You are on page 1of 27

951009-08-6634

TAJUK : KEPENTINGAN POKOK BAKAU DAN IMPLIKASINYA TERHADAP


PENDUDUK KUALA SEPETANG

ABSTRAK

Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti kepentingan pokok bakau dan
implikasinya terhadap penduduk Kuala Sepetang. Kajian ini mengemukakan dua objektif.
Objektif pertama untuk mengenal pasti kepentingan hutan paya bakau terhadap penduduk
sekitar dan ekosistem. Seterusnya, untuk mengkaji kesan kepupusan pokok bakau terhadap
penduduk sekitar. Kajian ini diadakan di Kuala Sepetang, Taiping Perak. Kaedah kajian yang
digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal
selidik. Sampel kajian ialah seramai empat puluh orang. Kajian ini dilakukan secara
kebetulan. Dapatan kajian bagi kepentingan yang utama menunjukkan bahawa hutan bakau
penting untuk dijadikan tempat tarikan pelancong. Pernyataan tersebut menunjukkan bahawa
seramai 21 orang atau bersamaan dengan 52.5% memilih sanagt setuju manakala 17 orang
atau bersamaan dengan 42.5% memilih setuju. Kesan yang utama adalah kepupusan pokok
bakau mungkin menjejaskan keseimbangan ekosistem. Kesan tersebut menunjukkan bahawa
13 orang atau bersamaan dengan 32.5% memilih sangat setuju dan 23 orang atau bersamaan
dengan 57.5% memilih setuju.
951009-08-6634

KANDUNGAN

BUTIR HALAMAN
ABSTRAK i
KANDUNGAN ii
PENGHARGAAN iii
1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Peta
3.2 Gambar
4.0 KAEDAH KAJIAN
4.1 Reka Bentuk Kajian
4.2 Sampel Kajian
4.3 Instrumen Kajian
4.3.1 Soal Selidik
4.4 Cara Pengumpulan Data
4.4.1 Dokumentasi
4.4.2 Soal Selidik
4.5 Cara Analisis Data
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Demografi Penduduk
5.1.1 Jantina
5.1.2 Umur
5.1.3 Bangsa
5.2 Kepentingan Pokok Bakau
5.3 Kesan-Kesan Kepupusan Pokok Bakau
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
6.1 Kepentingan Pokok Bakau
6.2 Kesan-Kesan Kepupusan Pokok Bakau
6.3 Kesimpulan
951009-08-6634

RUJUKAN
LAMPIRAN
Borang Soal Selidik
951009-08-6634

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Matapelajaran
Pengajian Am saya, Cik Poh Bee Theen, selaku penyelia saya di atas kesudian beliau
meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja
kursus ini. Teguran dan tunjuk ajar beliau amat dihargai.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Kuala Sepetang
sebagai responden bagi kajian saya yang telah banyak memberi kerjasama serta atas kesudian
meluangkan masa bagi menjawab borang soal selidik saya.

Terima kasih juga kepada iba tercinta saya kerana banyak membantu dan tidak jemu
memberikan nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan serta sokongan moral dan kewangan. Beliau
juga banyak membantu saya dalam memberi idea semasa membuat kajian tersebut. Tidak
lupa juga buat abang yang dikasihi terima kasih kerana memberikan sokongan serta kata-kata
semangat.

Penghargaan ini juga buat kawan-kawan yang disayangi dan rakan-rakan seperjuangan di
Tingkatan Enam Pra-U2, terima kasih kerana sudi membantu saya dalam menjayakan kerja
kursus saya serta memberi semangat. Jasa anda semua amat dihargai. Sekian. Terima kasih
kepada semua.
951009-08-6634

1.0 PENGENALAN

Pokok bakau penting kepada persekitaran marin, manusia serta flora dan fauna yang
berada di dalam ekosistem tumbuhan bakau. Hutan paya bakau merupakan salah satu
daripada kawasan tanah lembap (wetland) yang terdapat di Malaysia. Hutan paya bakau
tertumpu di kawasan tropika dan sub-tropika. Pokok bakau hidup di kawasan pesisiran
pantai, muara sungai, di sekeliling pulau dan kawasan pengaruh air pasang surut. Hutan
bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan.
Habitat bakau menampung jumlah haiwan yang besar, daripada yang paling halus
sehinggalah kepada reptilia yang besar. Haiwan yang paling menarik di kawasan bakau
dan dataran lumpur ialah spesies burung air dan burung pantai. Hutan paya bakau
berasal daripada perkataan Bahasa inggeris, iaitu mangrove forest. Menurut Hamilton
dan Snedaker (1994), paya bakau ditafsirkan sebagai ekosistem hutan yang tahan air masin di
kawasan antara pasang surut di sepanjang kawasan pinggir-pinggir pantai. Pupus berasal
daripada perkataan Bahasa Inggeris, iaitu extinct. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka (2008) pupus bermaksud habis lenyap sama sekali. Secara keseluruhannya, hutan
paya bakau merupakan tempat perlindungan serta sumber makanan bagi flora dan fauna
manakala pupus bermaksud sesuatu species hidupan tidak lagi wujud di muka bumi ini.

