You are on page 1of 31

PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP PENCAPAIAN

ATLIT PEREMPUAN BAGI ACARA LARI 1500M

GAYADRI A/P KRISHANAN

Tesis ini Dikemukakan


Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAC, 2004
DEDICATION

This Project Papers is Specially Dedicated To

My Loving Parents,

My Beloved Brothers,

Respected Coaches,

Encouraging Friends,

Bala, Thiru Kaali Thevi

&

My Dearest Devarajan
PENGHARGAAN

Dengan rasa rendah diri, penulis merakamkan setinggi penghargaan dan terima
kasih kepada pembimbing kertas projek ini, Dr. Mohad. Anizu di atas segala bimbingan
dan teguran serta kerjasama yang telah beliau berikan sepanjang tempoh dalam
menyempurnakan laporan projek ini.

Saya juga ingin mngucapkan terima kasih kepada En. Sanmuganathan A/L
K.Jeganathan ( Jurulatih), En. Chandragasan T. (Jurulatih) dan En. Norhizan Zainol yang
telah sudi memberi tunjuk ajar yang tidak ternilai dalam menyediakan tesis ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada pengetua serta semua atlit Sekolah Menengah
Kebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat
disamping itu saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan saya Thiru
Kaali Thevi dan jiran rumah saya keluarga Selvi dan Rengga.

Akhir sekali ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada kawan karib saya
Devarajan A/L Ramasamy atas sokongan dan bantuan yang diberikan sepanjang kajian
ini, tanpa sokongan dan dan bantuan ini kajian ini tidak mungkin berjaya dijalankan.
Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada semua pihak yang telah membantu saya
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.
ABSTRAK

Pencapaian masa yang tidak menggalakkan dalam acara 1500m baru-baru ini
disebabkan kurangnya program latihan yang berkesan. Kajian berbentuk eksperimental
ini bertujuan untuk mencari program latihan 1500m yang paling berkesan melalui
perbandingan antara dua program latihan terhadap pencapaian atlit perempuan bagi acara
lari 1500m. Seramai 30 orang atlit perempuan yang berbakat terpilih dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang.
Atlit yang terpilih terdiri daripada 16-18 umur sahaja. Sampel kajian dikehendaki
mengikuti program latihan selama enam minggu. Kajian ini menggunakan dua bentuk
program latihan yang yang berbeza intervensi latihan. Program latihan yang pertama
dikenali Program Latihan Sanmuga yang dibina berdasarkan komponen dan bentuk
latihan yang dicadangkan oleh Sanmuga(2002). Program ini diikuti oleh subjek dari
kumpulan A. Program kedua dibina berdasarkan program latihan yang telah digunakan
oleh seorang jurulatih sekolah biasa dengan kaedah tradisional dikenali sebagai Program
Latihan Chandragasan. Program ini pula diikuti oleh subjek dari kumpulan B. Ujian Pra
diadakan sebelum subjek mengikuti program latihan dan ujian pos pula diadakan selepas
subjek mengikuti Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan selama
enam minggu. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistik
Package for Social Science (SPSS 11.5). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat peningkatan yang signifikan dalam kedua-dua bentuk program latihan selepas
menjalani program latihan masing-masing. Selain itu dapatan kajian telah mengenalpasti
program yang paling berkesan ialah Program Latihan Sanmuga kerana pencapaian
prestasi min masa atlit Program Latihan Sanmuga meningkat lebih tinggi berbanding
Program Latihan Chandragasan. Kesimpulannya dapatan kajian mencadangkan bahawa
sekolah-sekolah menengah boleh menggunakan program latihan yang dinyatakan diatas
bagi melatih atlit-atlit perempuan dalam acara 1500m.
ABSTRACT

Time achievement in the event 1500m nowadays is quite discouraging because


the lack of effective training programs. This experimental study, has been made to
identify the effectiveness of athletic training program in the1500m event that caters for
16-18 years old secondary school girls. 30 talented women athletes from Sek. Men
Kebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang were chosen as
the sample. The sample age is between 16-18 years only. They are required to follow the
training program for 6 weeks. The research was done using two types of training
programs with different training interventions. The first program is known as Sanmuga
Training Program based on the components and training instructions from Sanmuga,
2002. This program is followed by Group A of the study. The second training program is
based on a traditional training program by a secondary school coach, called
Chandragasan Training Program. This is followed by Group B. The data obtained is
analyzed using Statistics Package for Social Science (SPSS 11.5) computer. The data
were analyzed by using paired sample t-test. The result of the research shows that there is
a significant increase in both forms of the training programs that was done for the
duration of six weeks. . The Sanmuga training program is found to be the best training
program for women athletes aged between 16-18 years. It can be concluded that
secondary schools can use the training program to train women athletes for the 1500m
running event.
KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Isi Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Rajah xiii
Senarai Lampiran xiv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Hipothesis Kajian 9
1.6 Persoalaan Kajian 10
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Kepentingan Kajian 11
1.9 Batasan Kajian 12
1.10 Definisi Operasional 13

