Assg Hubungan Etnik Done

You might also like

You are on page 1of 25

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

1. PENGENALAN.

Umum mengetahui Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum

dan agama. Sejajar dengan itu, satu pendekatan yang berkesan perlu ditekankan dalam

pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia yang mana rakyatnya menganggap diri mereka

sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat.

Perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi, bagi

mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Justeru itu,

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan

Konsep 1Malaysia dengan hasrat mewujudkan rakyat Malaysia yang lebih berdaya saing

dalam mengharungi halangan dan cabaran arus globalisasi di samping bersatu padu bagi

mencapai wawasan 2020 negara.

1.0. Definisi Konsep 1Malaysia.

Konsep 1Malaysia ialah satu gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri

Malaysia yang ke-6 iaitu Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Menurut Kamarul,

Azmi & Jasmi (2012), dalam kajiannya bertajuk Persepsi Masyarakat Pekan Terhadap

Konsep 1Malaysia, gagasan 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Seri Mohd Najib

Tun Abdul Razak ialah seperti berikut:

Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita
mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik
dalam negara kita. Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar
untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara
yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak
mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara
bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.

1
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa perpaduan sememangnya telah

membentuk teras utama dalam hala tuju negara sejak kemerdekaan dicapai. Konsep ini

berpaksikan kepada prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Konsep

1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-

masing. Ayat yang menyebut Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa

Malaysia membawa maksud menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama supaya

berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut supaya

melakukan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Justeru, bangsa

Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja.

Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara

yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan bangsa-bangsa yang

lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama. Sementara itu, ayat dan kita

mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam

negara kita lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini

bermakna kepimpinan negara hendaklah melayani dan memenuhi segala keperluan dan

hak semua kaum dan etnik di Malaysia dengan menjalankan tanggungjawab sebagai

pemimpin dan bertindak adil.

Tujuan utama konsep ini ialah, untuk memastikan pembinaan negara maju

melalui perpaduan rakyat berbilang kaum di samping keprihatinan pemimpin dalam

merealisasikan negara yang bersatu padu. Konsep 1Malaysia merupakan sebuah aspirasi

yang diwujudkan bagi merealisasikan dan mengekalkan perpaduan kaum yang telah lama

wujud di Malaysia. Kepesatan pembangunan negara dengan melalui zaman globalisasi

yang membuatkan dunia tanpa sempadan memerlukan idea atau pemikiran baru bagi

2
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

menyekat timbulnya perkara negatif yang boleh mengancam keamanan negara yang telah

dikecapi sejak kemerdekaan. Konsep 1Malaysia dapat membantu negara dalam

merealisasikan impian untuk mencapai wawasan 2020 yang telah lama diaspirasikan.

Perpaduan yang ingin digambarkan oleh konsep 1Malaysia amat berbeza dari konsep

asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik

dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama (Nazri Muslim &

Jamsari Alias, 2012). Sebaliknya konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana

Menteri Malaysia ialah, menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan

Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya

sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap

penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima

keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling

hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Selain itu, konsep 1Malaysia berhasrat melahirkan masyarakat yang berfikir serta

bertindak sebagai bangsa Malaysia melangkaui tembok kelompok etnik dan kaum. Setiap

individu perlu menzahirkan kesetiaan mereka terhadap negara ini melangkaui

kepentingan kaum masing-masing. Menurut Zaid Ahmad (2006) dalam buku Hubungan

Etnik di Malaysia yang menghuraikan tentang karya terkenal oleh Ibnu Khaldun yang

bertajuk Muqaddimah yang mana telah memperkenalkan suatu teori sosial yang

dikenali sebagai assabiyah atau perasaan cinta kepada kaum, puak, suku atau qabilah.

Perasaan ini perlu dielakkan oleh masyarakat bagi menjayakan konsep 1Malaysia. Setiap

individu perlulah merasakan bahawa mereka merupakan salah seorang daripada bangsa

yang besar iaitu bangsa Malaysia dan setiap perkara perlulah dikongsi bersama-sama.

3
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

1.1. Dasar Konsep 1Malaysia.

1Malaysia adalah penerus kepada agenda membina negara maju. Untuk mencapai

kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan

membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh.

Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan

lebih lancar. Usaha memperkasakan perpaduan nasional melalui 1Malaysia disandarkan

kepada tiga prinsip teras iaitu Prinsip Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Prinsip

Keadilan Sosial (Jabatan Penerangan Malaysia, 2009). Prinsip-prnsip ini merupakan asas

yang sangat penting untuk memperkukuhkan lagi perpaduan nasional.

Prinsip penerimaan membawa maksud, sesuatu yang dilakukan dengan rela hati

dan ikhlas tanpa ada paksaan mahupun desakan. Prinsip penerimaan, membawa

perlakuan seseorang untuk melakukan sesuatu perkara atau menerima sesuatu perkara

dengan sepenuh hati. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara

baik dan mendapat persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk

mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa.

Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu

diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada semua masyarakat negara ini.

Keunikan dan kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia memerlukan prinsip

penerimaan ini diterapkan di dalam hati semua rakyat. Hal ini kerana, perbezaan warna

kulit, budaya dan agama boleh membawa kepada pertelingkahan yang berpanjangan.

Walaubagaimanapun, perbezaan ini juga dapat memberi kelebihan jika prinsip

penerimaan ini mendapat perhatian semua rakyat. Ia bukanlah menjadi penghalang

4
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

kepada rakyat Malaysia untuk menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia

(Pejabat Perdana Menteri, 2009).

