golongan artis dan cerita-cerita hiburan semasa yang banyak melalaikan remaja dan mempengaruhi remaja untuk hidup dalam dunia glamour sebagai seorang artis. pesta arak. masyarakat kini menyaksikan percikan bunga api sebagai satu kejayaan. Bagi golongan remaja khususnya remaja Islam. itulah caranya mereka mengisi kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini. ahli sukan atau artis yang berada dalam lingkungan budaya popular? Dalam hal ini. Bagi mereka. Walau apapun sambutan yang dibuat. Siapa sebenarnya yang layak menjadi idola kepada remaja-remaja ini? Tokoh korporat. pendedahan mengenai perjuangan atau peranan cerdik pandai Islam. Masing-masing begitu sabar menunggu detik 12 tengah malam yang menyaksikan kejayaan negara membebaskan diri daripada cengkaman penjajah. Inilah senario yang berlaku saban tahun di Malaysia. bagi masyarakat Malaysia masa kini. Sungguh berlainan sekali dengan masyarakat zaman dulu yang menyaksikan percikan api peluru musuh.Begitu sempit pemikiran remaja Islam pada hari ini. Tidak cukup dengan itu ada yang mengadakan pesta seks. berbanding ceramah kemerdekaan atau menonton dokumentari berkaitan jerih perih penjajahan. itulah penghayatan erti kemerdekaan tanpa mengetahui bahawa sambutan kemerdekaan bukan sekadar laungan penuh semangat tetapi diri mereka juga perlu tampil dalam pakej lengkap sebagai anak bangsa yang merdeka. Apabila tiba detik 12 malam. Malahan acara hiburan begitu mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pendidikan agama juga perlu seiring supaya perjalanan hidup seseorang individu muslim sentiasa terarah ke jalan yang diredhai Allah sw. Dengan cara ini. Selain itu. Para remaja juga tidak boleh menjadikan tempat hiburan sebagai tempat untuk menyelesaikan masalah. . berkunjung ke masjid agar dapat mendampingi orang yang terpuji akhlaknya.Apa yang membimbangkan ialah jika anak-anak muda ini terus hanyut dibawa arus kealpaan dan terpengaruh dengan budaya asing. Para remaja mestilah sentiasa mendirikan sembahyang. para remaja akan mampu menghadapi segala masalah atau segala cabaran dengan penuh bijaksana dan kesabaran kerana meyakini Allah berkuasa ke atas segala-galanya. Melalui ikatan akidah juga.t. Segala perintah dan suruhan Tuhan wajib ditaati. Lebih parah lagi apabila ada dikalangan remaja pada hari ini lebih percaya kepada kawan daripada ibu bapa sendiri. Dalam hal ini remaja perlu tahu bahawa ilmu keduniaan yang mereka miliki tidak akan menjamin seseorang itu terpelihara daripada anasir-anasir luar. Kawan adalah orang yang kedua dalam hidup seseorang individu selepas ibu bapa. siapa yang akan mempertahankan negara suatu hari nanti? Cara yang terbaik dalam menangani sesuatu masalah adalah dengan adanya gabungan beberapa faktor yang saling berkaitan antara satu sama lain. Antara cara yang paling utama dalam menangani sesuatu masalah yang dianjurkan oleh Islam adalah melalui pengukuhan ikatan akidah.T yang maha berkuasa ke atas makhluknya. kita tahu dari mana kita datang. mendampingi al-Quran. Ikatan akidah menuntut kita supaya meyakini bahawa Tuhan sekalian alam ialah Allah S. Kawan sebenarnya memainkan peranan dalam hidup seseorang individu. remaja harus sentiasa melakukan kegiatan kerohanian agar sentiasa tenang dan tenteram dalam hatinya. Dengan ini remaja akan sentiasa ingat siapa diri mereka dan apa yang mereka harus lakukan untuk bekalan di masa depan. Remaja juga harus mencari mereka yang baik akhlaknya serta ilmunya untuk dijadikan model ikutan serta sumber rujukan untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah mereka. Dia yang Maha Mengetahui. kemungkinan untuk seseorang itu terjerumus ke lembah kehinaan adalah lebih tinggi. Begitu juga apabila memilih kawan. kenapa kita datang ke dunia ini dan ke mana akhirnya hidup ini. Ini kerana jika seseorang itu silap memilih kawan. berpeluang mendekati orang yang berilmu dan mendengar ceramah agama.W.

merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. pecah rumah siang hari 148 kes (7.10%). . Sidek Baba. Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana.81%). mendatangkan kecederaan 154 kes (8. Remaja harus selalu bertanya apakah sumbangan dirinya terhadap negara.80%). gagal dalam peperiksaan . hinggalah kepada mat rempit.70%) dan samun 58 kes (3.kongsi gelap. dan kelab-kelab hiburan di sekitar ibu kota. rogol 70 kes (3. pendidikan Islam. gengsterisme dan vandalisme.1. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21. Negara yang maju dan negara yang membangun. Dr. Ini kerana mereka merasakan masjid itu hanyalah tempat untuk bersolat sahaja. rogol. Dalam tahun 1995 . trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.Ini kerana pada zaman moden ini. hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah. Mereka tidak mengetahui bahawa masjid merupakan tempat yang paling sesuai untuk bertafakur dan memohon petunjuk daripada Allah dalam menyelesaikan sesuatu masalah. para remaja Islam khususnya lebih suka mencari ketenangan dan menyelesaikan masalah dengan mengunjungi kelab-kelab malam. ingin membebaskan diri dari kemiskinan. penderaan.13%). pendidikan jarak jauh dan sebagainya. pendidikan sivik.06%). bertelingkah dengan ibu bapa . dadah. Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras. Remaja pada hari ini lebih selesa mengunjungi pusat hiburan daripada mengunjungi majlis agama atau masjid-masjid. Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini. Masalah Sosial di Kalangan Remaja Kini Makin Meruncing Pengenalan Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular. lain-lain kecurian 451 kes (23. ketagihan dadah. pecah rumah malam hari 324 kes (17.62%). bosan duduk di rumah. remaja pada hari ini harus insaf bahawa dalam proses Bina Negara kita berdepan dengan persaingan yang sengit. curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.895 kes melibatkan Juvana.42 peratus). Kesimpulan Menurut Prof. masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. banyak ditentukan oleh kualiti diri remaja dan kualiti ilmunya. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu. Daripada kes bosia. bukan hanya bertanya apakah sumbangan negara terhadap dirinya. sumbang mahram.

Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa. mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi.A. mental dan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segalagalanya. di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya. banyak bertanya dan bercakap. Mereka hendaklah dikasihi. benci. apabila Baginda ruku'. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain.Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap : a) Tahap awal kanak-kanak b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak c) Tahap baligh dan remaja Peringkat pertama Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami.W. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. di mana mereka lebih aktif bergerak. Rasulullah S.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal . Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri. beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Dalam tahap inilah berkembangnya sifatsifat personal seperti sayang. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas.

Ia menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat moral. Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama. Sebaliknya ia kecewa. tradisi. Akan tetapi mantapkanlah . akhlak. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang-undang. Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain.sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam Islam. Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Ia gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. disiplin hidupnya mula terbentuk. adat dan budaya sosial atau ketiadaannya. Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan akhlak yang luhur. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role model) di samping mengembangkan kearah nilainilai kebaikan. Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan akal. Dalam peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah. menyesal jika orang lain marah kepadanya. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s. peraturan dan undang-undang. guru. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. kejiwaan dan sosial.a. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Peringkat ini adalah peringkat yang amat komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalamanpengelaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang baru.w bersabda : "Janganlah kalian menjadi pak turut. Fizikal kanak-kanak mula berkembang dan membesar. sistem. Ia mula merasakan 'sense of belonging' kepada kelompok yang lebih besar.

Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian melakukan. Sesungguhnya kesedaran manusia tentang kewujudan. tentunya akan menimbulkan keperihatinan yang tinggi terhadap arahan-arahanNya. Apabila lidah anak-anak sudah boleh bertutur mereka dilatih menyebut nama Allah dan beberapa ayat ringkas seperti: (111) Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak. atau melakukan perkara-perkara yang membatalkan syahadat. Bagi kanak-kanak yang baru lahir pendedahan ini dimula dengan azan dan iqamat. ia harus memastikan dirinya terlepas dari sifat-sifat kemunafikan. Kemunafikan dalam tanggapan . Dalam konteks yang sama. iaitu samada menafikan perkara-perkara asas agama. kebesaran. Dalam peringkat berikutnya kanak-kanak dilatih dengan budaya hidup beragama Islam oleh ibu bapanya .t. Pemantapan kalimah tauhid ini bermakna pendidikan membentuk pemikiran. dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!" atau doa kepada ibu bapa: (24) dan lain-lain. dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya. kekuasaan dan keesaan Allah s." Pembentukan Akhlak Remaja Islam Pembentukan akhlak di dalam Islam dimulai dengan pengukuhan akidah melalui ikrar bahawa tidak ada Tuhan sebenarnya yang disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. samada yang bersifat tanggapan mahupun yang bersifat amalan. dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya. perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang muslim ialah memastikan dirinya bersih dari kekufuran atau tanda-tanda kekufuran kepada Allah dan Rasulnya.pendirian kalian. Jika orang baik kalian wajar berbuat baik.w. perasaan serta penanaman nilai-nilai keimanan yang dinyatakan oleh Rasulullah sebagai 60 atau 70 lebih cabang dalam diri umat Islam. Kemudian. Pengungkapan syahadat sebagai suatu proses pembangunan akhlak bergandingan dengan tujuh syarat yang mustahak dipenuhi seperti mana yang disebutkan oleh Saikh Yusuf al-Badri: a) Ilmu yang menafikan kejahilan b) Kecintaan kepada Allah yang menafikan kecintaan kepada yang lainnya c) Keyakinan yang menafikan keraguan d) Penerimaan yang menafikan penolakan e) Kepatuhan yang menidakkan keingkaran f) Keikhlasan yang menafikan kesyirikan g) Kejujuran yang menafikan sifat mendustakan atau sekadar berlakon.

Tidak melakukan apa yang dilarang oleh Allah. Ia hendaklah memastikan dirinya bersih daripada kefasikan atau penderhakaan kepada Allah. 6.zakat dan infak. 3. perlaksanaan atau penghayatan yang berterusan umpamanya.memikirkan penciptaan allah. zikir dan tilawatul Qur'an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan.membaca al qur'an. Tidak menyalahi perintah Allah. namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan tabiat. meyakini sesuatu yang bercanggah dengan hakikat Islam yang sebenar walhal lidahnya mengatakan ia menurut Islam yang sebenar. amal makruf dan nahi mungkar.w. bersabda ( maksudnya ) : "Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika umur mereka ( menjangkau ) sepuluh tahun. 2. 8.puasa.umpamanya.muraqabah.jihad. 4. akhlak manusia memang boleh berkembang dan boleh dibentuk dengan berbagai cara. Pembangunan akhlak bermula dengan perlaksanaan : 1. Rasulullah s. Antara cara-cara tersebut ialah melalui: a.mengenal jenis-jenis penyakit hati serta mengetahui cara-cara merawatnya. sehingga . Bagaimana Membangunkan Akhlak Umat Islam Menurut Syaikh Abdul Rahman al Midani.Latihan Amali Dan Amalan-Amalan Menjernihkan Batin Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak kepada masyarakat di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut tetapi juga pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan latih tubi. 9. 13. membiasakan diri dengan berdusta dan bersifat khianat. Manusia sememangnya berupaya memperolehi akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini. Walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan kerana arahan atau tekanan dari luar.dedikasi dan bersifat tawadduk. 7. Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil .mengingati mati dan memendekkan angan-angan.solat.zikir. Manusia muslim mesti menghindarkan diri dari segala kejahatan . maka puasa. lahir dan batin.mengenali tipu daya syaitan terhadap manusia serta menangkis dan menutup laluannya.haji. 5. 11. 10. mujahadah dan mu'atabah. Kemunafikan dalam amalan ialah melakukan akhlak-akhlak orang yang munafik seperti tidak mematuhi janji. 12.a. muhasabah.