Secara perincinya, hutan paya bakau merupakan tempat yang sesuai bagi pembiakan
beberapa spesies seperti ikan, ketam, udang dan, kerang. Hutan ini merupakan tempat
hidupan berkenaan menetas dan membesar sebelum kembali ke laut. Hilangnya hutan ini
bukan sahaja memberi kesan secara tidak langsung tetapi juga kesan secara langsung ke atas
ekonomi sesebuah negara akibat kehilangan pendapatan dari industri perikanan. Hutan paya
bakau bukan sahaja melindungi daripada hakisan tanah tetapi mengumpulkan semula tanah
yang terhakis dari laut. Keadaan ini berlaku apabila ombak menolak tanah atau lumpur dari
laut ke daratan dan hutan paya bakau dengan sistem akarnya yang unik dapat menggumpul
tanah berkenaan. Bahan makanan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan paya bakau
merupakan sumber makanan yang kaya yang dapat menarik perhatian hidupan laut. Daun-
daun pokok bakau yang jatuh ke permukaan air merupakan sumber makanan kepada pelbagai
jenis kehidupan akuatik.
951009-08-6634

Hutan paya bakau yang kaya dengan flora dan fauna semakin hari semakin berkurangan
akibat sikap segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab dan memusnahkan alam
semulajadi. Pembalakan secara berleluasa menyebabkan spesies pokok bakau semakin pupus.
Dalam konteks Malaysia, sebanyak 20 peratus paya bakaunya telah diterokai semenjak 20
tahun yang lalu (Berita Harian,2011). Kebanyakan hutan bakau diabai dan ditebang untuk
memberi laluan kepada pelbagai aktiviti manusia. Industri ini menyebabkan kemusnahan
hutan bakau lebih kurang 5000 hektar per tahun. Setiap lapisan masyarakat harus memainkan
peranan yang penting dalam menjaga hutan paya bakau daripada pupus. Justeru, dalam kajian
ini, pengkaji ingin mengkaji kepentingan hutan paya bakau terhadap penduduk dan
ekosistem. Malahan, pengkaji juga akan mengkaji tentang kesan-kesan kepupusan pokok
bakau.

Tajuk : Kepentingan Hutan Paya Bakau dan Implikasinya Terhadap Penduduk Kuala

Sepetang

2.0 Objektif Kajian

1. Mengenal pasti kepentingan hutan paya bakau terhadap penduduk sekitar dan ekosistem.

2. Mengkaji kesan kepupusan pokok bakau terhadap penduduk sekitar.


951009-08-6634

3.0 LOKASI KAJIAN


3.1 Peta

Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah salah satu elemen yang sangat penting.
Kawasan kajian ini adalah berfokus di Kuala Sepetang. Kuala Sepetang terletak di kuala
sungai yang menghadap Selat Melaka di sebelah barat negeri Perak dalam daerah Larut
Matang. Kuala Sepetang terletak lebih kurang 16.6 kilometer dari Pusat Bandar Taiping. dan
16.2 kilometer dari Stesen KTM Taiping. Tempat yang berhampiran dengannya
ialah Matang, Aulong, Kamunting dan Taiping. Kawasan ini merupakan kawasan paya bakau
yang sangat luas. Hutan paya bakau ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Matang.

Rajah 1 : Lokasi Kuala Sepetang

Sumber: https://maps.google.com/
951009-08-6634

3.2 Gambar

Gambar 1 : Hutan Paya Bakau di Lokasi Kajian

Sumber : Kajian Lapangan 2014


951009-08-6634

4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, cara
pengumpulan data dan cara analisis data.

4.1 Reka Bentuk Kajian :

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ialah kaedah mengumpul
maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih
daripada populasi yang hendak dikaji (Sabitha Marican, 2009). Kajian tinjauan bertujuan
untuk mengumpul data secara terus daripada sekumpulan subjek (Chua Yan Piaw. 2006).
Biasanya kajian tinjauan dilakukan dengan cara memberi soal selidik kepada responden
kajian untuk dijawab. Soalan-soalan yang diberikan kepada responden kajian mestilah
ringkas, jelas dan mudah difahami. Jika tidak, data yang dipungut kurang tepat dan rendah
kebolehpercayaannya. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan dan kesan-
kesan kepupusan pokok bakau di Kuala Sepetang.