Prinsip teras kedua, yang perlu ada di dalam gagasan 1Malaysia ialah prinsip

kenegaraan. Menurut kamus dewan edisi ketiga (1994), kenegaraan membawa maksud

segala yang berkaitan dengan negara atau kemasyarakatan. Prinsip kenegaraan merujuk

kepada perlembagaan persekutuan dan rukun negara (Pejabat Perdana Menteri, 2009).

Semangat cintakan negara ataupun patriotisme merupakan satu semangat yang telah lama

dipupuk di dalam diri rakyat Malaysia. Sejak zaman pemerintahan Tunku Abdul

Rahman, semangat nasionalisme dan perpaduan telah diterapkan dalam kalangan rakyat.

Usaha-usaha ini diteruskan oleh pemimpin-pemimpin seterusnya di mana di zaman era

pemerintahan Tun Dr Mahathir, beliau mengilhamkan wawasan 2020 yang menjadi

sebutan dan impian rakyat pada masa akan datang.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum yang memerlukan

prinsip keadilan negara. Prinsip ini merupakan prinsip yang membawa kepada semangat

menghormati negara kaum dan agama. Merujuk kamus dewan edisi ketiga (1996),

keadilan membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Keadilan merujuk

kepada setiap kaum diberi layanan yang seadilnya sama ada dari segi kebajikan mahupun

aspek-aspek yang lain. Hal ini turut ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri apabila

menggesa semua pihak termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan

masing-masing untuk menegakkan keadilan terhadap semua lapisan masyarakat

(Kamarul, Azmi & Jasmi, 2012). Walaupun hidup dengan perbezaan budaya dan agama

serta pegangan, setiap kaum hendaklah diberi layanan yang sewajarnya dan seharusnya

tiada perbezaaan yang cuba ditimbulkan oleh sesetengah pihak. Semua rakyat Malaysia

5
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah

mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh

itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan

pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

1.2. Nilai-Nilai 1Malaysia.

Tiga prinsip teras yang digariskan seperti di atas dikuatkan lagi dengan sokongan

dari nilai-nilai murni. Oleh yang demikian, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul

Razak telah mengemukakan lapan nilai dalam konsep 1Malaysia (Kamarul, Azmi &

Jasmi 2012). Nilai-nilai murni yang diterapkan ini membawa suatu harapan agar dapat

mengeratkan hubungan rakyat Malaysia dan pada masa yang sama menjadi panduan

supaya rakyat dapat berfikir dan bertindak demi kepentingan negara (Mustari, 2004).

Lapan nilai konsep 1Malaysia tersebut ialah budaya kecemerlangan, rendah hati,

ketabahan, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Budaya kecemerlangan ialah budaya yang diterapkan di dalam pemikiran rakyat

Malaysia. Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah di mana negara mencapai tahap yang

terbaik dengan setiap perkara yang dilakukan. Budaya kecemerlangan ini akan membawa

negara ke tahap yang tertinggi. Kecemerlangan sesebuah negara bergantung kepada

sejauh mana sikap rakyat dalam sesebuah negara itu memandang serius terhadap tugas

dan sesuatu perkara yang dilakukannya. Apabila budaya kecemerlangan diterapkan sikap

sambil lewa dan lalai tidak akan wujud dikalangan individu. Budaya kecemerlangan

dikuatkan lagi dengan prinsip ketepatan. Ketepatan menguruskan masa amat penting

dalam menentukan kemajuan. Untuk perkara ini, Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI)

6
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

amat penting dalam mengukur pencapaian perkhidmatan yang diberi di samping dedikasi,

komitmen dan bekerja keras (Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Rendah hati adalah satu sikap yang terpuji yang perlu ada pada diri setiap

individu. Hal ini juga menjadi penekanan dalam agama islam. Islam menyarankan setiap

individu supaya tidak berbangga-bangga dan menunjuk-nunjuk segala kelebihan yang

ada. Perkara ini boleh membawa kepada perasaan dengki dan tidak digemari individu

lain. Dalam masyarakat yang berbilang kaum ini, perasaan rendah diri sangat penting

supaya wujudnya sikap tolong menolong dan menghormati antara satu sama lain. Begitu

juga dengan nilai ketabahan. Konsep 1Malaysia telah menggariskan ketabahan sebagai

nilai dalam konsep ini. Ketabahan membawa maksud kuat dan bersabar dalam melakukan

sebarang perkara. Kejayaan sesuatu pastinya datang daripada kesabaran seseorang dalam

melakukan sesuatu perkara. Setiap rakyat Malaysia perlu mempunyai nilai ketabahan

dalam diri supaya tidak mudah berputus asa dalam merealisasikan impian negara.

Kecekalan dan ketabahan inilah yang akan membawa negara ke hadapan seiring dengan

negara maju yang lain.

Nilai yang keempat dalam konsep 1Malaysia ialah penerimaan. Dalam negara

yang mempunyai rakyat berbilang kaum, nilai penerimaan sangat penting dalam diri

setiap individu. Penerimaan perbezaan akan membantu negara dari segi keamanan dan

pencapaian. Setiap individu perlu menghormati perbezaan yang terdapat pada setiap

kaum. Sikap penerimaan ini, perlu dalam usaha mencapai prinsip asas konsep 1Malaysia

iaitu membina sebuah negara bangsa. Nilai-nilai yang terbaik daripada semua kaum sama

ada Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima dan disesuaikan untuk

dikembangkan kepada seluruh anggota masyarakat. Semua program dan peruntukan

7
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama

mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman

politik. Semua kaum perlu diberikan hak dan peluang pendidikan, biasiswa, subsidi,

bantuan kewangan dan agihan projek secara adil bagi mencerminkan kesungguhan

kerajaan menjayakan gagasan 1Malaysia (Nurul Hidayah, 2010).

