You are on page 1of 15

ICT dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010:

Satu Penelitian dan Analisis Tentang Peruntukkan dan Perbelanjaan Prasarana dan
Projek ICT

Emram bin Yunus


Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Abstrak

Kajian ini merupakan rumusan terperinci mengenai peruntukan dan perbelanjaan


berkaitan prasarana atau kemudahan ICT yang telah dibuat di dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia 2007.
Rumusan juga telah dibuat berdasarkan Kad Laporan Kemajuan PIPP 2006-2010
sehingga Disember 2007. Fokus utama kajian ini ialah untuk melihat implikasi PIPP ke
atas perbelanjaan dan perlaksanaan melengkapkap prasrana ICT di semua sekolah dan
Institut Pendidkan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysi. Justeru itu, kajian ini banyak
memberi tumpuan kepada Teras 3 dan Teras 4 yang mana terdapat peruntukan dan
kaitan dengan perbelanjaan prasarana ICT.

Pengenalan

Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah


disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari
2007 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
bertemakan Merintis Pembaharuan: Satu Misi Nasional. Pelan ini merupakan satu
pendekatan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menyahut dan menjayakan
agenda pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9) yang telah
dilancarkan sebelumnya iaitu pada 31 Mac 2006. (Kad Laporan PIPP, 2007: p.1).
Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Dato Sri Hishammuddin bin Tun Hussein Onn
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) digubal untuk memperkemaskan
pelaksanaan program-program pendidikan dan akan digunakan sebagai garis panduan
untuk melaksanakan program-program pendidikan yang telah dirancang. Pemantauan,
penilaian dan penambahbaikan akan terus menjadi elemen yang akan ditekankan dalam
kitaran perancangan bagi memajukan sistem pendidikan negara. (PIPP, 2007: p.4).

Di dalam PIPP terdapat enam teras strategik utama bagi menjayakan Misi Nasional
RMKe-9 iaitu:

Teras 1: Membina Negara Bangsa


Teras 2: Membangunkan Modal Insan
Teras 3: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5: Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Dengan enam teras ini, kejayaan PIPP memerlukan penglibatan dan komitmen yang
tinggi daripada semua pihak sama ada dari dalam atau luar KPM. Selain daripada itu,
perlaksanaan projek dan program hendaklah secara telus dan terbuka kepada semua yang
terlibat dengan sistem pendidikan Malaysia berpadanan dengan dua pendekatan yang
telah diperkenalkan iaitu:

i. Menyelesaikan tugas yang belum selesai untuk menyamaratakan medan


persaingan.
ii. Melonjakkan kecemerlangan pendidikan dengan menjana kecemerlangan
institusi pendidikan.
Prasarana dan Program ICT Sebelum PIPP 2006-2010

Di dalam kita membincangkan perihal program-program dan peruntukan atau


budget ICT di dalam PIPP, tidak menjadi kesalahan sekiranya kita melihat dahulu di
antara komitmen-komtmen yang talah ditunjukkan oleh KPM di dalam bidang ICT
sebelum ini. Sejak sekian lama, KPM sentiasa mencari peluang dan merintis
pembaharuan di dalam perlaksanaan program dan kemudahan Teknolgi Maklumat dan
Komunikasi ICT di sekolah-sekolah. Ianya bertujauan untuk melonjakkan sistem
pendidikan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Di antara program dan kemudahan yang disediakan KPM sebelum pelancaranan


PIPP seperti :

i. Projek Rintis Sekolah Bestari


Sekolah Bestari merupakan satu Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia
dan pelaksanaannya menekankan penggunaan ICT sebagai pengupaya
pedagogi dan pengurusan sekolah. Projek ini dirintis pada tahun 1999 hingga
2002 di 88 buah sekolah yang mana 82 buah adalah sekolah sedia ada dan
enam buah dibina baru iaitu SMK Putrajaya 1, SK Putrajaya 1, SK Putrajaya
2, SMK Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Utara dan SK Seri Bintang
Selatan. Sekolah-sekolah ini dilengkapi kemudahan ICT termasuk 5,809
komputer dan 261 pelayan. Komputer digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran khususnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik. Sistem Pengurusan Sekolah Bestari digunakan untuk
meningkatkan kecekapan pengurusan serta menyokong pengajaran dan
pembelajaran.

