Bahan Bacaan Murid Elit

You might also like

You are on page 1of 10

HOBI MAK CIK UDAH

Mak Cik Udah pandai menjahit bermacam-macam fesyen


pakaian. Mak Cik Udah juga menjahit langsir dan membuat
sulaman mesin. Banyak orang membuat tempahan pakaian,
langsir dan sulaman pada Mak Cik Udah.

Beliau bercita-cita untuk membuka kedai jahit pada suatu


hari nanti. Oleh itu, mak cik sangat rajin menyiapkan tempahan
yang diterimanya. Mak Cik Udah berusaha gigih mengumpulkan
duit untuk mencapai cita-citanya itu.
____________________________________________________________________________________

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Hari Kanak-kanak Sedunia diraikan di seluruh dunia. Di


Malaysia, Hari Kanak-kanak disambut pada bulan Oktober.
Sesetengah negara di dunia menyambutnya pada bulan berbeza.

Hari Kanak-kanak Taman Sentosa akan diadakan pada hari


Sabtu ini. Penduduk Taman sentosa diundang untuk menyertai
sambutan Hari Kanak-kanak. Tujuan sambutan ini adalah untuk
meraikan kanak-kanak di taman itu. Pelbagai acara disediakan
untuk mereka.
PERLAWANAN BOLA SEPAK

Adam, Rajan dan Rahimi menyertai perlawanan bola sepak


pada sambutan Hari Kanak-kanak. Mereka bermain dalam satu
pasukan. Setiap pasukan membawa jersi masing-masing. Pasukan
Adam memakai jersi berwarna hijau. Pasukan Adam melawan
pasukan berjersi kuning.

Adam membuat sepakan untuk memulakan permainan.


Mereka bermain dengan semangat berpasukan.Mereka
bekerjasama untuk menghasilkan jaringan. Apabila wisel penamat
dibunyikan, permainan bola sepak pun berakhir. Pasukan Adam
_____________________________________________________________________________________

menjadi naib johan.

KUIH BAKUL DAN KUIH BULAN

Kuih bakul dan kuih bulan ialah kuih tradisional masyarakat


Cina. Kuih bakul menjadi hidangan ketika sambutan Tahun Baharu
Cina. Kuih ini bulat dan melekit.Rasanya manis. Kuih ini diperbuat
daripada tepung pulut dan gula. Adunan ini dimasukkan ke dalam
daun pisang yang dibentuk seperti bakul.

Kuih bulan biasanya dimakan semasa Perayaan Kuih Bulan.


Kuih bulan bulat seperti kuih bakul. Kuih ini mempunyai inti yang
rasanya manis. Kuih ini diperbuat daripada tepung dan air gula.
Kuih bulan mempunyai pelbagai inti seperti biji teratai dan kacang
merah.
TOKOH BATIK

Haji Che Su bin Ishak ,tokoh batik dari Kelantan. Beliau memulakan
perusahaan batik di Kota Bharu,Kelantan. Beliau pengasas batik pelangi
dan batik blok.

Pada masa itu, pembuatan batik pelangi menggunakan teknik ikatan


dan celupan. Warna batik ketika itu hanya biru dan hitam sahaja. Bahan
pewarnanya dihasilkan daripada buah dan kulit kayu.

Kemudian, beliau telah mengeluarkan batik yang menggunakan blok


kayu. Batik blok ini dihasilkan menggunakan blok umbut pisang dan blok
kayu yang mempunyai ukiran.

Selepas itu, beliau menghasilkan blok daripada bahan logam. Hasil


ukiran batik blok ini lebih bermutu dan cantik. Batik merupakan seni yang
patut kita hargai.

AMBUYAT

Adam telah pergi ke rumah Rahimi untuk mengulang kaji pelajaran.


Selepas mengulang kaji pelajaran, Rahimi mengajak Adam menjamu
selera.

Pada hari itu, ibu Rahimi memasak ambuyat.Rahimi memberitahu


Adam bahawa makanan tradisional Sabah itu diperbuat daripada tepung
sagu yang dimasak hingga likat. Apabila hendak makan ambuyat, mereka
perlu menggunakan penyepit untuk menggulung ambuyat. Kemudian,
ambuyat dicecahkan pada kuah.

