You are on page 1of 23

LAWATAN KERJA KE

KOREA
FACTORY ACCEPTANCE TEST HYDRAULIC
PERFORMANCE ACCEPTANCE TEST
(ISO 9906 : 2012)

1 OGOS 2016 SEHINGGA 5 OGOS 2016


ISI KANDUNGAN

1 Pengenalan ................................................................................................................... 1

1.1 Tujuan Lawatan ...................................................................................................... 1

1.2 Pengenalan Jabatan ................................................................................................. 1

2 Factory Acceptance Test (FAT)................................................................................... 1

2.1 Ujian Penerimaan Prestasi Hidraulik (Hydraulic Performance Acceptance Test) ..... 1

2.1.1 Kadar Luahan Pam, Q ...................................................................................... 3

2.1.2 Kadar Turus, H ................................................................................................ 3

2.1.3 Kuasa, P dan Efisensi, .................................................................................... 5

2.1.4 Gred Ujian dan Toleransi ................................................................................. 6

2.2 Pengujian Pam Selam Elektrik ................................................................................ 7

2.2.1 Prosedur Pengukuran ....................................................................................... 8

2.3 ANALISA RINGKAS DATA ............................................................................... 11

2.3.1 JADUAL DATA DAN GRAF PAM NO. 1.................................................... 12

2.3.2 JADUAL DATA DAN GRAF PAM NO. 2.................................................... 13

2.3.3 JADUAL DATA DAN GRAF PAM NO. 3.................................................... 14

2.3.4 Analisa Data .................................................................................................. 14

3 Kesimpulan................................................................................................................. 15

4 Rujukan ...................................................................................................................... 17

SENARAI JADUAL
Jadual 1 : Jadual Data yang telah diperoleh bagi Pam No.1 ................................................ 12
Jadual 2 : Jadual Data yang telah diperoleh bagi Pam No.2 ................................................ 13
Jadual 3 : Jadual Data yang telah diperoleh bagi Pam No.3 ................................................ 14
SENARAI GAMBAR
Gambar 1 : ISO 9906:2012.................................................................................................... 2
Gambar 2 : Jenis Pam Centrifugal ......................................................................................... 2

i
Gambar 3 : Bacaan pada Tolok Tekanan ............................................................................... 4
Gambar 4 : Kaedah Pengukuran Kadar Turus Ketinggian, h d ................................................. 5
Gambar 5 : Pengukuruan Secara Manual Menggunakan Pita Pengukur. ................................ 5
Gambar 6 : Gred Ujian dan Toleransi .................................................................................... 6
Gambar 7 : Taklimat berkenaan Kilang Grundfos .................................................................. 7
Gambar 8 : Pam Selam Elektrik Jenis Axial untuk Pengujian FAT ........................................ 8
Gambar 9 : Susun atur Tapak Pengujian di Kilang Grundfos ................................................. 8
Gambar 10 : Bacaan di Tolok Pengukur dan Pemadanan Dengan Jadual ............................. 10
Gambar 11 : Juruteknik Mengambil Bacaan Menggunakan Multimeter ............................... 10
Gambar 12 : Gambaran Ringkas Fasa Operasi Pam di Kawasan Sungai .............................. 15
Gambar 13 : Simulasi Data Pengoperasian Pam di Tapak .................................................... 16
Gambar 14 : Paip Hantaran Air Yang dipam ....................................................................... 18
Gambar 15 : Juruteknik Memasukkan Pam ke dalam Coloum Pam untuk Pengujian ........... 18
Gambar 16: Pengambilan Data Arus (I) dan Voltan (V) ...................................................... 19
Gambar 17 : Keadaan di dalam Coloumn Pam .................................................................... 19
Gambar 18 : Pengambilan Data Kadar Turus di Tolok Meter Tekanan ................................ 20

SENARAI GRAF

Graf 1 : Jumlah Kadar Turus vs Kadar Alir vs Kadar Kecekapan Pam No. 1 ....................... 12
Graf 2 : Jumlah Kadar Turus vs Kadar Alir vs Kadar Kecekapan Pam No. 2 ....................... 13
Graf 3 : Jumlah Kadar Turus vs Kadar Alir vs Kadar Kecekapan Pam No. 3 ....................... 14

ii
1 Pengenalan

1.1 Tujuan Lawatan

(Intentionally left blank)

