You are on page 1of 17

SYARAT DAN PERATURAN

PINJAMAN PELAJARAN MARA

1
1. SYARAT DAN PERATURAN PINJAMAN PELAJARAN MARA

1 Surat tawaran yang diberikan adalah sebahagian daripada syarat


perjanjian yang perlu dibaca bersama dengan Syarat dan Peraturan
Pinjaman Pelajaran MARA dan dokumen perjanjian yang akan
ditandatangani bersama oleh MARA, anda dan Penjamin.

2 Sekiranya anda telah terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat


Negara (PLKN), maka menjadi tanggungjawab anda untuk memohon
penangguhan terus daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara dan
memaklumkan keputusannya kepada MARA.

3 Anda hendaklah disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Hospital


Kerajaan / Hospital Swasta mengikut butiran borang Pemeriksaan
Kesihatan yang disertakan.

4 Anda dikehendaki menyediakan seorang Penjamin (Program Pengajian


Dalam Negara) / dua orang Penjamin (Program Pengajian Luar Negara)
sebagai jaminan kepada pinjaman pelajaran yang ditawarkan.

5 Penempatan anda di peringkat Ijazah Pertama adalah hak mutlak MARA


tertakluk kepada anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan di
peringkat Persediaan (Sila rujuk Lampiran B) serta ditawarkan tempat
pengajian di Institusi tersebut.

6 Bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama, anda perlu mengekalkan


prestasi akademik yang cemerlang sepanjang tempoh pengajian. MARA
berhak menggantung pinjaman pelajaran ini sekiranya anda gagal
memperolehi CGPA 3.0 (atau setaraf) untuk dua (2) semester berturut-
turut.

7 MARA berhak menggantung, memberhentikan atau menarik balik


pinjaman ini dengan serta merta sekiranya anda didapati mengemukakan
maklumat palsu.

8 Anda dikehendaki membayar balik 100% pinjaman pelajaran yang telah


dikeluarkan sekiranya menarik diri / gagal dalam pengajian yang
ditawarkan.

9 Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memohon pengurangan


bayaran balik dari Bahagian Kawalan Kredit (BKK) MARA dalam tempoh
satu (1) tahun dari tarikh tamat pengajian. Sekiranya anda gagal berbuat
demikian, anda adalah tertakluk kepada bayaran balik 100% daripada
jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan MARA.

2
LAMPIRAN B

2. SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK KE PERINGKAT IJAZAH PERTAMA

2.1 PENGAJIAN KE LUAR NEGARA


International Baccalaureate (IB) 35 / 45 point IELTS 6.5

A-Level 13 / 15 point IELTS 6.5

A- Level Germany 11 / 15 point TestDAF Lulus Level V1 & V2

American Degree Foundation Program (ADFP) CGPA 3.5 / 4.0 TOEFL 90/120 & SAT 1,000 point

American Credit Transfer Program (ACTP) CGPA 3.0 / 4.0 TOEFL 90/120 & SAT 1,000 point

International Canadian Pre-University (ICPU) 85 point IELTS 6.5

South Australian Matriculation (SAM) TER 85% IELTS 6.5

Program Persediaan Perancis 10 / 20 point Lulus Bahasa Perancis Level 4

Pra Universiti Rusia & UniKL MIAT 4 / 5 (Lulus) TIADA

Foundation (The University of Nottingham & Monash


University 60% IELTS 6.5

Certified Accounting Technician 75% IELTS 6.5

Program Persediaan Perubatan / Farmasi / Optometri /


Pergigian (Foundation in Science) CGPA 3.5 / 4.0 IELTS 6.5

Program Persediaan lain (Foundation) CGPA 3.5 / 4.0 IELTS 6.5

3
2.2 PENGAJIAN DALAM NEGARA

A-Level 13 / 15 point
Foundation (The University of Nottingham &
Monash University) 60%
Certified Accounting Technician Lulus
Certified Business Accounting Lulus
Program Persediaan Perubatan / Farmasi /
Optometri / Pergigian (Foundation in Science) CGPA 3.5 / 4.0
Program Persediaan lain (Foundation) CGPA 3.0 / 4.0