ii. SchoolNet
Projek SchoolNet merupakan projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk
capaian ke internet di semua sekolah bagi tujuan mengatasi jurang digital.
Sehingga tahun 2005, 9,285 sekolah telah dirangkaikan.
iii. Projek MySchoolNet
Projek ini dilaksanakan bagi membudayakan penggunaan internet dalam
pengajaran dan pembelajaran melalui pembangunan laman web yang
menyediakan bahan sumber pendidikan untuk pelajar, guru dan pentadbir
sekolah seperti modul pengajaran dan pembelajaran, perisian, sukatan
pelajaran, berita, forum dan program kolaboratif.

iv. Makmal Pengkomputeran


Projek ini menyediakan makmal komputer dan membekalkan komputer serta
pelayan kepada sekolah. Sehingga 2005, sebanyak 5,037 sekolah telah
disediakan makmal komputer dan dibekalkan 133,000 komputer dan 4,700
pelayan.

v. TV Pendidikan
KPM meneruskan perkhidmatan TVP bagi membantu pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Sebelum tahun 2000, penyiaran TVP dibuat melalui
RTM menggunakan pancaran terrestrial. Mulai tahun 2000, TVP dipancarkan
melalui saluran ASTRO yang menggunakan satelit. Rancangan TVP
dibangunkan berasaskan kurikulum dan sehingga tahun 2005, sebanyak 77
program disediakan. Sebanyak 9,500 sekolah dibekalkan lebih 11,700 set
televisyen.

vi. Matapelajaran ICT


KPM memperkenalkan mata pelajaran Information and Communication
Technology, Grafik Berkomputer, Produksi Multimedia, Fundamentals of
Programming, Program and Development Tools, Pemesinan Berkomputer,
Aplikasi Komputer dalam Perniagaan, Animasi dan Rekabentuk Penerbitan,
Penerbitan Multimedia Kreatif, Sistem Sokongan Komputer, Sistem Sokongan
Rangkaian dan Program Literasi ICT bagi memperluas literasi komputer,
pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer dan memupuk insan celik
teknologi, budaya kreatif dan inovatif.
vii. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI).
PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003 secara berperingkat dimulai dengan
Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 rendah. Untuk menjayakan projek ini,
sekolah dibekalkan dengan komputer riba, Projektor LCD, skrin, troli, TV dan
pencetak.

viii. Latihan ICT untuk guru.


Pelaksanaan ICT dalam pendidikan memerlukan guru yang berkemahiran
dalam ICT. Sehubungan itu, KPM telah menyediakan pelbagai program
latihan untuk meningkatkan kemahiran guru. Sehingga tahun 2005, seramai
200,000 guru telah dilatih dalam ICT.

ix. Projek Pengkomputeran Pengurusan


Projek ini menyediakan sistem aplikasi dan infrastruktur ICT untuk
menyokong sistem pengurusan KPM. Projek RMKe-8 meliputi Rangkaian
KPMNet, Aplikasi Sistem Pentadbiran, Aplikasi Pengurusan Pendidikan,
Pembangunan Sistem Penyediaan Infrastruktur, Sistem Pengurusan Maklumat
Pendidikan (EMIS) dan Sistem Pemantauan Perancangan Sekolah.
Pelaksanaan Aplikasi Pendaftaran Peperiksaan atas talian dimulakan pada
tahun 2003 bagi mempercepatkan proses pendaftaran peperiksaan.

(PIPP, 2007: p.26,27).


PIPP dan Program-Program Perluasan Penggunaan ICT di Sekolah

Bagi memperluas penggunaan ICT di sekolah, KPM mensasarkan semua sekolah


rendah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SM) dilengkapkan
infrastruktur, peralatan dan perisian yang lengkap dan mencukupi, serta guru dan
kakitangan mendapat latihan yang mencukupi untuk memastikan pengintegrasian ICT
berlaku dalam p&p dan urusan pentadbiran sekolah.

Pelaksanaan pembestarian sekolah merangkumi tiga perkara iaitu:

i. Hardware perkakasan ICT yang dibekalkan ke sekolah seperti Pusat Akses


yang berfungsi ala kafe siber untuk menyokong sistem sedia ada seperti
makmal komputer sekolah;
ii. Courseware perisian kursus dan sistem aplikasi; dan
iii. Wetware bimbingan dan latihan kepada pentadbir sekolah, guru, ibu bapa
dan komuniti setempat.