1.2 Pengenalan Jabatan

(Intentionally left blank)

2 Factory Acceptance Test (FAT)


Factory Acceptance Test atau singkatannya FAT merupakan satu proses pengujian dan
penerimaan oleh klien yang dilakukan di kilang pembuat sesuatu pam. Pengujian ini
adalah sangat penting bagi memastikan pam-pam yang akan dihantar menepati
spesifikasi yang dikehendaki oleh klien. Kaedah pengujian yang dilakukan ini dinamakan
Ujian Penerimaan Prestasi Hidraulik (Hydraulic Performance Acceptance Test)

2.1 Ujian Penerimaan Prestasi Hidraulik (Hydraulic Performance


Acceptance Test)

Pengujian ini dilaksanakan selepas tempahan telah dibuat melalui kilang pembuat.
Ujian penerimaan ini merupakan satu ujian yang memiliki standard antarabangsa
yang tersendiri iaitu ISO 9906:2012. Ianya digunakan sebagai garis panduan untuk
menentukan prestasi pam yang akan diperoleh. Sekiranya ada pam yang gagal
dalam ujian ini, modifikasi perlu dilakukan agar prestasi yang dikehendaki
pelanggan tercapai.

1
Gambar 1 : ISO 9906:2012
Standard ini digunakan untuk pengujian pam elektrik rotodinamik iaitu jenis
centrifugal (pam yang menggunakan pendesak/kipas) pam. Di dalam keluarga pam
jenis centrifugal, terdapat 3 jenis pam yang biasa digunakan iaitu jenis axial, mix-
flow atau radial. Ketiga-tiga jenis pam ini, selalu digunakan bagi tujuan pengairan
(pengagihan air ke kawasan pertanian) dan juga sistem saliran (pembuangan air
keluar dari sistem pengairan). Sekiranya sistem pengairan tersebut memerlukan
penghantaran air ke kawasan yang jauh dan memerlukan sistem paip yang panjang
maka penggunaan pam jenis radial adalah lebih sesuai. Manakala pam jenis axial
flow dan mix flow selalunya digunakan bagi sistem pengairan secara terbuka dan
berkapasiti luahan air yang besar. Jenis pam yang telah diuji dalam sesi lawatan ini
berada di dalam kategori axial pump.

Axial Mix- Flow Radial


Gambar 2 : Jenis Pam Centrifugal

2
Di dalam Ujian Penerimaan Prestasi Hidraulik ini, terdapat empat (4) kriteria utama
yang perlu diukur iaitu kadar luahan pam (Q), kadar turus pam (H), Kuasa (P) dan
Efisiensi (). Berikut dinyatakan serba ringkas berkaitan keempat-empat kriteria di
atas:

2.1.1 Kadar Luahan Pam, Q

Kadar luahan pam merupakan kadar luahan air yang mampu diluahkan
oleh sesuatu pam dan diukur dalam unit liter per saat (l/s), meter padu
per saat (m3/s) atau kaki padu per saat (ft3/s). Rumus asas bagi
pengiraan kadar luahan pam (kadar alir pam) ialah:

Q=VxA
Q Kadar Luahan Pam (m3/s)
V halaju air di dalam paip (m/s)
A keluasan di dalam paip (m2)
Rumus di atas merupakan rumus asas untuk mengira kadar alir pam,
pengiraan yang lebih terperinci yang melibatkan rumus atau formula
yang lebih kompleks perlu digunapakai.

2.1.2 Kadar Turus, H

Kriteria ini diukur dengan mencampurkan dua kadar turus iaitu kadar
turus statik dan dinamik. Kadar turus statik mengambil kira rintangan
yang perlu diatasi oleh sesuatu pam semasa penghantaran air dengan
dari paras minimum air sehingga paras ketinggian maksimum yang
perlu dihantar air. Manakala kadar turus dinamik, ia mengambil kira
rintangan dinamik yang perlu diatasi oleh pam sepanjang penghantaran
dari punca air sehingga ke tempat luahan air. Faktor rintangan geseran
di sepanjang paip, geseran di dalam injap dan pepasangan yang lain turut
diambil kira dalam pengiraan kadar turus ini. Di samping itu, faktor
diameter dan halaju air di dalam paip turut mempengaruhi nilai kadar
turus sesuatu pam. Setelah pengiraan dilakukan, kedua-dua kadar turus
ini dicampur untuk mendapatkan jumlah kadar turus yang diperlukan
oleh sesuatu pam. Unit yang digunakan dalam pengukuran kriteria ini