2.3 PROGRAM DIPLOMA CEMERLANG

Diploma Bidang Teknikal CGPA 3.5 / 4.0

Diploma Bukan Teknikal CGPA 3.75 / 4.0

4
3. KADAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN MARA MULAI TAWARAN 1 JANUARI 2011

PERINGKAT PENGAJIAN / KADAR BAYARAN BALIK KADAR BAYARAN BALIK


BIL ANGGARAN KOS TAHAP PENCAPAIAN DALAM NEGARA LUAR NEGARA
Lulus / Gagal 0% 0%
1 Pra-Universiti / Sijil
Menarik Diri 100% 100%

CGPA 3.50 - CGPA 4.00 atau


diiktiraf Kelas Pertama oleh 15% 10%
Universiti berkenaan
Kelas Kedua Tinggi
atau 20% 15%
CGPA 3.00 - CGPA 3.49
Diploma (dalam negara sahaja) /
2 Kelas Kedua Rendah
Ijazah Pertama
atau
CGPA 2.50 - CGPA 2.99 20% tertakluk kepada siling
25%
Kelas Ketiga & Ijazah Am (GD) RM150,000.00
atau
CGPA 2.00 - CGPA 2.49
Tambahan Masa 50% 50%
Gagal Akademik 100% 100%
20% tertakluk kepada siling
Lulus 25% RM150,000.00
3 Ijazah Pertama Perubatan
Tambahan Masa 50% 50%
Gagal Akademik 100% 100%

*Tertakluk kepada syarat dan peraturan / perubahan mengikut ketetapan MARA

5
DOKUMEN PINJAMAN
PELAJARAN MARA

6
BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN MARA
TINGKAT 3, BANGUNAN MEDAN MARA
JALAN RAJA LAUT
50609 KUALA LUMPUR
TEL: 03-26132000 / 03-26132075
FAX: 03-26915854

SENARAI SEMAK (CHECK LIST)

NAMA : ............................................................................. (NO K/P: ..................................................)

INSTITUSI : ............................................................................

KURSUS :...............................................................................

NO. TEL (R) & TEL (H/P) : ............................./.........................

EMAIL : ..............................................................

BIL BUTIR-BUTIR SEMAKAN CATATAN

1. Surat Tawaran Pinjaman MARA

(2 salinan bertandatangan pelajar sahaja yang perlu dihantar kepada


pihak MARA)

2. Borang BPPM/B/01

(Perlu tandatangan Saksi dan Salinan Kad Pengenalan Pelajar hendaklah


disertakan)

3. Borang BPPM/B/02

Salinan Kad Pengenalan dan Slip Gaji Penjamin hendaklah disertakan /


Surat pengesahan pendapatan jika tidak mempunyai slip gaji

4. Borang BPPM/B/03 * dua salinan untuk pengajian ke luar negara


( Surat Akuan bersumpah oleh Penjamin)

5. 4 Salinan Surat Perjanjian Pinjaman MARA beserta Surat Iringan


(5 salinan bagi Program Luar Negara)

6. Sertakan Salinan Buku Akaun Bank/ Slip / Penyata Akaun Bank:


i. Bank Islam, atau
ii. CIMB, atau
iii. BSN, atau
iv. Bank Kerjasama Rakyat, atau
v. Affin Islamic, atau
vi. RHB Islamic Bank.

*(Disahkan oleh pihak bank)

7. 1. Dokumen lain (untuk pengajian ke luar negara):

i. Borang pemeriksaan kesihatan (Program Perubatan &


Pengajian ke luar negara) 2 salinan
ii. Sijil Sokongan ke Luar Negara 2 salinan
iii. Borang Letter of Consent 3 salinan
iv. Borang Soalan Keselamatan (secara online:
http://cgso.gov.my)

7
BPPM/B/01

(DIISI OLEH PELAJAR)

Daripada:

.............................................. Tarikh : ......................................

..............................................

..............................................

Kepada:

Pengarah
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
Tingkat 3, Medan MARA, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.

Tuan,

KEBENARAN MENGHUBUNGI JABATAN HASIL DALAM NEGERI/KUMPULAN WANG SIMPANAN


PEKERJA/BANK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR DAN KEBENARAN
UNTUK MENZAHIRKAN SURAT-SURAT DARIPADA MARA KEPADA PENJAMIN.

