You are on page 1of 12

HBHE 3203 800229085344

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN MAZLIANA BINTI MOHAMAD

PROGRAM SARJANA MUDA (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2016

KOD SUBJEK: HBHE 3203

NAMA SUBJEK: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

TAJUK KERJA KURSUS: CINTAI ALAM SEKITAR

KITA SIHAT TANPA PENCEMARAN UDARA

NAMA : MAZLIANA BINTI MOHAMAD

NO. MATRIK : 800229085344001

NO. K/P : 800229085344

NO. TEL : 0174613203

EMAIL : maz_2902@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN: SEAMEO RECSAM GELUGOR


HBHE 3203 800229085344
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN MAZLIANA BINTI MOHAMAD

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Teks ceramah:
Cintai Alam Sekitar Kita Sihat Tanpa Pencemaran Udara

Pengenalan- Maksud 1

Punca-punca Pencemaran Udara 2-4

- Pembakaran secara terbuka

- Jerebu

- Kenderaan

- Sektor Perindustrian

- Membakar sampah, memasak menggunakan arang atau kayu

- Merokok

Kesan-kesan Pencemaran Udara 4-6

- Menjejaskan tahap kesihatan

- Perubahan fungsi organ

- Udara kotor

- Tumbuh-tumbuhan terjejas dan terencat

- Kepelbagaian biologi terencat

- Industri pelancongan terjejas


HBHE 3203 800229085344
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN MAZLIANA BINTI MOHAMAD

Cara-cara mengatasi Pencemaran Udara 6-8

- Program kitar semula

- Kempen-kempen penjagaan alam sekitar

- Penguatkuasaan undang-undang

- Kerjasama dari masyarakat

- Kesedaran individu

- Organisisasi seperti sekolah atau Kelab Rakan Muda

- Teknologi MiniVol Portable Air Sampler

Penutup lagu Hijau dari Zainal Abidin 8

2. Rujukan 9
HBHE 3203 800229085344
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN MAZLIANA BINTI MOHAMAD

CINTAI ALAM SEKITAR

TEKS CERAMAH: KITA SIHAT TANPA PENCEMARAN UDARA

Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang
Berbahagia Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Haji Wahab, guru-guru dan murid-
murid yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.

Pada pagi yang mulia dan penuh dengan barakah ini sempena kempen Cintai Alam Sekitar,
saya akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk Kita Sihat Tanpa Pencemaran
Udara.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran? Menurut Kamus Dewan Bahasa


dan Pustaka (DBP) edisi keempat, pencemaran bermaksud suatu perbuatan yang
mencemarkan kebersihan atau mengotorkan alam sekeliling dengan sampah sarap .Manakala
menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, pencemaran merupakan sebarang perubahan sama
ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras
sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau
meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan
sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau
kebajikan awam atau organisma lain seperti haiwan dan tumbuhan.

Persekitaran atau lebih dikenali sebagai alam sekitar, merupakan anugerah Tuhan
kepada setiap makhluk yang ada di dalam alam ini yang amat berharga kepada semua benda
hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Malangnya sejak kebelakangan ini,
suatu perubahan cuaca yang mendadak dan cukup membimbangkan semua pihak telah
berlaku. Bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, bahang panas, kemarau panjang serta
banjir besar yang tidak terkawal sering didengari dan melanda dunia. Tahukah anak-anak
sekalian, hal ini telah memberikan petanda bahawa bumi kita telah rosak dan kualiti alam
sekitar kita semakin tercemar.