4.2 Sampel Kajian :

Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara kebetulan yang melibatkan
penduduk di Kuala Sepetang. Memilih mana-mana subjek yang ditemuinya, yang paling
dekat dengannya. Subjek dipilih kerana mereka sanggup menjadi sampel kajian. Bilangan
responden sekadar mencukupi untuk membuat kajian. Pengkaji telah menetapkan dengan
hanya memilih minimum umur 21 tahun ke atas sebagai responden. Hal ini kerana, golongan
umur tersebut telah membesar dengan pemikiran yang matang dan boleh mengambil
keputusan sendiri. Kesemua responden adalah penduduk yang tinggal di taman tersebut.
951009-08-6634

4.3 Instrumen Kajian :

Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik.

4.3.1 Soal Selidik

Instrumen soal selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS (Keep it short and
simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami (R. Kubaren et al,
2013). Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu demografi penduduk yang
mengandungi 3 soalan mengenai maklumat penduduk dan soalan yang berkaitan dengan
kepentingan pokok bakau dan kesan-kesan kepupusan pokok bakau. Masing-masing terdiri
daripada 7 soalan. Soalan dalam borang soal selidik menggunakan skala likert lima skor.

4.4 Cara Pengumpulan Data :

Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti
dokumentasi dan soal selidik.

4.4.1 Dokumentasi

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah
diterbitkan seperti buku, akhbar dan sumber daripada internet bagi mendapatkan maklumat
berkenaan dengan kepentingan dan kesan-kesan kepupusan pokok bakau. Selain itu, peta
lokasi kajian juga didapati daripada internet iaitu google map.
951009-08-6634

4.4.2 Soal Selidik

Kaedah soal selidik adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang
kepentingan pokok bakau dan kesan-kesan kepupusan pokok bakau. Borang soal selidik
diberikan kepada responden yang sudi bekerjasama. Responden diberi masa lima minit untuk
menjawab semua soalan.

4.5 Cara Analisis Data :

Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang telah
diperoleh dianalisis dengan menggunakan kekerapan, dan peratusan. Data-data dalam borang
soal selidik dipindahkan ke dalam bentuk jadual, carta dan bahan grafik lain.

Bagi item yang menggunakan skala likert, skor diberi seperti berikut :

Skala Skor
Sangat Setuju 5
Setuju 4
Tidak Pasti 3
Tidak Setuju 2
Sangat Tidak Setuju 1
951009-08-6634

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian
yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden terhadap
kepentingan dan kesan-kesan kepupusan pokok bakau. Data kajian telah diproses bagi
mendapatkan seperti nilai peratusan, taburan kekerapan dan purata.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual 1 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan penduduk Kuala Sepetang


berdasarkan jantina, umur dan bangsa.

Jadual 1 : Latar Belakang Responden

Bil. Faktor Kategori Kekerapan (f) Peratusan (%)


Lelaki 19 47.8
1 Jantina Perempuan 21 52.5
21-30 7 17.5
31-40 9 22.5
2 Umur 41-50 10 25.0
51-60 5 12.5
61 ke atas 9 22.5
Melayu 8 20.0
3 Bangsa Cina 24 60.0
India 8 20.0
Sumber : Kajian Lapangan (2014)

5.1.1 Jantina
951009-08-6634

Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina.

Jantina

Lelaki

48% Perempuan
52%

Rajah 1 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina


Sumber : Kajian Lapangan (2014)

Berdasarkan Rajah 1, hasil dapatan kajian menunjukkan daripada 40 orang responden,


seramai 19 orang atau 47.8 peratus adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala
bakinya sebanyak 21 orang atau 52.5 peratus adalah responden perempuan. Tidak terdapat
perbezaan jurang yang besar dalam pemilihan jantina responden. Maklumat yang lebih jelas
boleh dilihat pada Rajah 2.

5.1.2 Umur
951009-08-6634

Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur.

25
22.5 22.5

17.5 21-30
Peratus (%)

31-40
12.5 41-50
51-60
61 ke atas

Umur

Rajah 2 : Demografi Responden Berdasarkan Umur


Sumber : Kajian Lapangan (2014)

Berdasarkan hasil kajian, daripada 40 orang responden, seramai 7 orang atau 17.5% adalah
terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara 21 hingga 30 tahun.
Seramai 9 orang atau 22.5% terdiri daripada golongan umur 31 hingga 40. Selain itu, adalah
responden yang berumur antara 41 hingga 50 yang terdiri daripada 10 orang atau 25.0%.
Selebihnya adalah responden yang berumur 51 hingga 60 dan 61 tahun ke atas yang masing-
masing terdiri daripada 5 orang iaitu 12.5% responden, dan 9 orang atau 22.5% responden
seperti di Rajah 2. Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai
pandangan yang berbeza. Peratus responden yang berumur 51-60 tahun mempunyai jurang
perbezaan yang banyak berbanding dengan responden daripada golongan umur yang lain.
Penduduk di Kuala Sepetang kurang didiami oleh golongan yang berumur 51-60 tahun. Hal
ini kerana, responden berpindah ke bandar yang dilengkapi dengan kemudahan awam yang
lebih memudahkan kehidupan mereka. Kebanyakan penduduk Kuala Sepetang ialah
golongan remaja, dewasa dan yang lebih berusia.
951009-08-6634

5.1.3 Bangsa

Rajah 4 menunjukkan demografi responden berdasarkan bangsa.