BAB II SOROTON LITERATUR

2.1 Pengenalan 15
2.2 Perkaitan Program Latihan 1500m 16
2.3 Teori Faktor-Faktor Asas Latihan 20
2.3.1 Persediaan Fizikal 21
2.3.2 Persediaan Teknik 25
2.3.3 Persediaan Taktikal 26
2.3.4 Persediaan Psikologikal 26
2.4 Perkembangan Tumbesar Dan Acara 1500m 26
2.5 Teori Perbezaan Psikofisiologikal 27

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian 30


3.2 Tempat Kajian 32
3.3 Subjek Kajian 32
3.4 Instrumen Kajian 33
3.5 Prosedur Kajian 33
3.5.1 Organisasi 33
3.6 Program Latihan Sanmuga 34
3.6.1 Perancangan Harian Program Latihan
Sanmuga (Kumpulan A) 35
3.7 Program Latihan Chandragasan 35
3.7.1 Perancangan Harian Program Latihan
Chandragasan (Kumpulan B) 36
3.8 Pentadbiran Dan Pengendalian Ujian Larian 1500m 37
3.81 Pengendalian Ujian Pra 37
3.8.2 Pengendalian Ujian Pos 38
3.9 Pengumpulan Data 39
3.10 Analisis Data 39

BAB IV PENGANALISAAN DATA


4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisi Diskriptif 40
4.2.1 Analisi Biodata Subjek 41
4.2.2 Pencapaian Min Masa 1500m Ujian Pra 42
4.2.3 Pencapaian Min Masa 1500m Ujian Pos 43
4.2.4 Perbandingan Min Masa Bagi Ujian Pra dan
Ujian Pos ( Program Latihan Sanmuga
dan Program Latihan Chandragasan ) 44
4.3 Analisis Inferensi
4.3.1 Analisis Ujian-t bagi Ujian Pra 47

4.3.2 Analisis Ujian-t bagi Ujian Pos 48


4.3.3 Analisi Ujian-t Bagi Program Latihan
Sanmuga Terhadap Ujian Pra dan Ujian Pos 49
4.3.4 Analisi Ujian-t Bagi Program Latihan
Chandragasan Terhadap Ujian Pra dan Ujian Pos 50
4.3.5 Keberkesanan Program 51

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan 53
5.2 Analisis Diskriptif 54
5.2.1 Analisis Biodata Subjek 54
5.2.2 Pencapaian Min Masa 1500m Ujian Pra 54
5.2.3 Pencapaian Min Masa 1500m Ujian Pos 54
5.2.4 Perbandingan Min Masa Bagi Ujian Pra dan
Ujian Pos Terhadap Program Latihan Sanmuga 55
5.2.5 Perbandingan Min Masa Bagi Ujian Pra
dan Ujian Pos Terhadap Program
Latihan Chandragasan 56
5.2.6 Keberkesanan Program 56
5.3 Kesimpulan Kajian 53
5.4 Masalah yang dihadapi 58
5.5 Cadangan 59
5.5.1 Bilangan Sampel 59
5.5.2 Jangkamasa latihan 59
5.5.3 Pemantauan 59
5.5.4 Jantina 59
5.6 Penutup 60

BIBLIOGRAFI 61

LAMPIRAN 64
SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.2 Pencapaian Masa Atlit Remaja Malaysia Dalam Acara 1500m


8
2.1 Perimbangan Latihan Aerobik dan Anaerobik bagi Acara 800m-
1500m 24
2.2 Pembangunan Kapasiti Kekuatan Mengikut Peringkat Umur 25
3.2 Jadual Ujian Pra 36
3.3 Jadual Ujian Pos 36
3.4 Program Latihan Sanmuga 37
3.5 Program Latihan Chandragasan 38
3.6 Senarai Ujian Larian 1500m 41
4.1 Taburan Subjek Program Latihan Sanmuga Mengikut Umur 44
4.2 Taburan Subjek Program Latihan Chandragasan Mengikut Umur 45
4.3 Perbandingan Min Masa dan Sisihan Piawai bagi Ujian Pra diantara
Program Latihan Sanmuga (Kump A) dan Program Latihan
Chandragasan (Kump B) 46
4.4 Perbandingan Min Masa Sampel Atlit Dalam Ujian Pos diantara
Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan 47
4.5 Perbandingan Min Masa Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Program
Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan 48
4.6 Analisis Ujian- t bagi Ujian Pra terhadap Program Latihan Sanmuga
dan Program Latihan Chandragasan 50
4.7 Analisis ujian-t bagi Ujian Pos Terhadap Program Latihan Sanmuga 51
dan Program Latihan Chandragasan

