You are on page 1of 38

CIRICIRIPERSEKITARANTADIKA/TASKAYANG

BERKUALITI
Persekitaran ialah gabungan kualiti fizikal dan kualiti manusia untuk mewujudkan atau
menghasilkan satu ruang pada kanak-kanak dan orang dewasa bagi bekerjasama dan bermain bersama
dan merangkumi aspek keadaan fizikal, keadaan interpersonal dan aspek waktu agar dapat
menggalakkan pembelajaran kanak-kanak.
Keperluan bagi TASKA adalah berbeza dengan keperluan ruang di Tadika. Ini kerana, tadika
dibina berdasarkan keperluan umur antara 5 hingga 6 tahun manakala TASKA pula dibina untuk
keperluan bayi dari lingkungan 0 sehingga 4 tahun.
Ruangan Dalaman Bangunan (Indoor)
Ruang senyap-kering
Kegiatan yang dijalankan di ruang ini ialahseperti kegiatan membaca, mendengar, bercerita dan
menulis.
Ruang aktif-kering.
Kegiatan yang dijalankan di ruang ini ialahaktiviti yang berkaitan dengan motor kasar.
Ruang senyap-basah.
Kegiatan yang dijalankan di ruang ini ialahyang memerlukan air seperti aktiviti lukisan, permainan
tanah liat dansebagainya
Ruang aktif-basah.
Ruang ini digunakan untuk aktiviti permainanpasir dan air.

RUANG UNTUK MEMBACA


RUANG UNTUK KOMPUTER

RUANG UNTUK BELAJAR


RUANG UNTUK REHAT

RUANG UNTUK KELAS MUZIK

RUANG MAIN PERANAN


Ruangan Luaran Bangunan (Outdoor)
Persekitaran tadika yang berkualiti seharusnya menyediakan sebuah kawasan yang
membolehkan kanak-kanak bergerak bebas bagi mengembangkan fizikal kanak-kanak.
Kawasan-kawasan ini juga perlu menyediakan maklumat-maklumat baru yang boleh
meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak melalui uji kaji.
Menyediakan persekitaran luar yang meransang perkembangan motor halus dan motor kasar
kanak-kanak. Contohnya,menyediakan ruang untuk kanak-kanak bertatih ,menolak atau menarik
permainan semasa bermain di luar.
Secara ideal, kawasan permainan luar bersebelahan dengan kawasan dalaman disertakan
dengan kemudahan keluar masuk ke tandas.Ia juga perlu dipagar dengan selamat dan mempunyai
kawasan tertutup bagi melindungi daripada panas dan hujan.

TAMAN PERMAINAN
RUANG UNTUK RENANG

RUANG MAKAN DAN SAMBUTAN


HARI JADI KANAK-KANAK
TANDAS
RUJUKAN
LAMAN WEB :
https://www.scribd.com/doc/206115480/Ciri-Ciri-Persekitaran-Tadika-Taska-Yang-Berkualiti
https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=ruang+di+taska

Amabile, Teresa. 1989. Growing up creative: nurturing a lifetime of creativity.


New York: The Creative Education Foundation

Aminah Ayob et.al. 2008. Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit


UniversitiPendidikan Sultan Idris.

Bruce, T and Meggit, C (2005) Child Care and Education, London, Hodder &
Stoughton.

Buzan, Tony. 2001. The power of creative Intellingence. London: Thorsons

Cropley. J. A. 2001. Creativity in Education & Learning. London: Kogan Page

De Bono, Edward. 1996. Serious creativity. London: Harper Collins Business

Definisi Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA). http://www.jkm.gov.my


(7 September 2010)

Department of Education and Sciences (DES) (1990) Starting with Quality,


London, HMSO.

Kamarul Azman b. Abd Salam. 2009. Kursus Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
dalam nota kuliah satu (1): Sejarah Perkembangan Asuhan danPendidikan Awal Kanak-
kanak di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kurikulum Permata. 2008. Panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak 0-4 Tahun.


Perak: PusatPenyelidikan Perkembangan Kanak-kanak
Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah 2003. Panduan Pendidikan Prasekolah. Kuala
Lumpur: PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd.
Program permata . Diperolehi pada 7 september 2010 daripada
http://cikguani.blogspot.com/search/label/Program%20PERMATA

Pendidikan Anak-anak diperingkat Awal Umur Berasaskan binaan kurikulum yang


integritif. [online] diperolehi pada 3 september 2010 daripada
http://fiqhsemasa.Blogspot.com/2010/03/pendidikan-anak-anak-di-peringkat-awal.html

Taman asuhan kanak-kanak mnegikut Akta 308 (Akta Taman Asuhan Kanak
kanak1984)

http://www.kemas.gov.my/20# , (10 Ogos 2009, 4.18 p.m)


http://www.kemas.gov.my/7# (10 Ogos 2009, 4.40 p.m)
http://www.permata.jpm.my/ (10 Ogos 2009, 5.00 p.m)

. PENGENALAN
Secara zahirnya,setiap manusia yang dilahirkan ibarat sebidang kain putih tanpa sebarang
noda dan palitan dosa. Terserah pada yang melahirkan untuk bertanggunjawab bagi membina
dinding-dinding keimanan dan tatasusila buat tangkal pembimbing diri sepanjang menjalani
kehidupan di dunia ini. Kejayaan dan kegagalan seseorang itu terletak pada didikan, tunjuk ajar,
serta ilmu pengetahuan yang dicurahkan kepadanya iaitu berkait rapat dengan pembangunan
modal insan seseorang. Sebagaimana yang ditafsirkan Amir Hamzah Abdul, Halimah Abdul
Manaf, Nur Syakiran Ahmad Islam dan Zalimah Ahmad (2003) seperti berikut:
Nilai adalah kepercayaan asas atau pegangan asas seseorang mengenai apa yang
benar dan apa yang salahmanusia tidak dilahirkan dengan satu set nilai. Setiap orang
membentuk satu sistem nilai dari mengikut pertumbuhan dan kematangannya. Nilai dipelajari
oleh manusia sejak kecil lagi. Nilai-nilai ini dimiliki daripada bapa, kerabat, sahabat, sistem
pendidikan dan daripada sumber luar yang lain seperti persekitaran budaya.
Mengimbau pula dari segi sikap yang sering disebut sebagai mentaliti mahupun
perlakuan, namum sebenarnya mencukupi aspek yang lebih luar iaitu satu kecenderungan untuk
melihat secara relatifnya berkekalan (Amir Hamzah Abdul et. al). Sekiranya aspek nilai,
kepercayaan dan sikap yang tepat dapat diterapkan dalam minda dan keterampilan ibubapa, kita
khususnya dalam kesedaran perkembangan kanak-kanak ini, secara tidak langsung akan
memberi impak yang besar kepada negara. Pastinya, nilai, kepercayaan dan sikap positif ini
perlulah diselaraskan dengan kesedaran terhadap ibubapa terhadap perkembangan kanak-kanak.
Justeru itu, melalui media-media masa pada masa kini telah menonjol secara realiti
kehidupan mengenai isu-isu perkembangan kanak-kanak yang telah menjadi harapan kepada
bangsa dan negara dalam proses perkembangan yang lebih efektif. Namun, terdapat isu-isu yang
besar telah memberi kesan yang amat besar dalam proses perkembangan kanak-kanak ini
menjadi isu nasional yang membawa kesan positif dan negatif di kalangan ibubapa serta
masyarakat pada generasi Y pada masa kini, khususnya di bawah pusat jagaan kanak-kanak ini
telah menjadi perhatian oleh masyarakat seperti perkembangan kanak-kanak, isu penderaan bayi,
kelalaian pengasuh serta isu-isu sampingan yang menjadi perhatian oleh media untuk
diketengahkan pada masa kini.

2. DASAR, POLISI, AKTA


Mengikut Akta 550 yang telah memansuhkan Akta Pelajaran 1961 disebabkan
menyelaraskan dengan pelaksanaan dasar pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (Akta Pendidikan 1996). Dibawah adalah dasar, polisi serta Akta yang telah
dikuatkuasa dalam Akta tersebut:-
Dasar / Polisi / Akta Fokus Umur
(Tahun)
Convention On The Rights Of the Child CRC 0 18
Child Act 2001 (Act 611) 0 18
Childcare Centers Act 1984 & Amedment 2007(Act 04
308)
Education Act 1996 ( Act 550 ) 46
Education Act 1996 (Regulation of Special Education 46
1997)
Education Development Master Plan (PIPPT) 2006 56
2010
The Early Childhood Care & Development (ECCD) 08
Policy 2007
Child Health Services Policy 1950 0 18
National Child Protection Policy (Act 574 & 521) 0 18
National Policy on Disable Child (article 21 of CRC) 0 18
National Policy on Indigenous Child (article 30 of 0 18
CRC)
9th Malaysian Plan (2006 2010) 0 18
(Sumber: Azman B. Abdul Salam: 2009)
Jika dilihat Akta 611 iaitu Akta kanak-kanak berdasarkan bahagian 5 bab 3 dapat
difinisikan bahawa jika pengasuh atau penjaga mengabaikan kanak-kanak tersebut dari segi
fizikal, kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat penjagaan kanak-kanak
boleh diambil tindakan undang-undang terhadap penjaga kanak-kanak tersebut yang telah
melakukan penderaan keatas kanak-kanak. Dengan adanya Akta ini menunjukkan bahawa kanak-
kanak yang berada di pusat jagaan atau taska ini secara tidak langsung memberi hak dan
pembelaan kepada kanak-kanak yang telah didera oleh pengasuh atau penjaga semasa berada di
dalam pengawasan mereka agar tidak bertindak dengan sesuka hati. Justeru itu, satu dasar
perlindungan kanak-kanak negara telah dirangka oleh kerajaan Malaysia ini secara tidak
langsung memberi perlindungan kepada kanak-kanak agar organisasi, masyarakat mahupun
badan NGO menjalankan tanggungjawab bersama dalam mengatasi penderaan kanak-kanak di
pusat asuhan kanak-kanak yang terlibat tersebut.