Bangsa

20% 20%

Melayu
Cina
India

60%

Rajah 3 : Demografi Responden Berdasarkan Bangsa

Sumber : Kajian Lapangan (2014)

Berdasarkan hasil kajian daripada 40 orang responden, responden kajian adalah terdiri
daripada pelbagai bangsa. Seramai lapan orang responden atau 20% adalah terdiri daripada
penduduk berbangsa Melayu. Di samping itu, 24 orang responden lagi adalah daripada
bangsa Cina iaitu 60%. Selebihnya iaitu sebanyak 8 orang atau 20% adalah terdiri daripada
bangsa Cina. Hasil ini dinyatakan pada Rajah 3. Responden yang berbangsa Cina mempunyai
lebih peratus berbanding dengan bangsa Melayu dan India kerana kebanyakan penduduk
yang menetap di Kuala Sepetang berbangsa Cina. Bangsa lain pula jarang didapati di Kuala
Sepetang.
951009-08-6634

5.2 Kepentingan Pokok Bakau

Jadual 2 menunjukkan kepentingan pokok bakau terhadap penduduk sekitar dan ekosistem.

Jadual 2 : Analisis Kepentingan Pokok Bakau terhadap Penduduk Sekitar Dan


Ekosistem

Sangat Setuju Tidak pasti Tidak Sangat


setuju setuju tidak
Bil Kepentingan setuju

f % f % f % f % f %
1 Merendahkan suhu persekitaran 7 17.5 20 50 8 20 5 12.5 0 0
2 Penampan tsunami 2 5 23 57.5 11 27.5 4 10 0 0
3 Sebagai tempat tarikan pelancong 21 52.5 17 42.5 2 5 0 0 0 0

4 Tempat perlindungan pelbagai jenis habitat 14 35 22 62.5 1 2.5 3 7.5 0 0


air dan daratan

5 Pembekal ubat-ubatan 10 25 13 32.5 13 32.5 3 7.5 1 2.5

6 Membekalkan sumber makanan 13 32.5 18 45 6 15 2 5 1 2.5


7 Mengelakkan berlakunya hakisan tanah 20 50 16 40 3 7.5 1 2.5 0 0
Sumber : Kajian Lapangan (2014)

5.2.1 Merendahkan Suhu Persekitaran

Berdasarkan Jadual 2 hasil analisis daripada 40 orang responden telah dibuat tentang
kepentingan pokok bakau iaitu merendahkan suhu persekitran. Seramai 7 orang bersamaan
17.5% memilih sangat setuju dan seramai 20 orang atau bersamaan dengan 50% memilih
setuju dengan pernyataan bahawa merendahkan suhu persekitran. Selain itu, seramai 8 orang
bersamaan 20% memilih tidak pasti. Walau bagaimanapun, seramai 5 orang atau bersamaan
dengan 12.5% memilih tidak setuju dengan pernyataan tersebut dan tiada responden yang
memilih sangat tidak setuju. Oleh itu, kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan
ini.
951009-08-6634

5.2.2 Penampan Tsunami

Rajah 2 menunjukkan kepentingan kedua iaitu sebagai penampan tsunami. Seramai 2


orang responden atau bersamaan dengan 5% memilih sangat setuju dan seramai 23 orang atau
bersamaan dengan 57.5% memilih setuju. Namun, seramai 11 orang atau bersamaan dengan
27.5% memilih tidak pasti dan hanya 4 orang atau bersamaan dengan 10% memilih tidak
setuju. Tiada responden yang memilih sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Secara
keseluruhannya, kebanyakan responden bersetuju bahawa pokok bakau sebagai penampan
tsunami.

5.2.3 Sebagai Tempat Tarikan Pelancong

Seterusnya, hutan bakau penting untuk dijadikan tempat tarikan pelancong. Hasil
analisisnya telah dibuat berdasarkan 40 orang responden. Seramai 21 orang atau bersamaan
dengan 52.5% memilih sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Bagi kepentingan ini juga,
seramai 17 orang atau bersamaan dengan 42.5% memilih setuju manakala 2 orang atau
bersamaan dengan 5% memilih tidak pasti. Tiada responden yang memilih tidak setuju dan
sangat tidak setuju bahawa pokok bakau penting sebagai tempat tarikan pelancong. Secara
keseluruhannya, kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan tersebut.