4.8 Analisis Ujian- t bagi Program Latihan Sanmuga 52


4.9 Analisis Ujian- t bagi Program Latihan Chandragasan 53
4.10 Analisis Pencapaian Min Masa Ujian Pra dan Ujian Pos Terhadap
Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan 54
SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Peringkat-Peringkat Latihan 3


2.1 Beban Latihan untuk atlit perempuan dalam seminggu
17
2.2 Perhubungan antara Komponen kecergasan asas dengan
komponen Acara Khusus. 18

2.3 Periodidasi Latihan 20


2.4 Piramid faktor-faktor latihan 21
3.1 Reka bentuk kajian 31
4.1 Perbandingan Min Umur Diantara Subjek Yang Akan Mengikuti
Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan 42
4.2 Perbandingan Pencapaian Masa 1500m bagi Ujian Pra diantara
Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandran 43
4.3 Perbandingan Pencapaian Masa 1500m bagi Ujian Pos diantara
Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan 44
4.4 Perbandingan min masa bagi ujian pra dan ujian pos
Program Latihan Sanmuga 45
4.5 Perbandingan min masa bagi ujian pra dan pos
Program Latihan Chandragasan 46
4.6 Kedudukan nilai-t 1.243 dalam Pengujian hipotesis 48
4.7: Kedudukan nilai-t -9.72 dalam Pengujian hipotesis 49
4.8 Kedudukan nilai-t 53.783 dalam Pengujian hipotesis 50
4.9 Kedudukan nilai-t 37.258 dalam Pengujian hipotesis 51
SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Program Latihan Sanmuga 64


B Program Latihan Chandragasan 65
C Borang Ujian Individu Lari 1500m 66
D Skor Mentah Ujian Pra 67
E Skor Mentah Ujian Pos 69
F Analisis SPSS 71
BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Di Malaysia, olahraga merupakan antara aspek yang penting dalam sukatan


pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) dan bagi kegiatan kokurikulum
sekolah. Malah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan
beberapa aktiviti olahraga dan permainan sebagai satu usaha terancang untuk membuka
peluang dengan seluas-luasnya supaya pelajar turut serta secara aktif, disamping dapat
memupuk dan menggarap bakat pelajar ke tahap setinggi mungkin dalam bidang sukan
yang diminati.

Sekolah merupakan pusat yang sesuai bagi menggarap dan melatih atlit-atlit muda
mengikut pendekatan piawai dan seragam. Tambahan pula guru merupakan jurulatih
yang paling sesuai dalam pengajaran program latihan olahraga di peringkat sekolah.
Perkara ini berdasarkan kepakaran guru dalam pedagogi pengajaran dan guru lebih rapat
dengan pelajar (Khoo Kay Kim,1985).
Pelbagai kejohanan olahraga dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
bagi pelajar-pelajar di sekolah, antaranya ialah Kejohanan Olahraga Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pada peringkat kebangsaan. Pada peringkat negeri
dianjurkan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah peringkat negeri
(MSSN), Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah peringkat daerah (MSSD)
serta temasya sukan tahunan sekolah. Kejohanan-kejohanan ini merupakan medan untuk
atlit muda yang berpotensi untuk menujukkan bakat.

Majlis Sukan Negara (MSN) menjalankan usaha bersama dengan Kementerian


Pendidikan Malaysia untuk membangunkan dan mengasah atlit muda sekolah. MSN telah
menubuhkan beberapa pusat latihan olahraga Tunas Cemerlang di seluruh Negara untuk
mengasuh atlit-atlit muda dari sekolah-sekolah. Jurulatih-jurulatih dari luar negara seperti
Edwin Ozoline, Oleg Dimitrenko, Sergei Sidorenko dilantik untuk membangunkan atlit-
atlit muda Negara dengan latihan bersistematik dalam acara teknikal seperti acara
lompatan, acara balingan dan acara pecut.