Berdasarkan garis panduan pengendalian kanak-kanak di taska dan panduan yang telah
dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Objektif utamanya adalah memastikan kanak-
kanak dan persekitaran pusat asuhan perlulah berada dalam keadaan selesa dan mengikut
peringkat umur kanak-kanak dalam pertumbuhan pembesaran mereka. Ini menunjukan kerajaan
Malaysia memandang serius tahap kesihatan kanak-kanak yang berada di pusat asuhan tersebut
dalam keadaan yang optima dalam perkembangan kanak-kanak. Selain itu juga, pihak taska atau
pusat asuhan juga memastikan bahawa kanak-kanak tersebut perlu bebas dari sebarang penyakit.
Peranan guru atau penjaga pusat asuhan juga adalah menjalankan pemantauan berkala dari
semasa ke semasa untuk menjamin tiada penularan penyakit dikalangan kanak-kanak.

3. KELEMAHAN
Berdasarkan huraiaan diatas, didapati masih berlaku lagi penderaan kanak-kanak di pusat
asuhan di Malaysia ini. Perkara ini berlaku disebabkan terdapat pelbagai faktor luaran dan
dalaman yang terjadi di pusat asuhaan tersebut. Faktor-faktor ini disebabkan oleh:
i. Kurang pendedahan atau latihan
Kebanyakkan penderaan yang sering berlaku ini di pusat asuhan persendirian atau swasta.
Statistik menunjukkan bahawa penderaan kanak-kanak sering berlaku di pusat asuhan kanak-
kanak yang tidak didaftarkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Secara tidak
langsung, pengasuh yang diambil kerja tersebut tidak mempunyai pengalaman dan pendedahan
dalam penjagaan kanak-kanak yang sempurna. Pusat asuhan yang tidak menghantar pelatih atau
perkerja ke tempat latihan yang bertuliah ini memberi alasan bahawa kos yang dikenakan
tersebut adalah sangat mahal, selain itu juga alasan yang diterima oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat oleh pusat asuhan tidak berdaftar ini juga memberi alasan tiada pendedahan
maklumat untuk memberi latihan seperti masa, tempat serta maklumat dari Kerajaan untuk
memberi latihan kepada pelatih atau pengasuh mereka. Sikap tidak peka ini secara tidak
langsung salah satu telah menyebabkan kes penderaan kanak-kanak ini meningkat dari semasa ke
semasa sama ada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Dengan
peningkatan kes ini secara tidak langsung menyebabkan terpalik kefahaman atau pemikiran
kepada masyarakat bahawa pusat asuhan yang ada pada masa kini adalah tempat tidak selamat
untuk anak-anak mereka.

ii. Kurang pemantauan dari pihak berkuasa

Faktor ini juga menyumbang kepada penderaan di kalangan kanak-kanak di pusat asuhan sering
terus meningkat. Faktor ini disebabkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat kekurangan
kakitangan untuk memantau pusat asuhan yang terdapat di Malaysia kini. Oleh demikian, faktor
kekurangan kakitangan ini secara tidak langsung menyebabkan pusat asuhan sama ada yang telah
berdaftar atau tidak berdaftar ini memberi tanggapan bahawa pihak kerajaan tidak akan datang
memantau atau memeriksa pusat asuhan persendirian mereka. Dengan ruang yang ada ini secara
tidak langsung akan memberi ruang kepada penjaga pusat asuhan tersebut mendera kanak-kanak
di pusat asuhan mereka secara tidak langsung atau langsung dari segi fizikal mahupun emosi
kanak-kanak.
iii. Tidak ada keperihatinan masyarakat.
Tiada sikap keperihatinan di kalangan masyarakat juga salah satu faktor penyumbang kepada kes
penderaan kanak-kanak ini. Pada generasi sekarang, masyarakat yang hidup di kawasan bandar
hampir terhakis sikap kejiranan atau sikap mengambil tahu di persekitaran mereka, punca ini
disebabkan masyarakat sekarang tidak mengambil peduli hal setempat kerana mengejar
kekayaan sendiri. Secara tidak langsung ibubapa atau masyarakat menyerah sepenuhnya
tanggungjawab kepada pusat asuhan untuk mendidik anak mereka. Secara tidak langsung, kanak-
kanak ini akan menjadi kemurungan jika berlaku penderaan ke atas mereka disebabkan tiada
tempat mengadu terutamanya ibubapa mereka yang lebih mementingkan kerjaya berbanding
mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Jika dilihat kepada permasaalahan ini, secara tidak
langsung pengasuh atau pusat asuhan tersebut lebih berani untuk mendera kanak-kanak di bawah
jagaan mereka disebabkan kelalaian ibubapa mereka mahupun masyarakat setempat tidak peka
masalah yang terjadi di persekitaran mereka.

iv. Masalah kewangan pusat asuhan.

Bagi pusat asuhan persendirian ini, kebanyakkan kewangan bergantung sepenuhnya dengan
yuran yang dikenakan kepada ibubapa. Jika melihat senario ini, boleh membuat kesimpulan
bahawa jika pusat asuhan tersebut kurang mendapat permintaan penjagaan kanak-kanak ini
secara tidak langsung akan menyebabkan perniagaan pusat asuhan tersebut kekurangan
kemudahan seperti prasarana untuk kanak-kanak dibawah jagaan mereka, prasarana ini sangat
penting untuk perkembangan kanak-kanak dalam perkembangan mereka. Jika pusat asuhan
tersebut mengambil lebihan kanak-kanak juga didapati terdapat kesan negatif, seperti kepadatan
kanak-kanak untuk menampung premis perniagaan mereka, masalah ini juga menyebabkan
berlaku kekurangan guru atau pekerja untuk menjaga kanak-kanak, contohnya seorang guru atau
penjaga terpaksa mengurus sehingga sepuluh kanak-kanak taska ini, disamping itu juga, guru
tersebut terpaksa membuat kerja sampingan seperti memasak, mengajar dan juga menguruskan
pentadbiran pusat asuhan tersebut. Dengan kesan tekanan kerja ini akan menyebabkan pihak
pengasuh mengalami tekanan atau stres di tempat kerja dimana secara tidak langsung akan
menyumbang kepada penderaan kanak-kanak di taska persendirian ini.

4. KEKUATAN
Setiap masyarakat mahupun pusat asuhan kanak-kanak perlulah memainkan peranan bersama
kerajaan membantu dalam sahsiah serta pendidikan awal kanak-kanak sejajar arus perkembangan
pembangunan negara, oleh itu, berdasarkan isu-isu penderaan kanak-kanak keatas pusat jagaan
kanak-kanak ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kes penderaan ini secara
amnya. Oleh demikian, setiap organisasi, masyarakat mahupun individu perseorangan perlulah
mengambil bahagian serta peranan dalam merialisasikan matlamat Negara untuk melahirkan
bangsa yang maju. Kekuatan ini dapat dilihat melalui pelbagai sudut seperti:-

i. Peranan Kerajaan

Dasar Kanak-kanak Negara yang telah ditubuhkan bertujuaan memberi pendidikan awal bagi
kanak-kanak. Secara tidak langsung setiap guru atau tenaga pengajar seperti pengasuh kanak-
kanak akan diberikan latihan, penerangan, maklumat, polisi serta pendedahan Akta kepada pihak
berkenaan. Program PERMATA yang dilancarkan oleh Datin Sri Rosmah Mansor isteri Perdana
Menteri dalam memberi pendidikan awal bagi kanak-kanak. Secara tidak langsung, peluang ini
dapat direbut oleh pusat-pusat asuhan kanak-kanak dalam memberi latihan kepada guru-guru
atau perkerja mereka. Dengan pendedahan yang telah diberi ini secara tidak langsung akan dapat
memberi maklumat yang amat berguna kepada pusat asuhan untuk mencapai matlamat negara
dalam menuju Wawasan 2020. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan kerajaan seperti Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan
sebagainya secara tidak langsung memberi implikasi dalam pengurangan penderaan kanak-kanak
di Malaysia ini.

ii. Peranan NGO


Selain kerajaan, badan-badan NGO juga turut memain peranan dalam pengurangan penderaan
yang berlaku seban hari yang telah dilapurkan oleh pihak media. Contohnya badan NGO
dibawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti sedikit sebanyak memain peranan dalam penderaan kanak-kanak. Ini disebabkan
program-program yang dianjurkan oleh badan NGO tersebut secara tidak langsung akan
memberi gambaran kepada masyarakat keperhatinan bersama antara masyarakat dengan kerajaan
dalam mengurangkan genjala ini. Penglibatan yang dibuat oleh badan-bandan NGO ini secara
tidak langsung menunjukkan bahawa peranan masyarakat dalam kes-kes penderaan kanak-kanak
ini telah memberi kesan yang amat besar terhadap kanak-kanak sama ada dari segi emosi
mahupun fizikal.

iii. Peranan Media

Media juga salah satu sumber dalam menyebarkan isu-isu penderaan yang terdapat di masyarakat
setempat mahupun pusat asuhan. Secara tidak langsung melalui penyebaran media ini juga telah
memberi kesan impak yang besar kepada masyarakat terhadap isu-isu penderaan ini, media masa
juga berperanan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penderaan kanak-kanak
ini. Justru itu, dengan perkembangan teknologi seperti kemudahan internet juga secara tidak
langsung telah memberi gambaran mengenai kanak-kanak yang terdapat di pusat jagaan ini.
Dengan respon atau maklum balas yang diberi oleh masyarakat ini secara tidak langsung
membantu pihak kerajaan mahupun badan-badan yang bertanggunjawab ini bertindak dengan
pantas untuk menangani masalah penderaan yang berlaku di kalangan kanak-kanak khususnya di
pusat penjagaan kanak-kanak ini.

iv. Peningkatan Kesedaran Dalam Masyarakat

Pada masa kini, didapati masyarakat mula sedar kepentingan pusat asuhan yang sempurna dan
juga mempuyai guru atau penjaga yang cekap. Ini dapat dibuktikan walaupun terdapat
percambahan pusat-pusat jagaan persendirian tumbuh dengan pesatnya, akan tetapi masyarakat
pada masa kini dapat menilai dengan lebih baik untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat
jagaan kanak-kanak mahupun pusat pendidikan awal kanak-kanak. Walaupun kes penderaan
kanak-kanak masih lagi kedengaran di media-media ini, secara tidak langsung ibubapa
mengambil sikap berhati-hati dalam memilih pusat jagaan kanak-kanak yang terdapat di negara
kita kini.