Seterusnya ialah kesetiaan. Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan

kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta perlu ada dalam diri

setiap individu. Semua kaum perlu mempunyai semangat kesetiaan kepada negara

melebihi semangat cintakan kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan

kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada

kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan organisasi. Kesetiaan ini

seterusnya, akan membina kepercayaan dan menjalin satu ikatan antara dua pihak.

Kritikan membina perlu dibuat dengan cara yang terbaik dan bijaksana beserta dengan

niat yang ikhlas supaya setiap kesilapan dapat diperbetulkan sepanjang masa. Pemimpin

atau ketua sesebuah organisasi perlu bersikap terbuka dan mahu mendengar teguran dan

kritikan daripada golongan bawahan serta, perlu menghindari sikap sombong dan tidak

boleh dikritik. Namun begitu, kesetiaan sahaja tidak memadai sebaliknya perlu

digabungkan dengan kemampuan melaksanakan tugas yang diberi dengan cemerlang.

Nilai kesetiaan perlu berasaskan keupayaan, pencapaian dan kemajuan. Kesetiaan yang

membuta tuli tanpa ada kemajuan adalah kesetiaan yang tidak bernilai (Pejabat Perdana

Menteri, 2009).

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara

demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi nilai integriti diberi

8
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

peluang untuk memacu pembangunan negara. Meritokrasi membawa maksud penekanan

kepada persaingan secara terbuka berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan

dan sesiapa yang memenuhi kriteria-kriteria tersebut mempunyai peluang yang sama rata

untuk dipilih atau dilantik (Sahat, 2011). Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi,

pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi

Malaysia dalam semua bidang. Sebagai contohnya, dalam aspek pemerolehan kerajaan,

pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat

yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Begitu juga dalam

pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya. Pemilihan

ini, wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak

yang bersaing membuktikan potensi dan kecemerlangan masing-masing serta

memberikan tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang

dijanjikan. Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi

cabaran globalisasi mahupun liberalisasi (Pejabat Perdana Menteri, 2009).

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk negara mencapai

kejayaan. Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan

pengetahuan dari semua aspek. Negara yang mempunyai mutu pendidikan yang baik

dilihat mempunyai kekuatan dan ketahanan yang lebih baik melebihi negara yang

mempunyai kelebihan dalam aspek ketenteraan. Malaysia perlu melahirkan masyarakat

yang sentiasa memberi penekanan kepada pendidikan melebihi dari penekanan dalam

aspek lain. Pendidikan yang tinggi dapat menjadi aras pengukur kemajuan sesebuah

negara. Rakyat yang berpendidikan tinggi tidak akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang

tidak berfaedah. Pendidikan sangat penting terutamanya kepada golongan remaja. Hal ini

9
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

kerana mereka yang akan menjadi pengganti dan meneruskan legasi kecemerlangan

negara. Golongan remaja merupakan golongan yang tertinggi di Malaysia. Hal ini akan

memberi kesan kepada negara jika generasi muda terlibat dengan gejala kurang sihat dan

mengabaikan pendidikan. Rakyat yang berilmu akan menjadikan sesebuah negara

sentiasa dalam keadaan maju dan terus berkembang.

Nilai yang terakhir dalam konsep 1Malaysia ialah integriti. Menurut kamus

dewan edisi ketiga (1994), integriti membawa maksud kejujuran dan ketelusan. Kejujuran

dan ketelusan dalam pemerintahan sangat penting dalam mendapatkan kepercayaan

rakyat. Sejurus dengan itu, setiap pemimpin perlu mempunyai kejujuran dan tidak

membuat perkara yang mendatangkan keraguan kepada rakyat. Nilai integriti yang

ditanam dalam diri setiap individu dapat mengelakkan berlakunya rasuah. Kita dapat lihat

pada era kemajuan globalisasi ini pelbagai kes rasuah berleluasa. Hal ini kerana tiadanya

nilai integriti dalam melakukan sesuatu tugas. Antara contoh nilai-nilai dalam integriti

ialah bercakap jujur, berusaha memperbaiki kesilapan, menerima teguran dan kritikan,

mengetepikan nilai peribadi dan pelbagai lagi. Nilai-nilai ini sangat penting untuk

seorang pemimpin supaya terhindar dari rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

RAJAH 1: Salah Laku Yang Melibatkan Kurangnya Integriti.

10
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

2. KEPENTINGAN KONSEP 1 MALAYSIA.

2.0. Kepentingan Kepada Rakyat dari Segi Sosial, Ekonomi, Politik.

Kepentingan konsep 1Malaysia kepada rakyat dari segi sosial ialah dapat

mewujudkan satu bangsa yang berbilang kaum. Ini membawa maksud walaupun tinggal

dalam negara yang mempunyai rakyat berbilang agama dan kaum kita dapat hidup dalam

suasana aman dan damai tanpa sebarang pertelingkahan yang boleh membawa kepada

pergaduhan dan peperangan. Dengan nilai-nilai yang digariskan dalam konsep 1Malaysia

rakyat lebih menghormati perbezaan yang terdapat antara satu sama lain. Sikap saling

menghormati akan mewujudkan semangat perpaduan dan cintakan negara. Melalui

konsep 1Malaysia semangat perpaduan dapat dikukuhkan lagi dengan penyemaian

semangat 1 bangsa sekaligus menjadikan negara mencapai wawasan 2020.