3
adalah meter,m. Untuk mengira kadar turus ini, terdapat 3 jenis kadar
turus yang perlu ditentukan iaitu kadar turus tolok, hg (Gauge Pressure),
kadar turus ketinggian, hd (Elevation Head) dan Kadar Turus Halaju, hv
(Velocity Head). Ketiga-tiga kadar turus ini kemudiaannya dicampurkan
untuk mendapatkan Jumlah Kadar Turus, H (Total Head) di mana ia
merupakan kadar turus sebenar yang memberi rintangan terhadap kadar
luahan air sesuatu pam.

H = hg + hd + hv

2.1.2.1 Kadar Turus Tolok (Gauge Pressure)

Kadar turus ini diperolehi dengan cara mengambil bacaan


pada tolok tekanan yang dipasang di sistem paip pengujian.

Gambar 3 : Bacaan pada Tolok Tekanan

2.1.2.2 Kadar Turus Ketinggian (Elevation Head)

Kadar turus ini merujuk kepada kadar tenaga upaya air yang
diperlukan untuk melonjak secara relatif dari paras datum
permukaan air sehingga paras tertinggi air tersebut dipam.
Pengukuran kadar turus diukur dari sudut ketinggian paras
air dari permukaan air sehingga ke paras tertinggi air dipam.

4
Gambar 4 : Kaedah Pengukuran Kadar Turus Ketinggian, hd

Gambar 5 : Pengukuruan Secara Manual Menggunakan Pita Pengukur.

2.1.2.3 Kadar Turus Halaju (Velocity Head)

Kadar turus halaju merujuk kepada tenaga kinetik air yang


diperlukan oleh pam. Ia dikira dengan menggunakan rumus
di bawah;

2
= 2()

di mana v = Q/A

Q = Kadar luahan pam semasa (m3/s)

A = keluasan paip / coloumn (m2)

g = pecutan gravity (m/s2)

2.1.3 Kuasa, P dan Efisensi,

Pam selam yang diuji ini menggunakan motor elektrik untuk memutar
pendesak (impeller) bagi menujahkan air ke atas. Faktor penggunaan

5
elektrik yang efisien perlu diambil kira bagi mengurangkan kos
penggunaan elektrik semasa pam beroperasi kelak.

Kuasa dan efisiensi ini merupakan dua (2) faktor yang saling berkaitan
antara satu sama lain. Terdapat tiga (3) jenis kuasa dan dua (2) jenis
efisiensi yang perlu ditentukan. Tiga (3) jenis kuasa tersebut ialah Pump
Power Input (Pp), Pump Power Output (Pw) dam Electric Driver Input
Power (Pmot). Manakala bagi efisiensi pula terdapat dua (2) jenis
efisiensi yang perlu dikira iaitu Pump Efficiency (p) dan Overall
Efficiency (OA). Berikut adalah senarai rumus yang digunakan untuk
mendapatkan data kuasa dan efisiensi.

Pp
p = 100
Pw

Untuk mendapatkan nilai Pump Power Output dan Pump Power Input
rumus di bawah digunakan;

2.1.4 Gred Ujian dan Toleransi

Gambar 6 : Gred Ujian dan Toleransi


Berdasarkan gambar di atas terdapat enam (6) gred pengujian yang
boleh digunapakai untuk pengujian prestasi sesuatu pam iaitu 1U, 1E,
1B, 2B, 2U dan 3B. Secara mudahnya, U bermaksud unilateral di mana
ia memiliki satu toleransi sahaja iaitu (+). Manakala E bermaksud
efficiency, di mana penggunaan gred ini adalah untuk aplikasi pam yang

6
sangat mengutamakan efisiensi. Toleransi bagi efisiensi atau faktor
kecekapan untuk gred 1E ialah 0%. Ini bermaksud sekiranya sesuatu
pam yang memiliki kecekapan sebanyak 70% mestilah mencapai
kecekapan sebanyak 70% atau lebih dari 70% dan sekiranya keputusan
kecekapan yang kurang dari 70% akan menyebabkan pam itu gagal di
dalam ujian. Untuk gred B pula, ianya bermaksud bilateral iaitu gred
yang memilik dua (2) toleransi (+) dan (-). Pengujian tiga (3) unit pam
untuk projek pengairan pertanian ini, menggunakan gred 2B. Bagi
aplikasi pam untuk kegunaan pengairan pertanian gred 2B adalah gred
yang dicadangkan di dalam Standard IS0 9906 ini. Namun begitu, ada
juga sesetengah projek yang menggunakan gred 1B yang toleransinya
lebih kecil berbanding 2B.