5.2.4 Tempat Perlindungan Pelbagai Jenis Habitat Air Dan Daratan

Di samping itu, pokok bakau juga penting sebagai tempat perlindungan pelbagai jenis
habitat air dan daratan. Daripada 40 orang responden, seramai 14 orang atau bersamaan
dengan 35% memilih sangat setuju manakala 22 orang atau bersamaan dengan 62.5%
memilih setuju. Namun, hanya 1 orang memilih tidak pasti iaitu bersamaan dengan 2.5% dan
3 orang atau bersamaan dengan 7.5% memilih tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Tiada
responden yang memilih sangat tidak setuju. Secara keseluruhannya, responden bersetuju
dengan pernyataan tersebut.
951009-08-6634

5.2.5 Pembekal Ubat-Ubatan

Selain itu, pokok bakau juga merupakan pembekal ubat-ubatan kepada penduduk.
Berdasarkan jadual 2 hasil analisis daripada 40 orang responden seramai 10 orang atau
bersamaan dengan 25% memilih sangat setuju dan 13 orang atau bersamaan dengan 32.5%
memilih setuju. Bagi kepentingan ini juga, seramai 13 orang atau bersamaan dengan 32.5%
memilih tidak pasti. Walau bagaimanapun, seramai 3 orang atau bersamaan dengan 7.5%
memilih tidak setuju dan bagi pilihan sangat tidak setuju hanya terdapat seorang atau
bersamaan dengan 2.5%. Oleh itu, kebanyakan responden bersetuju dengan aspek tersebut.

5.2.6 Membekalkan Sumber Makanan

Berdasarkan Jadual 2, membekalkan sumber makanan juga mungkin merupakan


kepentingan pokok bakau. Seramai 13 orang atau bersamaan dengan 32.5% memilih sangat
setuju dan 18 orang atau bersamaan dengan 45% memilih setuju. Selain itu, seramai 6 orang
atau bersamaan dengan 15% memilih tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Namun,
seramai 2 orang atau bersamaan dengan 5% memilih tidak setuju manakala bagi pilihan
sangat tidak setuju hanya terdapat seorang atau bersamaan dengan 2.5%. Secara
keseluruhannya, responden bersetuju dengan kepentingan tersebut.

5.2.7 Mengelakkan Berlakunya Hakisan Tanah

Akhir sekali, kepentingan pokok bakau adalah mengelakkan berlakunya hakisan tanah.
Empat puluh orang responden yang terpilih telah memilih jawapan masing-masing dan
hasilnya telah dianalisis berdasarkan Jadual 2. Seramai 20 orang atau bersamaan dengan 50%
memilih sangat setuju dan 16 orang atau bersamaan dengan 40% memilih setuju. Namun,
bagi pilihan tidak pasti terdapat seramai 3 orang atau bersamaan dengan 7.5% manakala bagi
pilihan tidak setuju hanya terdapat seorang atau bersamaan dengan 2.5%. Tiada responden
yang memilih pilihan sangat tidak setuju. Justeru, kebanyakan responden bersetuju dengan
pernyataan tersebut.
951009-08-6634

5.3 Kesan-kesan Kepupusan Pokok Bakau

Jadual 3 menunjukkan kesan-kesan kepupusan pokok bakau terhadap penduduk sekitar di


Kuala Sepetang.

Rajah 3 : Analisis Kesan-kesan Kepupusan Pokok Bakau

Sangat Setuju Tidak pasti Tidak Sangat


setuju setuju tidak
Bil Kesan-kesan setuju

f % f % f % f % f %
1 Boleh menjejaskan keseimbangan 13 32.5 23 57.5 2 5 2 5 0 0
ekosistem
2 Memusnahkan tempat perlindungan 5 12.5 28 70 6 15 1 2.5 0 0
haiwan dan tumbuh-tumbuhan
3 Menyebabkan pencemaran udara 10 25 10 25 12 30 7 17.5 1 2.5

4 Menyebabkan kepupusan hidupan liar dan 15 37.5 21 52.5 3 7.5 1 2.5 0 0


spesies pokok

5 Menyebabkan hakisan tanah 10 25 24 60 5 12.5 1 2.5 0 0

6 Menjejaskan pendapatan penduduk 20 50 7 17.5 8 20 5 12.5 0 0


7 Pengurangan sumber semulajadi 9 22.5 20 50 8 20 2 5 1 2.5
Sumber : Kajian Lapangan (2014)

5.3.1 Boleh Menjejaskan Keseimbangan Ekosistem

Berdasarkan Jadual 3, hasil analisis telah dibuat terhadap empat puluh orang responden
tentang kesan-kesan kepupusan pokok bakau. Kepupusan pokok bakau boleh menjejaskan
keseimbangan ekosistem. Seramai 13 orang atau bersamaan dengan 32.5% memilih sangat
setuju dan 23 orang atau bersamaan dengan 57.5% memilih setuju. Namun, bagi pilihan
kurang pasti hanya terdapat 2 orang atau bersamaan dengan 5% manakala bagi pilihan tidak
setuju juga terdapat 2 orang atau bersamaan dengan 5%. Tiada responden yang memilih
sangat tidak setuju bagi pernyataan tersebut. Secara keseluruhannya, kebanyakan responden
memilih setuju dan hanya sebahagian kecil yang memilih tidak pasti dan tidak setuju.
951009-08-6634

