You are on page 1of 1

SMK SERI KAMPAR

JALAN ISKANDAR
31900 KAMPAR Telefon : 05-4661359
PERAK DARUL RIDZUAN Fax : 05-4659155

1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN

Tarikh : 19HB JUN 2017

Kepada:

Setiausaha Koperasi
Koperasi SMK Seri Kampar Berhad
SMK Seri Kampar
Jalan Iskandar
31900 Kampar
Perak

Puan,

MEMOHON SUMBANGAN AIR MINERAL

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Pihak Jawatankuasa Pengelola Program Ihya Ramadhan SMK Seri Kampar, dengan
sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh akan
diadakan mengikut ketetapan di bawah:

Tarikh / Hari : 21hb Jun 2017 (Rabu)


Masa : 07.00 petang 09.45 malam
Tempat : Surau Al-Firdaus SMK Seri Kampar

3. Sehubungan itu, pihak jawatankuasa ingin memohon sumbangan air mineral sebanyak 10
kotak daripada koperasi sekolah untuk tujuan berbuka puasa. Diharapkan sumbangan yang
diberikan dapat membantu program berjalan dengan lancar. Segala pertimbangan dan kerjasama
daripada pihak koperasi amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan tugas,

___________________________________
(NUR MASHITAH BINTI MOHD SUBRI)
Setiausaha Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa
SMK Seri Kampar

Disahkan oleh,

___________________________________
(TN HJ HASSAN AZAHARI BIN YUNUS)
Pengetua
SMK Seri Kampar

You might also like