You are on page 1of 10

PK15 Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

PK15/10 (BK32)
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI
PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR

LAPORAN AKTIVITI/ PROGRAM

1. Nama Program : Program Sambutan Minggu Antidadah


Sek. Keb. Tanjung Puteri, Johor Bahru

2. Tarikh : 26 Februari - 5 Mac 2017 (Isnin-Ahad)

3. Masa / Hari : 7.30 pagi hingga 1.30 petang

4. Tempat : Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri

5. Objektif : Memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya dadah dalam


kehidupan.
: Mengamalkan nilai-nilai agama untuk membanteras dadah.
: Membantu usaha-usaha kerajaan bagi membebaskan negara ini
daripada dadah.
: Melahirkan warga sekolah yang menjalani hidup sihat tanpa
dadah.

6. Penyertaan : Semua murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri

7. Butiran Aktiviti :

TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN

Pelancaran Minggu Anti Dadah


Gimik Anti Dadah
7.30 pg - 8.00 pg Bacaan Ikrar Anti Dadah oleh semua Ketua Murid
26.2.2017 murid
(AHAD) Ucapan Guru Besar
10.00 pg 11.00 pg Pertandingan Mencari Perkataan
Tersembunyi (Tahap 1)

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


1 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK15 Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

Waktu Rehat Program Cuma 5 minit + Kuiz Guru Bertugas


Pertandingan mewarna
27.2.2017
Pra-Sekolah dan Tahap 1 Waktu PdP PSV
(ISNIN)
Pertandingan menghasilkan brosur
Anti-Dadah Tahap 2

Waktu Rehat Program Cuma 5 minit + Kuiz Guru Bertugas


28.2.2017 7.30 pg 7.45 pg Senamrobik
(SELASA) 10.30 pg 12.30 tgh Pameran Anti Dadah
Ceramah Anti Dadah

1.3.2017 Waktu Rehat Program Cuma 5 minit + Kuiz Guru Bertugas


(RABU) Semua murid
Tahap 2

2.3.2017 Waktu Rehat Program Cuma 5 minit + Kuiz Guru Bertugas


(KHAMIS)

5.3.2017 7.30 pg 8.00 pg Majlis Penutup dan Penyampaian


(AHAD) Hadiah

8. Penilaian Program

8.1. Kekuatan Program :

Pentadbir memberikan sokongan penuh dalam pelaksanaan program ini terutama


dalam aspek kewangan
Guru-guru yang terlibat di dalam pelaksanaan ini sangat komited dalam memberikan
kerjasama dalam penyediaan bahan dan pentadbiran segala pertandingan yang
dijalankan.
Para pelajar semakin ramai melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang. Ini
menunjukkan kesedaran mereka terhadap bahayanya pengambilan dadah.

8.2. Kelemahan Program :

Pameran dan ceramah dari pihak AADK tidak dapat dijalankan kerana jadual waktu
mereka yang padat.
Pertandingan menghasilkan brosur kreatif Anti Dadah memakan masa yang banyak
kerana murid perlu mencari maklumat dan bahan sebelum menghasilkan brosur
tersebut.

8.3. Langkah-Langkah Penambahbaikan :

Guru yang terlibat perlu menempah tarikh sebulan lebih awal dengan pihak AADK
bagi melicinkan program yang dirancang
Murid Tahap 2 dibenarkan untuk menyiapkan brosur kreatif masing-masing di rumah
dan perlu menghantar kepada guru PSV.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


1 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK15 Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

9. Penutup

Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Maka dengan itu,
diharapkan pihak pentadbiran dapat memberi bantuan yang berterusan terutama dari aspek
kewangan kerana penglibatan pelajar semakin bertambah dari tahun ke tahun.

10. Lampiran Bergambar.

Bacaan doa oleh Ustaz khairul Naim bin Jaafar bagi memberkati Majlis Pelancaran
Minggu Anti Dadah bagi tahun 2017

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


1 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK15 Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan Minggu


Pelancaran Anti Dadah Peringkat SKTP bagi tahun 2017

Guru Besar memotong riben pada banting sebagai gimik perasmian bagi program
tersebut

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


1 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK15 Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

Gimik seterusnya ialah upacara memecahkan belon oleh Tuan Guru Besar sebagai
simbolik SKTP benci kepada dadah

Bacaan ikrar Anti Dadah oleh guru dan murid diketuai oleh Ketua Pengawas

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


1 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK15 Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

Guru dan murid disajikan dengan persembahan sajak oleh adik Nurul Aimi binti
Abdullah yang bertajuk Wahai Bangsaku

Guru dan murid menyanyikan lagu Dadah Durjana sebagai penutup bagi majlis
Program Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah bagi tahun 2017

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


1 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK15 Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

Gambar rentetan sepanjang aktiviti dijalankan pada minggu tersebut

Murid Tahap 1 sedang menjalani Pertandingan Mewarna sewaktu PdPc Dunia Seni Visual di kelas
masing-masing

Murid Tahap 2 sedang menjalani Pertandingan Menghasilkan Brosur Kreatif Anti-Dadah sewaktu
PdPc Pendidikan Seni Visual di kelas masing-masing

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


1 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK15 Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

Aktiviti senamrobik yang dijalankan sebelum Program 1M1S.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


1 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK15 Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

Program Cuma 5 Minit+Kuiz yang dijalankan semasa rehat Tahap 1 dan 2. Penyampaian hadiah
kuiz dilakukan serta merta.

Disediakan oleh:

(NUR AFIQAH BINTI HASSAN)


AJK Dokumentasi,
Program Minggu Anti Dadah 2017,
Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri,
Johor Bahru.

Disemak oleh: Disahkan oleh:

(SARAH TAN BINTI ABDULLAH) (ZAHARAH BT MD. SOM)


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri,
Johor Bahru. Johor Bahru.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


1 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK15 Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


1 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like