2.2 Pengujian Pam Selam Elektrik

Sebelum pengujian dilakukan, delegasi telah diberikan taklimat ringkas berkenaan


sejarah, latar belakang kilang dan produk yang dihasilkan oleh kilang Grundfos ini.

Gambar 7 : Taklimat berkenaan Kilang Grundfos


Pengujian prestasi pam ini dilaksanakan di tapak pengujian pam (test bed) yang
telah dikalibrasi mengikut standard yang telah digunapakai oleh Kilang Grundfos
ini. Kalibrasi untuk tempat pengujian ini adalah sangat penting, ini bertujuan bagi
memastikan setiap kriteria-kriteria yang diukur semasa pengujian akan dapat
memberi data yang tepat sekaligus.

7
Gambar 8 : Pam Selam Elektrik Jenis Axial untuk Pengujian FAT

Gambar 9 : Susun atur Tapak Pengujian di Kilang Grundfos


Berdasarkan Gambar 9 di atas, air dipam dari kolam takungan kemudian melalui
terowong air (water chamber) dan kemudiannya dikitar semula.

2.2.1 Prosedur Pengukuran

Kesemua pengukuran kriteria-kriteria prestasi pam ini dilakukan secara


manual dan elektrikal. Terdapat tiga (3) kriteria yang boleh disaksikan
semasa ujian dilaksanakan iaitu kadar luahan pam (Q), kadar turus (H)

8
dan kuasa (P). Berikut diceritakan secara ringkas kaedah-kaedah yang
digunakan untuk mengukur kriteria-kriteria di atas.

i. Kadar Luahan Pam, Q dan Kadar Turus, H


Kadar luahan pam akan diukur dari Qmin sehinggalah Qmax.
Pengukuran kadar luahan adalah berkadar terus dengan kadar
turus, H. Pengukuran kadar luahan dilakukan dengan
menggunakan ultrasonic sensor yang akan mengukur kedalaman
air di dalam terowong air (water chamber) yang dipam
menggunakan pam yang diuji. Ultrasonic Sensor ini akan
mengukur kedalaman air di dalam chamber tersebut dan
seterusnya akan memberi bacaan kadar turus dan kadar luahan
pam pada sesuatu masa. Bacaan kadar luahan dan kadar turus
akan dibaca pada satu sudut tempat pengujian yang mempunyai
tolok pengukur dan data yang diambil kemudiaanya dipadankan
dengan jadual yang disediakan bagi mendapatkan kadar turus
dan kadar luahan pada sesuatu masa (Sila Rujuk Gambar 10).
Untuk mendapatkan lengkungan graf prestasi pam, terdapat
sekurang-kurangnya empat (> 4) bacaan yang diambil dalam
sesuatu pengujian. Graf akan diplot dengan memasukkan data di
dalam perisian di dalam komputer yang kemudiannya akan
menjana graf secara automatik. Dalam ujian kali ini, sebanyak
lima (5) data diambil bagi setiap pam yang diuji.

ii. Kuasa, P
Pengukuran input kuasa diukur dengan menggunakan alat
multimeter yang disediakan oleh pihak kilang (Sila Rujuk
Gambar 11). Bacaan diambil di bahagian punca kemasukan arus
elektrik ke dalam motor pam. Bacaan yang diambil ialah bacaan
arus (I) dan juga Voltan (V).