Bagi acara jarak sederhana khususnya bagi acara 1500m sebilangan besar atlit-
atlit muda sekolah masih lagi dilatih oleh jurulatih-jurulatih tempatan dan guru sekolah
dengan menggunakan pendekatan tradisional. Pendekatan latihan berbentuk tradisional
adalah tidak bersistematik kerana kurang mengambil kira perkembangan dari segi fizikal,
taktik, teknik dan psikologi. Ia boleh menimbulkan banyak masalah berhubung dengan
pencapaian masa, ketinggian dan kepupusan bakat pada peringkat awal, prestasi atlit
tidak menggalakan dan sebagainya. Latihan yang berbentuk tradisional merupakan
latihan yang steorotaip dan jurulatih bergantung kepada pengalamannya untuk
mengendalikan latihan (Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan, 1993)

Pendekatan latihan moden memerlukan jurulatih (guru) memahami prinsip-


prinsip perkembangan tumbesar. Mengikut Bompa (1999), sesuatu program latihan perlu
merangkumi faktor-faktor asas latihan iaitu persediaan fizikal, taktikal, teknikal dan
persediaan psikologi. Perkara yang amat penting dalam menghasilkan program latihan
1500m yang berkesan memerlukan kefahaman jurulatih tentang persediaan fizikal iaitu
penggunaan ciri-ciri komponen latihan dan bentuk-bentuk (kaedah) latihan khusus bagi
acara jarak pertengahan dan dimanipulasikan dalam latihan berdasarkan teori dan prinsip
latihan mengikut peringkat-peringkat latihan. Rajah 1.1 menunjukkan peringkat-
peringkat latihan yang dicadangkan oleh Bompa.

Peringkat Pertandingan

Peringkat Pra Pertandingan

Peringkat Persediaan Umum Dan Spesifik

(Sumber: Bompa, Periodisasi latihan,1999)


Rajah 1.1: Peringkat-Peringkat Latihan

Menurut Lam Fei Eng (1998), atlit muda boleh dikumpulkan dalam tiga kategori
latihan mengikut peringkat umur iaitu Kumpulan Pembentukan (13-15 tahun), Kumpulan
Susulan (16-18 tahun) dan Kumpulan Prestasi Tinggi (19 tahun ke atas). Berdasarkan ini
pengkhususan latihan bagi acara 1500m adalah sesuai dengan menggunakan Kumpulan
Susulan di sekolah iaitu kumpulan yang berumur 16 - 18 tahun iaitu peringkat umur yang
sesuai dengan kehendak acara 1500m. Acara 1500m memerlukan elemen-elemen daya
tahan kardiovaskular, kekuatan, koordinasi, fleksibiliti dan kelajuan (Ballesteros, 1992).
Maka peringkat inilah sesuai dilakukan latihan yang berbentuk seragam dan piawai bagi
acara 1500m mengikut perkembangan umur dan boleh diharapkan peningkatan dalam
prestasi pencapaian masa bagi acara 1500m. Mengikut Hoe (1998) dan Dick (1980), atlit
haruslah mempunyai kecergasan asas atau kecergasan umum sebelum mengkhususkan
diri dalam kecergasan khusus untuk acara spesifik seperti 1500m.
Pendekatan teori dan metodologi latihan masa kini menekankan bahawa latihan
berbentuk piawai dan seragam hendaklah dilakukan mengikut tahap-tahap perkembangan
tumbesar atlit (peringkat umur) (Lam Fei Eng, 1998). Latihan komprehensif hendaklah
diawalkan bagi menyediakan aas-asas biomotor (kecergasan) yang kukuh sebelum
dijalankan latihan seragam dan piawai mengikut acara yang spesifik. Kejayaan dalam
acara trek dan padang memerlukan latihan bersistematik. Latihan merupakan satu aktiviti
sukan yang memerlukan masa yang lama, berprogresif dan digred satu persatu dengan
tujuan untuk mempertingkatkan fungsi fisiologi, anatomi, psikologi untuk menghadapi
tugas yang lebih berat dan mencabar (MSN, 1993).

Dari segi kecergasan fizikal dan pergerakan fizikal, acara olahraga menyediakan
asas-asas yang penting dalam semua jenis pergerakkan dan kemahiran. Walaupun berlari
nampaknya mudah dan semulajadi tetapi pecutan dan kepantasan berlari dan berlari jarak
1500m dengan berkesan memerlukan tenik yang perlu dilatih (Zamerchili,1997). Sukan
olahraga merupakan sukan yang meyediakan asas- asas seperti berlari, melontar dan
melompat. Sistem latihan menyeluruh adalah penting untuk membangunkan dan
menyuburkan asas-asas biomotor sebelum dilakukan pengkhususan dalam sesuatu acara.