tidak akan dapat menghasilkan kecuali pengeluaran yang buruk. ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain ialah tokoh politik. tetapi malah ianya suatu realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi masa kini. Sebaliknya. seniman. Idola tersebut kerap menjadi rol model dalam kehidupan mereka. manakala negara yang buruk. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya. Dengan demikian.menjadi amalan yang lazim dan budaya hidup." Surah al 'Araf. namun penghayatan nilainilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan. Dalam kontek menegaskan kesan lingkungan ini Allah SWT berfirman: Maksudnya : "Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya ( yang baik dan sihat) dengan izin tuhannya. Penghayatan golongan idola tersebut terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan keyakinan generasi baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh dilaksanakan. Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang dari jalan Allah yang lurus. b. Kewujudan seseorang dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena moral berkenaan. Amalan amalan ini pastinya lambat-laun akan menjadi adat atau kebiasaan seseorang. model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda. artis. guru dan sebagainya. ayat 58 : Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah. warganya sudah pasti akan berkembang di dalam masalah sosial yang tidak sihat. perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya. Demikianlah Kami ajukan tanda-tanda kebesaran Kami kepada kaum yang bersyukur. dengan cara meniru serta mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. ibu bapa. Ia bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka. Persekitaran tersebut merangkum tradisi.Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang Soleh Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Allah SWT berfirman: . c-Qudwah Hasanah Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. atlit sukan.

rakan sebaya.Tekanan Sosial Dari Masyarakat Islam Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya serta memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti sosial yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. akhlak dan martabat umat berkenaan.Peranan Media Massa Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan . "sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang mengharapkan Allah. d. Masyarakat Islam yang aktif boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. antara tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. Manusia memang suka dipuji. Masyarakat Islam yang mempunyai impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu mengamalkan atau menurut nilai dan norma-norma akhlak.Kuasa Negara Islam melalui sistem keadilan dan galakannya Tuntutan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa atau autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Untuk lebih jelas ada baiknya kita terangkan satu persatu peranan tersebut : f . badan-badan berkanun. ayat 21.Melalui puluhan kementerian. Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas maka akhlak juga boleh dibentuk oleh media massa." Surah al Ahzab. Apabila masyarakat kehilangan keprihatinannya terhadap kewajipan menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar. Faktor-faktor tersebut adalah anak kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang. mengharapkan ( ganjaran ) hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati Allah. maka bermulalah proses penghakisan moral. Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam bidang akhlak tetapi juga dalam semua hal. dihormati dan disanjung.Bermaksud. e. sekolah. agensi-agensi kerajaan akhlak akan digugat dan dihakis. Oleh kerana itu. Mereka boleh melaksanakan tekanan moral yang berkesan untuk mendisplinkan golongan yang berkecenderungan untuk melakukan kejahatan. Jika negara tidak melaksanakan amanah ini kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan undang-undang Islam sudah pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di mana ia mempunyai sense of belonging kepada mereka. Ia juga boleh membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui perlaksanaan amal mak'ruf dan nahi mungkar. masjid atau surau dan sebagainya.

meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas. Antara lain sekolah boleh : 1. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. menghargai ilmu. menjaga standard layanan dalam berinteraksi. g . mendidik mereka dari segi agama. melakukan self criticism. mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme. berkorban untuk kepentingan ramai. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti. Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang yang mereka bergaul dengan mereka. multimedia dan sebagainya. akhlak dan sosial secara wajar dan sihat. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan yang memberi lebih utama dari tangan yang menerima. mengawal diri. 4. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana "cultural domination dan imperialisme" melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet. Memperbaiki suasana persekolahan. tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran. meningkatkan rasionaliti. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi dari menerima. menambahkan produktivitinya. tidak . membimbing.amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. menghormati ulama' dan sebagainya. Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang. memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau institusi. faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoyapoya. 2. guru. Disuburkan pula perasaan zuhud dalam hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan. kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. kejujuran dan sebagainya. Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan. mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan. Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa. Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti. menjaga perasaan orang lain. di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas. Media massa mampu mencorakkan hati budi. pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah. 3. mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi.Peranan Sekolah Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. bekerjasama. budaya komersial yang melampau.

Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Mereka mesti ditegah mengucapkan kata-kata kesat. Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. (Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud).menguap besar di hadapan orang. atau bergaul dengan orang-orang yang celupar. Selain dari itu elok juga selepas belajar mereka dibenarkan bermain-main untuk menyegarkan tubuh mereka setelah penat belajar. guru dan menghurmati mereka. Justeru antara kaedah mendidik anak-anak ialah melindungi mereka dari rakan-rakan yang jahat. Misalnya dengan memaparkan contoh. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang baik. nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan. Bagi seorang pendidik menggunakan tindakan menghukum biarlah terhadap perkara yang paling akhir dalam fikirannya. teguran yang lemah lembut tetapi tegas dan sebagainya. Firman Allah : "Dengan rahmat ALlah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka. Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan sebagainya. perkataan yang baik. pelajar harus juga dilatih menghargai tugas dan tanggung jawab dengan cara yang bijak. lebih-lebih lagi jika orang yang bercakap itu lebih tua daripadanya. Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak bercakap kecuali sekadar menjawab. Selain dari latihan serta disiplin seperti di atas. Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ( kerana enggan sembahyang ) apabila umur mereka sepuluh tahun". lemah-lembut tanpa terburu-buru melaksanakan kekerasan atau pemaksaan melalui penderaan. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian. nasihat. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan orang. Malah di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa. (Surah Ali Imran : ayat 159) . Mereka hendaklah diasuh supaya patuh kepada ibu bapa. Kepatuhan yang lahir dari keinsafan dan kesedaran batin biasanya lebih berkesan dan mantap. samada mereka golongan guru atau bapa. tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang lain serta tidak membanyakkan cakap. Bahkan apabila hukum hendak dikenakan kepada murid biarlah sekadar yang perlu sahaja.