Saya yang tersebut nama di atas, membenarkan MARA untuk menghubungi Jabatan yang tersebut di atas bagi
tujuan mendapatkan maklumat peribadi saya pada bila-bila masa diperukan.

Keterangan diri saya bagi tujuan di atas adalah seperti berikut:-

(i) Bilangan ahli KWSP : .......................................................................................................................

(ii) Bil. Rujukan di Jabatan : ......................................................................................................................


Hasil Dalam Negeri

(iii) Nama dan Alamat Bank : .......................................................................................................................

(iv) No. Akaun Semasa / Simpanan : .............................................................................................................

Surat kebenaran ini adalah sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat pinjaman pelajaran yang
diluluskan oleh MARA mengikut Surat Pinjaman Pelajaran Bil ..........................bertarikh .................................
Dengan ini juga, saya dengan rela hati, memberi persetujuan kepada MARA untuk menzahirkan kepada penjamin-
penjamin saya, segala surat menyurat di antara MARA dengan saya berkaitan dengan Pinjaman Pelajaran saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
......................................................................
(Tandatangan Saksi)
Nama :
....................................................... No KP :
(Tandatangan Pelajar) Alamat : ........................................................
Nama : ........................................... ......................................................................
No. K/P : ........................................ ......................................................................

8
DISEDIAKAN DALAM DUA SALINAN UNTUK PENGAJIAN LUAR NEGARA BPPM/B/02
PERHATIAN
SUKACITA DIINGATKAN BAHAWA TUAN/PUAN SEBAGAI PENJAMIN ADALAH MENJADI
TANGGUNGJAWAB BERSAMA TERHADAP KEWAJIPAN DAN TANGGUNGAN-TANGGUNGAN DENGAN
PELAJAR DI BAWAH SURAT PERJANJIAN PINJAMAN YANG AKAN TUAN/PUAN TANDATANGANI

SURAT PERJANJIAN PINJAMAN PELAJARAN MARA LAPORAN PENJAMIN


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Saya seperti nama di bawah ini mengesahkan bahawa saya bersetuju untuk menjadi penjamin kepada
Encik/Cik
......................................................................................................................................................................................
(pelajar)
2. Saya dengan rela hati bersetuju menjamin sebanyak Ringgit Malaysia : .....................................................

......................................................................................................................(RM : .....................................................)
Iaitu jumlah yang telah diluluskan bagi membolehkan Pelajar mengikuti pengajiannya dan lain-lain tambahan

perbelanjaan sekiranya ada di Institusi .......................................................................................................................


(Institusi pengajian pelajar)

3. Saya mengaku dan faham saya sebagai penjamin adalah menjadi tanggungjawab bersama dengan pelajar
terhadap kewajipan dan tanggungan-tanggungan di bawah Surat Perjanjian Pelajaran MARA.

Nama : ......................................................................................................................................................................
(Penjamin)
No. K/P : ................................................... Tarikh Lahir: ..................................... Umur : .........................................
(Sertakan Salinan K/P)

Alamat Tetap (Rumah) : ................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................................................

No.Tel (Hp) : ...........................................(Rumah) ............................................. (Pejabat) ..........................................

Pekerjaan : ................................................................. Pendapatan RM : ....................................................................


(Sertakan Salinan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan)
(Terkini) (Bersurat)

Taraf Perkahwinan : ....................................................... Bil. Tanggungan : .............................................

Pendapatan Dan Punca Lain : RM ....................................................................................................................

PENJAMIN TIDAK DIBENARKAN MENJAMIN LEBIH DARI DUA ORANG PENUNTUT. TULISKAN NAMA,
ALAMAT DAN JUMLAH PINJAMAN YANG DIJAMIN TERMASUK PEMEGANG BIASISWA KERAJAAN DAN
LAIN-LAIN BADAN, SEKIRANYA ADA.

.......................................................................................................................................................................................
Saya mengakui dan mengesahkan bahawa maklumat-maklumat yang disebutkan di atas adalah benar.

