You are on page 1of 2

Task A Simulation Workshop

Kamil : Assalamualaikum.
Kaunselor : Waalaikumsalam, masuk. Ceria kamil hari ini.
Kamil : Kita hari-hari mesti ceria cikgu. Walaupun kita banyak masalah.
Kaunselor : Ya, sentiasa positif.
Kamil : Jadi kenapa cikgu panggil saya ni cikgu?
Kaunselor : Haa Kamil. Saya ada dengar tentang satu peristiwa yang terjadi di kantin.
Kamil : Oh peristiwa tu. Saya trauma cikgu.
Kaunselor : Boleh cerita sedikit tentang perisiwa tu? Apa sebenarnya yang terjadi? Cikgu nak
tahu.
Kamil: : Dua minggu lepas saya ke kantin dengan kawan-kawan. Macam biasa, saya pun beli
nasi. Masa makan tu saya dah rasa makanan tu pelik sikit, tapi sebab dah bayar
saya pun habiskanlah.
Kaunselor: : Oh lepas tu? Kawan-kawan awak?
Kamil: : Kawan-kawan saya pun sakit perut juga. Tapi saya yang paling teruk sebab saya
makan dua pinggan.
Kaunselor : Tapi Kamil walaupun sakit awak nampak ceria.
Kamil : Sebab peristiwa tu lama dah cikgu, cuma trauma nak pergi kantin.
Kaunselor : Jadi sekarang awak memang tak makan kat kantin?
Kamil : Pagi saya tak makan, saya makan bila dah balik rumah.
Kaunselor : Jadi mesti awak lapar kan?
Kamil : Lapar cikgu, tapi saya sanggup tahan daripada sakit perut berhari-hari.
Kaunselor : Kesiannya. Baiklah, tidak mengapa Kamil. Untuk permulaan di sini saya ada pen dan
kertas dan saya nak awak tulis nama awak.
Kamil : Nama pendek atau panjang cikgu?
Kaunselor : Nama pendek pun boleh Kamil.
Kamil : Tapi cikgu kena tolong saya lah cikgu. Saya tak berapa pandai nak eja.
Kaunselor : Baiklah cikgu tolong. K-A-M-I-L. Pandai Kamil.
Kamil : Nak buat apa lagi cikgu?
Kaunselor : Awak buat cantik-cantik sikit.
Kamil : Buat bentuk boleh cikgu?
Kaunselor : Boleh Kamil. Tidak mengapa, awak ambil masa awak.
Kamil : Dah siap cikgu.
Kaunselor : Cantik awak buat, pandai. Baiklah Kamil. Apa makanan yang awak makan di kantin
hari itu?
Kamil : Saya makan nasi lauk ayam merah. Saya suka ayam merah.
Kaunselor : Macam ni Kamil. Sekarang cikgu nak awak lukis sepinggan nasi bersama lauk ayam
merah. Boleh?
Kamil : Boleh cikgu. *Kamil mula melukis* Cikgu, dah siap.
Kaunselor : Bagus. Itu makanan kegemaran awak kan? Minuman? Awak suka minum apa?
Kamil : Saya suka milo ais cikgu.
Kaunselor : Kenapa awak suka milo ais?
Kamil : Sebab milo ni buat tubuh badan sihat dan kuat.
Kaunselor : Boleh awak lukis segelas milo ais?
Kamil : *Kamil mula melukis*

Kaunselor : Nampak sedap milo awak lukis tu Kamil.


Kamil : Ya cikgu, dah siap.
Kaunselor : Bagus Kamil, dah siap sepinggan nasi dengan ayam marah dans egelas milo ais.
Kamil : Setiap hari saya ke kantin, inilah yang saya beli cikgu. Tapi lepas peristiwa tu saya
dah tak nak makan nasi lauk ayam merah. Takut sakit perut, trauma cikgu.
Kaunselor : Oh macam tu. Selepas awak siap melukis tadi Kamil, apa perasaan awak?
Kamil : Sekarang saya rasa berselera nak makan nasi lauk ayam, cikgu.
Kaunselor : Bagus! Kamil tahu tak tentang makanan seimbang?
Kamil : Tak tahu cikgu.
Kaunselor : Biar cikgu terangkan. Makanan seimbang ni kita kena ada karbohidrat macam nasi.
Protein macam daging-daging dan vitamin contohnya dari sayur-sayuran.
Kamil : Oh macam tu.
Kaunselor : Selain itu, kita ada langkah-langkah macam mana nak pilih makanan yang selamat
yang tak menyebabkan sakit perut. Pertama sekali awak kena hidu makanan tu.
Macam mana kalau makanan tu berbau busuk?
Kamil : Kalau busuk saya tak makan cikgu.
Kaunselor : Bagus. Langkah yang kedua ialah awak kena rasa sedikit makanan itu. Dan ketiga
awak kena pastikan makanan tu tak berlendir. Faham ni?
Kamil : Faham cikgu.
Kaunselor : Pandai. Macam mana kalau awak dapati makanan yang awak beli tu basi? Awak
mesti lapor dengan pihak kantin dan dengan cikgu.
Kamil : Baiklah cikgu.
Kaunselor : Memandangkan sekarang awak dah tahu tentang makanan seimbang dan langkah-
langkah untuk memilih makanan yang selamat di makan, macam mana kalau cikgu
ajak awak makan makanan di kantin?
Kamil : Cikgu belanja?
Kaunselor : Ya cikgu belanja, tiada masalah. Lagi satu Kamil, maklumat yang awak dapat ni
awak boleh kongsikan dengan kawan-kawan awak yang lain.
Kamil : Boleh cikgu, saya akan sampaikan kepada kawan-kawan saya.
Kaunselor : Baiklah Kamil, sampai di sini saja sesi kaunseling kita pada kali ini. Cikgu ingin
berterima kasih kepada awak kerana memberi kerjasama yang sangat baik.
Sekarang jom kita pergi makan.
Kamil : Sama-sama cikgu. Terima kasih juga atas bimbingan cikgu. Jom.

You might also like