Ketiga-tiga perkara ini menjadi pemacu dalam meningkatkan keberkesanan p&p


serta pengurusan sekolah. Cabaran KPM adalah untuk menyediakan infrastruktur ICT
yang lengkap untuk p&p serta pengurusan. (PIPP, 2007: p.81)
Berdasarkan Teras Ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsan, terdapat 11
elemen untuk memperkasakan sekolah rendah kebangsaan (SK) seperti di dalam rajah 1
di bawah: (PIPP, 2007: p.78)

Rajah 1: Ciri-ciri SK Perkasa

Penekanan terhadap elemen infrastruktur lengkap dan berkualiti ini turut


merangkumi prasarana kepada kemudahan ICT di sekolah. Pada tahun 2007 sahaja
kerajaan telah meluluskan sebanyak 43 projek yang berkaitan teknologi pendidikan iaitu
1 projek melibatkan pembinaan bangunan tambahan pejabat pembangunan pendidikan
bestari dengan kos sebanyak RM 3.6 juta. Manakala projek naik taraf kelengkapan
penerbitan & penyuntingan TVP BTP, PSPN dan PKG dengan anggaran kos sebanyak
RM 12.8 juta dengan 42 projek.
Selain daripada itu, bagi program sekolah bestari, kerajaan berhasrat mewujudkan
sebanyak 3000 pusat akses di sekolah-sekolah sehingga tahun 2010. Pada tahun 2006
sebanyak 500 pusat akses telah berjaya diwujudkan dan diikuti 800 pusat akses pada
tahun 2007. Keselurahan anggaran perbelanjaan bagi pembinaan pusat akses ini ialah
sebanyak RM 1.2 bilion. Kerajaan juga telah meluluskan 9467 projek dengan kos RM 70
juta bagi bekalan sistem pengurusan sekolah bestari versi web kepada sekolah.

Bagi 88 buah sekolah bestari rintis, kerajaan telah memberi peruntukkan sebanyak
RM 12 juta untuk menaik taraf perkakasan ICT bagi melancarkan perjalanan program
bestari di sekolah tersebut. Kerajaan juga telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM 2
juta pada tahun 2007 bagi projek menaik taraf Pusat Repositori BTP menjadikan jumlah
peruntukan keselurahan bagi program sekolah bestari sebanyak RM 20.4 bilion.
Jadual 1: Penyediaan Infrastruktur dalam RMKe-9 bagi Memperkasakan SK

Memperkasa SK Anggaran Bilangan Projek* Jumlah Jumlah Kos


2006 2007 2008 2009 2010 Projek
Teknologi Pendidikan

Bangunan tambahan pejabat 1 1 3,600,000


pembangunan pendidikan
bestari
Naik taraf kelengkapan 42 42 12,800,000
penerbitan & penyuntingan TVP
BTP, PSPN, PKG
Jumlah 43 55 16,400,000

Program Sekolah Bestari

Bekalan sistem pengurusan 1 9,467 70,000,000


sekolah bestari versi web
kepada sekolah
Pusat Akses Sekolah 500 800 600 600 500 3,000 120,000,000
Menaik taraf perkakasan ICT di 1 87 12,000,000
Sekolah Bestari Rintis
Menaik taraf Pusat Repositori 1 1 2,000,000
BTP
Jumlah 12,555 204,000,000
Merapatkan Jurang Digital

Jurang digital di dalam Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan memberi maksud


perbezaaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan
kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru.

Masih terdapat sebanyak 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah
yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Situasi ini menyebabkan
kegagalan sekolah untuk menampung penggunaan ICT sekolah..

Rajah 2: Bilangan sekolah rendah yang kekurangan infrastruktur dan kemudahan asas

Rajah 3: Bilangan sekolah menengah yang kekurangan infrastruktur dan kemudahan asas
Sehubungan dengan itu, menjadi cabaran kepada KPM di dalam membekalkan
janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35Kva, menyediakan mekanisme
penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah tersebut dapat
memanafaatkan penggunaan ICT khususnya di dalam p&p.

