You are on page 1of 13

1.

0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di Malaysia adalah berpaksikan kepada Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang mana intipati utamanya adalah sebagai satu usaha

yang berterusan untuk memperkembangkan potensi setiap individu rakyat

Malaysia. Salah satu bidang yang diberikan perhatian menyeluruh dalam sistem

pendidikan kita ialah bidang Sains.

Bidang Sains di negara ini ditunjangi oleh Falsafah Pendidikan Sains

dimana tumpuan diberikan kepada perkembangan individu yang kompetitif dan

dinamik, cepat dan berdaya saing untuk memajukan bidang Sains dan Teknologi

selaras dengan usaha ke arah mencapai Wawasan 2020.

Kemahiran Proses Sains merupakan salah satu aspek penting dalam

mempelajari Sains. Kebolehan memahami Kemahiran Proses Sains membantu

pelajar menguasai ilmu Sains dengan lebih baik. Atas kesedaran ini, penyelidik

memfokuskan kajian untuk mengetahui tahap kefahaman di kalangan murid

tahun 5 di sebuah sekolah tentang Kemahiran Proses Sains iaitu kemahiran

mentafsir maklumat berkaitan mengenal pasti pola.

Kemahiran mengenal pasti pola perubahan maklumat ini merupakan antara

kemahiran yang sangat penting dalam melihat perubahan maklumat yang diberikan.

Perkara ini wajar dikuasai pelajar kerana kemahiran ini berperanan besar dalam

melengkapkan jawapan pelajar seperti semasa menjawab soalan hubungan, hipotesis

dan kesimpulan.
1.1 Pengenalan

Sejak tahun 1989, kurikulum Sains telah digunakan untuk menguji

kebolehan pelajar sekolah dalam menjalankan tugas penyiasatan saintifik seperti

membuat pengukuran, membandingkan ciri-ciri yang diperhatikan, mencari

perhubungan di antara pembolehubah-pembolehubah dan lain-lain lagi.

Kemahiran proses Sains adalah proses-proses kognitif atau cara pelajar

berfikir semasa mereka menjalankan penyiasatan. Ia merupakan kemahiran untuk

memperoleh dan memproses maklumat di sekeliling bagi mencari jawapan secara

sistematik. Kemahiran ini berbeza daripada kemahiran manipulatif yang

berbentuk psikomotor (Gott dan Dugan, 1995). Menurut Wellington (1989) dan

Screen (1986), kedua-dua kemahiran ini penting kerana ia akan kekal walaupun

selepas fakta menjadi lapuk ataupun dilupai.

Di Malaysia, kurikulum Sains sekolah rendah memberi tumpuan kepada

penguasaan kemahiran saintifik yang diperlukan untuk mengkaji dan memahami

alam. Dalam kurikulum ini, kemahiran saintifik yang dimaksudkan terdiri

kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains

membolehkan murid mempersoal sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem.

Kemahiran proses sains ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang

kompleks.

Hasil dari kurikulum sains yang baru ini, maka inovasi penilaian sains di

negara kita ini hanya melibatkan kemahiran proses dan manipulatif sains sahaja.

Kemahiran prosedural tidak dipertimbangkan langsung. Inovasi ini telah

dilaksanakan pada tahun 1997 oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian

Pendidikan Malaysia (Lembaga Peperiksaan 1997). Bagi sekolah rendah, guru-

2
guru Sains tahun 6 diarahkan untuk menilai pelajar-pelajar mereka dari bulan

Mac sehingga bulan Julai.