Bompa (1999), mengatakan penyelidikan yang dilakukan oleh pakar sukan dan
saintis telah memperkayakan teori dan metodologi latihan olahraga. Pengetahuan
berhubung dengan anatomi, fisiologi, biomekanik, psikologi, statistik, pedagogi,
pembelajaran motor, sains sukan dan sebagainya telah menjadikan latihan lebih
sistematik dan prestasi atlit meningkat. Hal ini membuktikan bahawa latihan-latihan
olahraga yang dijalankan di sekolah-sekolah terutamanya bagi acara 1500m, memerlukan
latihan yang sistematik dengan menggunakan pendekatan yang terbaik bagi mencapai
prestasi masa yang menggalakkan.

Menurut Bompa (1999), prestasi dan kapasiti daya tahan latihan adalah berbeza
mengikut jantina. Atlit remaja perempuan adalah lemah berbanding dengan atlit lelaki
dari segi daya tahan kardiovaskular dan kekuatan otot abdominal. Tambahan pula,
pertukaran hormon dan haid memberi gangguan terhadap kelancaran fizikal dan psikologi
atlit perempuan. Oleh itu jurulatih hendaklah merancang program latihan dengan teliti
mengikut jantina dengan mengambil kira perbezaan struktur anatomi, perbezaan
biologikal dan psikologikal.

Dari segi biologikal, mengikut Wells (1991), aspek kekuatan bergantung pada
jumlah saiz otot yang ditentukan oleh gentian fiber. Maka dari segi kekuatan atlit
perempuan yang berumur 16 tahun hanya mempunyai kekuatan daripada kekuatan
lelaki dalam kumpulan umur yang sebaya. Tegasnya atlit perempuan mempunyai
kelemahan terutamanya pada bahagian pinggang ke atas (upper body) iaitu hanya 40% -
60% kelemahan berbanding dengan kekuatan atlit lelaki. Sementara dari pinggang
bawah, atlit perempuan mempunyai kelemahan sebanyak 25% berbanding dengan atlit
lelaki.

Dari segi perbezaan psikologi Ogive (1970) menyatakan peserta perempuan lebih
konsisten dari segi pencapaian berbanding dengan peserta lelaki. Atlit perempuan dari
segi mental lebih kental, stabil, neuroticsm yang rendah, lebih berdikari, boleh menahan
tekanan dan lebih yakin kerana pengalaman atlit perempuan dalam menempuhi proses
penghaidan (Miller, 1974).Mengikut Thompson (1991), rekod-rekod baru dunia dalam
acara olahraga termasuk acara 1500m diperbaiki dari masa ke masa kerana peningkatan
dari segi prestasi atlit. Prestasi atlit dalam acara 1500m meningkat kerana atlit
memperolehi peningkatan kecergasan yang tinggi akibat program yang sistematik.
Latihan yang bersistematik dijalankan oleh jurulatih berdasarkan kefahaman tentang
pengetahuan teori dan prinsip latihan.

Menurut Bompa (1999), bidang teori dan prinsip latihan merangkumi


pengetahuan tentang penggunaan prinsip latihan, penggunaan komponen dan bentuk
latihan, pelaksanaan latihan mengikut perkembangan umur serta input latihan mengikut
perbezaan jantina. Begitu juga halnya, program latihan bagi acara jarak sederhana
(1500m) di peringkat antarabangsa disediakan secara sistematik dan berkesan
berdasarkan kefahaman tentang teori dan prinsip latihan.
Dalam kajian ini, program-program latihan dirancang dan dibina berdasarkan
kesesuaian dengan tumbesar dan perkembangan (peringkat umur), program latihan yang
diuji, disusun dan dibina berdasarkan pengetahuan perkembangn dan perbezaan fisiologi,
anatomi dan psikologi antara jantina. Pengajaran dan pelaksanaan program latihan
dijalankan menggunakan pendekatan ansur maju terutamanya mekanik larian. Pemilihan
atlit sampel kajian ini dan pelaksanaan program latihan dari segi sejarah, atlit perlu
mempunyai latarbelakang pengalaman bersukan. Program latihan untuk kajian ini
dijalankan mengambil kira kebajikan dan keselamatan para atlit.
Kajian ini adalah perbandingan pencapaian masa diantara dua buah program
latihan 1500m yang sistematik dan tradisional terhadap atlit perempuan dimana
disediakan oleh penyelidik dalam fasa latihan peringkat pertandingan (kemuncak) , ini
kerana untuk mengenalpasti program latihan yang memberi peningkatan prestasi masa
yang lebih berkesan. Program latihan diberi selama enam minggu, kepada atlit-atlit
perempuan berumur antara16-18 tahun Diharap daripada kajian ini nanti, satu keputusan
akan dapat diperolehi bagi menggambarkan satu program latihan 1500m yang berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Acara 1500m merupakan antara acara yang dipertandingkan dalam pelbagai