5. PENAMBAHBAIKAN
Walaupun negara kita telah menuju status negara maju, pendidikan awal kanak-kanak ini juga
amatlah dititik berat dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh demikian, segala Akta, polisi,
undang-undang mahupun perkhidmatan kanak-kanak amatlah dititik berat selaras dengan
wawasan 2020. Dengan kelemahan dan kekuatan yang ada ini, secara tidak langsung perlulah
adanya penambahbaikan dari semasa ke semasa selaras dengan kemajuan negara menuju
wawasan 2020. Antaranya penambahbaikan yang perlu dilakukan dan dicadangkan untuk
mengelak penderaan kanak-kanak di pusat asuhan seperti berikut:-

i. Meningkatkan profesionalisme perguruan pendidikan awal kanak-kanak

Guru-guru asuhan kanak-kanak juga perlu diberi latihan serta pendedahan yang lebih tinggi. Ini
kerana dengan peningkatan untuk martabat perguruan di kalangan guru asuhan ini secara tidak
langsung akan memberi kesan kepada negara dalam masa jangka panjang dalam melahirkan
kanak-kanak yang mempunyai pendidikan lebih awal sebelum menempuh kealam sekolah
rendah. Dengan pengalaman serta latihan yang telah diberi tersebut, sedikit sebanyak akan
memberi kesan kesedaran kepada guru-guru tentang kepentingan pendidikan terhadap kanak-
kanak ini, secara tidak langsung dengan tanggunjawab yang dipikul oleh guru pusat asuhan
tersebut sedikit sebanyak akan mengurangkan kes-kes penderaan di dalam pusat asuhan kanak-
kanak yang sering kita dengar semakin meningkat saban tahun disebabkan kekurangan latihan
dalam penjagaan kanak-kanak ini. Oleh itu, kepentingan guru juga adalah salah satu kepentingan
kerajaan supaya dapat mengurangkan kes penderaan kanak-kanak di dalam pusat asuhan.

ii. Penyebaran maklumat di dalam masyarakat.

Pihak kerajaan, badan NGO mahupun media amatlah memainkan peranan dalam penyebaran
maklumat tentang penderaan kanak-kanak ini. Pihak kerajaan, NGO dan media hendaklah
berganding bahu memikul tanggunjawab sosial ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
Oleh itu, pihak ini perlulah sering mengadakan seminar, road show, serta peranan di media cetak
dan elektronik ini amatlah penting agar maklumat penderaan kanak-kanak ini dapat disampaikan
secara berkesan kepada masyarakat. Dengan gandingan bahu dari badan-badan ini, kes-kes
penderaan kanak-kanak sedikit sebanyak dapat diturunkan pada indek penderaan yang telah
menjadi duri dalam daging yang menyebabkan kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi
mangsa.

iii. Pertukaran Maklumat Antarabangsa

Kerajaan Malaysia juga boleh menjalankan pertukaran maklumat diantara negara-negara lain. Ini
dapat dibuktikan Program PERMATA yang telah dilaksanakan hasil lawatan Pusat
Kecermalangan Kanak-kanak Pen Greendi Corby, London yang telah diolah modul tersebut
mengikut kesesuaian dengan Masyarakat Malaysia untuk diselaraskan dengan pendidikan di
Malaysia. Dengan jalinan ini secara tidak langsung akan mewujudkan pelbagai kursus jangka
panjang dan pendek bagi pengurusan taska mahupun pusat asuhan kanak-kanak ini. Dengan
penerimaan modul yang terkini serta bersesuaian yang telah digariskan oleh pihak kerajaan ini
sedikit sebanyak kes-kes penderaan kanak-kanak di pusat asuhan akan berkurangan malah secara
tidak langsung akan meningkatkan kualiti pusat asuhan tersebut.

iv. Peningkatan Infrakstruktur Pusat Asuhan

Kerajaan juga perlu memainkan peranan yang amat penting bagi meningkatkan insfrakstruktur
pusat asuhan. Kanak-kanak berkembang seiringin dengan usia, oleh itu sikap ingin tahu dan
berkomunikasi bersama kawan sepermainan amat penting dalam peningkatan usia kanak-kanak
mereka. Dengan peruntukan yang diterima dari kerajaan mahupun agensi pinjaman seperti Bank
memberi kemudahan pinjaman secara tidak langsung akan meningkatkan pasarana yang terdapat
di pusat asuhan. Dengan adanya pasarana yang lengkap ini secara tidak langsung akan
mengurangkan bebanan atau stress dikalangan guru. Dengan cara ini pengurangan penderaan
kanak-kanak ini dapat dilakukkan oleh pihak berkenaan.

v. Pemantauaan berkala oleh badan bertanggunjawab.


Kerajaan juga perlu menubuhkan pasukan khas yang terdiri dari orang yang berpengalaman
dalam urusan penjagaan kanak-kanak. Tugasan tersebut hendaklah dijalankan pihak berkenaan
dengan memantau pusat asuhan sama ada yang telah didaftarkan atau tidak didaftarkan. Bagi
pusat asuhan yang ingkar hendaklah diambil tindakan serta-merta bagi mengelak kejadiaan yang
tidak diingini. Oleh itu, satu perjawatan khas hendaklah dikaji dan ditubuh bagi melaksanankan
pemantauan yang hendak dijalankan oleh pasukan tersebut agar kes-kes penderaan yang terus
meningkat ini dapat di sifar oleh pihak kerajaan bagi menjaga kesejahteraan kanak-kanak yang
akan mentadbir negara pada masa hadapan .

6. KESIMPULAN
Berdasarkan huraian mengenai kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di taska tersebut telah
mengemparkan masyarakat Malaysia. Dengan adanya kesedaran semua pihak sebagai
tanggungjawab sosial ini secara tidak langsung akan memberi gambaran bahawa kita sebagai
Masyarakat Malaysia sering mengambil perkembangan semasa sama ada dari perkembangan
kanak-kanak. Dengan adanya penguatkuasa undang-undang yang terdapat di Malaysia ini
pembelaan terhadap kanak-kanak ini dapat dilakukan oleh pihak berkenaan. Kesimpulan secara
menyeluruh mengenai isu ini adalah Kerajaan Malaysia bersama masyarakat haruslah
berganding bahu menyelesaikan isu ini secara positif terhadap penderaan di pusat asuhan kanak-
kanak ini. Ini kerana ia melibatkan fizikal dan emosi kanak-kanak tersebut dalam jangka masa
panjang. Perlulah ditegaskan, bahawa penderaan kanak-kanak ini perlulah ditangani secara bijak
dan tindakan keras harus diambil kepada pesalah.

7. RUJUKAN

Amir Hamzah Abdul, Halimah Abdul Manaf, Nur Syakiran Akmal Ismail,
Zalina Ahmad. (2003). Organisasi dan Masyarakat: Kedah.
Universiti Utara Malaysia.

Bahagian kawalan penyakit. (2007). Garispanduan Pengendalian Kanak-kanak di Taska dan


Prasekolah: Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Akta 611. (2001). Akta kanak-kanak 2001 (edisi baru). Malaysia. Pencetakan Nasional Malaysia
Berhad

Aminah Ayob et.al. (2008). Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Kamarul Azman b. Abd Salam. (2009). Kursus Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak- kanak
dalam nota kuliah satu (1): Sejarah Perkembangan Asuhan dan Pendidikan Awal
Kanak-kanak di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pendidikan prasekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Setar hanya bermula pada tahun 2004.
Penubuhan prasekolah tersebut adalah di bawah dasar Rancangan Malaysia Ke 10 sebagai satu usaha
peluasan kelas prasekolah di daerah Kerian. Pembukaan kelas ini telah berjaya menarik ramai murid
di kawasan ini untuk mendapatkan pendidikan prasekolah yang lebih sempurna sebelum melangkah
ke pendidikan sebenar di sekolah yang sama.

Kelas prasekolah telah di tempatkan di bangunan sekolah yang sama. Bahagian dapur, ruang makan
dan bilik air telah ditambah di tepi kelas untuk memberi keselesaan kepada murid prasekolah.
Bahagian dinding kelas ditebuk untuk memberikan laluan guru dan murid untuk ke tempat berkenaan.
Segala peralatan dan perabut telah dibekalkan dari masa ke semasa oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia kepada kelas ini.
Seramai dua puluh lima orang daripada kalangan murid lima dan enam tahun telah menerima
pendidikan di tahun pertama pembukaan. Seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid
telah ditempatkan di kelas ini.

Saban tahun kelas ini tidak dapat menampung limpahan permintaan daripada masyarakat sekeliling
untuk mendapatkan pendidikan prasekolah di sekolah ini. Akhirnya pada tahun 2010, Jabatan
Pendidikan Negeri Perak telah menyenaraikan sekolah ini layak mendapat sebuah kelas lagi sebagai
tambahan kepada kelas sedia ada di bawah program peluasan prasekolah Negeri Perak. Bermulalah
pembinaan kelas baru yang di bina di hujung padang sekolah ini. Walaupun pembinaan ini agak jauh
daripada bangunan sekolah sedia ada tetapi ia tidak menghalang murid dan guru menyertai segala
aktiviti bersma dengan warga sekolah yang lain.

Pengambilan pertama kumpulan murid kelas baru ini telah diadakan pada tahun 2011. Namun akibat
kelewatan pembinaan, mereka terpaksa menumpang di salah sebuah kelas di bangunan sekolah sedia
ada. Hanya pada bulan April, 2011 baharulah, mereka ditempatkan di kelas baru tersebut.
Bentuk kelas baru ini mendapat sentuhan model terbaru untuk bangunan prasekolah di negara ini.
Setiap ruang dibina untuk saling lengkap melengkapi seperti ruang pengajaran dan pembelajaran,
ruang dapur, setor, tandas guru dan murid lelaki dan perempuan berasingan, ruang sinki dan cermin
murid, ruang ambil wuduk, ruang hadapan dan permainan luar. Ia lebih luas dan lengkap berbanding
kelas lama. Setiap ruang dilengkapi dengan kemudahan perabut, kerusi meja, peralatan eletrik dan
sebagainya. Ruang makan dan ruang pengajaran dan pembelajaran dibina berasingan tetapi
bersebelahan. Kelengkapan alat permainan luar yang disediakan memberi daya tarikan kepada
masyarakat sekeliling tentang kewujudan kelas prasekolah yang baru.

Bagi memudahkan pengenalan kedua-dua buah kelas tersebut, kelas lama dinamakan Kelas
Prasekolah Dahlia dan Prasekolah Cempaka untuk kelas prasekolah yang baru dibina. Sesungguhnya
pembinaan kelas prasekolah telah memberi peluang kepada semua murid yang berumur lima hingga
enam tahun mendapatkan pendidikan prasekolah yang sempurna sebelum melangkah ke tahun satu
di arus perdana.
Fokus
Pendidikan Prasekolah di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Setar ini adalah berfokuskan
kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada
kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan
menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui
bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang
digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat
perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses
pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang
akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke peringkat sekolah rendah kelak.

