You are on page 1of 10

Juruacara 1

Mengumumkan ketibaan,
Yang Berusaha Encik Mohd Rizal bin Mat Jari,
Yang Dipertua ,Persatuan Ibu Bapa dan Guru ,Sekolah Kebangsaan
Rancangan Suan Lamba, berangkat bagi merasmikan kejohanan
balapan dan padang Sekolah Kebangsaan Rancangan Suan Lamba kali
ke 7 pada tahun 2017.

Assalamualaikum wbt. Dan salam sejahtera


Yang Berusaha, Pn. Mariah Bt Kulalu, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Rancangan Suan Lamba.
Yang Berbahagia, Encik Rizal bin Mat Jari, Yang Dipertua Persatuan
Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Rancangan Suan Lamba,
Barisan Penolong-penolong kanan,
Pegawai-pegawai kejohanan,
Guru-guru,
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Kami mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan ,kedatangan


tuan-tuan dan puan-puan ,ke majlis Kejohanan Balapan dan Padang
kali ke-7 Sekolah Kebangsaan Rancangan Suan Lamba pada tahun
2017

Perasmian Kejohanan Balapan dan padang pada hari ini akan


dimulakan dengan persembahan senamrobik oleh wakil murid Tahun
6 SK. Rancangan Suan Lamba.
Acara diteruskan lagi dengan perbarisan lintas hormat oleh kontijen-
kontijen rumah2 sukan SK Rancangan Suan Lamba.

muzik
Juruacara 2

PERBARISAN MASUK PADANG


Majlis dengan segala hormatnya,mempersilakan Pn. Mariah bt Kulalu
,Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Rancangan Suan Lamba, untuk
menjemput, Yang Berbahagia, Encik Mohd Rizal bin Mat Jari, Yang
Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan
Rancangan Suan Lamba untuk menerima tabik hormat. Dipersilakan.

Perbarisan lintas hormat, pada hari ini, didahului oleh kontijen


rumah kuning, diketuai oleh _____________________
Perdana kuning warnanya gemilang
Warna diraja penambah seri
Semangat kental terus berjuang
Takkan mengalah menyerah diri

Seterusnya, Diikuti oleh kontijen dari rumah merah diketuai oleh


____________________________
Merah waja semarak api
Semangat juang tak pernah hilang
Pertahan juara sudahlah pasti
Biar sampai berputih tulang

Diikuti oleh kontijen dari rumah biru diketuai oleh


_____________________________
biru persona umpama lautan
tabah meredah gelora menjelang
persona bangkit bersama harapan
pastikan pingat dibawa pulang
dan kontijen yang terakhir ialah kontijen rumah (hijau) diketuai oleh
_______________________________
Hijau satria segak bergaya,
semangat gagah seorang wira
mengerah kudrat selagi terdaya
ingin menggenggam kilauan juara

NYANYIAN LAGU NEGARAKU


Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Maju Jaya
dan Lagu Sekolah.
Semua hadirin diminta berdiri.
*********************
Majlis merakamkan, setinggi-tinggi penghargaan, dan terima kasih
kepada,
Yang berbahagia, Encik Mohd Rizal bin Mat Jari
Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Rancangan Suan Lamba kerana sudi menerima lintas hormat itu tadi.

******************
BACAAN DOA
Raut-raut sebatang buluh
Buluh disusun bertingkat-tingkat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dibaca memohon berkat

Tuan-tuan dan Puan-puan


Bagi memberkati majlis kita pada hari ini,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
________________________________
Untuk memimpin bacaan doa.. dipersilakan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
***********************
Juruacara 1

LAFAZ BACAAN IKRAR

Tuan-tuan dan puan-puan


Kejohanan balapan dan padang kali ke-7 diteruskan dengan upacara
pembacaan ikrar kejohanan. Untuk itu, majlis menjemput ketua
kontijen, _____________________________ bagi menyempurnakan
pembacaan ikrar.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi.
**************************************

(UCAPAN PERASMI)
Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang berbahagia En. Mohd Rizal bin mat Jari YDP PIBG untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan kejohanan balapan
dan padang kali ke-7 .
dengan segala hormatnya dipersilakan

Dengan lafaz bismillah itu tadi, maka rasmilah sudah kejohanan


balapan dan padang Sekolah Kebangsaan Rancangan Suan Lamba kali
ke-7

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Rizal bin
Mat Jari atas kesudian merasmikan kejohanan.
Juruacara 2
Tuan-tuan dan Puan-puan
Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan daripada kami, warga
Sekolah Kebangsaan Rancangan Suan Lamba, majlis mempersilakan
Puan Guru Besar untuk menyampaikan cenderahati kepada Encik
Mohd Rizal bin Mat Jari.