Kepentingan dari segi ekonomi kepada rakyat pula ialah apabila wujudnya konsep

1Malaysia pelbagai idea kreatif yang diwujudkan oleh kepimpinan bagi menstabilkan

ekonomi rakyat. Kewujudan kedai berkonsepkan 1Malaysia, klinik 1Malaysia, kedai

buku 1Malaysia dapat membantu rakyat dari segi perbelanjaan dan pendapatan.

Kewujudan kios dan kedai berkonsepkan 1Malaysia ini dapat memberi peluang pekerjaan

kepada rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan. Selain itu, barang-barang yang dijual di

kedai 1Malaysia sangat berpatutan dan dapat mengurangkan perbelanjaan rakyat

terutamanya dalam bahagian kos perubatan. Kewujudan klinik 1Malaysia sangat

membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat perubatan

yang lebih pakar dan terjamin.

11
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

Sementara itu, dari segi politik, rakyat akan lebih memberi kepercayaan kepada

kepimpinan negara dengan kemudahan-kemudahan dan keprihatinan pemimpin kepada

permasalahan rakyat. Kepercayaan yang diberikan dapat membantu kepimpinan masa

kini untuk terus menjayakan segala perancangan pembangunan negara dan seterusnya

mencapai wawasan 2020 yang telah diilhamkan sejak zaman pemerintahan Tun

Dr.Mahathir Mohamad. Di samping itu, perbezaan ideologi dijadikan sebagai satu

keunikan dan bukannya permasalahan. Umum mengetahui Malaysia mempunyai pelbagai

parti politik dan juga setiap parti mempunyai penyokongnya tersendiri. Perbezaan setiap

pendapat parti dapat dijadikan 1 usaha dan perbincangan yang boleh memberi kebaikan

kepada rakyat dan negara jika rakyat mengamalkan sikap menghormati dan tidak

mempunyai hasad dengki. Hasad dengki yang wujud akan menyebabkan berlakunya

fitnah dan seterusnya boleh mengundang kepada pergaduhan seperti tragedi 13 Mei 1969

yang akan terus menjadi sejarah hitam dalam negara. Oleh yang demikian kewujudan

konsep 1Malaysia dapat mengelakkan dari berlakunya peristiwa-peristiwa tersebut dan

seterusnya memberi keamanan dalam berpolitik.

2.1. Kepentingan Kepada Negara dari Segi Sosial, Ekonomi, Politik.

Kepentingan kewujudan konsep 1Malaysia dari segi sosial kepada negara ialah

dapat mewujudkan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama tetapi

dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Negara akan lebih maju apabila rakyatnya

bersatu padu. Sering kali kita mendengar perumpamaan Bersatu kita Teguh Bercerai

kita Roboh. Terbinanya sebuah negara yang maju dan gemilang adalah hasil dari

rakyatnya yang bersatu padu dan menghormati perbezaan antara satu sama lain.

Perbezaan pendapat dapat dijadikan satu medan untuk membahas dan mencari yang

12
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

terbaik untuk negara. Kewujudan nlai-nilai murni yang tertanam dalam diri setiap rakyat

dapat mengelak dari berlakunya aktiviti sosial yang tidak berfaedah terutamanya dalam

golongan remaja yang bakal menggantikan pemimpin masa kini. Populasi remaja yang

lebih mendominasi negara akan memberi keuntungan kepada negara sekiranya rakyatnya

tidak terlibat dengan aktiviti sosial yang tidak berfaedah seperti ketagihan dadah.

Sementara itu, dari segi ekonomi pula negara akan lebih mencapai keuntungan

bila rakyatnya berbelanja dengan produk tempatan. Kewujudan kedai-kedai rakyat yang

menjual barangan tempatan dapat memberikan keuntungan kepada ekonomi negara

apabila rakyat berbelanja dengan barangan tempatan. Pengaliran wang ke dalam negara

melebihi pengeluaran wang dapat membantu ekonomi negara. Semakin banyak rakyat

Malaysia berbelanja dan membeli barangan tempatan semakin meningkat ekonomi

negara di samping memajukan peniaga-peniaga tempatan. Hal ini akan mengurangkan

defisit pengeluaran mata wang negara dan juga mengelakkan syarikat-syarikat luar

negara menguasai perniagaan dalam negara Malaysia. Kestabilan ekonomi negara

bergantung kepada kebijaksanaan rakyat dan pemimpin dalam mencari peluang-peluang

perniagaan di samping menjalankan kerjasama dengan negara lain tanpa menghilangkan

keistimewaan rakyat sendiri.

Kepentingan konsep ini dari segi politik kepada negara pula ialah, keadaan politik

akan lebih stabil apabila mencakupi pelbagai fahaman politik. Pihak pembangkang

mahupun kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam menjayakan gagasan ini malahan

perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka. Hal ini kerana keperluan

rakyat menjadi keutamaan negara yang harus didahulukan. Parti-parti politik yang

berpengaruh perlu bersifat glokal bagi mencari usaha ke arah pembangunan modal insan.