Dalam kurikulum Sains Sekolah Rendah (KBSR), kemahiran proses sains

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993) yang dikenal pasti untuk dinilaikan

adalah disenaraikan seperti di bawah:

Jadual 1: Kemahiran Proses Sains


KEMAHIRAN PROSES TAKRIFAN
SAINS
Memerhati Menggunakan penglihatan, pendengaran,
sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul
maklumat tentang objek dan fenomena.
Mengelas Mengumpul objek berdasarkan ciri yang
sepunya.
Mengukur dan menggunakan Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan
nombor menggunakan alat berunit piawai. Pengukuran
menjadikan pemerhatian lebih jitu. Kebolehan
menggunakan nombor adalah penting untuk
menguasai kemahiran mengukur.
Membuat inferens Membuat kesimpulan awal untuk menerangkan
peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian.
Kesimpulan awal itu mungkin betul ataupun
tidak.
Meramal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa
berdasarkan pemerhatian yang lalu atau data
yang boleh dipercayai.
Berkomunikasi Mengemukakan idea dalam pelbagai bentuk
seperti lisan, tulisan, graf, gambarajah, model,
atau jadual.
Menggunakan perhubungan Memperihalkan lokasi, arah, bentuk dan saiz
ruang dan masa sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.
Mentafsir maklumat Memberi penerangan yang rasional tentang
objek, peristiwa atau pola daripada maklumat
yang terkumpul.
Mendefinisi secara operasi Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan
menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan
diperhatikan.
Mengawal pembolehubah Dalam suatu penyiasatan, pembolehubah yang
boleh mempengaruhi keputusan eksperimen
perlu dikawal.
Membuat hipotesis Sesuatu kenyataan umum yang difikirkan benar
bagi menerangkan sesuatu perkata atau
peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk
membuktikan kesahihannya.
Mengeksperimen Menguji sesuatu hipotesis yang melibatkan
kemahiran kemahiran proses di atas.

3
Dalam penyelidikan tindakan ini pengkaji telah menggunakan teknik latih

tubi untuk membantu murid meningkatkan kemahiran dalam menjawab soalan

yang berkaitan dengan mengenal pasti pola perubahan maklumat.

Dengan adanya latih tubi ini, perkembangan kemahiran proses sains

murid-murid dipraktikan dan bukan setakat pembelajaran fakta-fakta Sains

sahaja. Murid-murid akan mengalami, mempraktik dan menghayati kemahiran

proses sains dengan sendirinya kerana kemahiran-kemahiran ini tidak dapat

dipelajari melalui bacaan semata-mata.

Terdapat banyak kajian tentang kemahiran proses sains antaranya ialah

kajian yang dilakukan oleh Radford (1992). Menurut Radford (1992), jika guru

mengharapkan pelajar mempelajari proses sains, sekurang-kurangnya tiga syarat

perlu ada iaitu;

(a) guru mesti mempunyai kecekapan dalam proses sains.

(b) pelajar mesti diajar dan diberi peluang untuk mempraktikkan

kemahiran tersebut.

(c) kemajuan pelajar dalam melaksanakan kemahiran tersebut mesti

dinilai.

Penguasaan kemahiran proses sains murid bergantung kepada kebolehan

guru untuk menerapkannya dengan berkesan. Aiello-Nicosia, Sperandeo &

Valenza (1984) telah menyiasat perhubungan antara sifat guru Sains dan hasil

murid. Sifat guru yang dipilih termasuk kefahaman kemahiran proses sains dan

kebolehan mengawal pembolehubah. Hasil murid merupakan pencapaian dalam

kandungan Sains dan proses.

4
Kajian mengenai pencapaian kemahiran proses sains di kalangan guru

mahu pun murid di Malaysia amat kurang. Chong Ah Hoi @ Chong Thian Fook

(1990), telah menilai tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu bagi

program Sains Paduan di kalangan 360 pelajar Tingkatan III dan 35 orang guru

yang mengajar Sains Paduan Tingkatan III di sebuah daerah di pantai timur

Semenanjung Malaysia. Pencapaian kemahiran proses sains pelajar dikaji dengan

menggunakan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu I & II (Test of

Integrated Process Skills I & II, TIPS I & II). Lima kemahiran proses sains telah

diuji dalam kajian ini: (1) mengenalpasti pembolehubah; (2) mengenal pasti

hipotesis; (3) mentakrif pembolehubah secara operasional; (4) mentafsir data &

graf dan (5) mereka bentuk ujikaji.