................................................................................... ....................................................................
Tandatangan Tarikh

PENGESAHAN MAJIKAN ( UNTUK DIISI OLEH MAJIKAN PENJAMIN SAHAJA)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Bagi yang tiada majikan, pengesahan oleh Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Penghulu, Jaksa Pendamai dan ADUN)

Saya sahkan bahawa keterangan yang diberikan oleh Encik/Cik ..............................................................................

......................................................................................... seperti di atas adalah benar.

................................................................................... ....................................................................
Tandatangan Majikan Tarikh
( Cop Rasmi Nama , Jawatan dan Jabatan / Syarikat)

9
DISEDIAKAN DALAM DUA SALINAN UNTUK PENGAJIAN LUAR NEGARA BPPM/B/03

(Diisi Oleh Penjamin)

SURAT AKUAN

Saya .............................................................................................................................................................................

No K/P : ......................................... dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa

1. Saya bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;

2. Saya tidak pernah disabitkan sama ada di dalam atau di luar Malaysia dengan kesalahan mengenai
fraud atau penipuan yang membawa hukuman penjara tiga bulan atau lebih jika disabitkan dan tidak
pernah dipenjarakan atas kesalahan tersebut.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan penuh kepercayaan bahawa ianya benar dan mengikut peruntukan Akta
Akuan Berkanun 1980.

Diakui dengan sebenarnya ]

................................................................................................... ]

di .............................................................................................. ] ...................................................................
Tandatangan Penjamin
Dalam Negeri : ....................................................................... ]

Pada ...................................... hb ............................ 20 ............ ].

Dihadapan saya

....................................................................
Pesuruhjaya Sumpah / Majistret

10
PANDUAN MENGISI SURAT PERJANJIAN
PINJAMAN PELAJARAN MARA

SILA BACA DENGAN TELITI KETERANGAN INI


SEBELUM MENGISI SURAT PERJANJIAN

1. SURAT PERJANJIAN

1.1 Tiap-tiap penuntut yang ditawarkan pinjaman MARA adalah dikehendaki memenuhi dan
menandatangani:;
1.2 Lima (5) salinan Surat Perjanjian (untuk Pengajian Luar Negara).
1.3 Empat (4) salinan surat Perjanjian ( untuk Pengajian Dalam Negara).

1.4 Surat-surat Perjanjian yang dilengkapkan dengan tidak mengikuti peraturan atau didapati kotor / terlalu
banyak kesilapan dan dikembalikan / ditolak dan pihak MARA tidak bertanggungjawab atas sebarang
kelewatan akibat dari ini.

Bayaran hanya akan dibuat setelah surat-surat perjanjian dipenuhi dengan betul dan teratur.

2. PERATURAN MENGISI SURAT PERJANJIAN

2.1 Surat perjanjian hendaklah diisi dengan tulisan yang jelas menggunakan DAKWAT HITAM ATAU
BIRU. Salinan karbon (carbon copies) dan tulisan bertindih adalah tidak dibenarkan.

2.2 SEBARANG KESILAPAN HENDAKLAH DIPOTONG SATU GARISAN SAHAJA DAN


DITANDATANGANI RINGKAS (INITAL) OLEH PENUNTUT DAN KEDUA-DUA PENJAMIN.
Penggunaan sebarang cecair (correcting fluid) untuk tujuan pembetulan adalah tidak dibenarkan.

3. CARA-CARA MENGISI SURAT PERJANJIAN

3.1 Hanya tulisan rumi dibenarkan untuk mengisi surat-surat perjanjian.

3.2 Nama penuh, alamat rumah yang tetap dan nombor kad pengenalan penuntut dan penjamin- penjamin
dalam perjanjian itu hendaklah diisi dengan lengkap.

3.3 Contoh untuk mengisi borang perjanjian dilampirkan bersama. Pelajar dinasihatkan berhati-hati
semasa mengisi borang perjanjian.