13
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

3. CABARAN MELAKSANAKAN KONSEP 1 MALAYSIA.

3.0. Wujudnya Sikap Individualisme.

Nilai-nilai individualisme membawa maksud sikap mementingkan diri sendiri

tanpa menghiraukan akan kepentingan negara dan masyarakat. Mereka yang

mengamalkan sikap ini sentiasa berusaha agar diri mereka didahulukan dari kepentingan

negara jika berlaku sesuatu hal seperti, negara mengalami kegawatan ekonomi atau berada

dalam peperangan, maka mereka akan melarikan diri ke negara lain. Sikap ini semakin

menjadi-jadi dalam masyarakat yang boleh ditandai melalui perkembangan sikap individu

autonomi' atau individu berdaulat. Sikap ini yang kebanyakannya wujud dari golongan

atasan akan menular kepada generasi muda yang mana dapat dilihat pada masa kini lebih

berminat untuk menjaga hal sendiri daripada mengambil tahu hal negara mahupun

masyarakat. Mereka lebih sibuk untuk mencari kejayaan diri masing-masing tanpa

mempedulikan keadaan dan situasi semasa negara.

Hal ini berlaku dorongan dari timbulnya rasa ingin menyelamatkan diri sendiri

jika berlaku perkara yang tidak diduga kepada negara. Jika mereka mempunyai wang dan

berjaya mereka boleh berbuat apa sahaja. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang

tidak berapa stabil mereka merasakan tidak perlu lagi memikirkan akan nasib negara

sebaliknya mereka perlu memikirkan tentang nasib diri mereka. Keadaan ini akan

memburukkan negara kerana tiada lagi rasa sayang dan cinta pada negara dalam diri

generasi muda. Kelekaan generasi muda mencari kesenangan untuk diri sendiri akan

mendorong mereka untuk melakukan apa sahaja walaupun dengan cara mengkhianati

negara. Keadaan ini akan bertambah buruk dengan peningkatan kos sara hidup. Generasi

muda yang baru hendak membina hidup hanya sibuk dengan kerjaya untuk menyara diri

14
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

dan keluarga sendiri. Tiada lagi rasa bertanggungjawab untuk mengambil tahu keadaan

negara mahupun masyarakat. Mereka lebih kepada menjaga diri sendiri seperti

perumpamaan Menjaga Periuk Nasi Sendiri. Sikap individualisme ini akan menyekat

konsep 1Malaysia dari terlaksana. Tiada semangat untuk berjuang atau berbakti kepada

negara dan kaum lain.

3.1. Wujudnya Sifat Prasangka dan Streoteip.

Cabaran kedua dalam melaksanakan konsep 1Malaysia ialah wujudnya sifat

prasangka. Sifat ini merupakan tindakan menyangka dahulu berasaskan generalisasi-

generalisasi umum (steriotaip) tanpa bukti yang kukuh dan biasanya merupakan

sangkaan-sangkaan yang buruk. Sangkaan ini sering menjadi punca utama berlakunya

pergaduhan dan perselisihan faham terutamanya dikalangan generasi muda yang lebih

mengikut perasaan tanpa memikirkan akibat. Kita boleh lihat di masa kini pelbagai isu

dan fitnah sentiasa cuba ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk meracuni pemikiran para

remaja supaya membenci kerajaan. Dengan bilangan populasi remaja yang tinggi tidak

mustahil dapat menjatuhkan kerajaan yang sedia ada bila pemikiran para remaja telah

diracuni dengan sangkaan-sangkaan buruk tentang kerajaan dan secara tidak langsung

akan menggagalkan konsep 1Malaysia. Jika perkara ini berterusan sehingga telah

menjadi steriotaip, ia agak sukar untuk diubah walaupun ada bukti untuk menafikannya.

Sebagai contoh, jika masyarakat bukan Melayu menganggap Malaysia adalah tanah air

bagi masyarakat Melayu dan bukan Melayu sebagai pendatang, maka ia akan

menyukarkan terlaksananya konsep 1Malaysia.

Selain itu, kewujudan sifat prasangka ini juga diburukkan lagi dengan situasi

semasa yang mana pernah satu ketika keistimewaan UiTM kepada kaum bumiputera

15
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

cuba digugat oleh pihak tertentu dengan mencadangkan supaya UiTM memberi peluang

kepada pelajar bukan bumiputera untuk melanjutkan pelajaran di institusi tersebut. Hal

ini telah mencetuskan kemarahan pelajar-pelajar dan belia melayu dan ini akan memberi

sangkaan buruk kepada belia bangsa cina dan india yang menyangka belia melayu tidak

mahu bergaul dengan mereka. Walhal, perkara ini tidak perlu dibangkitkan kerana

terdapat lagi institusi lain yang menawarkan tempat pengajian kepada golongan bukan

bumiputera. Perkara-perkara sebegini jika tidak dielakkan akan menyebabkan berlakunya

ketegangan yang berlanjutan. Belia yang bukan berbangsa melayu akan memandang

serong kepada belia melayu, dan seterusnya memberi impak kepada penyatuan pelbagai

bangsa generasi muda. Jika perkara ini berlanjutan segala perancangan untuk

melaksanakan gagasan 1Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

bangsa tidak akan terlaksana.

