You are on page 1of 1

Kesalahan # 1: accept vs except

Salam sejahtera [name],

Selamat bertemu di siri pertama, kesalahan-kesalahan biasa dalam Bahasa Inggeris.


Sebelum itu saya nak mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada [name] kerana sudi
melanggan newsletter daripada bahasainggeris.com.

[name], hari ini saya akan berkongsi dengan [name] kesalahan penggunaan perkataan
accept dan except. Kedua-dua perkataan ini agak mengelirukan. Ini kerana kedua-dua
perkataan ini mempunyai bunyi yang sama tetapi berbeza dari segi ejaan. accept
dimulakan dengan huruf ac manakala except pula dimulakan dengan huruf ex.

accept ialah kata kerja yang bermaksud setuju untuk melakukan sesuatu. (menerima)

Contohnya: "I always accept good advice."

Saya selalu menerima nasihat yang baik.

except pula ialah kata sendi atau kata penghubung yang bermaksud kecuali.

Contohnya: "I teach every day except Sunday(s)."

Saya mengajar setiap hari kecuali hari Ahad.

Jadi selepas ini pastikan [name] tidak melakukan kesalahan dengan menggunakan accept
untuk maksud except dan sebaliknya.

Sekian dulu untuk kali ini. Bertemu lagi dalam siri berikutnya.

Hafiz Lidin,

www.bahasainggeris.com

----------------------------------------------------------------------------------------
Ketahui strategi penting untuk menguasai Bahasa Inggeris.
Praktikal, Bermotivasi & Berkesan.
Layari www.BahasaInggeris.com sekarang!

You might also like