You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KEDUA

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG KALUMPANG

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 2/2017

Tarikh : 22 JUN 2017 (KHAMIS)

Masa : 1.00 PM

Tempat : BILIK KOMPUTER

Pengerusi : PN.A.MUTHUMANI

Kehadiran(Bilangan) : 13 ORANG

Turut Hadir (Jika ada) : -

1.Ucapan Pengerusi
1.1.Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru kerana sudi hadir ke
mesyuarat ini.
1.2 Beliau mengharapkan semua guru BM dapat memberi komitmen maksimum dalam
menjayakan segala aktiviti Panitia.
1.3 Beliau mengharapkan semua guru BM dapat mempertingkatkan peratus kelulusan BM.
1.4 Pengerusi menjelaskan tujuan mesyuarat.

2.Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


Dicadang untuk disahkan oleh En.Maheskumaran A/L Krishnan
Disokong untuk pengesahan oleh En Segaran A/L Sinathamby
3. Analisi Keputusan Ujian Pertengahan Tahun
3.1 Keputusan seperti dilampirkan. Pengerusi berharap kasualti dapat dikurangkan.
3.2 Keputusan kelas UPSR menampakkan penurunan mengikut skala TOV yang diberikan oleh
Setiausaha Peperiksaan.

4 Hal-hal lain
4.1 Penasihat meminta guru memastikan murid berdisiplin ketika bergerak ke makmal komputer
kerana laluan sempit.
4.2 Pengerusi menyatakan bahawa program kecemerlangan tahun 6 telah bermula dan berharap
agar dapat berjalan sepenuhnya dalam membantu menaikkan peratus lulus dan cemerlang murid
dalam subjek Bahasa Melayu.
4.3 Pengerusi turut menyatakan bahawa beliau telah mengemaskini papan kenyataan Bahasa
Melayu dan memperbanyakkan kata-kata mutiara di dalam Bahasa Melayu.
4.4 Beliau turut mencadangkan agar Panitia Bahasa Melayu supaya mendapat sebuah almari
berkunci supaya dapat menyimpan barangan panitia yang telah dibeli pada awal tahun ini. Ini
kerana barang-barang BBM yang lama telah hilang dan digunakan tanpa pengetahuan oleh
Panitia-Panita yang lain.
4.5. Pengerusi berharap I-Think dan KBAT diutamakan dalam PdPc yang dijalankan
sebagaimana yang telah dijelaskan dalam LDP dan kursus-kursus anjuran jabatan. Dalam
program I-Think, peta pemikiran dilukis oleh pelajar untuk mencambahkan minda, dan peta
pemikiran ini tidak perlu ditanda,hanya untuk dipantau,bahawa pelajar telah menggunakan carta
tersebut untuk pembelajaran mereka.

5.Penutup
5.1. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.
5.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 tengahari.

Disediakan oleh,
(C.Uma Devi)
PENCATAT MINIT PANITIA BM BIL 2/2017

You might also like