murid malah ibubapa hendaklah sama-sama berperanan. h . guru. menggunakan atau memenuhi masa lapang murid. Displin sekolah hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama. Demikianlah sebaliknya. nazir. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Guru besar. Ini di dasarkan kepada prinsip "mencegah lebih baik dari merawat".Peranan rakan sebaya Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh sekolah dalam membangun akhlak ialah dengan mengadakan kempen menyedarkan murid tentang keperluan menghormati disiplin sekolah. Ini bermakna harus ada penerimaan dan permuafakatan tentang polisi dan cara-cara merealisasikannya seboleh-bolehnya dari semua pihak agar masing-masing melindungi dan mempertahankannya. kebiasaan dan akhlak guru. Sekiranya guru mempunyai akhlak yang baik murid ikut terpengaruh dengan akhlak ini. kepada sekolah dan seterusnya kepada sistem persekolahan keseluruhannya. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua.Satu hakikat pembelajaran yang lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh sifat. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Ini termasuk menghapuskan suasana yang membantu atau menyokong salah laku dari murid . Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah : 1. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya ( 1972 ) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi( generation gap ) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Di samping itu juga penyelesaian boleh di usahakan dengan mengambil langkah pencegahan dan mengujudkan suasana yang lebih positif. menerangkan tentang mengapa suatu disiplin itu dibuat dan memperbanyakkan aktiviti sekolah dengan mempelbagaikannya. Pandangan negatif murid bukan setakat terhad kepada guru tetapi juga mungkin menjangkau kepada pelajaran. kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan para penjaga mereka . Usaha mengatasi masalah di sekolah hendaklah dengan menghapuskan sebab-sebab pokok atau punca dari mana datangnya permasalahan itu. menghubung-kaitkan sukatan pelajaran dengan keperluan diri dan masyarakat mereka dan langkah-langkah yang lain.

Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan manusia. Kelas Tajuid & Qiraat.2. 3. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam.Peranan rumah ibadah Bagi umat Islam. 4. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjamaah. kutu lepak. Kelas Fardu Ain 2. Acara Tadarus al-Quran. 5. Kursus Pengurusan Jenazah. Kursus Dakwah dan Imamah. bahkan di kota-kota besar dunia kedapatan bangunan masjid yang berbagai bentuk dan rupa. Masjid sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. 12. Kelas Bahasa Arab. Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan. . Antaranya ialah: 1. Sebab itu perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S. Ilmu yang dipelajar membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah. 8. bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa . rumah ibadat yang paling penting ialah masjid. wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa dan penjaga mereka. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat Islam. 11. Kelas Bimbingan Remaja. kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah umat . Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah . gangster atau kumpulan samseng. cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid. soleh dan dedikasi.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi. kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka lakukan 3. 9. 6. i . 7. Ceramah Berkala. Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka.A. Kursus Rumahtangga Bahagia. Seminar Motivasi dan Pembentukan Syakhsiah. Khemah Ibadan & Qiamullail. Madrasah atau Sistem Pengajian Formal. Sebab itu muncullah ilmuanilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu sendiri . 10. Kelangsungan budaya. Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur. ruh Islam dan akhlak .

Jentera Kerajaan. swasta dan awam hendaklah digembling untuk bersama-sama berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak tersebut dan sebagainya. mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua umat menunaikan solat. bangsa atau negara. 14. Tidak berlaku proses pertentangan antara kerja membangun dan merosak akhlak serentak dalam jenterajentera berkenaan. Kegiatan Amar Ma'ruf & Nahi Munkar. Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. mempunyai kerohanian yang amat tinggi. Segala-galanya akan dimanfaatkan dalam menjana kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang. Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang ta'at dan bukan hamba benda. 16. Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Rumusan Gagasan dan tugas untuk membangun. filem. Semoga semua langkah-langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa. wang. internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah umat. 15. Kursus Pengurusan Masjid. khasnya di kalangan remaja kita dewasa ini. beriman dan bertakwa. Membentuk organisasi Belia Masjid ( Rakan Masjid ) Seluruh agensi sosial. Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan jentera kerajaan akan menghala ke arah yang sama. mengeluarkan zakat. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan tv. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam. memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Kempin Memakmurkan Masjid. NGO dan Badan-badan Korporat. Kementerian dan Badan-badan Berkanun. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya memang melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat. Mereka menguatkuasakan sistem hidup Islam yang memang membela akhlak. mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. mencegah yang mungkar.. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin umat yang berakhlak. menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah. pembangunan.13. Dasar-dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras dengan tuntutan nilai dan tatanan akhlak. menyuruh yang makruf. . Seminar Pengurusan Sumber Masjid. 17. Rakyat akan terbentuk oleh media yang beretika dan berakhlak.Kebenaran keadilan dan ihsan akan didaulatkan .