1.
HBHE 3203 800229085344
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN MAZLIANA BINTI MOHAMAD

Namun begitu, kita sangat memerlukan suatu persekitaran yang sihat demi
meneruskan kehidupan seharian kita di atas muka bumi ini. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab kita semua bersama untuk menjaga dan memelihara alam sekitar kita supaya
selamat dan kita juga sihat tanpa pencemaran.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Dewasa ini, kemajuan yang dihadapi oleh negara telah menyebabkan banyak
perubahan yang berlaku terhadap pembangunan Negara kita. Acapkali berlakunya perubahan
demi perubahan telah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya
pencemaran udara. Menurut Jurnal oleh Arrum Dian Widyawati dalam Jurusan Kurikulum
dan Teknologi Pendidikan, Fakultas Ilmu Pendidikan, Universitas Negeri Semarang,
pencemaran udara berlaku apabila terdapat bendasing dalam kepekatan yang mengganggu
atau membahayakan manusia, harta benda, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Bendasing
tersebut terdapat dalam bentuk asap, kabus, wap, gas dan habuk. Antara contoh bahan
pencemar udara ialah sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida, alergen,
plumbum dan logam-logam lain. Semua bahan tersebut telah menggugat kualiti udara di
negara kita. Walaupun manusia memerlukan kemajuan yang berterusan, tetapi kemajuan
haruslah diperoleh tanpa menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Antara punca-punca yang telah dinyatakan seperti yang terdapat dalam artikel oleh
Norhaniza binti Abu Bakar bertarikh 16 Oktober 2014 rencana berkaitan Pencemaran
Udara dan Kesannya Terhadap Bumi , menyatakan bahawa pencemaran udara yang sering
dilaporkan di dada akhbar adalah berpunca daripada pelbagai aspek sama ada berlaku secara
sengaja atau tidak disengajakan. Punca utama berlakunya pencemaran udara ialah
pembakaran secara terbuka. Antara contoh pembakaran terbuka ialah pembakaran hutan,
sawah-sawah padi dan juga pembakaran yang dilakukan di kawasan perumahan sehingga
menyebabkan berlakunya jerebu. Bau dan asap yang dihasilkan dari pembakaran terbuka
yang mengandungi karbon monoksida (CO2) dan nitrogen oksida (NOx) akan turut serta

2.
HBHE 3203 800229085344
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN MAZLIANA BINTI MOHAMAD

dalam pembentukan berlakunya jerebu. Disebabkan pembakaran secara terbuka juga turut
berlaku di kawasan perindustrian yang pesat membangun. Terdapat kilang yang
menghasilkan bahan-bahan lainnya yang apabila dibakar akan membentuk gas-gas beracun
yang boleh membahayakan penduduk setempat.

Punca kedua ialah munculnya jerebu dan mengganggu kehidupan seharian di


Malaysia pada April 1983. Pada masa itu punca jerebu masih tidak diketahui dan andaian
dibuat bahawa puncanya adalah akibat dari abu terapung dari letusan gunung berapi, zarah
asap terapung dari hutan terbakar secara besar-besaran, juga pembakaran pertanian tempatan
dan pembakaran terbuka pertanian di negara jiran. Gangguan ini berterusan pada Ogos 1990
dan berulang setiap tahun sejak 1992. Pembakaran terbuka yang berlaku di negara jiran
seperti Indonesia telah memberi kesan kepada kualiti udara di negara kita dan perkara ini
akan menjadi punca kepada berlakunya pencemaran udara di Negara kita. Jerebu yang
berlaku memakan masa yang agak lama untuk berkurangan dan perkara ini akan menjejaskan
kebersihan alam sekitar kita.

Punca ketiga seiring dengan kemajuan negara, masyarakat di negara kita juga telah
mencapai kemajuan sebagai buktinya majoriti daripada setiap keluarga memiliki sebuah
kenderaan. Penggunaan kenderaan bermotor yang semakin meningkat seperti graf di dalam
slaid power point yang saya paparkan ini telah mengundang berlakunya pencemaran udara
tanpa kita sedar. Fakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang
menyebabkan pencemaran udara berlaku. Hal ini kerana di kawasan-kawasan bandar yang
menjadi pusat tumpuan orang ramai akan sesak dengan kenderaan bermotor dan kuantiti
pengelauaran asap kenderaan bertambah dengan banyaknya. Asap kenderaan akan
menghasilkan karbon monoksida seterusnya dibebaskan ke udara. Terdapat pengguna yang
tidak mempunyai kesedaran untuk melakukan servis kenderaan mereka kerana tidak
memikirkan kesan yang akan berlaku terhadap diri manusia, binatang dan tumbuhan.
Sekiranya semakin ramai masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran, maka kualiti udara
negara kita berada pada tahap yang paling rendah.

3.
HBHE 3203 800229085344
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN MAZLIANA BINTI MOHAMAD

Punca keempat datangnya dari sektor perindustrian juga telah mengakibatkan isu
pencemaran udara sering berlaku terutamanya dikawasan-kawasan perkilangan. Perlepasan
asap daripada cerobong kilang terus ke udara telah berlaku tanpa tapisan. Misalnya, aktiviti
perindustrian kilang seperti pembuatan kereta, elektronik dan penghasilan baja melepaskan
asap tanpa pemasangan alat penapis udara. Asap yang dibebaskan terdiri daripada gas
merbahaya dan kotor sekaligus mencemarkan kualiti udara. Perkara sebegini seharusnya
dielakkan bagi menjamin kebersihan alam sekitar kita supaya dapat memberi keselesaan
kepada masyarakat untuk berada di negara ini.