Visi
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Setar Berkualiti

Misi
Setiap warga prasekolah mestilah berusaha bersungguh-sungguh, berinisiatif, bermotivasi,
mengujudkan perpaduan, pemuafakataan dan daya saing yang tinggi untuk memberikan pendidikan
yang berkualiti dalam mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulam dan sahsiah kanak-kanak
berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.demi melahirkan anak-anak yang cemerlang.

Moto
Keseimbangan JERI, Keutamaan Kami

Peraturan Umum Prasekolah


Peraturan umum di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Setar adalah :

1. Sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp) di prasekolah adalah mulai jam 7.45 pagi 11.45 pagi
pada setiap hari persekolahan iaitu selama 4 jam.
2. Murid disediakan sarapan pagi ddi prasekolah.
3. Ibu bapa dikehendaki mengambil pulang murid pada jam 11.45 pagi pada setiap hari
persekolahan.
4. Ibu bapa / penjaga dikehendaki menghantar dan menjemput murid di pintu pagar utama
prasekolah sahaja.
5. Hanya waris terdekat dengan murid sahaja yang dibenarkan mengambil murid pulang dari sekolah.

6. Waris yang mahu membawa pulang murid sebelum tamat waktu persekolahan hendaklah
memaklumkan terlebih dahulu pada pihak pentadbir dan seterusnya mengisi maklumat pada Buku
Pergerakan Murid yang berada di kelas prasekolah.
7. Sekiranya murid tidak dapat hadir ke sekolah pada hari persekolahan, ibubapa /penjaga perlu
memaklumkan kepada guru kelas secara bertulis atau menyerahkan sijil cuti sakit.
8. Murid prasekolah dikehendaki berpakaian kemas, berkasut dan berstoking ketika mengikuti proses
pdp di dalam kawasan sekolah.
9. Murid lelaki hendaklah berambut pendek manakala bagi murid perempuan berambut panjang,
rambut mestilah diikat. Kuku murid mesti sentiasa dalam keadaan pendek dan bersih.

Peraturan Di dalam Kelas


Peraturan di dalam kelas di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Setar adalah :

1. Murid perlu beratur sebelum masuk dan keluar dari kelas.


2. Murid tidak boleh keluar kelas tanpa kebenaran guru.
3. Murid perlu membaca doa sebelum belajar.
4. Murid perlu membaca doa sebelum dan selepas makan.
5. Murid hanya dibenarkan makan dan minum dengan kebenaran guru sahaja.
6. Murid tidak dibenarkan berlari di dalam kelas.
7. Murid perlu minta izin jika hendak ke tandas.
8. Murid perlu membaca doa sebelum dan selepas masuk tandas.
9. Murid mesti mengemas peralatan setiap kali selepas menggunakannya.
10. Murid perlu memberi tumpuan sewaktu guru mengajar.
11. Murid tidak dibenarkan mengambil alat tulis kawan tanpa meminta izin.
12. Murid mesti berpakaian kemas dan bersih.
13. Murid dikehendaki bersama-sama menjaga kebersihan kelas.
14. Murid perlu memastikan alat tulis dan bahan bacaan disusun dengan kemas sebelum pulang dan
tidak dibenarkan membawa pulang peralatan sekolah.
15. Murid dikehendaki menyusun meja dan mengangkat kerusi ke atas meja sebelum pulang.
16. Murid hendaklah menghormati Pembantu Pengurusan Murid dan juga rakan-rakan.
17. Murid harus membaca doa bersama-sama sebelum pulang.
18. Murid dihendaki bersalaman dan mengucapkan ucapan selamat dan terima kasih pada guru dan
PPM sebelum pulang.

Peraturan di Luar Kelas


Peraturan di luar kelas di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Setar adalah :

1. Murid mesti mendapatkan kebenaran guru untuk keluar kelas.


2. Murid tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang ada di dalam kelas kecuali dengan
arahan guru.
3. Murid mesti memakai kasut semasa bermain di taman permainan atau di pusat permainan air.
4. Murid mesti berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan alat permainan.
5. Murid perlu menggunakan peralatan permainan dengan cara yang betul dan diawasi oleh guru atau
PPM.
6. Murid perlu bersama-sama menjaga kebersihan kawasan luar kelas prasekolah.
7. Murid hendaklah mencuci tangan selepas bermain atau menjalankan aktiviti di luar sebelum masuk
ke kelas.
8. Murid hendaklah menjimatkan air semasa pembelajaran mengambil wuduk di tempat wuduk.
9. Murid hendaklah mengambil wuduk dengan tertib dan tidak bermain air di tempat wuduk.
10. Murid hendaklah mengelakkan diri daripada bermain di tempat yang
berbahaya seperti di kawasan longkang.
KEMUDAHAN FIZIKAL BANGUNAN PRASEKOLAH
Kemudahan fizikal yang disediakan mestilah mencukupi, sesuai dan
diselenggarakan dengan baik serta mampu menyumbang ke arah peningkatan
kualiti pendidikan. Setiap kemudahan fizikal yang disediakan mestilah sesuai dari
segi susun atur dan pemilihan ruangnya. Pengurusan ruang merupakan perkara
yang penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Murid
memerlukan ruang yang mencukupi dan sesuai dalam menjalankan aktiviti agar
mereka bebas untuk berinteraksi dengan bahan pembelajaran yang disediakan.
Ruang yang disediakan mestilah kondusif agar dapat merangsang pembelajaran
murid. Setiap ruang yang diwujudkan perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
i) Selesa
a) Keluasan yang bersesuaian
b) Pengudaraan yang baik
c) Pencahayaan yang baik

ii) Mudah alih


a) Ruang dan susun atur peralatan boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.
b) Peralatan boleh ditamba mengikut kesesuaian tema dan keperluan pengajaran
dan pembelajaran.
iii) Pelbagai guna
a) Rung dan peralatan yang sesuai dapat digunakan untuk kepelbagaian aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

iv) Selamat
a) Peralatan dan bahan yang digunakan hendaklah selamat.
b) Susun atur dalam bilik memudahkan pergerakan murid.
c) Penyimpanan bahan/peralatan perlu sesuai dengan keadaan fizikal murid.
d) Peralatan dan bahan hendaklah sentiasa bersih.
e) Peralatan elektrik perlu diletak berhampiran dengan punca kuasa.

v) Ceria
a) Penyusunan bahan dan peralatan dalam bilik perlu kemas, rapi, menarik, berlabel
dan sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran semasa.
b) Keadaan fizikal bilik hendaklah sentiasa menarik dan bersih.

vi) Bermakna
a) Ruang yang disediakan dapat merangsang murid untuk terlibat secara aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran.
b) Murid boleh mengaitkan ruang yang disediakan dengan kehidupan seharian.
Peralatan dan bahan dalam ruang mestilah sesuai dengan perkembangan fizikal
dan mental kanak-kanak.
Ruang pembelajaran merangkumi keseluruhan premis prasekolah. Ruang
ini merangkumi ruang dalam kelas, ruang luar kelas, ruang dapur dan ruang bilik
air.
a) Ruang dalam Kelas

Ruang dalam kelas berfungsi untuk merangsang pembelajaran murid dan


memantapkan peningkatan kemahiran kognitif seperti kemahiran berbahasa dan
kemahiran berfikir. Ia juga dapat menggalakkan penerapan kemahiran bersosial
dan nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama, bertolak ansur
dan keyakinan diri. Selain itu, ruang ini juga berfungsi untuk membolehkan murid
menjalankan pembelajaran kendiri mengikut tahap kebolehan mereka. Walhal
pula, ruangan ini turut membantu guru dalam menjalankan aktiviti bimbingannya
terhadap murid yang bermasalah selain memudahkannya untuk membuat
penilaian terhadap perkembangan murid dari aspek kognitif (pengetahuan dan
kemahiran), afektif (sikap dan tingkahlaku) dan psikomotor (fizikal). Jenis-jenis
ruang dalam kelas dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pusat
pembelajaran seperti Pusat Bahasa dan Komunikasi, Pusat Kreativiti dan
Estetika, Pusat Kognitif, Pusat Manipulatif, Pusat Teknologi, Pusat Main Peranan
serta Pusat Kerohanian dan Moral; Ruang Berkumpul (circle time) dan Pusat
rujukan Guru.

b) Ruang Luar Kelas

Ruang Luar Kelas terdiri daripada ruang pondok dan tempat main air, main pasir
dan ruang berkebun.

i) Ruang Pondok

Ruang pondok boleh diwujudkan sama ada di dalam mahupun di luar kelas.
Ruang ini diwujudkan bagi membolehkan murid untuk menjalankan aktiviti
sendiri serta membolehkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi sesama
sendiri. Selain itu, dengan kewujudan ruang ini juga, murid-murid dapat
mengalami akan suasana yang sebenar seperti berada dalam rumah kediaman,
klinik mahupun kedai. Mereka juga mampu untuk melahirkan emosi yang
pelbagai berdasarkan bentuk aktiviti atau permainan yang dijalankan. Tambahan
pula, kehadiran pondok ini juga secara tidak langsung dapat mengembangkan
bakat serta minat murid-murid terhadap sesuatu bidang kerjaya sama ada guru
mahupun doktor dan sebagainya. Mereka cuba untuk melakonkan pelbagai watak
dalam sesebuah cerita berdasarkan pengalaman yang diperoleh semasa di rumah
dan juga di persekitaran mereka.
Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini adalah berbentuk set alat
permainan main peranan seperti mainan memasak, pakaian doktor dan
peralatannya serta peralatan ubat-ubatan. Selain itu, jenis alat permainan
berbentuk tradisional juga terdapat di dalam ruangan ini seperti congkak, guli,
batu seremban, dan konda-kondi. Pengisian-pengisian ini secara tidak langsung
mambu membantu memperkembangkan tahap pemikiran kanak-kanak agar
menjadi lebih kreatif dalam melakukan sesuatu aktiviti.