5.3.2 Memusnahkan Tempat Perlindungan Haiwan Dan Tumbuh-Tumbuhan

Seterusnya kepupusan pokok bakau juga mungkin boleh memusnahkan tempat


perlindungan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Berdasarkan hasil analisis terhadap empat puluh
orang responden seramai 5 orang atau bersamaan dengan 12.5% memilih sangat setuju dan
28 orang atau bersamaan dengan 70% memilih setuju. Terdapat segelintir responden yang
memilih pilihan tidak pasti dengan serami 6 orang atau bersamaan dengan 15%. Walau
bagaimanapun, hanya 1 orang atau bersamaan dengan 2.5% memilih tidak setuju dan tiada
responden yang memilih sangat tidak setuju. Jadi, kebanyakan responden bersetuju dengan
kesan tersebut.

5.3.3 Menyebabkan Pencemaran Udara

Selain itu, kepupusan pokok bakau mungkin menyebabkan pencemaran udara. Seramai 10
orang atau bersamaan dengan 25% memilih sangat setuju dan bagi pilihan setuju juga
terdapat 10 orang atau bersamaan dengan 25%. Seramai 12 orang atau bersamaan dengan
30% memilih tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Namun, terdapat seramai 7 orang atau
bersamaan dengan 17.5% memilih tidak setuju dan bagi pilihan sangat tidak setuju hanya
terdapat 1 orang atau bersamaan dengan 2.5%. Oleh itu, kebanyakan responden bersetuju
dengan pernyataan tersebut.

5.3.4 Menyebabkan Kepupusan Hidupan Liar Dan Spesies Pokok

Kepupusan pokok bakau juga mungkin menyebabkan kepupusan hidupan liar dan spesies
pokok. Mengikut hasil analisis seramai 15 orang atau bersamaan dengan 37.5% memilih
sangat setuju dan 21 orang atau bersamaan dengan 52.5% memilih setuju. Seramai 3 orang
atau bersamaan dengan 7.5% memilih tidak pasti. Namun, bagi pilihan tidak setuju hanya
terdapat 1 orang atau bersamaan dengan 2.5% dan bagi pilihan sangat tidak setuju
menunjukkan bahawa tiada yang memilih pilihan tersebut. Justeru, kebanyakan responden
bersetuju dengan aspek tersebut.
951009-08-6634

5.3.5 Menyebabkan Hakisan Tanah

Di samping itu, berdasarkan Jadual 3, mungkin juga menyebabkan hakisan tanah. Bagi
kesan ini juga, seramai 10 orang atau bersamaan dengan 25% memilih sangat setuju dan 24
orang atau bersamaan dengan 60% memilih setuju dengan kesan tersebut. Terdapat seramai 5
orang atau bersamaan dengan 12.5% memilih tidak pasti. Walau bagaimanapun, bagi pilihan
tidak setuju hanya terdapat 1 orang atau bersamaan dengan 2.5% dan tiada yang memilih
bagi pilihan sangat tidak setuju. Oleh itu, kebanyakan responden bersetuju dengan kesan
tersebut.

5.3.6 Menjejaskan Pendapatan Penduduk

Berdasarkan Jadual 3 kesan kepupusan pokok bakau yang keenam mungkin adalah
menjejaskan pendapatan penduduk. Menurut hasil analisis daripada empat puluh orang
responden, seramai 20 orang atau bersamaan dengan 50% memilih sangat setuju manakala
seramai 7 orang atau bersamaan dengan 17.5% memilih setuju. Terdapat seramai 8 orang
atau bersamaan dengan 20% memilih tidak pasti. Namun, terdapat 5 orang atau bersamaan
dengan 12.5% memilih tidak setuju dengan pernyataan tersebut dan tiada responden yang
memilih sangat tidak setuju. Oleh itu, kebanyakan responden bersetuju bahawa kepupusan
pokok bakau mungkin menjejaskan pendapatan penduduk.

5.3.7 Pengurangan Sumber Semulajadi

Akhir sekali, kesan yang terakhir iaitu pengurangan sumber semulajadi. Berdasarkan hasil
analisis daripada 40 orang responden seramai 9 orang atau bersamaan dengan 22.5% memilih
sangat setuju dan 20 orang atau bersamaan dengan 50% memilih setuju. Bagi kesan ini,
seramai 8 orang atau bersamaan dengan 20% memilih tidak pasti. Walau bagaimanapun,
bagi pilihan tidak setuju terdapat 2 orang atau bersamaan dengan 5% dan bagi pilihan sangat
tidak setuju hanya terdapat 1 orang atau bersamaan dengan 2.5%. Oleh itu, kebanyakan
responden bersetuju dengan pernyataan tersebut.
951009-08-6634

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian. Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi
penduduk terhadap beberapa aspek seperti kepentingan dan kesan-kesan kepupusan pokok
bakau di Kuala Sepetang.