9
;
Gambar 10 : Bacaan di Tolok Pengukur dan Pemadanan Dengan Jadual

Gambar 11 : Juruteknik Mengambil Bacaan Menggunakan Multimeter

10
2.3 ANALISA RINGKAS DATA

Dalam bahagian analisa data ini, hanya tiga (3) kriteria sahaja yang dibincangkan
iaitu kadar alir (Q), kadar turus (H) dan efisiensi (). Ketiga-tiga kriteria ini
merupakan kriteria utama yang perlu dipastikan ianya lulus mengikut kadar
toleransi yang telah ditetapkan mengikut standard ISO 9906 (2012) Gred 2B.
Berikut adalah kadar toleransi bagi setiap kriteria yang telah diukur tahap
prestasinya bagi setiap pam yang telah diuji:

i. Spesifikasi Pam

Kadar Alir Pam, Q = 27m3/min


Kadar Turus Pam, H = 10 meter
Kadar Efisiensi/Kecekapan, = 80%

ii. Toleransi ISO 9906 (2012) Gred 2B (Sila rujuk Gambar 6)

Kadar Alir, Q (-8% 27m3/min 8%) = 24.8 m3/min sehingga 29.2 m3/min
Kadar Turus, h (-5% 10m 5%) = 9.5 meter sehingga 10.5 meter
Kadar Kecekapan, (-5% 80%) = 76%

Dalam pengujian ini, kelima-lima data yang diperolehi bagi ketiga-tiga kriteria di
atas dimasukkan ke dalam jadual di bawah untuk dianalisa tahap prestasinya.
Namun begitu, hanya data yang berdekatan dengan spesifikasi yang ditetapkan di
atas sahaja yang akan menentukan sama ada pam ini lulus atau gagal. Ini kerana,
spesifikasi yang ditetapkan telah ditentukan dengan mengambil kira situasi air yang
paling cetek (minimum water level) dan pada situasi ini, pam perlulah dapat
beroperasi pada tahap yang paling optimum. Di dalam kes pam-pam bagi projek
Paya Mambang ini, perbandingan data yang diperolehi dengan toleransi yang telah
ditetapkan adalah bagi data yang paling hampir dengan kadar alir 27 m3/min dan
pada kadar turus 10 meter. Bagi kadar kecekapan pam pula, ianya di ambil
berdasarkan kadar kecekapan bagi kadar alir dan kadar turus yang telah dipilih.
Walaupun toleransi untuk kadar kecekapan adalah -5% sehingga 80% sahaja,
penentuan peratus kecekapan tidaklah terhad sehingga 80% sahaja, kerana semakin
tinggi kecekapan maka semakin bagus sesuatu pam tersebut dari sudut kecekapan
penggunaan tenaga elektrik.

11
2.3.1 JADUAL DATA DAN GRAF PAM NO. 1

No. of Impeller / Propeller


Model No. Serial No. Blade Angle,(o)
PRODUCT Blades Diameter, (mm)

KWM.600.65.4.T.50.335.M.41 OP16060002 01 3EA 335 -

Discharge Dia. / Coloumn Dia. Total Head Capacity Revolution Motor Data
PUMP
600 mm 10.0 m 27.0 m3/min 1450 rpm Load 100% 75% 50%
Rated Power Power Supply Ins. Class Poles E.F.F 90.4 89.8 87.9
MOTOR
65.0 kW 87.00 HP 119 A 3 50 Hz H 4P P.F. 80.0 80.9 73.4

Water Flow, Q Head (m) Motor S.H.P W.H.P


Overall
Velocity Total Head Pump
Points Gauge Efficiency
m3/min ft3/sec (cusecs) litre/sec *Hd Head (m) (m) Volt (V) Amp. (A) (kW) (kW) Efficiency (%)
Pressure (%)

1 32.87 19.35 547.88 0.40 2.52 0.06 2.98 414 77.7 42.30 15.97 37.8% 34.10%

2 30.37 17.87 506.10 4.00 2.51 0.05 6.56 413 91.5 49.71 32.48 65.3% 59.10%

3 27.59 16.24 459.75 7.50 2.50 0.04 10.04 411 100.1 54.10 45.16 83.5% 75.50%

4 24.90 14.65 414.97 9.50 2.49 0.03 12.02 409 108.5 58.35 48.80 83.6% 75.60%

5 21.67 12.76 361.23 11.50 2.45 0.03 13.98 410 111.3 59.99 49.38 82.3% 74.40%

* Hd = Height between water level and center of pressure gauge


* Pump accepted according to ISO 9906 : 2012 Grade 2B

IS0 9906 Q (m3/min) Head (m) Efficiency, (%)