ii) Tempat Main Air dan Main Pasir

Ruang ini diwujudkan untuk meningkatkan kemahiran motor halus murid-murid


melalui karya yang dihasilkan. Secara tidak langsung, ruangan ini dapat
menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti mengamalkan sikap
bertolak ansur dan bekerjasama dalam menghasilkan karya masing-masing.
Tambahan pula, ruangan ini berfungsi untuk menimbulkan kepekaan terhadap
persekitaran dalam diri murid iaitu dengan menamakan apa sahaja objek yang
dilihat berada disekeliling mereka. Bahkan, ruangan ini juga mampu menanam
sikap keprihatinan murid-murid terhadap aspek keselamatan dan kesihatan diri
terutama semasa mereka bermain dengan pasir. Selain itu, ruangan
ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada murid-murid dalam menimba
dan memperoleh pengalaman melalui penerokaan yang dilakukan. Antara alatan
bagi ruangan ini adalah kotak air dan pasir penutup, alat permainan pasir dan
pasir, pasir yang bersih dan pili air di Kotak Main Air.

iii) Ruang Berkebun

Ruang berkebun ialah ruangan yang disediakan kepada murid-murid untuk


merasai suasana sebenar yang dirasai oleh seorang petani. Selian itu, ruangan ini
juga berfungsi untuk memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang
perkembangan dan pertumbuhan sesuatu tumbuhan. Murid-murid dapat melihat
perkembangan dan pertumbuhan tumbuhan tersebut apabila mereka bersama-
sama menanam benih tumbuhan itu dan memerhatikan tumbesaran yang berlaku
ke atas benih itu. Pelbagai jenis tumbuhan boleh ditanam di ruangan ini seperti
sawi, lada dan bunga-bungaan. Antara pengisian untuk ruangan ini adalah
kepelbagaian jenis pokok herba dan poko renek, tanaman berbatas dan kolam
untuk tumbuhan air seperti teratai dan kiambang.

iv) Alat Permainan Luar

Alat permainan luar disediakan bagi membolehkan murid untuk meningkatkan


kemahiran motor kasar mereka, mendisplinkan diri semasa menggunakannya dan
juga menjadi prihatin terhadap aspek keselamatan semasa menggunakan setiap
jenis alatan permainan luar. Antara peralatan yang boleh diletakkan dalam
permainan luar ialah jongkang jongket, papan gelunsur, papan imbangan, rangka
panjat (monkey bar), terowong dan buaian.

c) Ruang Dapur

Ruang dapur terbahagi kepada ruang penyediaan makanan dan juga ruang
makan.
i) Ruang Penyediaan Makanan
Ruang penyediaan makanan diwujudkan bagi membolehkan aktiviti memasak dan
aktiviti mencuci peralatan dijalankan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memberi
bimbingan kepada murid dalam penyediaan makanan dan minuman. Tambahan
pula, ruangan ini mampu membantu dan memberi bimbingan kepada murid untuk
mengemas peralatan dapur serta mengasingkannya mengikut tahap keselamatan
masing-masing setelah digunakan. Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan
ini ialah dapur, sinki, peti sejuk, rak pinggan mangkuk, set peralatan memasak,
peralatan mencuci, set pinggan mangkuk, menu, kain pengelap, bahan pencuci
atau pembasmi kuman dan alat pemadam api.

ii) Ruang Makan


Ruang makan perlu diwujudkan bagi membolehkan murid untuk makan ditempat
yang disediakan. Selain itu, mereka juga boleh didedahkan dan dibimbing
mengenai cara penyediaan serta hidangan makanan dan minuman. Murid-murid
juga dibimbing dalam ruangan ini mengenai cara mengemas ruang makan
selepas digunakan. Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini ialah meja
beralas, tikar, kerusi, pelapik makanan, carta doa makan, carta makanan
seimbang, carta kesihatan, tuala tangan dan cermin.

d) Ruang Bilik Air

Ruang bilik air diwujudkan bagi membolehkan murid untuk mengamalkan


kebersihan diri dengan betul, mengamalkan kebersihan tandas sebelum, semasa
dan selepas menggunakannya, serta mengetahui cara penggunaan air secara
berhemah. Dalam ruangan ini, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan
seperti tandas untuk murid lelaki dan murid perempuan yang diasingkan
mengikut jantinanya, sinki, bilik mandi (shower), cermin, sabun, berus, mop,
pewangi dan pencuci, gayung dan baldi, salur getah serta selipar.

PANDUAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN


a) Ruang Pembelajaran dan Kebersihan

Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabot hendaklah


memudahkan pergerakan murid supaya traffic flow dalam kelas berjalan lancar.
Susun atur perabot juga mestilah tidak melindungi pandangan guru untuk melihat
pergerakan murid. Setiap penjuru perabot yang tajam perlu diletakkan atau
disusun dalam keadaan yang tidak membahayakan murid.

Manakala peralatan yang membahayakan seperti gunting, jarum dan


sebagainya hendaklah disimpan di tempat yang selamat. Bagi bahan-bahan yang
digunakan seperti krayon, pewarna, plastesin, dan sebagainya hendaklah
dipastikan bahawa ianya diperbuat daripada bahan yang tidak bertoksid. Selain
itu, keadaan peralatan daripada elektrik seperti komputer, radio dan televisyen
dipastikan bahawa suisnya dimatikan selepas digunakan. Jeriji besi kelas
hendaklah sentiasa ditutup sekiranya kelas prasekolah berasingan dengan taman
permainan.

Keadaan lantai dalam kelas hendaklah sentiasa kering dan bersih. Begitu
juga dengan pintu dan tingkap yang mestilah bersih sepanjang masa. Keadaan
peti pertolongan cemas pula mestilah sentiasa lengkap dan berada ditempat yang
selamat serta mudah untuk dicapai. Selain itu, pelan laluan kecemasan atau
kebakaran hendaklah ada dan dipamerkan di setiap kelas prasekolah di tempat
yang strategik. Manakala bagi latihan kebakaran pula, pihak sekolah hendaklah
membuat latihan ini sekurang-kurangnya dua kali setahun kepada murid-murid.
Keadaan perabot dan peralatannya mestilah sentiasa kemas dan selamat untuk
digunakan.

b) Ruang Dapur (Ruang Penyediaan Makanan dan Ruang Makan)

Setiap peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat. Suis
peralatan elektrik yang digunakan hendaklah sentiasa dimatikan selepas selesai
menggunakannya. Keadaan peralatan elektrik mestilah berada dalam kedudukan
yang selamat dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak seperti cerek dan kuali.
Bagi bekas yang mengandungi air panas hendaklah sentiasa ditutup dan
diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat. Bahan-bahan yang berbahaya
seperti bahan peluntur dan pembasmi kuman perlu dijauhkan daripada kanak-
kanak. Keadaan tabung gas pula mestilah berada dalam keadaan baik dan
ditutup selepas digunakan. Sekiranya tabung gas diletakkan ditempat yang
tertutup, pastikan ianya mempunyai ruang untuk peredaran udara yang baik dan
selamat.

Alat pemadam api yang terdapat di bangunan prasekolah ini hendaklah


berfungsi dan diletakkan di tempat yang selamat serta tidak luput tarikhnya.
Pihak pengurusan prasekolah iaitu pembantu pengurusan murid dan guru
prasekolah hendaklah sentiasa menyemak tarikh luput bagi setiap stok bahan
makanan dan minuman. Bagi lantai dan meja yang terdapat dalam ruangan ini
hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang kering dan bersih. Begitu juga
dengan setiap pinggan dan mangkuk di ruangan ini mestilah bersih dan tersusun
rapi. Tidak lupa juga peti sejuknya hendaklah sentiasa dibersihkan. Selain itu,
keadaan tong sampah juga hendaklah sentiasa ditutup dan diletakkan di tempat
yang betul.

c) Ruang Bilik Air


Bagi keselamatan dan kebersihan dalam ruangan ini pula, keadaan lantainya
hendaklah sentiasa bersih dan kering. Setiap pencuci tandas, pewangi dan
pembasmi kuman perlulah disimpan di tempat yang selamat. Keadaan mangkuk
tandas dan sinki dalam ruangan ini mestilah berkeadaan bersih. Begitu juga
dengan saliran air yang berlaku hendaklah sentias bersih. Manakala bahan
seperti pencuci tangan, sabun dan tuala tangan perlu disediakan dengan baik.

d) Ruang Luar Kelas

Tempat permainan luar hendaklah rata dan selamat iaitu tidak terdapat batu dan
benda yang tajam. Setiap alat permainan luar hendaklah berada dalam keadaan
selamat untuk digunakan iaitu dijamin tidak berkarat atau rosak. Bagi ruang kaki
lima pula, ianya perlulah sentiasa kering dan bersih. Keadaan rak kasut atau
tempat letak kasut pula hendaklah sentiasa kemas dan tersusun. Begitu juga
dengan keadaan longkang disekitar kelas prasekolah ini. longkang-longkang
tersebut hendaklah berada dalam keadaan bersih dan selamat dengan
meletakkan penutup di atas setiap longkang supaya mengelakkan kecederaan
kanak-kanak berlaku.

e) Cadangan perkhidmatan prasekol

Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajr Abd. Aziz (2004), Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Karyazano
Enterprise.
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah.Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2008) Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Pembelajaran


Yang Menyeronokkan Dan Bermakna Jilid 1. Putrajaya: Kem. Pelajaran Malaysia

Rohaty Mohd Majzub (2003).Pendidikan Prasekolah: Cabaran Kualit. Bangi:Penerbit Universiti


Kebangsaan Malaysia

Zainun Ishak (2006) Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Utusan
Publications And Distributors Sdn Bhd

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/4722-dasar-kanak-kanak-negara-.html
diakses pada 02.01.2017

http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/objektif6DDK.pdf diakses pada 02.01.2017

http://www.kpwkm.gov.my diakses pada 02.01.2017

http://sitisabihadaud.blogspot.com/2012/03/definisi-keselamatan.html diakses pada 25.02.2017

http://nzamy15.blogspot.com/2010/12/konsep-keselamatan-keselamatan-merujuk.html diakses pada


02.03.2017

http://norasikinshamsudin.blogspot.com/2012/12/keselamatan-murid-prasekolah.html diakses pada


02.03.2017

http://www.slideshare.net/syazayasmin/keselamatan-di-prasekolah diakses pada 02.03.2017

Kesihatan merupakan satu proses dinamik dan sentiasa berubah dan tidak dapat diperolehi dengan cara
serta merta tetapi melalui pemupukan ilmu pengetahuan, sikap dan amalan yang kesinambungan dan
berterusan.