Di RMKe-8, KPM telah melaksanakan beberapa usaha bagi menyahut perkembangan


pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai mengurangkan jurang digital
yang wujud di kalangan murid dan guru terutamanya di sekolah luar bandar dan
pedalaman. Di antara usaha-usaha yang dilakukan seperti

1. Menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer; perkakasan


seperti komputer, komputer riba, projektor LCD dan pelayan (server)
2. Membangunkan perisian khusus dan program TV Pendidikan bagi membantu
p&p
3. Melatih guru bagi meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam p&p
4. Melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan.

Selain daripada itu, bagi memantapkan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah luar


bandar, KPM telah menjalankan usaha sama dengan Kementerian Tenaga Air dan
Komunikasi (KTAK) bagi menghubungkan sekolah-sekolah tersebut dengan akses jalur
lebar dan merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat
atau teknologi tanpa wayar.

Melalui usaha yang dibuat ini, KPM berharap agar infrastruktur, perkakasan,
perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar
bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Manakal di dalam
program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan
makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi.

Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan
bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina. Pada
waktu yang sama, KPM akan menambah baik kaedah penyampaian program TV
Pendidikan dan merintis penggunaan video teleconferencing sebagai kaedah untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan p&p kepada pelajar dan guru di
kawasan pedalaman.

Fokus dan Strategi Pelaksanaan.

Peringkat yang paling sukar di dalam menjayakan sesuatu perancangan ialah fasa
pelaksanaan. Ini kerana pelaburan yang dibuat tanpa pengurusan yang bijaksana dan telus
pasti akan memberi impak yang negatif. Pelaburan jutaan ringgit akan menjadi satu
pembaziran.

Justeru itu, bagi mencapai objektif perlaksanaan prasarana ICT di semua sekolah,
KPM telah menyediakan satu pelan yang komprehensif untuk menyemak perkembangan
sesuatu projek dengan menetapkan fokus, pelan tindakan, jenis indikator dan pencapian
yang sesuai serta tahun pencapaian. Pelaksanaan yang bersifat fleksibel dan dinamik
lebih sesuai digunakan memandangkan persekitaran indikator yang sentiasa berubah.
Contohnya bilangan guru dan murid akan sentiasa bertambah setiap tahun.
STRATEGI INDIKATOR TAHUN
FOKUS PELAN TINDAKAN INDIKATOR
PELAKSANAAN PENCAPAIAN PENCAPAIAN
Membangunkan Merapatkan Menyediakan makmal Nisbah komputer : 1 :20 2010
infrastruktur dan jurang digital komputer pelajar
kemudahan Menyediakan Pusat Nisbah komputer :
pendidikan luar bandar Akses guru 1:2
Menambah bilangan
komputer
Merangkaikan semua
sekolah dengan
SchoolNet berjalur
lebar
Pembestarian sekolah
luar bandar
Menambah baik TV
Pendidikan
Merintis penggunaan
video teleconferencing

Jadual 2: Strategi Pelaksanaan bagi Merapatkan Jurang Pendidikan.


Kesimpulan

Di dalam PIPP 2006-2010 kerajaan telah meluluskan lebih kurang 12,555 projek
yang melibatkan melengkapkan dan menaik taraf prasarana ICT dan program-program
ICT. Keseluruhan jumlah perbelanjaan dianggarkan kurang RM 20 bilion.

Untuk merapatkan jurang pencapaian akademik, KPM telah menggunakan


strategi dengan menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing,
SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja di
sekolah-sekolah rendah kebangsaan dan menengah kebangsaan.

Bagi merapatkan jurang digital di antara sekolah luar bandar dan bandar, KPM
telah merancang untuk menyedia dan menambah bilangan bagi prasarana berikut:

Menyediakan makmal komputer


Menyediakan Pusat Akses
Menambah bilangan komputer
Merangkaikan semua sekolah dengan SchoolNet berjalur lebar
Pembestarian sekolah luar bandar
Menambah baik TV Pendidikan
Merintis penggunaan video teleconferencing
Rujukan

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) (edisi pelancaran). Pelan induk Pembangunan


Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, KPM.

Kerajaan Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006-2010. Putrajaya: Unit


Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

You might also like