You are on page 1of 3

Agen Pendebungaan

Nama: Tan Chi Xin

Tingkatan: 3 Usahawan 3

Evidens: B5 D2 E1

Subjek: Sains

Guru Penasihati: Ms. Sim


Bunga Raya merupakan sejenis pokok renek berkayu dan
mempunyai kulit kayu berwarna kelabu cerah. Daunnya berbentuk
daun ringkas, berbentuk ovate dan tepi daun bergerigi pada
separuh daun menghala bahagian atas. Bunganya agak menonjol,
bilangannya sekuntum yang terletak di hujung tangkai yang
panjang. Bunga ini besar, keras tetapi tidak berbau. Antara warna
yang ada termasuk merah jambu, putih, kuning dan merah. Bunga
raya terdapat lime ranggi.

Bunga dianggap sebagai tangkai terubah suai. Buku-buku


pada ruas yang pendek menghasilkan struktur-struktur yang
dapat diubah suai untuk menjadi daun. Pada dasarnya, sebuah
struktur bunga terbentuk pada tunas terubah suai atau paksiyang
mempunyai meristem apeks yang tidak bertumbuh secara
berterusan. Tangkai digelarkan pedikel, dan hujungnya
mempunyaitorus atau pudung. Bahagian-bahagian bunga diatur
dalam bentuk sepusar di sekeliling torus.

Stigma, iaitu bahagian hujung pistil yang lekit, ialah


penerima debunga. Stil, iaitu tangkai yang menyangga stigma,
menjadi laluan untuk penumbuhan tiub debunga dari butir-butir
debunga yang terlekat pada stigma ke ovul, dan membawa bahan-
bahan pembiakan.Bunga raya merupakan sebatang filamen yang
mempunyai anter pada hujungnya untuk menghasilkan debunga.
Debunga mengandungi gamet jantan.

You might also like