Kesihatan fizikal yang baik akan menyumbang ke arah pembentukan gaya hidup yang baik kepada sesebuah masyarakat tanpa
timbulnya ketegangan dalam bermasyarakat. Contohnya bersukan dan sebagainya.
Kesihatan sosial yang baik dapat dilihat dari segi hubungan baik dalam bergaul dan berinteraksi sama ada dengan ahli keluarga,
rakan dan masyarakat.
Kesihatan emosi / mental yang baik dapat dilihat apabila seseorang itu dapat menghadapi situasi bosan dan risau yang melanda
diri. Sekiranya mengalami tekanan, kelesuan dan keletihan, individu yang mempunyai kesihatan mental emosi yang sihat akan
dapat menghadapi dan mengurusnya dengn berkesan
Kesihatan rohani yang baik dapat dilihat dari segi hubungan individu dengan agama. Sekiranya individu itu mempunyai
kepercayaan agama dan mengamalkannya dalam kehidupan dengan penuh tanggungjawab, maka individu itu sihat dari segi
rohaninya.

Di antara perkara-perkara yang wajar dikuti untuk menjaga kesihatan diri yang baik supaya memberikan
manfaat kepada kanak-kanak termasuklah:

Makanan yang mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan


Mendapatkan udara bersih misalnya dari segi sinaran matahari, pengudaraan bilik darjah yang baik di samping membunuh kuman.
Kanak-kanak hendaklah digalakkan bersukan atau bersenam mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Istirahat yang
mencukupi. Ini termasuk tidur dengan psotur tidur yang betul sebagaimana ditentukan oleh pakar-pakar kesihatan. Melalui rehat
yang mencukupi bagi kanak-kanak dapat mengurang atau mengelak ketegangan terutamanya urat saraf. Otot juga dapat
direhatkan dari ketegangan selepas bekerja atau bersenam di sebelah pagi. Sementara itu tidur di tempat rata dengan
pengudaraan yang selesa akan memudahkan proses pemulihan anggota badan dari kepenatan..
Penjagaan kesihatan diri yang berkesan dengan mengelakkan dari sebarang kekotoran yang memungkinkan jangkitan kuman dan
sebagainya.
Penjagaan kulit hendaklah diberikan keutamaan supaya mengelakkan penyakit kulit seperti panau, kudis, kurap dan kayap.
Elakkan menggosok mata dengan menggunakan tangan atau bahan yang kotor.

Dengan penjagaan kebersihan diri kanak-kanak akan melatih mereka kelihatan kemas dan menarik.
Kekemasan diri dapat membentuk imej dan perwatakan yang menarik dan tidak suka kepada kekotoran.
Selalunya mereka yang tidak bersih dan pengotor, memberikan gambaran sebenar personaliti individu
tersebut. Bagi kanak-kanak kebersihan diri boleh dilakukan dengan :

Menjaga kebersihan muka dan rambut dengan mencuci dengan secukupnya..


Kanak-kanak harus dibiasakan mencuci badan mereka apabila kotor bagi membentuk kelaziman.
Tangan hendaklah dicuci sebelum dan selepas makan, bermain pasir atau aktiviti lain yang terlibat dengan kekotoran. Pastikan
mereka tidak membela kuku panjang bagi menggelakkan kekotoran terperap di dalam kuku.
Pastikan pakaian yang dipakai oleh mereka sentiasa bersih daripada sebarang kekotoran seperti hingus, darah atau nanah.
Galakkan mereka menggosok gigi selepas makan, sebelum dan selepas tidur.
Kanak-kanak hendaklah diberikan rehat yang mencukupi. Jika melibatkan sesi pagi hingga petang, sediakan masa dan ruang bagi
mereka untuk tidur, sebelum disambung di sebelah petang.
Gunakan kelambu dan tidak ubat nyamuk semasa tidur. Kanak-kanak mudah tertarik kepada ubat nyamuk dan kadangkala
dimakannya.

Di antara faktor-faktor penting di dalam penjagaan kesihatan diri ialah faktor budaya, agama dan
baka.

Terdapat perbezaan dalam cara makan seperti penggunaan tangan, garfu, sepit dan sebagainya. Semua alat-alat tersebut
hendaklah dipastikan bersih. Jika kebersihan tidak dijaga bukan sahaja memudahkan jangkitan kuman, tetapi boleh menyebabkan
jangkitan penyakit berjangkit. Penyakit hepatis A, tifoid, keracunan makanan, disentri dan sebagainya boleh merebak melalui alat di
atas yang tidak dibasuh dengan sebersih-bersihnya.

Baka ialah ciri-ciri yang diperturunkan ibu bapa kepada anak-anak melalui gen-gen. Baka menentukan persamaan-
persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-
trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Kesanya dari segi kesihatan biasanya baka yang berbadan besa biasanya
diturunkan kepada anak-anak.Malahan didapati bahawa kanak-kanak dari ibu bapa yang sihat juga merupakan individu yang sihat
dan ini bermakna setengah-setengah penyakit seperti kecing manis, darah tidak boleh beku dan kekerdilan disebabkan oleh faktor
baka.Rencatan mental juga didorong oleh perwarisan gen yang resesif daripada ibu bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang
rapat. Perangai ekstrovert atau introvert juga dipengaruhi oleh oleh faktor baka , misalnya ibu bapa yang pemarah, panas baran ,
sukakan sukan dan sebagainya .

Budaya memainkan peranan penting bagi menentukan kesihatan diri individu . Budaya penjagaan
kesihatan dibentuk selepas menjadi amalan rutin sesuatu masyarakat. Di antara faktor-faktor budaya yang
mempengaruhi penjagaan kesihatan dari segi budaya termasuklah;
Adat Istiadat seperti kenduri kahwin, majlis hari jadi dan kematian.
Surat Khabar seperti iklan, corak pemberitaan atau penekanan
Media elektronik seperti iklan, corak rancangan atau penekanan .
Rakan sebaya dalam sesebuah komuniti
Organisasi dalam komuniti seperti persatuan,pertubuhan dan parti politik
Pemakanan seperti daging (lembu, ayam, babi dan sebagainya)
Komunikasi masa seperti penekanan dalam iklan, perbualan atau perbincangan
Kepercayaan orang-orang tua

Agama merupakan faktor penting di dalam mempastikan pemupukan kesihatan diri yang positif
terutama dari segi rohani.Amalan-amalan agama akan dapat membentuk jiwa yang yakin, ikhlas dan suci dari
sebarang kemungkaran. Di antara kepentingan agama di dalam penjagaan kesihatan diri termasuklah;

Dapat membezakan di antara yang bersih dan kotor (mumaiz)


Dapat membezakan makanan yang merosakkan diri atau membina diri
Dapat menghindarkan perbuatan yang tidak sihat seperti mencuri, makan dari hasil haram, atau menfitnah orang lain untuk
mendapatkan sesuatu.
Dapat mengelakkan perlakuan pembaziran misalnya dari segi makanan, pengurusan sesuatu majlis dan sebagainya .
Dapat membina ketahanan diri walaupun tidak ada orang kedua atau ketiga.
Menimbulkan rasa syukur di atas pemberian Tuhan
Tidak bersifat tamak, sebaliknya bersedia berkongsi dengan orang lain.
Dapat menggelakkan diri daripada rasa bimbang, takut atau gelisah kerana adanya unsur Tuhan sebagai tempat pergantungan
total.
Dapat menghindarkan perbuatan yang boleh merosakkan diri seperti mabuk, berzina, membunuh, bunuh diri atau mencederakan
orang lain.

Kesihatan diri merujuk kepada keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial individu yang sempurna dari sebarang penyakit,
gangguan atau halangan. Individu yang sihat akan dapat menjalankan kerja dan tugas rutin dengan cekap dan berkesan secara
berterusan tanpa sebarang keletihan.

Penjagaan kesihatan diri kanak-kanak

Makanan yang mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan


Mendapat udara bersih
Bersukan dan bersenam mengikut peraturan
Rehat yang cukup untuk mengelakkan ketegangan otot
Elakkan dari sebarang kekotoran yang memungkinkan jangkitan kuman
Penjagaan kulit hendaklah diberi keutamaan
Elakkan menggosok mata dengan menggunakan tangan atau bahan yang kotor

Penjagaan kebersihan diri kanak-kanak supaya lebih kemas dan menarik

Menjaga kebersihan muka dan rambut


Biasakan mencuci badan apabila kotor bagi membetuk kelaziman
Tangan hendaklah dicuci sebelum dan selepas makan, bermain pasir atau aktiviti lain melibatkan kekotoran
Elakkan menyimpan kuku yang panjang
Pakaian sentiasa bersih daripada kekotoran
Gosok gigi selepas makan
Rehat secukupnya
Elakkan guna ubat nyamuk ketika tidur

FAKTOR-FAKTOR PENTING DALAM PENJAGAAN KESIHATAN DIRI


( Pembentangan kumpulan )
Baka
Budaya
Agama

Kesihatan Diri

1.Kesihatan diri merujuk kepada keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial individu yang sempurna dari sebarang penyakit,
gangguan atau halangan. Individu yang sihat akan dapat menjalankan kerja dan tugas rutin dengan cekap dan berkesan secara
berterusan tanpa sebarang keletihan.

Sekiranya individu tersebut mudah merasa letih dan ketegangan bererti individu tersebut tidak memiliki kesihatan diri yang psoitif.
Bagi kanak-kanak yang banyak bergerak dan kadang-kadang lasak memerlukan kesihatan diri yang positif secara
menyeluruh.Kesihatan diri secara menyeluruh merujuk kepada kesempurnaan kanak-kanak dalam mencapai kecegasan emosi,
mental, agama/rohani dan fizikal.

Di antara perkara-perkara yang wajar dikuti untuk menjaga kesihatan diri yang baik supaya memberikan manfaat kepada kanak-
kanak termasuklah:

1.1 Makanan yang mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan
1.2 Mendapatkan udara bersih misalnya dari segi sinaran matahari, pengudaraan bilik darjah yang baik di samping membunuh kuman.

1.3 Kanak-kanak hendaklah digalakkan bersukan atau bersenam mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Istirahat yang
mencukupi. Ini termasuk tidur dengan psotur tidur yang betul sebagaimana ditentukan oleh pakar-pakar kesihatan. Melalui rehat
yang mencukupi bagi kanak-kanak dapat mengurang atau mengelak ketegangan terutamanya urat saraf. Otot juga dapat
direhatkan dari ketegangan selepas bekerja atau bersenam di sebelah pagi. Sementara itu tidur di tempat rata dengan
pengudaraan yang selesa akan memudahkan proses pemulihan anggota badan dari kepenatan..

