You are on page 1of 1
rahim Bismillabirrahmar Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi Kerana dengan limpah kurnia-Nya Bidang Sains dan Bidang Matematik, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Perak telah berjaya menghasilkan Modul Soalan Latih Tubi Berfokus (SOLAF) untuk lapan buah modul ‘melibatkan mata pelajaran Sains UPSR, Fizik SPM, Kimia SPM, Biologi SPM, Sains Teras SPM, Matematik UPSR, Matematik SPM dan Matematik Tambahan SPM. Koleksi modul inj amat berguna sebagai behan sokongan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam usaha untuk membantu para guru meningkatkan kemahiran murid-murid dalam menjawab soalan- soalan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan awam UPSR dan SPM. Item-item yang, dibina dalam Modul SOLAF ini diharap dapat menjana pemikiran murid ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia dan memenuhi aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia untuk ‘meletakkan negara dalam sistem pendidikan pada kelompok satu per tiga teratas di dunia ‘menjelang tahun 2025, Pelaksanaan Modul SOLAF di sekolah akan dijadikan satu program dan maklumat yang mampu meramal status kesediaan sekolah sebelum menghadapi peperiksaan awam di peringkat UPSR dan SPM, Dengan ini pihak sekolah akan lebih peka dan menjadikan pelaksanaan SOLAF ini sebagai alat ukur tahap kecemerlangan mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah masing-masing dan sebagai penanda aras keupayaan murid dalam persiapan menghadapi peperiksan awam, Melalui pelaksanaan SOLAF, pihak sekolah akan dapat membetul dan menggerakkan jentera di sekolah melalui Panitia Sains dan Panitia ‘Matematik agar dapat melakukan penambahbaikan dalam PdP sebagai langkah pengesanan wal dan merancang pecutan terakhir sebelum menjelangnya peperiksaan awam. Harapan saya, semoga bahan sokongan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya olch guru-guru dan rmurid-murid di semua sekolah di negeri Perak. ‘Akhir sckali, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargean dan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya kepada Jurulatih Utama Sains dan Matematik Negeri Perak dan para pegawai Sains dan Matematik Jabatan Pendidikan Perak dengan kejayaan penghasilan ‘modul ini. Sekian, Wassalam, (AZM a DAHALD, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Perak

You might also like