3.2. Wujudnya Sikap Opurtunis.

Sikap opurtunis ialah sikap seseorang yang suka mengambil kesempatan dalam

suatu keadaan atau seperti perumpamaan Menangguk di Air yang Keruh. Sikap ini

akan membawa permasalahan dalam melaksanakan konsep 1Malaysia. Perkara ini dapat

dilihat apabila berlakunya pergaduhan. Akan ada sesetengah pihak yang cuba melagakan

dan menaikkan lagi api kemarahan sebelah pihak. Sebagai contohnya di zaman teknologi

yang semakin berkembang dan tanpa sempadan ini pelbagai fitnah timbul terhadap

sesuatu isu tanpa ada bukti yang kukuh. Terlalu ramai yang lebih prihatin untuk

menyebarkan sesuatu yang belum pasti daripada menyelidikinya terlebih dahulu. Isu-isu

seperti 1MDB, 2.6 Bilion dan pelbagai lagi yang melibatkan kepimpinan negara cuba

dihangatkan oleh individu tertentu bagi menimbulkan keraguan rakyat terhadap

16
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

pemimpin negara. Hal ini akan menyebabkan berlakunya pergaduhan sesama bangsa

yang berlainan pendapat dan ideologi. Peristiwa hitam negara iaitu tragedi 13 Mei 1969

adalah berpunca dari sikap opurtunis ini. Kebiadaban kaum cina dan individu tertentu

telah menyemarakkan api kemarahan kaum melayu. Perkara yang kecil menjadi besar

dan membawa kepada kehilangan nyawa manusia yang tidak bersalah. Perkara ini telah

menjadi sejarah tetapi tidak mustahil akan berulang kembali jika wujudnya sikap

opurtunis dalam diri individu tertentu.

3.3. Kurangnya Semangat Patriotisme.

Dewasa ini, di zaman era teknologi yang semakin berkembang dan menjadikan

dunia tanpa sempadan semangat patriotisme dikalangan remaja atau generasi muda

semakin berkurangan. Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang

bermaksud fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna

fatherland atau country, iaitu tanah air atau negara. Ini membawa pengertian, individu

atau kumpulan yang berada di hadapan dalam usaha membela tanah air (Nazri Muslim,

Jamsari Alias, (2012). Semangat patriotisme yang seringkali dikaitkan dengan semangat

cintakan negara adalah satu semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh masyarakat.

Masyarakat masa kini, lebih sibuk dengan kepesatan pembangunan teknologi sehingga

melupakan sejarah kemerdekaan negara dan tiada lagi semangat pahlawan mahupun

semangat cintakan negara, malahan, wujudnya segelintir yang tidak endah dan

mengambil tahu apakah itu semangat patriotisme. Keadaan ini akan menyebabkan hasrat

kerajaan untuk melaksanakan gagasan 1Malaysia tidak akan tercapai. Nilai-nilai dan

prinsip-prinsip teras yang digariskan tidak akan wujud dalam diri individu. Tingginya

semangat patriotisme dalam masyarakat sesebuah negara akan memudahkan segala

17
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

perancangan kerajaan untuk melaksanakan gagasan 1Malaysia. Segala nilai-nilai murni

telah terdidik dalam diri individu.

4. LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT 1 MALAYSIA.

4.0. Peranan Pendidikan di Rumah dan Sekolah.

Terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk memupuk semangat

1Malaysia dalam diri masyarakat ketika ini. Langkah ini perlulah di ambil bermula dari

rumah kerana rumah adalah tempat di mana bermulanya sebuah pendidikan. Konsep

1Malaysia ini sebaik-baiknya hendaklah di fahami bermula dari peringkat kanak-kanak

lagi kerana bak kata pepatah Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya. Sebagai langkah

pertama Ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam menerapkan satu

pemikiran bersatu padu dalam kalangan keluarga dan saling hormat menghormati. Hal

ini kerana apabila wujudnya perasaan bersatu padu, hormat menghormati dan juga

tolong menolong maka tidak menjadi suatu perkara yang rumit untuk anak-anak

memahami apa itu konsep 1Malaysia yang asasnya bertujuan ingin menyatupadukan

rakyat secara keseluruhannya. Konsep ini lebih kepada perpaduan di antara kaum di

Malaysia.

Tambahan pula, ketika ini semangat perpaduan di antara kaum semakin

menghilang dan masyarakat lebih mementingkan kepentingan kaum dan diri masing-

masing. Perkara ini dapat dilihat melalui semangat kejiranan yang semakin hilang

mengikut peredaran zaman di mana ketika zaman dahulu semangat kejiranan sangat kuat

tidak kira sama ada perumahan itu merupakan kawasan Melayu, India dan Cina kerana

orang dahulu sangat mementingkan amalan menjaga antara satu sama lain. Semangat

18
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

kejiranan yang wujud telah menjadikan perpaduan di antara kaum sangat kuat seperti

sebuah kehidupan berkeluarga. Justeru itu, ibu bapa disarankan memupuk semangat

bersatu padu dalam diri anak-anak mereka supaya mereka lebih menghormati antara satu

sama lain dan sentiasa mengunjungi rumah jiran tidak kira semasa hari perayaan atau

tidak. Dengan cara ini, ibu bapa menjadi Role Model kepada anak-anak untuk

memupuk semangat perpaduan antara kaum dan membolehkan anak-anak menghayati

keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik.

Selain itu, terdapat pelbagai cara lagi yang boleh dipraktikan dan dipupuk dari

rumah, sebagai contohnya ibu bapa boleh berkomunikasi dengan anak-anak dengan

pelbagai bahasa misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandrin atau

bahasa-bahasa ibunda yang lain. Dengan cara ini, anak-anak mudah berkomunikasi

dengan rakan yang berlainan bangsa dan agama. Komunikasi adalah perkara yang sangat

penting dalam kehidupan. Kepentingan memperbaiki cara berkomunikasi dapat

mewujudkan rasa selesa diantara dua pihak untuk berhubung. Apabila anak-anak dapat

menguasai pelbagai bahasa ini perpaduan dan permuafakatan kaum dapat dilaksanakan

dengan lebih mudah. Apabila perpaduan di antara kaum kuat dan kukuh ianya dapat

menjana kecemerlangan dan kejayaan bagi kesejahteraan negara. Seterusnya, peranan

institusi-institusi pendidikan seperti sekolah mahupun universiti sangat penting dalam

memupuk semangat 1Malaysia kerana institusi-institusi pendidikan tersebut terdapat

pelbagai kaum yang menuntut di situ. Institusi-institusi ini bertanggungjawab memupuk

semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum. Antara langkah

yang boleh di ambil dengan memberi sesuatu kerja itu dalam bentuk berkumpulan.