1.4 Penjagaan kesihatan diri yang berkesan dengan mengelakkan dari sebarang kekotoran yang memungkinkan jangkitan kuman dan
sebagainya.
1.5 Penjagaan kulit hendaklah diberikan keutamaan supaya mengelakkan penyakit kulit seperti panau, kudis, kurap dan kayap.
1.6 Elakkan knjunktiva dengan tidak menggosok mata dengan menggunakan tangan atau bahan yang kotor.

2.Dengan penjagaan kebersihan diri kanak-kanak akan melatih mereka kelihatan kemas dan menarik. Kekemasan diri dapat
membentuk imej dan perwatakan yang menarik dan tidak suka kepada kekotoran. Selalunya mereka yang tidak bersih dan
pengotor, memberikan gambaran sebenar personaliti individu tersebut. Bagi kanak-kanak kebersihan diri boleh dilakukan dengan :

2.1 Menjaga kebersihan muka dan rambut dengan mencuci dengan secukupnya..
2.2 Kanak-kanak harus dibiasakan mencuci badan mereka apabila kotor bagi membentuk kelaziman.
2.3 Tangan hendaklah dicuci sebelum dan selepas makan, bermain pasir atau aktiviti lain yang terlibat dengan kekotoran. Pastikan
mereka tidak membela kuku panjang bagi menggelakkan kekotoran terperap di dalam kuku.
2.4 Pastikan pakaian yang dipakai oleh mereka sentiasa bersih daripada sebarang kekotoran seperti hingus, darah atau nanah.
2.5 Galakkan mereka menggosok gigi selepas makan, sebelum dan selepas tidur.
2.6 Kanak-kanak hendaklah diberikan rehat yang mencukupi. Jika melibatkan sesi pagi hingga petang, sediakan masa dan ruang bagi
mereka untuk tidur, sebelum disambung di sebelah petang.
2.7 Gunakan kelambu dan tidak ubat nyamok semasa tidur. Kanak-kanak mudah tertarik kepada ubat nyamok dan kadangkala
dimakannya.

3.Di antara faktor-faktor penting di dalam penjagaan kesihatan diri ialah faktor budaya, agama dan baka.

3.1 Terdapat perbezaan dalam cara makan seperti penggunaan tangan, garfu, sepit dan sebagainya. Semua alat-alat tersebut hendaklah
dipastikan bersih. Jika kebersihan tidak dijaga bukan sahaja memudahkan jangkitan kuman, tetapi boleh menyebabkan jangkitan
penyakit berjangkit. Penyakit hepatis A, tifoid, keracunan makanan, disentri dan sebagainya boleh merebak melalui alat di atas yang
tidak dibasuh dengan sebersih-bersihnya.

3.2 Baka ialah ciri-ciri yang diperturunkan ibu bapa kepada anak-anak melalui gen-gen.
Baka menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli dalam satu kumpulan
keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi.

Kesanya dari segi kesihatan biasanya baka yang berbadan besa biasanya diturunkan kepada anak-anak.Malahan didapati bahawa
kanak-kanak dari ibu bapa yang sihat juga merupakan individu yang sihat dan ini bermakna setengah-setengah penyakit seperti
kecing manis, darah tidak boleh beku dan kekerdilan disebabkan oleh faktor baka.

Rencatan mental juga didorong oleh perwarisan gen yang resesif daripada ibu bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat.

Perangai ekstrovert atau introvert juga dipengaruhi oleh oleh faktor baka , misalnya ibu bapa yang pemarah, panas baran , sukakan
sukan dan sebagainya .

4.Budaya memainkan peranan penting bagi menentukan kesihatan diri individu . Budaya penjagaan kesihatan dibentuk selepas
menjadi amalan rutin sesuatu masyarakat. Di antara faktor-faktor budaya yang mempengaruhi penjagaan kesihatan dari segi
budaya termasuklah;

4.1 Adat Istiadat seperti khenduri kahwin, majlis hari jadi dan kematian.
4.2 Surat Khabar seperti iklan, corak pemberitaan atau penekanan
4.3 Media elektronik seperti iklan, corak rancangan atau penekanan .
4.4 Rakan sebaya dalam sesebuah komuniti
4.5 Organisasi dalam komuniti seperti persatuan,pertubuhan dan parti politik
4.6 Pemakanan seperti daging (lembu, ayam, babi dan sebagainya)
4.7 Komunikasi masa seperti penekanan dalam iklan, perbualan atau perbincangan
4.8 Kepercayaan orang-orang tua

5.Agama merupakan faktor penting di dalam mempastikan pemupukan kesihatan diri yang positif terutama dari segi rohani.Amalan-
amalan agama akan dapat membentuk jiwa yang yakin, ikhlas dan suci dari sebarang kemungkaran. Di antara kepentingan agama
di dalam penjagaan kesihatan diri termasuklah;

Dapat membezakan di antara yang bersih dan kotor (mumaiz)


Dapat membezakan makanan yang merosakkan diri atau membina diri
Dapat menghindarkan perbuatan yang tidak sihat seperti mencuri, makan dari hasil haram, atau menfitnah orang lain untuk
mendapatkan sesuatu.
Dapat mengelakkan perlakuan pembaziran misalnya dari segi makanan, pengurusan sesuatu majlis dan sebagainya .
Dapat membina ketahanan diri walaupun tidak ada orang kedua atau ketiga.
Menimbulkan rasa syukur di atas pemberian Tuhan
Tidak bersifat tamak, sebaliknya bersedia berkongsi dengan orang lain.
Dapat menggelakkan diri daripada rasa bimbang, takut atau gelisah kerana adanya unsur Tuhan sebagai tempat pergantungan
total.
Dapat menghindarkan perbuatan yang boleh merosakkan diri seperti mabuk, berzina, membunuh, bunuh diri atau mencederakan
orang lain.
Dapat membentuk rasa hormat kepada rakan dengan berlemah lembut , bersopan santun dan bertimbang rasa sesama insan.

Ia melibatkan perkara-perkara seperti pertolongan cemas dan langkah-langkah mengelak kemalangan. Selain itu pendedahan
maklumat tentang agensi-agensi yang boleh menyumbang memantapkan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak akan dapat
membantu guru-guru prasekolah untuk memahami bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah merupakan satu proses
pendidikan yang didokongi oleh semua pihak

Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan
kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut,
bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak.

Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan
ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek
keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.

JENIS-JENIS PENYAKIT KANAK-KANAK

1. Sakit Perut
Berpunca dari sembelit
Kanak-kanak sembelit berpunca daripada diet yang kurang fiber. Fiber datangnya dari sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.
Cara mengatasi
Galakkan kanak-kanak makan buah-buahan, bijirin, sup, air nasi, jus buah-buahan segar, air teh, air kelapa muda, air daripada
sumber yang bersih, sayur-sayuran.
Tidak digalakkan menggunakan ubat julap kerana memberi kesan negatif pada jangka masa panjang.
Sekiranya berlaku terberak dalam seluar sila laporkan kepada ibubapa untuk rawatan lanjut
Berpunca dari cirit birit
Berpunca dari makanan dan minuman tercemar
Kehilangan banyak air men
Cara mengatasi
Banyak minum air
Berikan makanan lembut seperti bubur dan 24 kemudian boleh diberi makanan biasa
Tidak digalakkan guna ubat penahan cirit birit kerana memberi kesan jangka panjang kecuali mendapat nasihat doctor
Elakkan makanan dihinggapi lalat makanan hendaklah ditutup
Basuh tangan sebelum dan selepas makan

2. Sakit tekak
Berpunca dari jangkitan virus
Tonsil disebabkan oleh bacteria
Cara rawatan
Tonsil yang serius boleh dibuat pembedahan

3. Alahan kepada makanan


Punca
Berlaku tindak balas kimia / makanan
Tanda
Timbul ruam, mata bengkak, demam, kembung, muntah, lelah, cirit birit, kelihatan letih.
Cara mengatasi
Elakkan makanan yang menyebabkan alahan
Kurangkan makanan yang bergula, garam berlebihan, pewarna, perasa
Berhati-hati jika mengamalkan diet

4. Penyakit mata
Punca
Luka pada bola atau kelopak mata
Cairan kimia memasuki mata
Benda asing termasuk ke mata
Selaput mata
Ketumbil
Rabun
Cara mengatasi
Persekitaran yang bersih
Tidur dan rehat yang cukup
Senaman ringan yang dapat menggerakkan otot
Vitamin A untuk elak rabun
Pengurusan mata yang betul dari segi pencahayaan, jarak dan pemakaian cermin
Elakkan mata daripada sebarang kecederaan
Elakkan penyakit mata

5. Batuk dan selsema


Punca
Disebabkan oleh virus
Cara mengatasi
Gunakan panadol
Ubat jenis antihistamin untuk mengeringkan rembasan yang menyebabkan hidung tersumbat.
Ubat jenis ekspektoran untuk mengeluarkan kahak yang sukar
Minum air yang banyak
Pastikan badan tidak terlalu panas
Pengudaraan yang bersih untuk memudahkan pernafasan
Bersihkan hidung dari hingus

6. Kutu kepala
Punca
Kutu kepala mudah berjangkit
Kepala rasa gatal akibat gigitan dan najis kutu
Cara mengatasi
Gunakan syampo berubat
Gunakan sikat yang sesuai
Gunakan cuka masak yang suam jika tiada syampo ( rendam kepala )
Elakkan kanak-kanak berkutu berkongsi sikaT

7. Kurap dan panau


Punca
Berpunca dari fungus binatang
Kurap boleh berjangkit melalui sentuhan langsung

Cara mengatasi
Sapukan ubat salap yang mengandungi clotrimazole
Campurkan larutan kalium permanganate untuk mandi
Campurkan belerang dan cuka makan kemudian sapu
Asingkan kanak-kanak berkurap semasa beraktiviti
Pakaian pesakit hendaklah direndam dan dibasuh dengan air panas
Elakkan dari berkongsi tuala atau bantal

