You are on page 1of 4

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Garisi kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.

1. Kedua-dua orang kanak-kanak perempuan itu ditemui dalam keadaan lemah


oleh pasukan penyelamat di tepi sungai itu.
2. Penduduk Taman Melati kusyuk mendengar ceramah kesihatan itu.
3. Nadrah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang dalam temasya sukan
sekolah pada tahun ini.
4. Angin yang bertiup kencang semalam telah memusnahkan beberapa buah
rumah di kampung itu.
[4 markah]

Soalan 22

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberikan.

keping arang buah kawan

helai bentuk pasang kuntum

Puan Muhaya pengusaha pakaian yang berjaya di kampungnya. Beliau melibatkan


diri dalam perusahaan itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Pada mulanya, beliau
hanya menjual beberapa ______________ baju kurung di rumahnya. Baju-baju
itu dijahit sendiri oleh beliau. Kemudian, beliau mengembangkan perniagaannya
dengan menjual beberapa _______________ tudung. Setelah perniagaannya
agak maju, beliau membeli se____________ kedai. Beliau mengupah tiga
_____________ tukang jahit juga. Mereka menghasilkan pelbagai jenis pakaian
di situ. Para pelanggan berpuas hati dengan hasil jahitan mereka.

[4 markah]
Soalan 23

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Adakah kamu mengenali siapakah jiran kamu? Jiran ialah orang yang tinggal
di sekeliling rumah kita. Hidup berjiran memerlukan semangat kejiranan.
Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kini semakin terpinggir dek
kesibukan kerja dan mengejar kekayaan. Oleh hal yang demikian, semangat
kejiranan ini perlu disuburkan semula kerana banyak mendatangkan kebaikan.

Antara kebaikan semangat kejiranan termasuklah kita akan mudah


mendapat bantuan apabila berlaku sesuatu musibah. Contohnya, kebakaran,
kemalangan, atau kematian. Sudah tentunya jiran ialah orang yang paling cepat
memberikan pertolongan kepada kita. Begitu juga jika kita sakit, jiranlah yang
kita harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau ke hospital.

Selain itu, semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan


masyarakat. Kerjasama ini dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam
pelbagai aktiviti. Misalnya, aktiviti gotong-royong, majlis sambutan perayaan,
atau perjumpaan bulanan komuniti. Aktiviti kemasyarakatan ini akan memberi
peluang kepada mereka untuk lebih mengenali dan menghormati jiran tetangga.
Hubungan antara jiran juga akan menjadi lebih erat. Nyatalah semangat kejiranan
banyak memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara.
Kepentingan semangat kejiranan ini seiring dengan cogan kata Jiran muafakat
membawa berkat.

a. Maksud jiran ialah ___________________________________________


[1 markah]
b. Bagaimanakah cara untuk memupuk kerjasama dalam kalangan masyarakat?
_________________________________________________________
_________________________________________________________
[2 markah]
c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya
telah ditunjukkan sebagai contoh.

Masyarakat yang tidak mementingkan semangat

kejiranan lebih fokus kepada kerja dan wang.

Apabila kita ditimpa sesuatu musibah, jiranlah Betul

orang yang pertama menghulurkan bantuan.

Sikap bekerjasama dan hormat-menghormati Salah

dapat mengukuhkan hubungan kejiranan

Semangat kejiranan hanya merugikan diri,

keluarga, masyarakat, dan negara.

[2 markah]
SKEMA JAWAPAN

Soalan 21
1. Lemah
2. Khusyuk
3. Cemerlang
4. Kencang

Soalan 22

Pasang, helai, buah, orang

Soalan 23

a. Maksud jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita.


b. Cara untuk memupuk kerjasama dalam kalangan masyarakat adalah dengan
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti seperti aktiviti gotong-royong,
majlis sambutan perayaan, atau perjumpaan bulanan komuniti.
c.
Masyarakat yang tidak mementingkan semangat

kejiranan lebih fokus kepada kerja dan wang.

Apabila kita ditimpa sesuatu musibah, jiranlah Betul

orang yang pertama menghulurkan bantuan.

Sikap bekerjasama dan hormat-menghormati Salah

dapat mengukuhkan hubungan kejiranan

Semangat kejiranan hanya merugikan diri,

keluarga, masyarakat, dan negara.

You might also like