Punca kelima ialah aktiviti masyarakat membakar sampah, memasak menggunakan


arang atau kayu, dan juga merokok boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
Bilangan masyarakat yang semakin ramai mempunyai tabiat suka merokok terutamanya di
tempat awam telah menyumbang kepada isu pencemaran udara. Perkara sebegini berlaku
berpunca dari sikap individu itu sendiri kerana tidak menyedari keburukan perbuatannya
terhadap alam sekitar. Selain itu, aktiviti membakar sampah yang dilakukan dengan
sewenang-wenangnya di kawasan kampung atau perumahan mengeruhkan lagi keadaan
persekitaran dengan asap-asap kotor yang tidak enak untuk dihidu. Oleh itu, aktiviti segelintir
masyarakat boleh menggugat kualiti udara sekaligus menyebabkan berlakunya pencemaran
udara.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Menurut Artikel berkaitan kesan-kesan pencemaran udara yang ditulis oleh


Norhaniza binti Abu Bakar bertarikh 16 Oktober 2014 rencana berkaitan Pencemaran
Udara dan Kesannya Terhadap Bumi menyatakan bahawa pembakaran terbuka boleh
menyebabkan pencemaran udara yang secara langsung akan menjejaskan tahap kesihatan
masyarakat yang tinggal atau bekerja berdekatan dengan kawasan berlakunya pembakaran
tersebut (Rita, 2002).

4.
HBHE 3203 800229085344
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN MAZLIANA BINTI MOHAMAD

Sejumlah besar partikel dan gas-gas seperti karbon dioksida, metilbromida, karbon
monoksida, metan, hidrokarbon, oksida nitrik dan partikel habuk dihasilkan semasa
pembakaran hutan. Karbon monoksida akan bergabung dengan haemoglobin dan
mengurangkan jumlah oksigen yang masuk ke dalam darah kita. Gabungan tersebut akan
mengakibatkan perubahan fungsi sesetengah organ seperti otak dan sistem vaskular serta
mengganggu perkembangan fetus.

Udara menjadi kotor dengan kandungan bendasing, gas karbon dioksida, karbon
monoksida dan bahan pencemaran yang lain. Pembakaran yang dilakukan di luar yang
kemudiannya dilepaskan ke udara sekeliling secara terus tanpa melalui cerobong asap.
Kandungan udara yang kotor boleh mengakibatkan kesakitan pada otak dan juga boleh
menyebabkan mata berair dan pedih. Justeru itu, pencemaran udara telah memberi impak
yang besar terhadap kesihatan manusia.

Bahan-bahan pencemar terampai di udara mampu memberi kesan negatif kepada


tumbuh-tumbuhan. Cahaya matahari dihalang sampai kepada tumbuhan oleh pepejal terapung
di udara. Dianggarkan bahawa jumlah cahaya matahari dikurangkan sebanyak lebih kurang
70% ketika jerebu berlaku berbanding hari tanpa jerebu. Pengurangan cahaya akan
mengganggu proses fotosintesis sekaligus menyebabkan tumbuhan semakin tidak produktif.
Ianya memberi kesan negatif kepada sektor pertanian kerana tumbuh-tumbuhan memerlukan
cahaya yang cukup untuk melakukan proses fotosintesis. Keadaan ini mengurangkan
keupayaan tumbuhan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut seterusnya merencatkan
pertumbuhan pokok.

