You are on page 1of 6

Langkah melahirkan keluarga bahagia / penyayang

(semua pihak)

Keluarga merupakan institusi yang pending dalam


masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana
keluarga merupakan wahana kebahagiaan dalam
kehidupan seseorang. Daripada keluarga, lahirnya
sinar kasih saying antara ahlinya. Daripada keluarga,
lahirnya perasaan hormat dan sailing memerlukan
yang tidak terucap antara ahlinya. Daripada keluarga,
lahirnya individu yang bertanggungjawab terhadap
keluarga. Sayangnya, suasana harmoni antara ahli
keluarga yang terjalin mesra dan rapat bagai isi
dengan kuku semakin terhakis dan telahpun diganti
dengan sikap individualistik bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Sama ada kita
ingin menerima hakitatnya ataupun tidak, fenomena
ini telah menjadi punca kepada berlakunya gejala
sosial dalam kalangan generasi muda. Hal ini amat
membimbangkan semua pihak kerana generasi muda
merupakan bakal pemimpin negara pada masa depan.
Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, timbullah
persoalan dalam benak kita iaitu, apakah langkah yang
pragmatik yang harus diambil oleh ahli keluarga untuk
melahirkan keluarga yang penyayang?

Langkah perdana termasuklah ibu bapa perlu


mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
kepada anak-anak. Hal ini dikatakan kerana anak-anak
diibaratkan sehelai kain putih yang suci yang harus
diwarnakan oleh ibu bapa. Anak-anak merupakan
golongan yang paling memerlukan perhatian dan
sokongan dalam membentuk peribadi yang sempurna.
Statistik telah menunjukkan bahawa sebanyak 90
peratus ibu yang bekerja hanya meluangkan masa
sebanyak 4 minit dengan anak-anak setiap hari. Sikap
sebegini harus diatasi kerana anak yang kegersangan
kasih sayang merupakan yatim. Sebagai contoh,
kerajaan telah mengisytiharkan hari Sabtu sebagai
cuti umum manakali pihak swasta telah memberi
pelepasan kepada pekerja pada sabtu pertama setiap
bulan. Ibu bapa perlu mengambil kesempatan ini untuk
membawa anak-anak pergi berkelah atau melawat
tempat-tempat bersejarah di negara kita. Aktiviti-
aktiviti sebegini mampu mengeratkan hubungan
antara ahli keluaraga dan membentuk keluarga yang
penyayang di samping memberikan tempat untuk
anak-anak meluahkan isi dan hati mereka. Jadi,
jelaslah bahawa ibu bapa perlu memberikan kasih
saying kepada anak-anak untuk melahirkan keluarga
yang penyayang.

Jika ditelisuri dari aspek yang lain, ibu bapa perlu


menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini
dikatakan cemikian kerana ibu bapa merupakan guru
yang pertama dan paling penting dalam kehidupan
ama-anak. Sebaai contohnya, bapa perlu berinteraksi
dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan
anak-anak. Ibu bapa perlu saling menyayangi dan
menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-
anak melihat kebahagaain antara kedua-dua orang ibu
bapa, mereka akan meneladani sikap baik itu kerana
bapa borek, anak rintik. Namun demikian, jika contoh
negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak anak
seprti maki hamun, pertengkaran serta penderaan
suami terhadap isteri akan menjejaskan
perkembangan jiwa dan hubungan dalam kalangan
anak-anak. Jika anak-anak berumah tangga kelak,
mereka akan mengulangi sejarah yang tidak
berkesudahan ini. Ekoran daripada itu, ibu bapa perlu
menjadi entiti mithali yang baik supaya anak-anak
akan mengikut jejak langkah melahirkan keluarga
yang bahagia dan seterusnya melahirkan masyarakat
yang penyayang. Izharlah bahawa ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam
menjadi suri teladan kepada anak-anak demi
melestarikan warna-warni kebahagaain keluarga.