8. Asma
Punca
Saluran udara di paru-paru mengecil akibat pembengkakan dinding dan penghasilan lendir yang berlebihan
Serangan asma berlaku akibat reaksi alahan paru-paru terhadap bulu binatang, kesihatan mental yang negative,makanan, asap
rokok dan pencemaran udara
Disebabkan oleh baka atau keturunan
Cara mengatasi
Psikologi beri keyakinan kepada kanak-kanak bahawa ia akan sembuh
Duduk secara bersandar
Sedut bronkodilator ( sejenis dadah ) bagi memudahkan pernafasan

9. Sakit gigi
Punca
Demam gigi gigi baru tumbuh
Plak gigi
Gigi berlubang
Kududukan gigi tidak terusun rapi ( maloklusi )
Radang gusi
Cara mengatasi
Rawatan di klinik pergigian
Makan makanan berzat
Elakkan makanan ringan dan bergula
Hapuskan plak gigi
Menggunakan bahan yang mengandungi fluoride
Berjumpa doktor gigi untuk rawatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
10. Cacing
Cara mengatasi
Penggunaan tandas yang sempurna
Memakai alas kaki semasa ke tandas
Membasuh bahan permainan yang jatuh ke tanah
Berikan ubat cacing yang sesuai
Potong kuku tangan dan kaki
Berjumpa doktor sekiranya serius
Amalan pemakanan yang sihat dan bersi

LAPORAN KESIHATAN KANAK-KANAK PRASEKOLAh

Daripada pemerhatian yang dilakukan sepanjang berada di prasekolah ini, saya merumuskan beberapa perkara iaitu :
I. Pihak sekolah amat menitikberatkan penjagaan kesihatan kanak-kanak.
II. Kanak-kanak lelaki dimestikan berambut pendek dan pkanak-kanak perempuan yang berambut panjang dimestikan mengikat rambut
dan berpakaian kemas.
III. Pakaian seragam kanak-kanak dimestikan bertukar pada setiap hari.
IV. Pembantu prasekolah yang amat prihatin dengan kanak-kanak akan memotong kuku kanak-kanak yang panjang.
V. Amalan membasuh tangan sebelum dan selepas makan juga diamalkan.
VI. Pihak hospital juga mengadakan lawatan mengikut jangkamasa yang ditetapkan. Sebagai contoh, pada hari Khamis, 3 April 2008,
jururawat hospital dating membuat pemeriksaan dan membekalkan kanak-kanak dengan ubat cacing setiap seorang.

LAPORAN KESELAMATAN DI PRASEKOLAH

Daripada pemerhatian yang dilakukan berdasarkan senarai semak, saya dapat membuat beberapa kesimpulan:
I. Prasekolah ini mengamalkan langkah langkah keselamatan dalam kebanyakan perkara terutama gril yang dipasang di pintu
hadapan dan pintu belakang bilik darjah.
II. Pemilihan lokasi prasekolah amat strategik kerana jauh dari jalanraya atau kawasan berpaya.
III. Kawasan belakang prasekolah yang menjadi tempat permainan luar kanak-kanak ditutupi pagar.
IV. Keadaan bilik darjah juga amat selesa dengan keluasan yang optimum dan kelengkapan perabot yang mencukupi dan saiz kerusi
serta meja yang sesuai dengan kanak-kanak.
V. Bilik darjah juga mendapat cahaya dan pengudaraan yang mencukupi
VI. Kanak-kanak juga kelihatan amat selesa berada di dalam kelas dan kebarangkalian untuk mengalami kemalangan adalah amat
rendah kerana lantai mozek sentiasa dimop serta permaidani dihampar di kawasan yang menjadi tumpuan kanak-kanak bermain.
VII. Ruang dapur yang terpisah dari ruang belajar juga memudahkan tugas pembantu prasekolah dalam melaksanakan tugasnya.
VIII. Namun, prasekolah ini menghadapi masalah dalam penyediaan tandas untuk kanak-kanak prasekolah kerana proses pemasangan
tandas dan sinki yang tidak disiapkan oleh pihak penyelenggaraan.
Oleh itu, kanak-kanak terpaksa menggunakan tandas yang digunakan oleh pelajar pelajar dewasa.
IX. Jika berlaku kes kemalangan atau kecederaan ringan, kanak-kanak prasekolah akan segera diberi bantuan kerana peti pertolongan
cemas dan ubat-ubatan dibekalkan di dalam bilik darjah.
X. Pembantu prasekolah amat menitikberatkan keselamatan kanak-kanak dengan memastikan peralatan permainan dan ABM disimpan
rapi di dalam stor dan almari setiap kali selepas digunakan.
C) SENARAI SEMAK
SENARAI SEMAK CIRI-CIRI KESELAMATAN PRASEKOLAH

Nama Pemerhati : ____________________________________


Tarikh : _____________________
Masa : _____________________

Tandakan pada yang berkenaan.

PEMERHATIAN
BIL CIRI - CIRI CATATAN
YA TIDAK
1 Lokasi jauh dari kesibukan jalanraya, kawasan tanah paya dan
seumpamanya
2 Kawasan sekolah berpagar
3 Kawasan permainan di luar bilik darjah diselia rapi dan
diselenggara mengikut jadual atau keperluan
4 Alat permaianan seperti buaian, jongkang-jongkit, gelungsur dan
terowong diselia dan diselenggara
5 Keluasan bilik darjah mengikut piawaian Ordinan Sekolah 1950
yang memerlukan ruang kelas seluas 15 kaki persegi tidak
termasuk jalan lalu
6 Bilik darjah menerima cahaya dan pengudaraan yang cukup
7 Grill
8 Saiz kerusi dan meja sesuai dengan kanak-kanak
9 Perabot dalam bilik darjah selamat digunakan
10 Lantai bilik darjah tidak licin. Contoh : menggunakan permaidani,
alas kaki, tikar getah
11 Peti pertolongan cemas dibekalkan
12 Alat pemadam api disediakan dan berfungsi
13 Latihan kebakaran dijalankan
14 Rekod keluar kanak-kanak disediakan
15 Alatan elektrik seperti kipas dan suis diletakkan di tempat yang
sukar dicapai oleh kanak-kanak
16 Stor tempat penyimpanan barang disediakan dan dijaga rapi
17 Alat permainan dan ABM disimpan rapi setiap kali selepas
digunakan.
18 Ruang dapur terpisah daripada kanak-kanak
19 Sinki mencuci tangan sesuai dengan kanak-kanak
20 Tandas disediakan dan terpisah daripada tandas pelajar dewasa
21 Lantai tandas tidak licin dan bertakung air
22 Mangkuk tandas mengikut kesesuaian kanak-kanak

SENARAI SEMAK PENGURUSAN KESIHATAN


Nama Pemerhati : ____________________________________
Tarikh : _____________________
Masa : _____________________

Tandakan pada yang berkenaan.

BIL AKTIVITI TINDAKAN CATATAN


YA TIDAK
1 Pengurusan diri murid diberi perhatian
2 Tabiat penggunaan tandas yang betul diberi perhatian
3 Amalan membasuh tangan sebelum dan selepas makan
4 Memberus gigi diamalkan
5 Alatan dalam bilik darjah bersih
6 Kawasan dalam dan luar bilik darjah bilik darjah bersih
7 Menerima lawatan dari pihak kesihatan mengikut jadual
yang ditetapkan
8 Memastikan kanak-kanak sentiasa kemas dan bersih dari
segi penjagaan diri dan berpakaian

9 Mengawasi kanak-kanak memberus gigi


10 Mempastikan murid menggunakan tuala tangan untuk
tujuan membersihkan tangan/mulut.

SENARAI SEMAK PERANCANGAN MENU HARIAN PRASEKOLAH

BIL AKTIVITI TINDAKAN CATATAN


1 Merancang menu harian
2 Merancang pembelian bahan
3 Membuat pesanan
4 Menerima barang pesanan
5 Menepati spesifikasi
6 Merekod penerimaan
7 Menyediakan makanan
8 Menghidangkan makanan
9 Mengemas semula peralatan / persekitaran
10 Membersihkan peralatan
11 Menyusun semula peralatan

SENARAI SEMAK PENYEDIAAN MAKANAN PRASEKOLAH

BIL AKTIVITI TINDAKAN CATATAN


YA TIDAK
1 Menu disediakan dan dipamerkan
Proses penyediaan makanan adalah bersih
Penyediaan makanan adalah seimbang
D) KONSEP KESIHATAN
BERKAITAN MAKANAN
Menu makanan minggu pertama pada hari ISNIN telah dianalisis untuk mendapat dapatan:

Waktu Menu

SARAPAN AIR MILO + KISMIS


MAKAN PAGI BIHUN GORENG + BUAH TEMBIKAI + JUS OREN

Aras pertama
Bihun goreng

Aras kedua
Buah tembikai, buah oren dan sayur-sayuran

Aras ketiga
Daging, fish ball, ayam

Aras ketempat
Minyak masak

Kesihatan telah didefinisikan sebagai suatu keadaan yang bersententang dengan sihat. Kenyataan ini telah didefinisikan
menjelang ahkhir tahun 1800an. Seseorang dikatakan sihat sekiranya dia tidak mempunyai penyakit yang berbahaya atau penyakit
yang merebak kelak. Definisi kesihatan telah diubah supaya menjadi istilah atau erti kata sebenar pada tahun 1940 oleh World
Health Organization (WHO). Menurut kata putus oleh WHO kwsihatan membawa erti:

Health is the state complete physical, mental, and sosial well being, not merely the absence of disease or infirmity
Atau
Kesihatan adalah kesejahteraan seluruh fizikal, mental, dan sosial, tidaa hanya ketiadaan penyakit atau infirmiti

Namun kritikan telah dibuat dan menyatakan bahawa kesihatan bukan sekadar seseorang mentadbir untuk mencapainya,
malah ia merupakan satu demensi kehidupan yang sentiasa berubah. Kesihatan sebenarnya atau erti kata sihat sebanarnya adalah
lebih dari aspek ukuran untuk aspek fizikal, mental, dan sosial.

Kesiahatan juga perlu dengan memberi sokongan terhadap keperluan kesuihatan persekitara, emosi, dan spiritual untuk
meningkatkan kualiti hidup, serta beberapa lama atau jangka masa seseorang untuk terus hidup.Kesihatan adalah kualiti hidup,
melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecerdasan biologi bagi pihak individu dengan berpandukan persekitaran menurut
Dubos (1968), seorang pakar biologi dan ahli falsah.
Secara umumnya kesihata merangkumi lima aspek seperti pengurusan grafik di bawah:

You might also like