peringkat kejohanan olahraga. Acara ini bukan sahaja dipertandingkan pada peringkat
akar umbi iaitu di sekolah di Malaysia bahkan dipertandingkan pada peringkat
antarabangsa iaitu sekolah-sekolah ASEAN, remaja Asia hinggalah ke peringkat
Olimpik. Acara 1500m, pada peringkat antarabangsa biasanya berjaya dikuasai oleh
atlit-atlit dari negara-negara bukan Eropah seperti China dan Kenya. Pada peringkat
antarabangsa, peserta-peserta muda China telah menguasai acara 1500m, 3000m bagi
bahagian perempuan. Manakala atlit-atlit Kenya telah menguasai acara 1500m, 3000m
berhalangan dan 5000m bagi bahagian lelaki.
Kejayaan atlit-atlit China dan Kenya bukan sahaja berdasarkan latihan yang
sistematik tetapi penekanan latihan "stride length" yang diberi keutamaan (Reiss,
Ernest & Gonlitz, 1993). Menurut Connell (1996), kejayaan atlit-atlit Kenya dalam
acara iaitu 1500m, 3000m berhalangan, 5000m adalah berdasarkan latihan dan
pemilihan atlit-atlit yang berpotensi bagi jarak ini melalui ujian-ujian acara merentas
desa. Atlit negara China, Qu Yun Xia telah membuktikan hakikat ini apabila beliau
mencipta rekod remaja dunia dalam acara 1500m pada tahun 1990 dengan catatan
masa 4:13.67 (KOAM, 1997). Pada tahun 1993 beliau juga telah mencipta rekod dunia
dengan catatan masa 3:50.47 dalam satu kejohanan dunia. Kejayaan Qu Yun Xia
dalam pencapaian masa yang menggalakkan dalam acara 1500m bermula sejak beliau
di bangku sekolah lagi (Gambetta, 1993).

Pada bahagian perempuan pula catatan rekod MSSM dalam acara 1500m ini
dipegang oleh H. Hemalatha (Pahang) dengan catatan masa 4:55.6 saat jauh di
belakang berbanding dengan rekod Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah ASEAN
yang disandang oleh Triaish Handayani (Indonesia) dengan masa 4:29.9 saat, dan
rekod remaja Asia yang dicatat oleh Qu Yun Xia (China) dengan masa 4:11.89 saat.
Catatan masa atlit Malaysia ini membuktikan pencapaian atlit muda negara dalam
acara 1500m ketinggalan di belakang pencapian masa atlit muda negara lain (Majalah
ASEAN Track & Field, 1997).Untuk perbandingan selanjutnya, Jadual 1.2
menunjukkan pencapaian masa lima orang atlit remaja perempuan terbaik Malaysia
dalam acara 1500m.

Jadual 1.2 : Pencapaian masa Atlit Remaja Malaysia dalam acara 1500m
Perempuan
Nama Negeri Tahun Masa
1 Teo Aii Khim Sarawak 1994 5:05.8
2 Paun Ak Ulli Sarawak 1994 5:06.64
3 M.Hemalatha Pahang 1997 4:55.6
4 K.Surya Dewi Kedah 1997 4:59.2
5 K. Komathi Pahang 1997 4:59.8
(Sumber : Alexander, Majlis Sukan Negara,1997)
Berdasarkan Jadual 1.2, pencapaian prestasi atlit remaja perempuan negara tidak
menggalakkan langsung. Pencapaian prestasi atlit-atlit remaja perempuan negara dalam
acara 1500m bukan sahaja tidak menghampiri rekod remaja Asia malah pencapaian
atlit-atlit remaja perempuan negara begitu jauh di belakang pencapaian rekod sekolah-
sekolah ASEAN iaitu 4:29.9 saat. Pencapaian yang tidak menggalakkan ini sama ada di
peringkat antarabangsa atau kebangsaan dalam acara olahraga seperti 1500m adalah
disebabkan kurangnya program latihan yang sistematik (KOAM, 1997).
Program latihan untuk acara 1500m yang ada sekarang bagi atlit-atlit remaja
adalah berdasarkan program latihan berbentuk pendekatan tradisional. Tegasnya,
kebanyakan negeri-negeri di Malaysia memerlukan latihan pendekatan moden yang
bersistematik di peringkat sekolah supaya dapat melahirkan ramai atlit yang
berkebolehan seterusnya dapat memperbaiki masa bagi acara 1500m.