*********
terima kasih diucapkan kepada puan guru besar atas kesudian
menyampaikan cenderahati itu tadi,

PERARAKAN KELUAR
Demikianlah tadi selesainya, upacara perasmian kejohanan.
Sekarang dipersilakan semua kontijen yang mengambil bahagian
untuk bergerak keluar bagi meneruskan acara sukan.

******************
ACARA SUKAN

PENUTUP

Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen masuk ke


padang dan berada di hadapan astaka untuk majlis penutupan
kejohanan dan acara penyampaian hadiah.

Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera salam 1 Malaysia


Yang berusaha Puan Mariah bt Kulalu, Guru Besar SK Rancangan
Suan Lamba
Yang Berbahagia, Encik Rizal bin Mat Jari, Yang Dipertua Persatuan
Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Rancangan Suan Lamba,
Yang dihormati, barisan penolong kanan,
guru-guru, para pelajar,seterusnya sidang hadirin sekalian.

Adat bertani sudahnya menuai,


Adat bekerja sudahnya selesai

majlis dengan sukacitanya menjemput, yang berusaha guru besar,


Puan Mariah binti Kulalu untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan penutupan kejohanan balapan dan padang SK
Rancangan Suan Lamba tahun 2017.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada para


pemenang bagi acara padang dan balapan.
Dijemput, Guru Besar SK.Rancangan Suan Lamba, Puan Mariah bt
Kulalu untuk mengiringi Encik Rizal bin Mat Jari YDP PIBG bagi
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi acara .
Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh .. dari
rumah
Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh . dari
rumah
Dan johan/pemenang pingat emas acara ialah
dari rumah..

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih, kepada
Yang Berusaha, ENcik Mohd Rizal bin Mat Jari di atas kesudian
menyampaikan hadiah itu tadi.

Seterusnya Majlis mempersilakan En. Razali b Adzadin mengiringi


Puan Mariah bt Kulalu bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang
acara Tarik tali dan Lari berganti yang disertai oleh para ibu bapa dan
guru.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih, kepada


Puan Mariah binti Kulalu di atas kesudian menyampaikan hadiah itu
tadi.

Para pelajar dan hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya ,pihak majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Razali bin Adzadin,
Pengerusi Kejohanan
dengan diiringi oleh Encik Mohd Hasif untuk menyampaikan hadiah.

Majlis dengan ini mempersilakan.

Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan


bagi kategori rumah sukan pada hari ini.

Tempat ke-4 disandang oleh kontijen dari rumah _________


Dijemput ketua kontijen untuk menerima hadiah.
Tempat ke-3 disandang oleh kontijen dari rumah _________
Dijemput ketua kontijen untuk menerima hadiah.

Tempat ke-2 disandang oleh kontijen dari rumah _________

Pemenang bagi acara perbarisan, ialah kontijen dari rumah


______________
Dijemput ketua kontijen untuk menerima hadiah.

Terima kasih kepada En. Razali b Adzadin kerana sudi menyampaikan


hadiah.

******************************

Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara


rasmi kedudukan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.

Dengan itu, majlis mempersilakan sekali lagi, Encik Mohd Rizal bin
Mat Jari, YDP PIBG SK Rancangan Suan Lamba, dengan diiringi guru
besar, Puan Mariah bt Kulalu bagi menyempurnakan upacara
penyampaian hadiah.

Tempat keempat diduduki oleh pasukan Rumah____________


dengan pungutan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan
___________ pingat gangsa . Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah____________


dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan
___________ pingat gangsa . Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan
Rumah______ dengan __________ pingat emas, ______ pingat
perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Balapan dan


Padang kali ke ___ SKRSL jatuh kepada:
Rumah __________________________ dengan __________ pingat
emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa.
Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________ untuk
menerima hadiah.
.
- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha,
ENcik Mohd Rizal bin Mat Jari
atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

***************************************
Hadirin yang dihormati..

Alhamdulillah ,selesailah sudah kejohanan balapan dan padang


SKRSL pada tahun ini. Kepada atlet yang berjaya tahniah diucapkan
dan kepada yang tidak berjaya diharap anda akan mencuba lagi pada
tahun hadapan.

Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga kerja yang telah


terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
kejohanan pada kali ini
Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap pantun dari
kami

Bunga kemboja putih berseri


Putihnya melur di hujung dahan
Sebelum kami mengundur diri
Salah dan silap harap dimaafkan.
Majlis mempersilakan para tetamu kehormat untuk menikmati
jamuan ringan di kantin sekolah.

Sekian wabillahitaufik

You might also like