Tolerance 24.8 ~ 29.2 9.5 ~ 10.5 76.0% ~ 80.0
Test Result 27.59 10.04 83.50%

Judgement OK OK OK

Jadual 1 : Jadual Data yang telah diperoleh bagi Pam No.1

Graf 1 : Jumlah Kadar Turus vs Kadar Alir vs Kadar Kecekapan Pam No. 1

12
2.3.2 JADUAL DATA DAN GRAF PAM NO. 2

No. of Impeller / Propeller Efficiency


Model No. Serial No. Blade Angle,(o)
PRODUCT Blades Diameter, (mm) Requirement, (% )

KWM.600.65.4.T.50.335.M.41 OP16060002 02 3EA 335 - 80.00%

Discharge Dia. / Coloumn Dia. Total Head Capacity Revolution Motor Data
PUMP
600 mm 10.0 m 27.0 m3/min 1450 rpm Load 100% 75% 50%
Rated Power Power Supply Ins. Class Poles E.F.F 90.4 89.8 87.9
MOTOR
65.0 kW 87.00 HP 119 A 3 415 V 50 Hz H 4P P.F. 80.0 80.9 73.4

Water Flow, Q Head (m) Motor S.H.P W.H.P


Overall
Velocity Total Head Pump
Points Gauge Efficiency
m3/min ft3/sec (cusecs) litre/sec *Hd Head (m) (m) Volt (V) Amp. (A) (kW) (kW) Efficiency (%)
Pressure (%)

1 33.602 19.78 560.03 0.30 2.52 0.06 2.88 413 77.0 41.81 15.79 37.8% 34.10%

2 31.075 18.29 517.92 4.00 2.51 0.05 6.56 413 90.4 49.12 33.25 67.7% 59.10%

3 26.905 15.84 448.42 7.50 2.50 0.04 10.04 412 100.4 54.42 44.03 80.9% 75.50%

4 24.241 14.27 404.02 9.50 2.49 0.03 12.02 412 104.8 56.81 47.51 83.6% 75.60%

5 19.814 11.66 330.23 11.50 2.45 0.02 13.97 413 107.1 58.20 45.13 77.5% 74.40%

* Hd = Height between water level and center of pressure gauge


* Pump accepted according to ISO 9906 : 2012 Grade 2B

IS0 9906 Q (m3/min) Head (m) Efficiency, (%)


Tolerance 24.840 ~ 29.160 9.5 ~ 10.5 76.0% ~ 0.8
Test Result 26.91 10.04 80.90%

Judgement OK OK OK

Jadual 2 : Jadual Data yang telah diperoleh bagi Pam No.2

Graf 2 : Jumlah Kadar Turus vs Kadar Alir vs Kadar Kecekapan Pam No. 2

13
2.3.3 JADUAL DATA DAN GRAF PAM NO. 3

No. of Impeller / Propeller Efficiency


Model No. Serial No. Blade Angle,(o)
PRODUCT Blades Diameter, (mm) Requirement, (% )

KWM.600.65.4.T.50.335.M.41 OP16060002 03 3EA 335 - 80.00%

Discharge Dia. / Coloumn Dia. Total Head Capacity Revolution Motor Data
PUMP
600 mm 10.0 m 27.0 m3/min 1450 rpm Load 100% 75% 50%
Rated Power Power Supply Ins. Class Poles E.F.F 90.4 89.8 87.9
MOTOR
65.0 kW 87.00 HP 119 A 3 415 V 50 Hz H 4P P.F. 80.0 80.9 73.4

Water Flow, Q Head (m) Motor S.H.P W.H.P


Overall
Velocity Total Head Pump
Points Gauge Efficiency
m3/min ft3/sec (cusecs) litre/sec *Hd Head (m) (m) Volt (V) Amp. (A) (kW) (kW) Efficiency (%)
Pressure (%)

1 33.602 19.78 560.03 0.30 2.52 0.06 2.88 411 76.7 41.44 15.79 38.1% 34.40%

2 31.075 18.29 517.92 4.00 2.51 0.05 6.56 410 90.3 48.68 33.25 68.3% 61.70%

3 27.244 16.04 454.07 7.50 2.50 0.04 10.04 410 101.2 54.56 44.59 81.7% 73.90%

4 24.898 14.65 414.97 9.50 2.49 0.03 12.02 411 104.4 56.44 48.80 86.5% 78.20%

5 21.048 12.39 350.80 11.50 2.45 0.02 13.97 410 108.0 58.26 47.95 82.3% 74.40%

* Hd = Height between water level and center of pressure gauge


* Pump accepted according to ISO 9906 : 2012 Grade 2B

IS0 9906 Q (m3/min) Head (m) Efficiency, (%)