4. SYARAT & KELAYAKAN PENJAMIN-PENJAMIN PELAJARAN MARA

Pengajian
Perkara
Dalam Negara Luar Negara
Penjamin Satu (1) penjamin Dua (2) penjamin
Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis. Jika ibu atau
Penjamin bapa, hanya salah seorang sahaja layak menjadi penjamin dalam
satu-satu masa
Jika Ibu/ Bapa Tiada had Umur bagi menjadi penjamin
menjadi penjamin
Jika bukan Ibu/bapa Umur tidak melebihi 50 tahun dari tarikh
menjadi penjamin menandatangani surat perjanjian MARA
Gaji / Pendapatan > RM 500 sebulan > RM 1000 sebulan

Bagi ibu/bapa golongan Dikecualikan dari kategori pendapatan diatas dengan syarat status
rakyat termiskin golongan rakyat termiskin mestilah terdapat dalam senarai JPM/EPU

11
4.1 Pengesahan Pendapatan / Slip Gaji / Slip Pencen:-

a. Bekerja dengan Kerajaan/Swasta : Disahkan oleh majikan masing-masing

b. Bekerja sendiri/berniaga/pesara : Disahkan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/


Jaksa Pendamai/ADUN

c. Golongan rakyat termiskin : Disahkan oleh Pegawai Daerah

4.2 Penjamin dibenarkan menjamin 2 orang sahaja.

4.3 Pegawai-pegawai MARA tidak dibenarkan menjadi penjamin kecuali untuk anak sendiri.

4.4 Kedua-dua penjamin dikehendaki melengkapkan borang laporan penjamin dan dihantar bersama
sama dengan borang perjanjian.

4.5 Penjamin-penjamin yang bersetuju menandatangani perjanjian tidak boleh menarik diri dari menjadi
penjamin kecuali mereka yang hilang kelayakan seperti yang diperuntukan dalam surat perjanjian
(Meninggal Dunia, Gila, Muflis).

5. SAKSI

5.1 Penjamin-penjamin disyaratkan supaya menandatangani surat perjanjian dihadapan saksi-saksi.

5.2 Saksi-saksi hendaklah menyatakan dengan jelas:-

Nama :

No. Kad Pengenalan :

Cop Rasmi Jawatan & Jabatan :

5.3 Saksi-saksi bagi pelajar dan kedua-dua penjamin hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai berikut:-

i) Penghulu, Ketua Mukim, Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK yang mempunyai Cop Jawatan
Rasmi.

ii) Semua pegawai-pegawai Kerajaan dan Badan Berkanun dalam Kumpulan A dan B.

iii) Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret dan
Peguam.

iv) Wakil Rakyat.

v) Jaksa Pendamai.

5.4 Cop Rasmi Jawatan dan Jabatan saksi hendaklah disertakan bagi saksi yang menandatangani
perjanjian. Cop jawatan bagi pihak Ketua Jabatan seperti b/p: Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah dan
sebagainya tidak diterima.

5.5 Saksi-saksi tidak boleh menjadi penjamin bagi satu borang perjanjian yang sama.

5.6 Seorang saksi boleh menjadi saksi untuk:

5.6.1 Penuntut dan Penjamin atau kedua-dua penjaminnya (untuk Pengajian Luar Negara)
5.6.2 Penuntut dan Penjaminnya (untuk Pengajian Dalam Negara)

12
6. CUKAI SISTEM

Setem Hasil sebanyak RM10.00 hendaklah dimatikan disudut kanan muka hadapan tiap-tiap surat perjanjian di
mana-mana Pejabat Cukai Setem sebelum dikembalikan ke Ibu Pejabat MARA.

7. SURAT PERJANJIAN PENUNTUT/PENJAMIN

Setelah pihak MARA mengambil tindakan ke atas surat-surat perjanjian:,

7.1 Sebanyak 3 salinan Surat Perjanjian ini akan dipulangkan untuk simpanan penuntut dan kedua-dua penjamin
(untuk Pengajian Luar Negara)
7.2 Sebanyak 2 salinan Surat Perjanjian akan dipulangkan untuk simpanan penuntut dan penjamin (untuk pengajian
dalam Negara)

8.PERTUKARAN ALAMAT

Sebarang pertukaran alamat penuntut/penjamin hendaklah dimaklumkan kepada MARA dengan segera.