Hasilan kajian menunjukkan bahawa pencapaian kemahiran proses sains

bersepadu pelajar adalah rendah. Hanya kemahiran yang selalu dilakukan oleh

pelajar sahaja dapat dikuasai oleh sebahagian besar daripada mereka. P encapaian

yang rendah ini mungkin disebabkan oleh penekanan guru kepada kemahiran

proses sains tersebut masih kurang. Pada amnya, penekanan guru mungkin hanya

terhad kepada tahap memperkenalkan kemahiran kepada pelajar sahaja,

manakala, penekanan kepada aspek menggunakan kemahiran adalah amat tidak

mencukupi. Kajian ini juga mendapati wujudnya korelasi positif yang lemah

(pekali korelasi +0.274) di antara pencapaian pelajar dalam kemahiran proses

sains dengan penekanan guru kepada kemahiran proses dalam pengajaran.

Selain daripada itu, terdapat juga kajian lain yang temui berkaitan

dengan kajian tindakan untuk meningkatkan kemahiran proses sains. Antaranya

ialah Munirah & Sazli (2014), yang menggunakan kaedah mnemonik MUBPeMs

untuk meningkatkan kefahaman murid bagi kemahiran proses sains mengawal

5
pembolehubah. Selain itu, Mohd Amin & Sazli (2014), juga melakukan kajian

tindakan untuk mempertingkatkan Kemahiran Proses Sains murid, namun

mereka fokus kepada kemahiran memerhati, meramal dan menginferens

menggunakan kaedah 3MIB.

Di samping itu, pengkaji juga menemui jurnal kajian tindakan

Shaharoom & Noorliza (2009), yang memfokuskan kepada peningkatan

kemahiran mengawal pembolehubah dan membina hipotesis. Noor Fadzilah

(2012), pula menggunakan kaedah pendekatan masalah untuk meningkatkan

kemahiran membuat inferens. Azmil (2010), pula menggunakan kaedah Fair

Test untuk memperbaiki kemahiran mengawal pembolehubah. Terdapat banyak

lagi kajian yang telah dijalankan untuk memperbaiki dan meningkatkan

kemahiran proses sains murid. Berpandukan kepada jurnal ini kebanyakan

memberi penumpuan tentang cara menjawab kemahiran proses sains dan ternyata

banyak membantu kepada pencapaian murid .

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Pengkaji melaksanakan kajian ini ke atas murid kelas tahun 5 di sebuah

sekolah di bahagian Limbang bagi mata pelajaran Sains. Kelas ini mempunyai 8

orang murid. Berdasarkan pengalaman pengkaji, pelajar adalah dari kelas

sederhana yang mempunyai pencapaian markah 30-82. Pengkaji merasakan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains masih boleh ditingkatkan

daripada E kepada D, daripada D kepada C, daripada C kepada B dan daripada B

kepada A. Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada keupayaan

pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan. Daripada pengalaman pengkaji,

pelajar di kelas ini sentiasa memberi tumpuan yang baik semasa proses PdP dan

6
pengetahuan mereka tentang apa yang dipelajari adalah pada tahap sederhana

dan masih boleh ditingkatkan .

Pengkaji telah menganalisis ujian 1 2015 pelajar, ujian ini mirip struktur

soalan UPSR bahagian A dan bahagian B yang merangkumi silibus Sains Tahun

4 kepada murid-murid. Bahagian A terdiri daripada soalan objektif, manakala

bahagian B ialah soalan berstruktur. Tujuannya adalah untuk menilai tahap

keupayaan murid dalam mata pelajaran Sains. Setelah meneliti kertas jawapan

murid, pengkaji mendapati murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan

bahagian B berbanding bahagian A. Untuk bahagian B, ramai murid membiarkan

ruang jawapan kosong terutama untuk bahagian inferens dan kesimpulan.

Malahan, ada juga yang menyalin kembali soalan. Ini berbeza dengan bahagian

A, yang mana murid menjawab soalan objektif lebih baik bagi topik yang sama

seperti di bahagian B.

Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk memahami punca murid

tidak dapat menjawab soalan bahagian B. Pengkaji membuat pengesanan awal

tahap penguasaan pelajar menjawab soalan bahagian B Sains berdasarkan kepada

temu bual dengan pelajar dan guru Sains yang mengajar mereka sebelum itu

serta ujian 1 2015 sekolah itu juga dikaji. Berdasarkan temu bual dengan guru

Sains yang mengajar kelas tersebut pada tahun sebelumnya (ketika pelajar di

tahun 4), di dapati pelajar menghadapi masalah dalam menjawab hampir ke

semua soalan yang berkaitan dengan kemahiran proses sains (KPS) terutamanya

di bahagian mentafsir maklumat (menyatakan tujuan menjalankan eksperimen

dan membuat kesimpulan), mengawal pemboleh ubah (pemboleh ubah

dimanipulasi dan pemboleh ubah dimalarkan ), memerhati dan membuat inferens

merupakan soalan yang kerap kali keluar dalam setiap soalan bahagian B Sains.

7
Selain itu, kemahiran KPS seperti menggunakan perhubungan ruang dan

masa, membuat hipotesis, meramal, berkomunikasi, memerihal, mendifinisi

secara operasi, mengelas ada juga dikeluarkan dalam ujian tetapi tidaklah

sebanyak mentafsir data , mengawal pemboleh ubah, memerhati dan membuat

inferens.

Untuk mengesan kelemahan responden dalam penguasaan kemahiran

proses sains, pengkaji juga telah meminta responden untuk menulis di atas

sekeping kertas kecil tanpa menulis nama mereka bahagian manakah yang agak

sukar untuk mereka jawab atau tidak boleh jawab langsung. Di bawah ini

disertakan jadual tahap penguasaan mengikut tafsiran responden dari segi

mudah/ sukar KPS sains bagi responden di sekolah tersebut.

8
Jadual 2: Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Mengikut Tafsiran Murid
Kemahiran Proses Sains Telah Dikuasai /mudah Belum Dikuasai/ sukar

dikuasai untuk dikuasai.

Nama Murid Nama Murid

1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8

Mengawal Pemboleh / / / / / /

ubah

Mentafsir Maklumat / / / / / / / /

Memerhati

Membuat Inferens / / / / / / /

Membuat hipotesis / / / / / / / /

Meramal

Menggunakan

Perhubungan Ruang

Dan Masa

Berkomunikasi

Memerihal

Mendefinisi secara

operasi

Mengelas

/ = menunjukkan tahap penguasaan mengikut tafsiran pelajar.

Berdasarkan kepada analisis jawapan responden kebanyakkan mereka

beranggapan bahawa bahagian mengawal pemboleh ubah adalah bahagian yang

paling mudah untuk dikuasai. Enam daripada lapan orang responden menyatakan

bahagian ini yang paling mudah dikuasai dan yang paling susah untuk dikuasai ialah

9
bahagian mentafsir maklumat yang mana kesemua responden mengatakan bahagian

ini paling susah diikuti dengan membuat hipotesis dan membuat inferens. Bahagian

lain tidak dinyatakan dalam jawapan responden. Saya beranggapan bahagian tersebut

tidak begitu sukar untuk dikuasai oleh responden. Walau bagaimanapun berdasarkan

prestasi akademik bagi ujian 1 masih terdapat responden yang memperolehi markah

sifar bagi bahagian B dan 5 orang daripada 8 orang responden mendapat kurang

daripada 50% markah bahagian B. Kebanyakan responden mengatakan telah

menguasai kemahiran proses sains mengawal pemboleh ubah tetapi apabila

menjawab soalan ujian kebanyakannya masih gagal menjawab bahagian ini. Ini

menunjukkan bahawa responden ini mudah lupa bagaimana hendak menjawab soalan

yang berkaitan dengan Kemahiran Proses Sains terutama sekali Responden Jeff.