dan sebagainya yang memberi µisyarat¶ bahawa gejala sedemikian ini bukanlah hal yang ringan dan merupakan sampiran semata-mata. Maka. Oleh hal yang demikian itu setiap anggota masyarakat termasuk remaja sendiri perlu . pembuangan anak. adalah wajar semua pihak melihat isu sedemikian sebagai tanggungjawab bersama yang memerlukan kita untuk berperanan lebih proaktif. ia mungkin berubah menjadi kebiasaan yang akan mengheret kita kepada cara kehidupan sosial yang tidak sihat. Justeru. Meskipun skala fenomena sosial yang kita timbulkan mungkin masih berada satu tahap keterlanjuran. mungkin akan meninggalkan kesan perubahan sosial yang bercelaru di antara kebaikan dengan kejahatan yang tercipta daripada perubahan sosial yang diwujudkan itu. Kes-kes sosial yang ditimbulkan juga sudah semakin terjelma dalam bentuknya yang tersendiri. Tidak hairanlah jika kita melihat pencapaian seseorang yang tidak bersandar sepenuhnya kepada perubahan sosial. Banyak contoh yang jelas betapa rapuhnya perubahan sosial itu jika ia tidak disandarkan kepada keluhuran akhlak dan keindahan budi. ketegasan ini bukan setakat menyuarakan kita tidak suka ia berlaku akan tetapi mencari jalan untuk dijadikan sebagai µoption¶ yang menukar hal sedemikian kepada yang lebih produktif dan bermanfaat. Tidak sedikit yang merasa rimas apabila mengikuti perkembangan yang kita lalui. Pada waktu yang sama kita juga sudah berdepan dengan isu-isu yang semakin mencabar kehidupan seharian kita. Kebebasan yang ditimbulkan daripada fenomena sedemikian. kita tidak mahu akibat daripada perubahan sosial ini akan merubah sikap dan perangai yang akan menghasilkan perkara negatif. Sebagai sebuah negara dan masyarakat yang kuat berpegang teguh terhadap ajaran dan kehidupan beragama. iaitu apabila semakin banyaknya gejala sosial mewarnai pola kehidupan bermasyarakat. tidak dapat tidak menimbulkan kesan perubahan masyarakat yang sedia ada. akan tetapi bagaimana cara kita mengemudikannya. Keadaan ini juga tidak membolehkan kita untuk duduk diam membiarkan ia berlaku begitu sahaja. Paling ketara apabila pergaulan bebas semakin menjadi budaya yang sudah meresap di kalangan generasi muda kita.Gejala Sosial di Kalangan Remaja: Agama Benteng Ketahanan Diri 27 February 2007 SABAN waktu kita disodorkan dengan segala macam masalah gejala sosial di kalangan remaja. Adakalanya perubahan sosial yang berlaku ini menjadikan kita lebih peka terhadap peranan dan tanggungjawab yang patut kita tunaikan. µVirus¶ yang dihasilkan daripada pergaulan ini bukan merupakan masalah ringan yang tidak perlu dihiraukan. Ia perlu kepada penelitian dan kepekaan bersama kenapa ia berlaku dan siapakah pelakunya. Ramai yang berasa cemas kerana kesan yang ditinggalkan bagaikan suatu kerosakan yang agak sukar untuk dibaik pulih. Natijahnya. Serasa kita sudah muak dengan isu seks rambang. Kepelbagaiannya semakin sehari seakan memaksa kita untuk lebih bertegas berdepan dengannya. Kedua-dua aspek saling berkait kerana ia melahirkan µstandard¶ diri yang berkualiti tinggi. menyebabkan kita tidak mudah karam dengannya. Kita sebenarnya tidak dapat lari daripada keadaan ini. penagihan dadah. namun jika ia tidak dibendung dengan berkesan. lebih banyak yang mampu berdepan dan menangani pelbagai cabaran serta masalah yang datang dengan jayanya. yang ada kalanya amat sadis dan mengerikan.

berteraskan ajaran agama yang kukuh. meskipun berenang di lautan masin. Rasulullah s. Lihatlah kepada resmi ikan. memelihara amanat. kotor dan perkara-perkara yang merupakan µkerugian¶ bagi setiap individu Muslim. Justeru. Remaja atau belia yang ingin mengekalkan pergaulan terpuji di kalangan rakan-rakan mereka mestilah mempunyai dan mengamalkan sifat-sifat yang juga terpuji seperti berakhlak mulia.w bersabda yang bermaksud: "Bukanlah seorang Mukmin yang sempurna. namun ikannya tetap tawar dan sedap dimakan. Ketahanan diri yang dimaksudkan ini memerlukan kepada bekalan yang kukuh dan mantap. Jika pertahanan diri kita sudah dibolosi. Tiada apa-apa yang akan dapat membantu dalam mengawal diri kita ini. jujur.memainkan peranan dalam membentuk cara dan corak pergaulan yang baik dan cemerlang. .a. meskipun pelbagai perubahan sosial yang berlaku di sekeliling kita.t. Untuk mempertahankan kebaikan yang kita sedia miliki inilah kita perlu kepada ketahanan diri. tidak dapat tidak akan berlakulah satu keadaan di mana gejala sosial yang tidak kita ingini akan mula mewarnai dan menghiasi kehidupan kita (remaja). jika kita kosong dengan bekalan keimanan dan ketakwaan yang mendalam. semua pihak (lebih-lebih remaja sendiri) harus berperanan dan bertanggungjawab dalam mewujudkan ketahanan budaya dan nilai-nilai kehidupan beragama yang sedemikian lama kita genggam. berperangai jahat dan berakhlak rendah. Maknanya. Justeru. Pergaulan juga harus dijaga daripada perkataan yang sia-sia. Inilah yang sedang kita lalui sekarang dan kita memerlukan bersiapan diri untuk berdepan dengan budaya yang sudah mula membauri kemurnian yang sedekian lama kita pupuk dan semai bersama. Kita perlu sedar dan menginsafi bahawa jika kita terus membiarkan keadaan ini berlaku. akan lebih memberikan kesan dan manfaatnya. yang suka mencela dan melaknati." Bagi remaja yang sudah terpesong hendaklah kita sedar bahawa kitaa sepatutnya mengamalkan nilai-nilai murni yang baik dalam pergaulan serta mencari arah dan tujuan hidup yang asal serta mencipta kebaikan dan kecemerlangan diri. Tidak ada ertinya lagi untuk kita sering menyalahkan antara satu dengan yang lain. namun yang baik tetap menjadi pilihan dan keutamaan kita.w. dan sentiasa ingat kepada ajaran-ajaran beragama serta menghala tuju ke arah kualiti hidup yang berguna. maka mudahlah segala ancaman dan gejala sosial menebusi pertahanan diri kita. pengaruhnya tidak semudah itu meresap ke dalam diri kita. kita akan kehilangan nilai dan juga kemurnian jati diri bangsa. Tidak bererti keterlanjuran diri yang telah berlalu merupakan sempadan yang tidak dapat diubah ke arah yang lebih baik dan sempurna. apa yang lebih mujarab untuk menjadi benteng yang menjadi senjata mengawal diri ialah memperteguh keimanan dan kekuatan beragama. Kita perlu dan tidak boleh mengabaikan bahawa perhiasan yang paling indah ialah keimanan dan ketakwaan yang mendalam kepada Allah s. toleransi dan seumpamanya hingga kepada azam menanam rasa memuliakan teman atau rakan yang baik pada isetiap pertemuan. pergaulan yang dicari ialah pergaulan yang baik. Jika hakikat kita abaikan. Dalam konteks ini. beretika. sering memberi salam. malahan ia juga akan melibatkan tenaga dan usaha yang jika dialihkan ke arah yang lebih bermakna. sabar. Inilah yang akan menjadi isu kehidupan yang bukan sahaja akan melibatkan banyak perkara. beradab ketika berbicara.