Sebelum pulang, Adam menulis resipi ambuyat. Dia ingin meminta


ibunya memasak makanan itu.
MAKANAN BERSIH DAN BERKHASIAT
Selamat sejahtera. Adik-adik sudah bersarapan atau belum? Setiap
hari,kita mesti bersarapan supaya kita dapat memberikan tumpuan kepada
pelajaran.

Adik-adik suka makan buah atau tidak? Kita perlu makan buah, namun
buah itu mestilah dibasuh terlebih dahulu. Buah-buahan dapat membantu
tubuh mencegah panyakit.

Adik-adik pun mesti makan sayur. Kita mesti makan sayur setiap hari
kerana sayur mengandungi vitamin.

Adik-adik juga patut mengurangkan pengambilan makanan yang


mengandungi gula dan garam yang berlebihan. Amalan ini baik untuk
kesihatan kita.

Ingat adik-adik,kita mesti mengambil makanan yang bersih dan


berkhasiat.

SERONOKNYA MEMANCING

Pada hari Ahad yang lalu,bapa membawa saya memancing ikan di tepi
sungai. Kami bertolak pada pukul 8 pagi. Kami telah membawa alat-alat
keperluan seperti joran,umpan,baldi dan lain-lain.

Sungai itu terletak tidak jauh dari rumah saya.Apabila sampai di sana,
kami boleh melihat banyak ikan di dalam sungai yang jernih itu. Bapa
mengajar saya cara meletakkan umpan dan cara memancing dengan betul.

Kemudian, kami pun mula memancing. Dua jam kemudian, bapa telah
memancing beberapa ekor ikan yang besar tetapi saya hanya mendapat
seekor ikan yang kecil. Pada pukul 11 pagi, kami pun pulang ke rumah.
GAYA HIDUP SIHAT

Kita mesti mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu, kita mesti
menjaga kebersihan diri. Amalan ini menjadikan diri kita sihat.

Kita juga mesti bersenam supaya badan kita cergas. Badan yang
cergas menyebabkan hidup kita ceria. Selain itu, kita juga mesti menjalani
pemeriksaan kesihatan. Kita akan mengetahui sama ada kita sihat atau
tidak.

Di samping itu, kita mesti makan makanan yang seimbang. Badan kita
akan memperoleh semua zat yang diperlukan. Kita juga mesti menjaga
kebersihan diri dan tempat tinggal. Tindakan ini akan menjadikan diri kita
sihat dan hidup kita sejahtera.

Kesimpulannya, kita akan mendapat faedah yang banyak jika kita


mengamalkan gaya hidup sihat.

HOBI PUNITHA

Semua orang ada hobi masing-masing. Hobi Punitha ialah


mengumpul setem. Punitha telah mengumpul pelbagai bentuk dan
warna setem. Setem-setem itu disimpan di dalam album setem.

Punitha juga mengumpul setem dari dalam dan luar negara. Dia
turut mengambil bahagian dalam peraduan mengumpul setem di
sekolahnya.

Dia telah memenangi tempat pertama dalam peraduan itu.


Hadiah yang diterimanya ialah wang tunai sebanyak RM150 dan
sebuah piala.
SI TOMPOK

Si Tompok ialah haiwan peliharaan Ratna. Si Tompk sangat


comel. Ratna sangat sayang akan Si Tompok.

Setiap hari,Ratna akan menyediakan susu kepada Si Tompok.


Apabila lapar, Si Tompok juga akan mengiau dan Ratna akan
memberikan nasi dan ikan kepadanya. Setiap petang, Ratna juga
akan bermain bola dengan Si Tompok. Si Tompok juga seekor
kucing yang rajin. Setiap hari, Si Tompok menangkap tikus.
Akhirnya,rumah Ratna tiada tikus lagi.

DEVI YANG BERJASA

Puan Salmi ialah jiran Devi. Pada cuti sekolah ini, Puan Salmi
sekeluarga akan balik ke kampong. Puan Salmi meminta Devi
menjaga rumahnya.

Pada suatu malam, Devi ternampak seorang lelaki asyik


memandang ke dalam rumah Puan Salmi dan cuba memasuki
rumah itu. Tanpa berfikir panjang, Devi segera mengejutkan
bapanya dan memberitahu bapanya keadaan tersebut.

