Professional Documents
Culture Documents
Aktiviti riadah merupakan aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat pada waktu
senggang mereka(ayat tema/pembuka bicara tetapi berkaitan dengan isu dalam soalan).
Terdapat pelbagai aktiviti riadah yang sering dilakukan. Antaranya termasuklah
bersukan, bergotong-royong, dan banyak lagi. Namun, jika dilihat pada era globalisasi
ini, aktiviti riadah semakin terhapus dalam kalangan anggota masyarakat(ayat
isu/maklumat/situasi semasa yang berkaitan dengan tema utama soalan). Hal ini
demikian kerana masing-masing terlalu sibuk dengan urusan seharian mereka(ayat
huraian berkaitan dengn isu). Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana aktiviti
riadah sebenarnya mendatangkan banyak faedah kepada kita(ayat huraian secara
umum). Sekiranya aktiviti ini tidak dilaksanakan kita tidak akan dapat memanfaatkan
faedah yang diperoleh itu dalam kehidupan seharian kita(ayat fokus). - (ayat tema, ayat
isu, ayat fokus)
Di samping itu, aktiviti riadah juga dapat melahirkan sebuah institusi keluarga
yang bahagia(ayat isi/judul/tema perenggan). Hal ini demikian kerana dengan adanya
aktiviti seperti berkelah, anggota keluarga akan berkumpul bersama-sama
terutamanya pada hujung minggu memandangkan ada dalam kalangan mereka yang
sibuk bekerja pada hari-hari biasa(ayat huraian). Apabila semua anggota berkumpul,
segala masalah yang meyelubungi ahli keluarga akan dapat dibincangkan, sekali gus
masalah tersebut dapat dikurangkan(ayat contoh). Jadi, jelaslah di sini bahawa
sesebuah institusi kekeluargaan yang bahagia akan dapat diwujudkan melalui aktiviti
riadah(ayat penegasan).