Kepelbagaian biologi juga akan terancam akibat daripada pencemaran udara ini.
Kepelbagaian biologi yang bermaksud keanekaan dan perbezaan organisma yang hidup
dengan keanekaan habitat dan proses biologi merupakan satu khazanah yang perlu dijaga
untuk generasi kini dan juga akan datang. Semua jenis gas seperti sulfur dioksida dan
nitrogen dioksida yang dihasilkan oleh industri boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan
pokok-pokok. Penghasilan asid yang terbentuk di atmosfera akan dimendapkan ke kawasan
hutan melalui hujan asid yang turun. Natijahnya, tanah akan menjadi lebih berasid, kurang
nutrien dan meningkatkan kepekatan elemen seperti aluminium yang boleh merencatkan
proses pertumbuhannya. Semua haiwan yang bergantung pada tumbuhan tersebut juga akan

5.
HBHE 3203 800229085344
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN MAZLIANA BINTI MOHAMAD

terganggu proses pembesaran dan pembiakannya. Hasil air daripada tanah yang berasid juga
akan mengalir ke kawasan tasik dan sungai sekaligus memberi kesan terhadap hidupan
akuatik. Akhirnya, kepelbagaian biologi di sesuatu habitat akan merosot akibat daripada
pencemaran udara.

Isu pencemaran udara juga boleh menjejaskan industri pelancongan yang akan
mengakibatkan kerugian yang besar. Partikel habuk yang banyak dibebaskan ke udara akan
menjadikan persekitaran tidak selesa dan tidak bersih. Kesan daripada ketidakselesaan
tersebut, kadar kemasukan pelancong asing ke negara ini akan berkurangan begitu juga masa
lawatan akan menjadi singkat. Akibatnya, industri perhotelan, restoran dan pengangkutan
yang ditawarkan mengalami kerugian teruk. Hasil pendapatan penduduk tempatan juga akan
berkurangan seperti penjualan kraftangan yang dihasilkan tidak mendapat pulangan. Oleh itu,
pencemaran udara telah memberi kesan yang besar terhadap segala aktiviti yang berlaku
dalam negara kita.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah pencemaran udara. Pelbagai usaha
boleh dilakukan bagi mengatasi isu pencemaran udara yang sering melanda negara kita pada
masa kini. Antara usaha yang telah dilakukan ialah program kitar semula, kempen-kempen
dan penguatkuasaan undang-undang. Didikan kepada masyarakat mengenai kitar semula ini
perlu dilakukan secara berterusan supaya menjadi kebiasaan supaya dapat membantu
mengelakkan sampah-sarap yang banyak mencemarkan kualiti udara di negara. Pelancaran
Program Kitar Semula oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan satu
usaha untuk mengurangkan penghasilan sampah dengan tujuan mengurangkan pencemaran
terhadap alam sekitar (Faeiza, 2002). Cara proses mengitar semula melibatkan usaha
mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai
sampah. Komitmen daripada semua pihak penting dalam menjayakan program kitar semula
di negara kita. Usaha penggunaan teknologi moden juga boleh dilakukan seiring dengan
kemajuan yang dihadapi oleh negara dalam era teknologi kini.

6.
HBHE 3203 800229085344
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN MAZLIANA BINTI MOHAMAD

Pada pendapat saya, demi menjayakan usaha tersebut, kerjasama daripada masyarakat
adalah sangat penting supaya dapat sama-sama mengatasi isu pencemaran udara dan dapat
menjaga kebersihan alam sekitar negara kita. Kesedaran setiap individu harus ada untuk
mengelakkan bumi ini dari terus tercemar dengan aktiviti yang boleh membahayakan atau
menjejaskan kualiti udara kita. Kesedaran yang ada dalam diri kita semua akan
menggalakkan seseorang itu untuk berperanan dalam usaha mengatasi isu pencemaran udara
yang berlaku ini. Dalam artikel Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan yang ditulis oleh
Jamilah Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid, Juliana Abdul Wahab bertajuk
Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar (Volume
81, No. 3, 2011, muka surat103 hingga 115). Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan
orang awam terhadap isu-isu alam sekitar berbeza mengikut isu yang telah disenaraikan.
Tahap pengetahuan tentang program kitar semula adalah sederhana berbanding pengetahuan
tentang pencemaran udara dan pencemaran bunyi yang lebih rendah. Berbanding
pengetahuan terhadap bencana alam di Malaysia adalah tinggi dan tahap pengetahuan
mengenai sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah sederhana. Berdasarkan sikap orang
awam terhadap isu alam sekitar pula dikategorikan pada tahap yang masih rendah.

Hasil dapatan dari kajian juga mendapati amalan orang awam terhadap pemuliharaan alam
sekitar di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berada pada tahap rendah. Melalui kajian ini,
didapati televisyen dipilih sebagai media yang memainkan peranan penting dalam
menyebarkan maklumat tentang isu alam sekitar di kedua-dua negeri tersebut.