6.1 Kepentingan Pokok Bakau

Berdasarkan kajian yang telah dibuat didapati bahawa majoriti penduduk bersetuju bahawa
kepentingan pokok bakau merendahkan suhu persekitaran. Kebanyakan responden memilih
setuju kerana pokok bakau dapat merendahkan suhu persekitaran. Pokok bakau dapat
menghalang sinaran matahari yang terik. Ada juga antara mereka tidak pasti dengan
pernyataan tersebut. Hal ini mungkin disebabkan mereka tidak memberikan perhatian
terhadap aspek tersebut. Daripada hasil kajian ini, para responden bersetuju dengan
pernyataan ini.

Seterusnya, bagi aspek penampan tsunami terdapat beberapa persepsi penduduk terhadap
pernyataan tersebut. Kebanyakan responden bersetuju bahawa pokok bakau di Kuala
Sepetang dapat menghalang tsunami atau ombak besar daripada melanda ke kawasan
perumahan. Terdapat responden yang memilih tidak pasti. Hal ini kerana, responden yang
baru berpindah ke kawasan tersebut tidak pernah mengalami kejadian tersebut. Oleh itu,
responden memilih tidak pasti bagi pernyataan tersebut. Namun, beberapa responden tidak
bersetuju dengan aspek tersebut. Hal ini kerana, responden tinggal di kawasan yang berada di
luar lingkaran berlakunya tsunami. Secara keseluruhannya, kebanyakan responden bersetuju
dengan kepentingan tersebut.

Bagi kepentingan yang ketiga pula ialah sebagai tempat tarikan pelancong. Kebanyakan
responden memilih sangat setuju dan setuju kerana mereka sering ternampak beberapa orang
pengunjung atau pelancong asing dari tempat yang lain berkunjung ke pokok bakau yang
berdekatan dangan kawasan perumahannya atau semasa melalui kawasan tersebbut. Secara
keseluruhannya, kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan tersebut.
951009-08-6634

Selain itu, kebanyakan responden memilih sangat setuju dan setuju bagi kepentingan
hutan bakau sebagai tempat perlindungan pelbagai jenis habitat air dan daratan. Hal ini
kerana, di kawasan pokok bakau terdapat banyak spesies flora dan fauna yang hampir pupus.
Pokok bakau merupakan tempat perlindungan bagi flora dan fauna tersebut. Namun, terdapat
beberapa responden tidak bersetuju kerana mereka beranggapan bahawa sekiranya pokok
bakau pupus, fungsinya sebagai tempat perlindungan flora dan fauna tidak terjejas. Secara
keseluruhannya, responden bersetuju dengan aspek tersebut.

Bagi kepentingan hutan bakau membekalkan ubat-ubatan, beberapa responden telah


memilih tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju kerana responden yang memilih
terdiri daripada golongan remaja yang tidak tahu tentang ubat tradisional yang boleh didapati
daripada pokok bakau. Bagi pilihan sangat setuju dan setuju hanyalah daripada golongan
dewasa dan yang lebih berusia yang mempunyai pengetahuan tentang ubat-ubatan yang boleh
mengubati segelintir penyakit yang tidak serius. Oleh itu, kebanyakan responden bersetuju
dengan kepentingan ini.

Di samping itu, kebanyakan responden memilih sangat setuju dan setuju bagi pernyataan
hutan bakau membekalkan sumber makanan kerana responden bekerja sebagai nelayan yang
mencari sumber makanan melalui tangkapan di laut mahupun di pinggir laut. Responden
yang memilih tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju pula terdiri daripada golongan
remaja yang masih belajar. Oleh itu, responden tidak tahu tentang pernyataan tersebut. Secara
keseluruhannya, responden bersetuju dengan kepentingan tersebut.

Akhir sekali, bagi pernyataan bahawa hutan bakau mengelakkan berlakunya hakisan
tanah, majoriti responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini kerana, mereka
bekerja sebagai petani yang bercucuk tanam untuk menampung kehidupan harian. Oleh itu,
mereka jelas bahawa pokok bakau penting untuk mengelakkan berlakunya hakisan tanah.
951009-08-6634

6.2 Kesan-kesan Kepupusan Pokok Bakau

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, didapati bahawa majoriti penduduk bersetuju
dengan kesan memusnahkan tempat perlindungan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Kebanyakan responden memilih setuju dengan pernyataan tersebut. Menurut laporan Trade
Record Analysis of Flora and Fauna menyatakan antara 1986 hingga jun 1990, kepupusan
pokok bakau akan menyebabkan kemusnahan tempat perlindungan flora dan fauna.
Responden yang memilih tidak pasti kerana responden yang lebih tua tidak tahu dengan
pernyataan ini. Secara keseluruhannya, kebanyakan responden bersetuju dengan kesan
tersebut.

