You are on page 1of 1

Kesalahan # 4: any one vs anyone

[name], bertemu kita sekali lagi dalam siri keempat, kesalahan-kesalahan biasa dalam
Bahasa Inggeris.

Hari ini kita belajar mengenai kesalahan penggunaan perkataan any one dan anyone.
Nampak macam sama tapi tak serupa. any one terdiri daripada dua perkataan manakala
anyone hanya satu perkataan.

Any one bermaksud mana-mana orang atau benda daripada satu kumpulan orang atau
benda. Masih tidak faham? Mari kita lihat contoh.

I can recommend any one of the books on this bookstore.

Saya boleh mengesyorkan mana-mana satu buku dari kedai buku ini

Anyone pula bermaksud sesiapa.

Contoh:-

Did anyone see that UFO?

Ada sesiapa melihat UFO itu?

Jadi selepas ini pastikan [name] tidak terkeliru lagi dengan perkataan anyone dalam satu
perkataan dan dua perkataan. Ok? Semoga berjumpa lagi di siri yang seterusnya.

Hafiz Lidin,
No. 20 Taman Limau Emas,
32700 Beruas Perak.

www.bahasainggeris.com

----------------------------------------------------------------------------------------
Ketahui strategi penting untuk menguasai Bahasa Inggeris.
Praktikal, Bermotivasi & Berkesan.
Layari www.BahasaInggeris.com sekarang!

You might also like