Bapa Devi segera menghubungi kepada polis. Tidak lama


kemudian, polis pun tiba dan berjaya menangkap pencuri itu.
PELANGI

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di


udara. Oleh itulah, pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia
merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna
merah di lengkungan paling luar dan ungu di lengkungan paling
dalam.

Mengikut urutan, warna pelangi ialah merah, jingga, kuning,


hijau,biru, indigo dan ungu. Fenomena pelangi ini juga boleh
dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada
hari yang cerah.

TANAH TINGGI CAMERON

Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan


tanah tinggi yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Ia terletak
di negeri Pahang, sebuah negeri yang kaya dengan khazanah
hutan semula jadinya. Tanah Tinggi Cameron juga terkenal
dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan,
sayur-sayuran dan bunga yang bermutu tinggi.

Hal ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat
sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja. Contohnya daun
teh,bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi.
TUGU NEGARA

Tugu Negara terletak di sebelah Taman Tasik Perdana. Tugu


ini dibina untuk memperingati askar-askar yang telah gugur
dalam mempertahankan negara semasa zaman perang.

Tugu Pahlawan ini merupakan satu kumpulan tujuh patung


atau lembaga gangsa,tiap-tiap satunya empat kali lebih besar
daripada orang biasa. Tugu ini ialah tugu terbesar di Malaysia.

Bagi menambah keindahan tugu ini, kolam separuh bulat


telah dibina di kiri dan kanannya. Di dalam kolam itu, terdapat
bunga teratai yang diperbuat daripada timah putih dan hitam
dengan pancutan air yang boleh bertukar warna.

BUNGA RAYA

Bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan negara Malaysia


oleh Yang Teramat Mulia Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj. Bunga raya yang berwarna merah melambangkan keteguhan
politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh
cabaran.
Seterusnya, lima kelopak yang terdapat pada bunga raya
memberi maksud lima baris Rukun Negara. Kepelbagaian bunga raya
dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang agama dan
kebudayaan hidup yang harmonis di negara ini.
JALUR GEMILANG

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera


ini mempunyai 14 jalur merah dan putih. Setiap jalur mempunyai
saiz yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas
dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri


maknanya perpaduan. Anak bulan tanda Agama Islam ialah agama
rasmi.Bintang itu tanda perpaduan 14 buah negeri di Malaysia.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna diraja.

KEBERSIHAN ALAM SEKITAR

Kita memerlukan udara dan air yang bersih. Kita hendaklah


sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar. Pencemaran udara
berpunca daripada asap kenderaan dan pembakaran sampah.
Udara yang tercemar membawa pelbagai penyakit.
Sungai dan laut mesti dijaga. Hidupan di sungai dan
laumerupakan sumber protein. Contohnya ketam, ikan,sotong dan
kerang. Jika sungai dan laut tercemar, kita tidak akan mendapat
makanan yang bersih.
Marilah kita menjadi manusia yang bertanggung jawab.
Menjaga alam sekitar menjadi tanggungjawab kita bersama
KOMPANG

Kompang ialah alat muzik tradisional yang terkenal dalam


kalangan orang Melayu. Kompang sering digunakan dalam majlis
perkahwinan, perasmian, persembahan, kebudayaan dan
sebagainya.

Kompang diperbuat daripada kayu. Bingkai kompang


berbentuk bulat. Bahagian atas kompang diperbuat daripada kulit
kambing. Kulit kambing tersebut dikeringkan terlebih dahulu

PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA

Rakyat Malaysia menyambut pelbagai perayaan pada setiap


tahun. Orang Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya
Aidiladha. Orang Cina menyambut Tahun Baharu Cina. Orang India
menyambut Hari Deepavali. Penganut agama Kristian pula
menyambut Hari Krismas.
Setiap perayaan disambut bersama-sama dengan semangat
muhibah. Mereka bersalam-salaman sewaktu berjumpa dengan
rakan-rakan.Pada setiap perayaan, majlis rumah terbuka diadakan.
Pelbagai hidangan disediakan untuk tetamu seperti ketupat,
muruku, kuih-muihdan sebagainya.
Mereka menjamu selera sambil berbual-bual. Melalui cara ini,
perpaduan antara kaum dapat dieratkan.

You might also like