You are on page 1of 1

Laporan Kemajuan Penyelidikan

Sepanjang semester ini, saya telah menjalankan pelbagai aktiviti ke atas tajuk
penyelidikan saya iaitu .

Aktiviti pertama yang telah saya lakukan sepanjang semester ini ialah menganalisis
data yang telah saya kumpul bagi kajian saya dan menyiapkan tesis saya. Untuk kajian saya,
eye-tracker telah digunakan dalam proses pengumpulan data iaitu untuk merakam
pemerhatian (pergerakan mata) peserta semasa. Pada semester ini saya telah menyiapkan bab
5 iaitu bab perbincangan dalam disertasi saya. Dalam bab perbincangan, saya telah
menganalisisan data dan mengintepretasikan semua data yang telah dikumpul melalui sistem
eye-tracking iaitu dengan mendapatkan tempoh fixation semasa peserta.

Pada semester ini saya juga telah menjalankan tugas sebagai penyelidik iaitu menulis
dersitasi kajian saya. Pada semester ini saya telah melengkapkan bab 5 dan bab 6 iaitu bab
perbincangan dan bab kesimpulan. Dan sekarang saya dalam proses untuk menyusun semula
semua bab dalam dersitasi saya. Dalam proses penyediaan rangka bagi bab 5 dan 6, penyelia
saya iaitu telah banyak memberi cadangan dan tunjuk ajar kepada saya terutamanya semasa
saya menulis bahagian perbincangan, Langkah seterusnya, saya dalam proses menyiapkan
tesis saya dan mengumpul bahan-bahan yang perlu diselitkan pada bahagian appendix.

Selain itu, untuk semester ini saya selalu berhubung dengan pensyarah penyelia saya
iaitu untuk mendapatkan maklumat penulisan disertasi untuk bab perbincangan dan
kesimpulan bagi penyelidikan saya. telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya tentang
teknik menganalisis dan mengintepretasikan data untuk penulisan tesis saya. Melalui
perbincangan dengan pensyarah penyelia, saya dapat mengetahui kriteria- kriteria dan ciri-ciri
yang perlu ada dalam diri seseorang penyelidik yang baik. Pada masa ini, saya telah berjaya
menyiapkan tesis saya dan kini saya dalam proses menyusun semula tesis saya untuk
penghantaran disertasi awal sebelum 30 Disember 2016.

You might also like