Apabila sesuatu kerja dilakukan dalam bentuk berkumpulan sifat bekerjasama di antara

19
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

pelajar dapat dilaksanakan. Dalam hal ini, pendidik perlulah membahagikan pelajar

secara berkumpulan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti di sekolah dan memberi

kepercayaan kepada pelajar untuk bekerjasama sesama sendiri. Sebagai contohnya,

ketika ingin menganjurkan pelbagai acara seperti sambutan hari guru, sambutan hari

kemerdekaan dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, aturan meja di dalam kelas juga

perlu di ambil berat oleh guru-guru kelas kerana ini merupakan salah satu langkah yang

boleh dilaksanakan bagi meningkatkan lagi hubungan sesama kaum. Walaupun perkara

ini dilihat sesuatu yang remeh namun perkara ini membolehkan pelajar berkomunikasi

dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dengan lebih mudah. Kerjasama di antara

guru-guru dan pelajar-pelajar membolehkan suasana di dalam kelas juga akan lebih ceria

dan harmoni. Pihak kementerian juga boleh menitikberatkan pendidikan sejarah dalam

pendidikan kerana terdapat banyak sejarah yang boleh memberi pengajaran kepada

masyarakat kini, sebagai contoh peristiwa 13 Mei 1969. Tragedi berdarah ini banyak

memberi kesan yang buruk kepada bangsa dan negara terutamanya dari segi sosial dan

ekonomi negara. Apabila pelajar-pelajar mengetahui sejarah ini ianya dapat

menyedarkan anak-anak bangsa kita bahawa betapa pentingnya konsep 1Malaysia yang

diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 itu. Remaja merupakan modal

insan kepada negara, Mantan Perdana Menteri Indonesia ada menyatakan, jika ingin

melihat generasi pada masa akan datang, lihatlah generasi pada hari ini. Apa yang

dikatakan itu sangat benar kerana kita dapat lihat di zaman era globalisasi ini remaja

semakin melupakan sejarah lalu dan sibuk dengan dunia sains dan teknologi. Sejarah

adalah suatu yang sangat membosankan bagi mereka dan hal ini akan merugikan negara

pada masa akan datang kerana generasi mudanya buta sejarah.

20
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

4.1. Peranan Pihak Kerajaan dan NGO.

Pihak kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat

perpaduan dalam kalangan masyarakat. Salah satu langkah yang perlu dimainkan oleh

kerajaan adalah melahirkan pemimpin yang berjiwa rakyat. Pemimpin-pemimpin yang

dilantik oleh kerajaan untuk memimpin atau mentadbir sesuatu kawasan perlulah

mempunyai sifat mesra rakyat. Pemimpin perlulah mendengar keluhan rakyat dan

permasalahan yang ditanggung rakyat tanpa mengira kaum. Perkara ini, dapat memberi

keyakinan rakyat kepada konsep 1Malaysia dengan slogannya Rakyat didahulukan,

Pencapaian Diutamakan.

Seminar 1Malaysia merupakan forum terbaik untuk para pemimpin masyarakat

melontarkan pendapat, pemikiran dan aspirasi rakyat supaya pelaksana konsep

1Malaysia dapat mengetahui apa yang dikehendaki oleh masyarakat. Perdana Menteri

menyatakan pentadbiran kerajaan hari ini lebih kepada mendengar permasalahan dan

kehendak rakyat sebelum memutuskan sesuatu polisi. Dengan ini berakhirlah era The

Government Knows Best yang dipraktikan dan diamalkan sebelum ini. Para pemimpin

masyarakat bertanggungjawab menyalurkan pemasalahan dan kehendak rakyat kepada

penggubal dasar.

Bagi pihak NGO pula, peranan yang boleh di mainkan oleh badan-badan

pertubuhan ini untuk merealisasikan konsep 1Malaysia adalah dengan pendekatan turun

padang bagi menerangkan apa itu konsep 1Malaysia dan mengapa konsep ini

dilaksanakan oleh Perdana Menteri Malaysia. Dengan cara ini, rakyat di dalam bandar

atau di luar bandar dapat memahami konsep 1Malaysia ini. Kerjasama dan persafahaman

yang mantap di antara kerajaan dan NGO amat penting untuk menerangkan berkaitan

21
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

dengan konsep 1Malaysia ini bagi memastikan rakyat mendapat penerangan yang jelas

dan faham konsep ini untuk semua. Untuk bergerak aktif NGO perlulah mendapat

bantuan dan bimbingan daripada kerajaan bagi membantu menjelaskan dasar konsep

1Malaysia sehingga ke akar umbi. Menerusi langkah ini rakyat lebih memahami apa itu

konsep 1Malaysia dan memberi sokongan untuk menjayakan konsep ini.

4.3. Peranan Media Massa.

Media massa merupakan satu saluran yang lebih efisien dalam menyampaikan

maklumat kepada kepada orang ramai. Menurut L. John Martin, media massa merujuk

kepada alat yang mewujudkan interaksi sosial, politik dan ekonomi. Terdapat dua

kategori yang terdapat dalam media massa ini iaitu media cetak dan media elektronik.