menilai tabiat masa lampau dan sedia keluar untuk memulakan kehidupan yang positif. hilang kepercayaan dalam komuniti sehingga mewujudkan jurang antara kedua-dua pihak. Sehingga ke satu tahap. Hatta apabila seorang remaja malas dalam pelajaran turut dianggap pembawa masalah. Kenakalan remaja (Juvenile Delinquence) adalah salah satu batu penghalang dalam mendekatkan mereka dengan masyarakat. Iman. Ia pastinya membawa natijah yang negatif terhadap pelakunya. Umur remaja dipenuhi dengan tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi terhadap kecemerlangan diri. ia tidak gembira. Kehebatan remaja hanya dapat dipupuk dengan nilai-nilai yang ditekankan melalui modul pendidikan Islam. kegagalan mengawal nafsu menjadi penggerak kepada tindakan melampau remaja sehingga mana memberi impak buruk kepada masyarakat sekeliling. kekuatan beragamalah yang menjadi kepentingan. ahli-ahli sains sosial mempunyai pandangan yang berbeza dalam mengkategorikan had umur mereka. Kesannya. Bagi mereka yang berada di peringkat ini tidak merasakan perbezaan antara yang baik dan jahat. Apabila seseorang itu melakukan kejahatan. Nafsu Mulhamah: Nafsu yang sudah menerima kebenaran dan keinsafan serta merasa keseronokan membuat kebaikan dan benci kepada kejahatan. juga apabila melakukan kebaikan. 2005 Rate This 02/09/2004 REMAJA. Ia merujuk kepada aktiviti remaja yang bertentangan dengan norma masyarakat. Di peringkat ini. keluarga dan agama. Lebih malang lagi. Remaja mewakili peratusan tertinggi penduduk di Malaysia yang membawa kesan besar kepada pembangunan sosial negara. antara kepimpinan serta tanggungjawab masa kini dan masa depan adalah empat istilah yang berkait rapat dengan nilai dan agenda yang dijunjung tinggi oleh mereka yang digelar remaja hari ini. Membicarakan siapakah remaja. cabaran dari sudut sikap dan perilaku mereka sering kali dianggap negatif dan memudaratkan. Sebagaimana disebutkan oleh Muhammad al-Jiasi (1976) terdapat empat peringkat nafsu yang mempengaruhi tabiat manusia iaitu: Nafsu Ammarah: Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan. yang tidak boleh dipandang ringan. Justeru. ia tidak menyesal dan sebaliknya. Nafsu Lawwamah: Nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri. remaja akan mengalami satu dilema personaliti dan pemikiran yang mendorong kepada tindakan terburu-buru dalam membuat keputusan.Apa yang penting ialah mempertahankan nilai diri dan jati diri kita sebagai remaja atau belia. tanggungjawab Membentuk remaja cemerlang Julai 20. undang-undang dan agama (Ghafani bin Awang Teh: Kenakalan Remaja Dalam Perspektif Islam). .

Kekuatan idea sudah menjadi lambang kehidupan remaja hari ini. ia diibaratkan seperti bahan api yang membakar semangat juang mereka. kekuatan idea. Nafsu ini berusaha terus untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam dirinya. perencanaan demi perencanaan disusun. Sekiranya keempat-empat kekuatan ini disepadukan.a. Inilah situasi yang dihadapi apabila berhadapan dengan `orang-orang lama baik dalam apa bidang sekalipun. Mereka digelar sebagai golongan pembaharuan sosial dengan saranan-saranan proaktif dan dinamik sesuai dengan keinginan melihat masyarakat terbina dengan harmoni dan seimbang. Segelintir sahaja yang menghargai dan memandang tinggi kekuatan idea golongan belia. Good idea begin with laugh. Pepatah Inggeris menyebut. mereka secara positif merebut peluang melahirkan .t. Tanpa kefahaman yang jelas. dan Kami beri rezeki mereka dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna. adalah pendidikan yang cemerlang dengan mengutamakan intipati keimanan serta kesedaran terhadap tanggungjawab diri selaku khalifah di muka bumi. remaja akan mempunyai persepsi yang kabur dalam menentukan hala tuju mereka.Nafsu Mutmainnah: Nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan.w Inilah nilai penghormatan yang diberi-kan kepada remaja yang berketerampilan serta berkecenderungan ke arah yang lebih baik dalam mendapat cinta agung dari Allah s. kekuatan-kekuatan dalam remaja tidak diketengahkan dan digembleng dengan sebaik mungkin demi kebaikan Islam. Wajar idea-idea belia dilihat secara serius dan jangan dipandang remeh oleh sesiapa dan seandainya idea-idea yang dilontarkan tersasar ia tidak wajar disambut dengan kata-kata negatif sebaliknya dipimpin dan diperbaiki. Tidak hairanlah di waktu mana peperangan antara Muslim dan kafir Musyrikin Mekah mengambil tempat. Melalui idea remaja. Dalam membicarakan soal kekuatan semangat remaja hari ini. Remaja perlu berjihad dengan memperjuangkan dan memenuhi hak yang diberikan oleh Allah s.w. sokongan motivasi yang bertubi-tubi. remaja kita dikagumi dan dihormati dan tiada lagi kebejatan sosial yang memeningkan kepada setiap individu berterusan lagi.a. kepada setiap diri insan sebagaimana disebutkan di dalam al Quran yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami angkat mereka di dataran dan lautan. (al Isra: ayat 70) Malang untuk diperkatakan seandainya. kekuatan semangat. Di sana sini. Gandingan idea golongan belia dan veteran adalah satu gabungan cukup ampuh dan bakal menterjemahkan satu hasil yang cukup baik untuk dipusakakan kepada generasi selepas kita. Pendidikan yang dibawa oleh Rasulullah s. Kekuatan-kekuatan remaja Islam hari ini ialah. kekuatan ilmu dan kekuatan jati diri. remaja Muslim belasan tahun turut dipilih menjadi panglima tentera memimpin kekuatan tentera yang turut disertai oleh para sahabat Rasulullah s. Mengawal nafsu dan membawanya dari satu tahap ke tahap lain adalah satu cabaran yang getir untuk dihadapi oleh remaja. Dengan erti kata lain. golongan belia bukan sahaja mewarisi malah memperbaiki lagi apa yang telah diwarisinya dengan perubahan yang baik dan seimbang.w. nescaya sejarah kehebatan remaja di zaman Islam terangkat kembali.w. Penyelesaian demi penyelesaian ditemui dan persoalan demi persoalan terjawab.t.