1.3 Pernyataan Masalah

Program latihan olahraga khususnya bagi acara 1500m yang dijalankan di sekolah
di Malaysia sama ada dalam kelas pendidikan jasmani, latihan rumah sukan, latihan
pasukan sekolah, pasukan sekolah-sekolah peringkat daerah ataupun di peringkat Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah peringkat negeri bertujuan menyediakan atlit-atlit untuk sesuatu
kejohanan tertentu dan ingin mencapai kejayaaan secepat mungkin. Di peringkat sekolah
atau di kelab-kelab olahraga, atlit-atlit muda menjalani latihan intensif bagi acara 1500m
melalui pengalaman jurulatih kearah mencapai kecemerlangan dalam masa yang singkat
tanpa memikirkan pembinaan kekuatan dan kecergasan asas biomotor.

Mengikut Kesatuan Olahraga Amateur Malaysia (KOAM) pada tahun 1977


pencapaian yang tidak menggalakkan dalam sesuatu kejohanan sama ada peringkat
kebangsaan dan negeri dalam acara olahraga seperti 1500m adalah disebabkan kurangnya
program latihan yang sistematik. Program latihan untuk acara 1500m yang ada sekarang
adalah berdasarkan pendekatan tradisional. Tegasnya, negeri-negeri di Malaysia haruslah
menggunakan latihan pendekatan moden yang bersistematik di peringkat sekolah supaya
dapat melahirkan atlit yang berkebolehan serta dapat mencapai masa yang baik dalam
acara 1500m.

Dengan itu timbullah minat penyelidik untuk membuat kajian mengenai


perbandingan pencapaian masa antara dua bentuk program latihan 1500m dimana
program latihan yang sistematik dan lagi satu pula program latihan berdasarkan
pendekatan tradisional yang dibina oleh jurulatih sekolah Kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti yang mana satu program latihan 1500m (program latihan Sanmuga atau
program latihan Chandragasan) yang akan memberi pencapaian prestasi masa yang lebih
berkesan. Sampel diambil dari Sekolah Menengah Mutiara Impian, Pusat Sukan Negeri
Olahraga, Pulau Pinang. Atlit-atlit akan mengikuti program latihan ini selama enam
minggu. Butiran lanjut mengenai Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan
Chandragasan diperincikan dalam bab 3.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini cuba mengenalpasti program latihan 1500m yang
sistematik dan berkesan dalam pencapaian prestasi masa acara 1500m terhadap atlit
perempuan, Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian, Pusat Sukan Negeri
Olahraga, Pulau Pinang. Objektif bagi kajian ini adalah untuk:

1.4.1 Membandingkan pencapaian masa antara dua program latihan 1500m (Program
Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan) yang sistematik terhadap
atlit perempuan.

1.4.2 Mengenalpasti program yang memberi pencapaian prestasi masa yang baik bagi
acara 1500m atlit perempuan.

1.4.3 Menyediakan sumber rujukan kepada jurulatih untuk melahirkan atlit yang
berpotensi dan cemerlang
1.5. Hipotesis Kajian

Dalam konteks kajian ini, adalah dihipotesiskan bahawa:-

H0 1: Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi
acara 1500m dalam Ujian Pra bagi sampel kajian yang akan mengikuti
Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan.

Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi
acara 1500m dalam Ujian Pra bagi sampel kajian yang akan mengikuti
Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan.

H0 2: Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi
acara 1500m dalam ujian pra dengan ujian pos selepas mengikuti Program
Latihan. Sanmuga.

Ha2: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi
acara 1500m dalam ujian pra dengan ujian pos selepas mengikuti Program
Latihan Sanmuga.

H0 3: Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi
acara 1500m dalam ujian pra dengan ujian pos selepas mengikuti Program
Latihan Chandragasan.

Ha3: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi
acara 1500m dalam ujian pra dengan ujian pos selepas mengikuti Program
Latihan Chandragasan.
.
H04: Tidak ada perbezaan signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi acara
1500m dalam ujian pos terhadap Program Latihan Sanmuga dan Program
Latihan Chandragasan.

Ha4: Terdapat perbezaan signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi acara
1500m dalam ujian pos Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan
Chandragasan.
.

1.6. Persoalan Kajian

Beberapa persoalan telah dikenalpasti oleh penyelidik bagi kajian ini. Diantaranya:

1.6.2 Adakah latihan Program Latihan Sanmuga selama enam minggu memberi atlit
memperolehi masa yang lebih baik daripada Program Latihan Chandragasan?

1.6.3 Adakah latihan Program Latihan Chandragasan selama enam minggu memberi
atlit memperolehi masa yang lebih baik daripada Program Latihan Sanmuga?