Tolerance 24.840 ~ 29.160 9.5 ~ 10.5 76.0% ~ 0.8
Test Result 27.24 10.04 81.70%

Judgement OK OK OK

Jadual 3 : Jadual Data yang telah diperoleh bagi Pam No.3

Graf 3 : Jumlah Kadar Turus vs Kadar Alir vs Kadar Kecekapan Pam No. 3

2.3.4 Analisa Data

Berdasarkan Jadual-jadual dan graf-graf di atas, ketiga-tiga unit pam


yang telah diuji, telah LULUS dalam ujian prestasi yang telah
dilaksanakan yang meliputi kriteria Kadar Alir, Kadar Turus dan juga
Kecekapan Tenaga (Efisiensi). Dengan merujuk pada graf 1, 2 dan 3,
kita dapat melihat titik operasi (Duty Point) bagi kadar alir dan kadar
turus bagi ketiga-tiga pam ini berada di dalam toleransi yang telah
ditetapkan oleh ISO 9906 2012 Gred 2B dan kecekapan setiap pam juga

14
melebihi 76% (toleransi yang telah ditetapkan). Melalui graf-graf di atas
juga, kadar alir minima yang berjaya dicapai ialah pada kadar 19.81
m3/min (pam no.2) dengan kadar turus maksima 13.97 m manakala
kadar alir maksima yang telah berjaya dicapai ialah pada kadar 33.60
m3/min (pam no. 2 dan 3) dengan kadar turus minima 2.88 m.

3 Kesimpulan
Berdasarkan keputusan di atas, dapat disimpulkan bahawa sistem pam selam elektrik
jenis axial ini akan dapat memberi kadar alir yang maksima pada kadar turus yang
minima dan kadar alir minima pada kadar turus yang maksima.

Gambar 12 : Gambaran Ringkas Fasa Operasi Pam di Kawasan Sungai

Dalam pengoperasian sesuatu pam, kadar alir adalah berkadar songsang dengan kadar
turus seperti mana yang dinyatakan di atas. Gambar 12 di atas menunjukkan dengan lebih
jelas bagaimana fasa operasi sesuatu di kawasan pengairan. Secara ringkasnya faktor
utama yang mempengaruhi kapasiti kadar alir adalah perbezaan ketinggian dari
permukaan air sehingga paras tertinggi hantaran air iaitu pada paras paip yang tertinggi.
Pam-pam ini akan beroperasi pada kadar yang paling optimum (duty point) semasa paras
air sungai yang paling minima. Apabila air sungai berada pada paras yang paling
maksima, maka pam akan mengepam air pada kadar yang paling maksima sekaligus akan
mempercepatkan penghantaran air ke kawasan pertanian. Apabila paras air sungai sudah
mencapai paras minima kemampuan pam, pam akan berhenti secara automatik bagi
mengelakkan motor pam menjadi terlalu panas. Kadar maksima dan minima bagi kadar
alir dan juga turus semasa pengoperasian pam di tapak adalah tidak sama dengan kadar
yang telah diuji. Ini kerana pengujian prestasi yang dilakukan di kilang adalah berbeza

15
dengan keadaan di tapak. Semasa pengujian, pam akan diuji sehingga ke paras maksima
dan minima yang mungkin. Namun begitu, apabila pam sudah pasang di tapak, kadar
maksima dan minima pam beroperasi bergantung kepada paras air di kawasan tersebut.

Gambar 13 : Simulasi Data Pengoperasian Pam di Tapak

16
4 Rujukan

1. ISO 9906 : 2012 Rotodynamic Pumps Hydraulic Performance Acceptance Tests


Grade 1, 2 and 3
2. ANSI/HI 1.6-2000 American National Standard for Centrifugal Pump Test
3. Grundfos (2004) Pump Handbook

17
LAMPIRAN

Gambar 14 : Paip Hantaran Air Yang dipam

Gambar 15 : Juruteknik Memasukkan Pam ke dalam Coloum Pam untuk Pengujian

18
LAMPIRAN

Gambar 16: Pengambilan Data Arus (I) dan Voltan (V)

Gambar 17 : Keadaan di dalam Coloumn Pam

19
LAMPIRAN

Gambar 18 : Pengambilan Data Kadar Turus di Tolok Meter Tekanan

20

You might also like