Selain itu, saya juga berpendapat bahawa organisasi seperti sekolah-sekolah atau
Kelab Rakan Muda boleh bersama-sama dalam membantu mengatasi isu pencemaran udara
sekaligus menjaga kebersihan alam sekitar negara kita. Para guru di sekolah harus
memainkan peranan untuk memberi kesedaran kepada anak didik supaya prihatin terhadap
alam sekitar melalui subjek sains atau pendidikan moral. Hal ini kerana, pihak sekolah juga
boleh mengadakan pertandingan kelas paling bersih supaya murid-murid mempunyai rasa
tanggungjawab terhadap alam sekitar kita. Usaha yang bermula dari sekolah adalah sangat
penting kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua murid di sekolah boleh
dikategorikan sebagai kanak-kanak dan mereka adalah lebih mudah untuk dibentuk sejak dari

7.
HBHE 3203 800229085344
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN MAZLIANA BINTI MOHAMAD

awal lagi berbanding mereka yang telah mencecah usia dewasa. Begitu juga dengan Kelab
Rakan Muda pula perlu mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti mengumpul barang-
barang kitar semula dari rumah ke rumah. Perkara ini akan menggalakkan penduduk di
negara kita untuk menyedari kepentingan menjaga alam sekitar sekaligus dapat mengatasi isu
pencemaran udara di negara kita yang amat membimbangkan.

Melalui penggunaan teknologi juga merupakan usaha bagi mengelakkan atau


mengurangkan isu ini. Terdapat alat seperti MiniVol Portable Air Sampler yang digunakan
bagi mengesan pencemaran udara negara kita. Selain itu, Pengasing bendasing digunakan
untuk mengawal pencemaran ini. Alat tersebut digunakan untuk menarik dan mengasingkan
partikel dari udara dan melekat pada dinding cerobong asap kilang. Alat Wet scrubber juga
digunakan supaya dapat menghalang bahan pencemar bebas ke udara dengan sewenang-
wenangnya. Alat ini digunakan berdasarkan prinsip di mana satu saliran gas dihubungkan
dengan cecair supaya bahan tercemar dapat larut dalam cecair. Manakala Catalytic converter
yang digunakan pada kenderaan bermotor juga dapat membantu mengatasi masalah
pencemaran udara yang berpunca daripada asap-asap kenderaan. Alat Penukar bermangkin
(catalytic converter) perlu diwajibkan penggunaannya dalam industri pembuatan kenderaan
bermotor. Alat tersebut berfungsi menukarkan hidrokarbon dan karbon monoksida kepada
wap dan karbon dioksida. Penukaran tersebut akan membebaskan bahan yang lebih bersih
dan selamat ke ruang udara.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sebagai akhirulkalam ceramah dari saya pada pagi ini, saya ingin memperingatkan
kepada semua warga dewan bahawa penjagaan alam sekitar merupakan tanggungjawab kita
bersama. Kita tidak boleh menunding kepada pihak-pihak lain dan mencari salah siapa ianya
terjadi. Pastikan alam kita bersih dan selamat. Namun begitu, selagi minda masyarakat tidak
berubah selagi itu masalah akan wujud dan terus menjadi semakin teruk. Marilah sama-sama
kita berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar
dan cantik dengan mula menghargai dan memelihara alam sekitar kita. Sebelum saya
mengakhiri ceramah ini, renungilah lagu bertajuk Hijau dari Zainal Abidin. Sekian terima
kasih. (2263 patah perkataan)

8.
HBHE 3203 800229085344
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN MAZLIANA BINTI MOHAMAD

RUJUKAN

Mohd Noorazam Abdul Razak, Che Ishak Ismail, Albeny Joslyn Panting dan Nur

Akmal Ishak. HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Open University

Malaysia (OUM), Disember 2013.

Jurnal oleh Arrum Dian Widyawati dalam Jurusan Kurikulum dan Teknologi

Pendidikan, Fakultas Ilmu Pendidikan, Universitas Negeri Semarang

Artikel oleh Norhaniza binti Abu Bakar bertarikh 16 Oktober 2014 rencana

berkaitan Pencemaran Udara dan Kesannya Terhadap Bumi

Artikel Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan yang ditulis oleh Jamilah Ahmad,

Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid, Juliana Abdul Wahab bertajuk Pengetahuan,

sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar (Volume 81, No. 3,

2011, muka surat103 hingga 115)

You might also like