Jadual 3: Pencapaian Prestasi Akademik Bahagian B Dalam Mata Pelajaran Sains


Bil Nama Murid Jantina Ujian 1 2015
Bahagian Markah Gred
B(40) keseluruhan
1 Responden Pria P 18 46 C
2 Responden Siti P 12 30 D
3 Responden Luis L 18 44 C
4 Responden Deny L 14 46 C
5 Responden Jeff L 0 12 E
6 Responden Azim L 20 64 B
7 Responden Mat L 24 68 B
8 Responden Aji L 30 82 A

Sekiranya responden tidak menguasai sepenuhnya cara menjawab semua

soalan yang berkaitan dengan kemahiran proses sains dalam ujian. Inilah yang

menyumbangkan peratus kegagalan ujian pelajar dalam UPSR dalam mata

pelajaran Sains. Perkara inilah yang pengkaji cuba atasi bermula dari pelajar

berada di tahun 5 lagi. Oleh yang demikian pengkaji telah memfokuskan

penggunakan latih tubi untuk membantu responden mengatasi masalah

10
menjawab mentafsir maklumat. Pengkaji berharap ia menjadi panduan menjawab

soalan latihan setiap proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada itu, pengkaji juga membuat kajian tentang bentuk soalan

Sains UPSR sebenar. Bagaimana bentuk soalan dan bahagian kemahiran proses

sains mana yang selalu keluar dalam ujian. Berdasarkan kepada soalan UPSR

Sains terdapat satu soalan mentafsir maklumat yang kerap disoal iaitu berkaitan

dengan pola. Oleh itu, pengkaji telah memilih untuk mengubah cara pengajaran

dan pembelajaran dengan memberi penekanan kepada kemahiran menjawab

soalan yang berkaitan dengan kemahiran proses sains mengenal pasti pola

perubahan maklumat dengan menggunakan latih tubi semasa proses pengajaran

dan pembelajaran selain daripada menekankan kepada peningkatan ilmu.

Pengkaji telah memilih kemahiran proses sains mentafsir maklumat

memandangkan masih terdapat responden yang tidak menguasai bahagian

penting ini. Pengkaji berharap melalui latih tubi ini dapat membantu pelajar

mengenal pasti pola perubahan maklumat dengan lebih berkesan seterusnya

mampu mengubah pencapaian pelajar dalam setiap peperiksaan yang dijalankan

oleh pelajar. Antara maklumat yang biasanya perlu ditafsir dalam UPSR sains

ialah carta palang, jadual menegak dan jadual melintang. Di sini pengkaji akan

memberi penekanan bagaimana hendak mengenal pasti pola perubahan maklumat

certa palang, jadual menegak dan jadual melintang. Apabila responden telah

memahami jenis rangsangan maklumat dan cara menjawab soalan berkaitan pola,

responden akan lebih mudah untuk mengenal pasti pola perubahan maklumat

yang diberikan.

Kemahiran Proses Sains adalah penting untuk mewujudkan generasi yang

pintar. Menurut Noraini Yazib (2010), Padilla et al. (1991), menyatakan bahawa

11
Kemahiran Proses Sains ialah proses minda yang mengalakkan pemikiran secara

kritis, kreatif, analitis, dan sistematik untuk melahirkan pelajar yang boleh

berfikir secara berkesan. Oleh itu, adalah amat penting untuk pelajar menguasai

kemahiran ini bukan sahaja sekadar untuk sesi pembelajaran dalam kelas, tetapi

juga dalam kehidupan seharian.

Malahan, di dalam kelas juga penguasaan kemahiran ini adalah amat

dititik beratkan. Noor Hana (2008), menyatakan bahawa kegagalan menjawab

soalan Bahagian B adalah berpunca dari lemahnya penguasaan Kemahiran Proses

Sains (KPS). Ini kerana murid tidak memahami setiap komponen kemahiran

yang terdapat dalam soalan dan menyebabkan mereka sukar untuk memperoleh

markah yang tinggi dalam peperiksaan.

Pengkaji berharap melalui penekanan terhadap latih tubi membantu

pelajar untuk menjawab dan seterusnya meningkatkan prestasi pelajar dalam

mengenal pasti pola perubahan maklumat dalam jadual menegak, jadual

melintang dan graf.

12
Rajah 1: Contoh jawapan murid dalam Ujian 1

13

You might also like