Contoh yang kita boleh ambil dari media cetak adalah surat khabar, majalah majalah,

buku-buku, risalah dan pelbagai lagi. Bagi media elektronik pula contohnya ialah seperti

televisyen, radio, komputer dan sebagainya. Dengan kemudahan ini peranan media massa

sangat penting dalam menjelaskan konsep 1Malaysia kepada rakyat.

Salah satu peranan yang boleh di ambil oleh media massa untuk menerangkan

konsep 1Malaysia ini kepada rakyat dengan memperbanyakkan lagi berita tentang konsep

1Malaysia ini. Sebagai contoh melalui media cetak iaitu surat khabar perlulah

menyediakan satu ruang khas untuk menerangkan berkaitan dengan konsep ini.

Tambahan pula, surat khabar mudah diperolehi dan merupakan salah satu alat pembacaan

yang popular di negara ini. Selain itu, surat khabar merupakan satu alat pembacaan yang

boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat tidak kira agama, bangsa dan peringkat

umur.

22
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

Kerjasama di antara Kementerian Penerangan Malaysia dan pihak media massa

sangat penting dalam mengatur rancangan yang bersesuaian untuk menerangkan konsep

ini. Salah satu contohnya ialah rancangan DIALOG yang disiarkan di rangkaian Radio

Televisyen Malaysia (RTM). Ahli panel yang dipanggil dalam rancangan ini untuk

membincangkan isu-isu yang berbangkit juga terdiri daripada golongan profesional

seperti menteri-menteri, ahli akademik dan sebagainya. Oleh sebab itu, rancangan ini

sangat baik untuk dijadikan contoh dalam menerangkan konsep 1Malaysia dan perlu

diteruskan bagi membincangkan isu-isu yang berbangkit dan memberi kefahaman kepada

rakyat secara keseluruhannya. Selain daripada itu, media elektronik juga perlulah

memperbanyakkan lagi iklan-iklan yang berkaitan dengan konsep 1Malaysia. Sebagai

contoh iklan berkaitan matlamat kerajaan mewujudkan konsep ini. Dengan cara ini akan

memudahkan lagi peranan media massa dalam menerangkan konsep 1Malaysia ini

kepada rakyat. Poster-poster di jalanan sama ada di luar bandar mahupun bandar perlulah

di perbanyakkan lagi untuk memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat berkaitan

dengan konsep ini.

RAJAH 2: Poster 1Malaysia

23
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

5. KESIMPULAN.

Tuntasnya, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato

Seri Mohd Najib Tun Abd Razak ini lebih kepada perpaduan di antara kaum. Konsep ini

membawa aspirasi untuk memperkukuhkan lagi hubungan di antara kaum dan

memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat sepertimana

kehendak prinsip Rukun Negara. Jesteru itu, rakyat perlu saling memahami dan

menghayati lapan nilai yang ada dalam konsep 1Malaysia iaitu budaya, kecemerlangan,

ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Nilai-nilai yang digariskan dalam konsep 1Malaysia ini perlu dipraktikkan dan ditanam

dalam diri setiap rakyat. Jika wujud nilai-nilai ini maka tidak mustahil negara akan

membangun dan bersaing dengan negara-negara maju lain tanpa ada masalah perkauman

dan pergaduhan.

Kerjasama oleh semua pihak sangat diperlukan bagi memastikan konsep

1Malaysia ini dapat dicapai. Untuk membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu

dan mengikut arus globalisasi ianya memerlukan kerjasama daripada semua pihak.

Kerjasama dan perpaduan yang wujud dapat memastikan negara dapat mencapai

wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir

Mohamad. Wawasan 2020 yang telah sekian lama diimpikan akan menjadi satu realiti

dan bukanlah fantasi semata-mata. Pencapaian negara dalam wawasan 2020 dapat

membuka mata negara lain dan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang

disegani oleh negara-negara lain.

24
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

6. RUJUKAN.

Hajah Noresah bt. Baharom. (1994). Kamus Dewan (Edisi ke-3). Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jabatan Penerangan Malaysia, JPM. (2009). 1Malaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian

Diutamakan. Putra Jaya: Jabatan Penerangan Malaysia, Komunikasi dan Kebudayaan,

Kementerian Penerangan.

Kamarul, Azmi & Jasmi. (2012). Persepsi Masyarakat Parlimen Pekan terhadap Konsep

1Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.

Mustari, Mohd Ismail, Mohamed, Ahmad Kilani, Jasmi, Kamarul Azmi, & Ya'akob, Robiah.

(2004). Pembentukan Nilai dan Kecemerlangan Bagi Melahirkan Generasi Muda yang

Mapan dalam Menghadapi Era Pasca Modenisme. Seminar Antarabangsa Nilai Dalam

Komuniti Pasca Modenisme.

Nazri Muslim & Jamsari Alias. (2012). Patriotisme: Konsep dan Pelaksanaannya Di Malaysia.

Pusat Pengajian Umum.

Nurul Hidayah, Khalid (2010). Forum Perjelas Gagasan 1Malaysia. Berita Harian. Capaian

pada 20 November 2015 dari http://www.umlib.um.edu.my.

Pejabat Perdana Menteri (2009). Konsep 1Malaysia dari aspek perundangan. Capaian pada

20 November 2015, dari www.1Malaysia.com.my.

Sahat, Yusri (2011). Tegakkan Keadilan Sosial. Capaian pada 20 November 2015 dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.

Zaid Ahmad (2006). Hubungan Etnik di Malaysia (edisi ke-3). Fajar Oxford. Kuala Lumpur.

25

You might also like