Selain itu, bagi kesan menyebabkan pencemaran udara kebanyakan responden memilih
setuju kerana mereka beranggapan bahawa sekiranya aktiviti penebangan atau pembakaran
secara berleluasa akan menyebabkan berlakunya jerebu. Responden yang memilih tidak pasti
kerana responden kurang memberi perhatian terhadap perubahan di sekeliling mereka.
Secara keseluruhannya, kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Seterusnya, bagi aspek menyebabkan kepupusan hidupan liar dan spesies pokok, secara
keseluruhannya ramai responden bersetuju dengan aspek tersebut.. Responden sedar
sekiranya pokok bakau pupus maka hidupan liar dan spesies pokok yang lain juga akan pupus
kerana hidupan lain telah hilang tempat perlindungan serta sumber makanan.

Bagi kesan seterusnya iaitu kepupusan pokok bakau mungkin menyebabkan hakisan
tanah. Kebanyakan responden bekerja sebagai petani yang bercucuk tanam di tanah yang
terbiar. Berdasarkan pengalaman responden, hutan paya bakau bukan sahaja melindungi
daripada hakisan tanah tetapi mengumpulkan semula tanah yang terhakis dari laut. Oleh itu,
sekiranya tiada pokok bakau yang menjadi penghalang akan berlakunya hakisan tanah.
Secara keseluruhannya, ramai responden bersetuju dengan kesan tersebut.

Di samping itu, kepupusan pokok bakau juga mungkin menjejaskan pendapatan


penduduk. Kebanyakan responden memilih pilihan sangatt setuju dan setuju kerana
responden bergantung kepada pokok bakau untuk mencari sumber pendapatannya. Segelintir
responden yang memilih tidak pasti dan tidak setuju kerana responden tersebut masih muda
atau yang sudah berusia tidak mempunyai pengalaman dengan mencari sumber pendapatan
melalui pokok bakau. . Oleh itu, mereka tidak tahu kepupusan pokok bakau akan menjejaskan
951009-08-6634

sumber pendapatan penduduk. Secara keseluruhannya, kebanyakan responden bersetuju


dengan kesan tersebut.

Akhir sekali, kesan yang terakhir iaitu pengurangan sumber semulajadi. Kebanyakan
responden memilih setuju kerana responden tahu sekiranya pokok bakau pupus maka sumber
semulajadi akan semakin berkurangan. Responden yang memilih tidak pasti, tidak setuju dan
sangat tidak setuju kerana responden beranggapan bahawa negara kita masih mempunyai
sumber semulajadi yang banyak dan tidak akan habis. Oleh itu, responden memilih tidak
pasti bagi kesan tersebut. Secara keseluruhannya, responden bersetuju dengan pernyataan
tersebut.

6.3 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, hutan paya bakau merupakan satu kawasan ekosistem yang harus dipelihara bagi
mengelakkan berlakunya sebarang kemusnahan di kawasan ini. Masyarakat akan rugi jika membiarkan tanah
paya bakau mengalami kemusnahan kerana negara akan kehilangan satu ekosistem alam yang unik dan tidak
terdapat di kawasan lain. Jika eksploitasi berlebihan dilakukan di kawasan tanah paya ini akan menyebabkan
kawasan tanah paya bakau akan berkurangan dan keseimbangan ekosistem juga turut terancam. Satu
sistem pengurusan bagi mengelakkan pengurangan tanah paya yang cekap perlu dilaksanakan supaya dapat
menjaga kelestarian tanah paya bakau agar terus berkekalan. Oleh sebab itu, semua pihak seharusnya
memainkan peranan penting dalam memastikan kawasan tanah paya bakau ini terus berkekalan dan tidak hanya
memandang untuk mendapat keuntungan sahaja.
951009-08-6634

RUJUKAN

Karya Penulis

Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : McGrow Hill Sdn Bhd.

R.Kuberan et al, 2013, Teks Efektif STPM Pengajian Am (Penggal 2) 900/2, Petaling Jaya :
Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd.

Sabitha Marican, 2009, Penyelidikan Sains Global : Pendekatan Pragmatik, Batu Caves :
Edusystem Sdn Bhd.

Kamus

Kamus Bahasa, 2008. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suratkhabar dan Buletin

Fatin Hafizah Mohd Shahar. Selamatkan Pokok dlm Berita Harian, 13 Jun 2011.

Bahan Internet

Laman Web Google. 2014 http://maps.google.com (3 Mac 2014)

Zulinah (2010). Geografi Alam Sekitar. http://geografialamsekitar.blogspot.com (3 Mac


2014)

Zulkarnain Zakaria. Kenali Hutan Paya Bakau. http://members.tripod.com (3 Mac 2014)

Thong Zhi Wei (2010). Kepupusan Flora dan Fauna. http://alamsekitar-


eongirls2010.blogspot.com (3Mac 2014)
951009-08-6634

You might also like