tetapi yang lebih penting adalah Islam akan terus menjadi panduan masyarakat kita. Nilai didikan Islam telah mengangkat pemikiran dan sikap remaja Muslim ke satu kedudukan yang membanggakan berbeza daripada ideologi-ideologi ciptaan manusia yang membinasakan. Tanpa ilmu.sesuatu yang dirasakan mampu baginya. inovasi dan kreatif. Kita sekarang sudah mempunyai contoh-contoh yang baik yang boleh kita ambil sebagai teladan. Melalui penglibatan di dalam persatuan-persatuan atau sebarang jenis pertubuhan. Mereka adalah harapan masyarakat dan negara. semangat para belia dididik dan diarah ke satu matlamat yang jelas dan berstrategi. Golongan belia dekad ini meletakan kekuatan ilmu sebagai satu elemen penting dalam membina kecemerlangan diri dan keadaan. Tanpa ilmu golongan belia akan mengkritik dengan sandaran emosi bukannya intelektual. Mereka mestilah menjadi golongan yang boleh diharapkan. budaya merosakkan mudah sahaja dipatahkan dan nilai kreativiti serta kecantikan bahasa. Tamadun Islam yang dikongsi oleh pedagang-pedagang Arab ke gugusan kepulauan Melayu adalah permata yang bernilai untuk dihargai. Kekuatan jati diri seperti mula dipandang mudah oleh golongan remaja hari ini sedangkan inilah kekuatan yang mempertahankan jiwa dan survival masyarakat terdahulu dalam menghadapi ancamanancaman luar. Maka adalah penting bagi kita memastikan agar mereka bersedia untuk membawa obor perjuangan kita pada masa hadapan. Mereka . Mereka adalah aset yang berharga agar agama Islam tetap dihayati dan dipraktikkan oleh masyarakat Islam masa hadapan. Senario hari ini memperlihatkan golongan remaja gemar mengkritik atas landasan emosi tidak menentu yang kadang-kala memakan diri. Jadilah Remaja Berwawasan 23 April 2007 PARA remaja atau muda-mudi adalah pewaris kita bagi masa hadapan. cara hidup dan tradisi yang selaras dengan kehendak agama di-angkat kepada satu tahap yang sukar dinilai. sukan atau apa sahaja bidang yang wujud. Dan sekarang kita melihat semakin ramai anak muda kita yang berpelajaran tinggi mempunyai kesedaran dan penghayatan terhadap agama Islam. Kita mempunyai segolongan muda-mudi Islam yang berupaya menjadi kebanggaan dan harapan masyarakat kita. Malang jika remaja Muslim bersedia untuk mencedok cara hidup Barat yang berbaur unsur-unsur kemusnahan de-ngan terus menerus mengagung-agungkannya sebagai lambang ketamadunan yang hebat. golongan belia menggunakan kekuatan semangat semaksimum yang boleh dengan persaingan dan hasil berkualiti dalam lapangan masing-masing. manusia meraba-raba dalam kegelapan. satu corak yang memberi garis baru kepada kehidupan mereka yang bergelar remaja dalam membina garis sempadan antara yang hak dan batil dapat direalisasikan. seni dan budaya. penulisan. Hanya dengan kesedaran dan keinginan untuk berubah. Dengan jati diri yang teguh. Sikap sebegini tidak sahaja merendahkan pandangan masyarakat terhadap potensi mereka malah menggambarkan keperibadian yang tidak berkualiti dalam jiwa remaja. Baik dalam bidang sains dan teknologi. bukan sahaja untuk membina masyarakat dan negara yang maju jaya.