13
SETEM HASIL RM10.00 HENDAKLAH
DIMATIKAN DI SETIAP SALINAN DI
SUDUT INI

CONTOH MENGISI SURAT PERJANJIAN

MUKA HADAPAN

PERJANJIAN

PINJAMAN PELAJARAN

ANTARA

(NAMA PENUH PENUNTUT DENGAN HURUF BESAR)

DAN

MAJLIS AMANAH RAKYAT

DAN

(NAMA PENUH PENJAMIN PERTAMA DENGAN HURUF BESAR)

DAN

(NAMA PENUH PENJAMIN KEDUA DENGAN HURUF BESAR)

Bertarikh pada (penuhkan haribulan mengikut tarikh setem dimatikan)

PERHATIAN!

SURAT PERJANJIAN HENDAKLAH DI ISI DENGAN HURUF BESAR.

14
MUKA SURAT 2

2. Sebagai balasan bagi perkara-perkara yang tersebut di atas Majlis dengan ini bersetuju
untuk menjamin kepada pelajar wang yang berjumlah (JUMLAH PINJAMAN DENGAN
HURUF BESAR CONTOH : SATU RATUS TIGA PULUH RIBU SAHAJA)
............................................. (RM130,000.00) seperti yang dinyatakan dalam Surat
Tawaran Pinjaman Pelajaran yang disebutkan di bawah fasal 16 Perjanjian ini.

PERHATIAN!

SURAT PERJANJIAN HENDAKLAH DI ISI DENGAN HURUF BESAR.

MUKA SURAT 5

16. Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa Pinjaman Pelajaran (BIL. SURAT
TAWARAN) bertarikh (TARIKH SURAT TAWARAN MARA) dan apa-apa tambahan atau
pindaan kepadanya hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada
perjanjian.

PERHATIAN!

SURAT PERJANJIAN HENDAKLAH DI ISI DENGAN HURUF BESAR.

15
MUKA SURAT 6

Saksi-saksi hendaklah menandatangani serta menurunkan butir-butir diri (Nama dan No. Kad Pengenalan) dan Cop
Rasmi Jawatan serta Jabatan mereka pada ruang yang disediakan.

CONTOH :

DITANDATANGANI oleh pelajar ] ....................................................


tandatangan pelajar

Nama : DAUD BIN AHMAD

No Kad Pengenalan : 1234567

Cop Rasmi Jawatan : Pegawai Daerah Raub, PAHANG ] .....................................................


tandatangan saksi

Disempurnakan, ditandatangani ]

dan diserahkan oleh ]

Bagi pihak MAJLIS AMANAH RAKYAT ] [DIKOSONGKAN]

Dihadapan ]

DITANDATANGANI oleh ] ................................................................


Penjamin tersebut dihadapan tandatangan
Penjamin Pertama

Nama : DAUD BIN AHMAD

No. Kad Pengenalan : 1234567

Cop Rasmi Jawatan : Pegawai Daerah Raub, PAHANG ] ..................................................................


tandatangan saksi

DITANDATANGANI oleh

Penjamin tersebut dihadapan ] ..................................................................


tandatangan
Penjamin Kedua

Nama : DAUD BIN AHMAD ]

No. Kad Pengenalan : 1234567 ]

Cop Rasmi Jawatan : Pegawai Daerah Raub, PAHANG ] ..................................................................


tandatangan saksi

16
MUKA SURAT 7

JADUAL

(Dibaca bersama dan menjadi sebahagian dari Perjanjian ini)

BAHAGIAN PERKARA BUTIR-BUTIR

1 Tarikh Perjanjian hb 20
[penuhkan seperti haribulan tarikh setem dimatikan]

2 Pelajar Nama : [Nama penuh pelajar dengan huruf besar]

No. Kad Pengenalan :

Alamat : [Alamat rumah yang tetap dengan huruf besar]

3 Penjamin Pertama Nama : [Nama penuh penjamin dengan huruf besar]

No. Kad Pengenalan :

Alamat : [Alamat rumah yang tetap dengan huruf besar]

Penjamin Kedua Nama : [Nama penuh penjamin dengan huruf besar]

No. Kad Pengenalan :

Alamat : [Alamat rumah yang tetap dengan huruf besar]

17

You might also like