1.6.4 Adakah terdapat perbezaan dari segi pencapaian prestasi masa bagi acara 1500m
dalam Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Program Latihan Sanmuga?

1.6.5 Adakah terdapat perbezaan dari segi pencapaian prestasi masa bagi acara 1500m
dalam Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Program Latihan Chandragasan?

1.7. Skop Kajian

Skop kajian ini hanya terbatas kepada murid-murid perempuan Sekolah


Menengah Kebangsaan Mutiara Impian, Pusat Sukan Negeri (olahraga) Pulau Pinang.
Seramai 30 orang subjek iaitu atlit-atlit sekolah yang pernah mewakili sekolah dalam
pelbagai jenis sukan telah dipilih dalam kajian. Atlit-atlit ini tinggal di sekitar kawasan
sekolah dan sentiasa menjalani latihan di sekolah. Atlit-atlit yang dipilih adalah berumur
antara 16 - 18 tahun sahaja.

1.8. Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian kelak diharap dapat memberi faedah dan manfaat kepada pihak-
pihak tertentu berikut:

1.8.2 Ia dapat memberi gambaran dan maklumat yang jelas dan berguna kepada guru-
guru sukan atau pihak yang berkenaan bagi memilih program 1500m yang
berkesan.

1.8.3 Kajian ini boleh membantu kajian-kajian lain yang akan dijalankan berkaitan
dengan program latihan 1500m.

1.8.4 Keputusan kajian ini juga boleh menjadi garis panduan kepada guru-guru sukan,
penyelidik dan pihak lain-lain yang berminat terhadap bidang yang berkaitan
tentang sukan olahraga 1500m.

1.8.5 Dapat merancang dan mengelola program latihan 1500m yang berkesan dan
sistematik bagi meningkatkan kualiti atlit-atlit sekolah.

1.9 Batasan Kajian

Dapatan dan rumusan daripada kajian ini adalah dibataskan kepada:


1.9.1 Atlit-atlit murid perempuan yang mengikuti program latihan selama enam minggu
di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian,Pusat Sukan Negeri
(Olahraga),Pulau Pinang

1.9.2 Saiz sampel adalah seramai 30 orang sahaja iaitu atlit-atlit yang pernah mewakili
sekolah dalam peibagai jenis sukan .

1.9.3 Atlit-atlit yang dipilih adalah antara yang tinggal di sekitar kawasan sekolah dan
sentiasa menjalani latihan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian,
Pusat Sukan Negeri (Olahraga), Pulau Pinang.

1.9.4 Atlit-atlit yang dipilih adalah berumur antara 16 - 18 tahun sahaja.

1.9.5 Atlit-atlit terdiri daripada murid perempuan sahaja, dimana atlit dikehendaki
mengikuti program latihan selama enam minggu.

1.10 Definisi Operasional

1.9.1 Program Latihan Olahraga 1500m

- Latihan yang berdasarkan teori dan prinsip latihan


yang dapat memanipulasikan komponen-komponen
dan faktor-faktor latihan yang dapat menghasilkan
kecergasan spesifik bagi acara larian 1500m.

1.9.2 Perbandingan - Perbuatan membandingi atau membandingkan.

1.9.3 Pencapaian masa - Mewakili masa

1.9.4 Sistematik - Yang teratur; rapi; padat.


1.9.5 Atlit perempuan - murid perempuan yang aktif dalam sukan.

1.9.6 Aerobik - Seseorang individu yang bersenam dalam


tempoh yang panjang, oksigen digunakan untuk
menghasilkan (ATP) Adenosine Triphosphate

1.9.7 Anaerobik - Seseorang individu yang bersenam dalam


tempoh masa yang pendek, pengunaan tenaga
(ATP) datangnya daripad otot, bukannya dengan
pennggunaan oksigen.

1.9.8 Fartlek - Merupakan perkataan Swedish yang bererti


permainan dengan kelajuan. Pengasasnya ialah
Gosta Holmer.Latihan ini berdasarkan kepada
perubahan kelajuan, dalam sesi latihan variasi fasa
lambat, sederhana dan cepat.

1.9.9 Latihan Litar - Sejenis latihan fizikal yang melibatkan suatu


bilangan kegiatan tertentu yang disusun dalam suatu
turutan dan dilakukan secara berturutan mengikut
aturan bernombor.

20.0 Prestasi kemuncak - Peringkat pencapaian yang terbaik bagi atlit


apabila atlit itu berada dalam tahap kecergasan yang
tinggi. Prestasi kemuncak akan dicapai pada
peringkat pertandingan.

You might also like