Selain itu, anak-anak perlu menjaga perlakuan dan


tatatertib untuk melahirkan keluarga yang bahagia.
Hal ini dikatakan demikian kerana segala perbuatan
anak-anak akan mencerminkan cara asuhan anak
tersebut oleh orang tua mereka. Anak-anak memikul
tanggungjawab menjaga maruah diri dan keluarga
untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Sebagai
contoh, anak-anak perlu menjauhi diri daripada terlibat
dalam gejala sosial yang negatif seperti gengsterisme,
ponteng sekolah, penagihan dadah dan perlumbaan
haram. Anak-anak perlu berpegang teguh pada
pepatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur,
terlajak laku buruk padahnya. Segala perbuatan anak-
anak tentu ada kesannya, sama ada baik atau buru.
Ahli masyarakat akan memandang serong terhadap
keluarga jika anak keluarga tersebut terlibat dalam
anasir-anasir negatif yang membawa kepada kancah
kehinaan. Rentetan daripada itu, anak-anak perlu
memiliki keperibadian yang teguh dan boleh membezakan
antara batu permata dan batu kelikir demi menjaga maruah
keluarga. Oleh itu, anak-anak mesti menjaga perlakuan dan
tatatertib untuk melahirkan keluarga yang bahagia.

Jika dilihat dari sudut yang berbeza, anak- anak perlu


membantu ibu bapa menguruskan kerja-kerja rumah.
Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa sedang
bekerja keras untuk menyediakan kemudahan asas
bagi kita. Selain itu , ibu bapa telah berusaha untuk
menyediakan pendidikan yang sempurna bagi
menjamin masa depan kita yang cerah. Jadi tidak
melampau jika saya berpendapat bahawa anak-anak
perlu mengenang jasa ibu bapa seperti peribahasa,
hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.
Untuk membalas jasa ibu bapa, anak-anak boleh
membantu ibu bapa menjalankan kerja-kerja
pembersihan rumah seperti mencuci pinggan
mangkuk, menggantung pakaian di ampaian dan
mengelap lantai dari masa ke semasa. Sebenarnya,
anak-anak hari menjadikan kerja-kerja pembersihan
rumah sebagai rutin harian kerana alh bisa tegal biasa.
Rentetan daripada itu, anak-anak dapat meringankan
beban ibu bapa yang sudah letih setelah pulang
selepas waktu kerja. Selain itu, anak-anak dapat
membalas jasa ibu bapa yang telah banyak berbakti
kepada kita dan merapatkan hubungan dengan ibu
bapa demi mewujudkan suasana yang bahagia di
dalam rumah. Jadi, anak-anak perlu membantu ibu
bapa menguruskan kerja-kerja rumah untuk
melahirkan keluarga yang bahagia.

Ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral


sejak kecil lagi bagai melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Pembentukan keluarga yang bahagia
adalah sama seperti membina sebuah bangunan.
Sekiranya dalam pembinaan bangunan, asasnya
disiapkan terlebih dahulu, maka begitu jugalah dengan
pembentukan keluarga bahagia yang mesti dimulakan
dangam pembinaan asasnya iaitu didikan agama yang
kukuh. Sebagai contoh, ibu bapa perlu mengajar anak-
anak mengerjakan solat dan mendirikan ibadat. Selain
itu, ibu bapa perlu mengalakkan anak-anak mendalami
buku-buku agama sehingga mengenal erti agama dan
Tuhan kerana tak kenal maka tak cinta. Ekoran
daripada itu, persefahaman dan perasaan tolak ansur
sesama ahli keluarga dalat dibentuk. Kesabaran
kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan
keluarga daripada bercerai-berai atas alasan yang
tidak munasabah. Maka, jika setiap ahli keluarga
disemai dengan semangat agama yang luhur, tentulah
keluarga yang bahagia dapat dilahirkan.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa


setiap ahli keluarga memainkan peranan yang
maslahat dalam pembentukan keluarga yang bahagia.
Tanpa kerjasama daripada setiap anggota keluarga,
impian untuk melahirkan keluarga, masyarakat dan
negara yang harmoni dan bersatu padu tidak akan
tercapai. Oleh itu, semua pihak perlu bersinergi bagai
aur dengan tebing dalam membentuk keluarga yang
bahagia. Kita seyogianya mengasingkan perbezaan
diri sendiri demi memajukan bangsa dan negara kita
ke arah mencapai Wawasan 2020. Berharaplah agar
kerjasam jitu daripada semua pihak dapat melahirkan
masyarakat berbilang kaum yang bahagia dan tolak
ansur. Confucius pernah berkata, jika kita tidur
sebantal tetapi bermimpi berbeza, lebih baik kita tidur
berlainan bantal tetapi memiliki mimpi yang sama.

You might also like

  • Elektrolisis 2017
    Elektrolisis 2017
    Document4 pages
    Elektrolisis 2017
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Ujian 1 BHG B 1
    Ujian 1 BHG B 1
    Document5 pages
    Ujian 1 BHG B 1
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Petroleum
    Petroleum
    Document3 pages
    Petroleum
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Ujian 1 Jawapan
    Ujian 1 Jawapan
    Document3 pages
    Ujian 1 Jawapan
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Pak Lah
    Pak Lah
    Document2 pages
    Pak Lah
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • KELUARGA6
    KELUARGA6
    Document2 pages
    KELUARGA6
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • RPH 30 Mac 2017
    RPH 30 Mac 2017
    Document1 page
    RPH 30 Mac 2017
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Kepentingan Kejiranan
    Kepentingan Kejiranan
    Document3 pages
    Kepentingan Kejiranan
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Ujian 1 BHG B 1
    Ujian 1 BHG B 1
    Document5 pages
    Ujian 1 BHG B 1
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Hakisan Tanah 1
    Hakisan Tanah 1
    Document19 pages
    Hakisan Tanah 1
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Elektrolisis 2017
    Elektrolisis 2017
    Document4 pages
    Elektrolisis 2017
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Jata Negara
    Jata Negara
    Document1 page
    Jata Negara
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Halus 1
    Halus 1
    Document5 pages
    Halus 1
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Lalat
    Lalat
    Document2 pages
    Lalat
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • India& Rentap
    India& Rentap
    Document7 pages
    India& Rentap
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Bab 8 Sains Tingkatan 4
    Bab 8 Sains Tingkatan 4
    Document15 pages
    Bab 8 Sains Tingkatan 4
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • KELUARGA6
    KELUARGA6
    Document2 pages
    KELUARGA6
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Sejarah 1
    Sejarah 1
    Document4 pages
    Sejarah 1
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Otak 2
    Otak 2
    Document1 page
    Otak 2
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Per Paduan
    Per Paduan
    Document6 pages
    Per Paduan
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Kepentingan Kejiranan
    Kepentingan Kejiranan
    Document3 pages
    Kepentingan Kejiranan
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Latihan 4
    Latihan 4
    Document4 pages
    Latihan 4
    Cik Fini
    No ratings yet
  • Bahagian 3 Add Maths
    Bahagian 3 Add Maths
    Document5 pages
    Bahagian 3 Add Maths
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Tamadun Hwang Ho
    Tamadun Hwang Ho
    Document10 pages
    Tamadun Hwang Ho
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Per Paduan
    Per Paduan
    Document6 pages
    Per Paduan
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Karangan SPM - Faedah Kokurikulum
    Karangan SPM - Faedah Kokurikulum
    Document3 pages
    Karangan SPM - Faedah Kokurikulum
    Peter Sapit
    69% (16)
  • India& Rentap
    India& Rentap
    Document7 pages
    India& Rentap
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet
  • Tips Untuk Untuk Menghafal Sains SPM
    Tips Untuk Untuk Menghafal Sains SPM
    Document8 pages
    Tips Untuk Untuk Menghafal Sains SPM
    Kuok Hua
    No ratings yet
  • Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum
    Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum
    Document2 pages
    Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum
    Haffiuzdin Bin Abd Aziz
    No ratings yet