Ini harus dibanggakan dan terus disemai serta dipupuk subur lebih ramai remaja dan golongan muda menjadikan Islam sebagai teras kehidupan mereka. internet dan televisyen kabel juga membawa bersama unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai Islam. Mereka berdua-duaan dan berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai. kita perlu merenung kembali. Bagaimanapun. Berapa ramai ibu bapa yang akan diseret ke neraka atas perbuatan anak-anak mereka? Kita tidak boleh menyalahkan televisyen kabel atau internet di atas keruntuhan akhlak para remaja dan muda-mudi zaman sekarang ini. Setiap kali kita menonton filem Barat. tidakkah ia akan mudah terpengaruh? Menerusi internet pula. Bagaimanapun. Bagaimanapun. zaman ibu bapa kita pula ada televisyen. Malah ada yang lebih berani lagi. maka tidak hairanlah akhirnya nilai-nilai Islam menjadi asing kepada mereka. Sebaliknya. sebagai seorang abang atau kakak? Adakah kita sudah memainkan peranan yang secukupnya dalam mendidik dan menanamkan keimanan dalam jiwa anak-anak Islam kita sehingga mereka tidak mudah terpedaya? Sudahkah anak-anak kita diberi pengajaran Islam yang secukupnya untuk mereka menghadapi dunia sekarang yang penuh cabaran ini? Anak-anak secara semula jadi memandang ibu bapa mereka dahulu sebagai panduan hidup . kita akan disajikan dengan cara kehidupan yang bertentangan dengan Islam. akan dipaparkan adegan-adegan yang tidak sesuai dengan Islam. Kalau pada zaman datuk nenek kita dahulu. yang paling ketara adalah faktor pendedahan terhadap budaya-budaya asing. Memang tidak dinafikan bahawa internet dan televisyen kabel membawa kebaikan. Adakah kita sudah memainkan peranan yang secukupnya sebagai seorang bapa. sebagai seorang ibu. Seorang remaja yang masih memerlukan kepimpinan dalam kehidupan mereka. Ini tidak termasuk muda-mudi yang ketagih arak dan alkohol. Jika kita tidak dibentengi dan diperkuatkan dengan agama. Dan Allah akan menyoal kita di akhirat kelak tentang didikan terhadap anak-anak kita. Mengapakah mereka berkelakuan demikian? Banyak faktor yang menyumbangkan peranannya. Jika inilah sajian yang terhidang kepada anak-anak Islam kita semasa mereka sedang membesar. lelaman lucah dengan mudah dilayari. Berbagai-bagai faedah yang dapat diraih. juga ketagihan dadah Adakah ini yang kita inginkan dalam masyarakat Islam kita? Adakah mereka ini yang diharapkan sebagai contoh µkhaira ummah¶atau sebaik-baik umat? Semakin ramai remaja kita yang tanpa segan silu membuka aurat mereka. Setiap kali juga kita menonton televisyen. Masyarakat kita pula tidak lagi seperti katak di bawah tempurung. disajikan setiap hari dengan budaya hidup yang bertentangan dengan Islam. Anak-anak adalah amanah Allah. Sebagai contoh. kita sering mendengar terdapat sebilangan muda-mudi melahirkan anak luar nikah dan mencampakkan bayi di tempat pembuangan sampah. siapakah yang harus dipersalahkan? Setiap ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai Islam. Ini bertentangan dengan ajaran Islam. Dengannya kita lebih tahu perkembangan dunia dan ilmu-ilmu sains terkini. sementara sebahagian lagi menggugurkan kandungan mereka. masih ramai lagi di kalangan remaja kita yang terbawa-bawa dengan budaya yang bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam. maka kita juga mudah terpedaya dengan unsur-unsur negatif tersebut.ingin mempraktikkan agama Islam dalam semua aspek kehidupan mereka. Setiap kali kita menonton televisyen. Sekarang ini kita menghadapi pula teknologi internet dan televisyen kabel yang mana segala bentuk informasi dapat diraih hanya dengan menekan butang sahaja. Bayangkanlah. Dalam kesedaran ini. kita akan mendengar perkataan-perkataan lucah. cuma ada radio.

Bagaimanapun. Kita akan berjaya di dunia dan di akhirat. . walaupun pada pandangan kita mereka tidak memahami jiwa dan perasaan kita. Keempat. anak-anak mereka juga akan menjadikan Islam sebagai panduan kehidupan mereka. kita tidak harus mudah terpedaya akan unsur-unsur negatif. yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah menentukan agar kamu jangan menyembah melainkan Allah dan hendaklah kamu berbuat baik dengan mereka. namun dengan berpegang teguh kepada agama. Kedua. Firman Allah s. maka masyarakat dan negara kita akan menjadi lemah. yang menerapkan nilai-nilai Islam dalam keluarga mereka. hormatilah ibu bapa kita. jika mereka lebih mementingkan keseronokan dan hiburan sehingga lalai daripada tanggungjawab. maka tidak hairanlah jika anak-anak mereka juga berkelakukan sedemikian. maka masyarakat kita dan negara akan menjadi lebih maju lagi. Kita akan menjadi orang yang paling disegani dan dihormati kelak. maka percayalah. Jika mereka menjalankan tanggungjawab sebagai remaja atau belia Islam yang dinamik. keluarga. ibu-bapa menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anak mereka. sekiranya ibu bapa sendiri terpengaruh dengan unsur-unsur negatif Barat. Sememangnya zaman remaja penuh dengan pancaroba. kekalkan akhlak dan cara kehidupan sebagai orang Islam. Sekiranya ibu-bapa tidak memberikan contoh yang baik. Bak kata pepatah "bapak borek. janganlah kita menghabiskan masa berkhayal dengan perasaan cinta dan mencari pasangan. agar menyedari bahawa mereka adalah adalah harapan keluarga dan negara. Sekiranya kita tidak bersetuju dengan mereka. ayat 23. Bagaimanapun. bukan dengan membentak dan menunjukkan marah." Bagaimanapun. kita mestilah sedar bahawa waktu remaja bukanlah untuk berseronok sematamata. maka katakanlah dengan nada yang lembut dan sopan. menjadikan keluarga mereka sebagai keluarga Islami. kita menyeru kepada para remaja dan belia kita. Ketiga. bangsa. Jika salah seorang dari mereka atau keduadua mereka telah mencapai umur tua. sebagai remaja dan belia. kita mempunyai beberapa tanggungjawab asas yang penting untuk dipraktikkan pada zaman yang serba mencabar ini. segala dugaan dan cabaran yang mendatang dapat ditangani atau dihadapi dengan jaya.w. Ambillah budaya yang baik daripada sesiapa pun dalam mencari dan meningkatkan ilmu. agama. Ia tidak membawa banyak hasil. Pertama. dan negara. Malah masa kita yang berharga itu sepatutnya dihabiskan dengan mencari ilmu atau menyumbang kepada masyarakat. Jadikanlah waktu tersebut sebagai persiapan untuk menghadapi masa hadapan apabila kita semakin tua kelak.t dalam surah al-Isra¶. Sebagai belia dan remaja Muslim.mereka. Oleh hal yang demikian itu. insya-Allah. Sesungguhnya. maka janganlah berkata kasar kepada mereka. akan tetapi ucapkan kepada mereka dengan ucapan yang baik dan lembut. ibu bapa adalah pintu yang sentiasa terbuka untuk membawa kita ke syurga. anak rintik." Remaja yang berwawasan adalah remaja yang tahu akan tanggungjawab kepada diri sendiri. tetapi waktu tersebut mestilah diisi dengan mencari dan menimba ilmu pengetahuan dan menghayati agama Islam. insya-Allah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful